Hi. Assalamualaikum. Giler
lama nak up cerita bukak sekolah!
Cerita ni dah lama aku draft.. rasanya awal tahun haritu..
ni dah quarter year baru sempat sambung.. lama kan?!
Alasan chiche : AI IS BUSY. Ok jom sambung.
Kejap nau dah nak masuk tiga bulan budak-budak masuk
sekolah. Ni dah masuk cuti penggal pertama pulak lepas budak-budak habis exam. I’m sure haritu korang mesti dah prepare
awal-awal sebelum budak-budak masuk sekolah kan. Sama juga aku. Buku, baju
segala macam keperluan dah prepare awal-awal. Pastu mula lah episode kalut
dipagi hari menyiapkan anak-anak. Yang bergelar maders mesti kembali jadi tarzan
pagi-pagi hari. Kalau ko tanya aku, selalunya pagi-pagi aku tak Tarzan sangat..
Cuma kadang-kadang terjadinya SINGA JADIAN je dipagi hari.. hehehe. Tak selalu
pun. Anak-anak aku dah besar. Kalau panggil sekali dua je diorang memang cepat
bangun. Lagi pun aku memang dah latih KhaNish dari kecik lagi supaya kalau
bangun pagi jangan nak hok hek hok hek kat atas katil.. lagi-lagi menangis. Aku
memang cukup pantang kalau budak-budak bangsa yang suka hok hek hok hek tak
tentu pasal pagi-pagi hari.. mula lah nanti aku yang HOOOoooOOOoooOOO pagi-pagi
hari. Tau apa HOOOoooOOOoooOOO tu? Kalau tak tarzan, Singa! Hahahaha.
Untuk budak dua orang ni, aku & Nizam tak berapa nak
kelam kabut sangat prepare barang-barang sekolah. Mostly barang yang sama je
beli setiap tahun. Cuma untuk Khairine agak berlainan sikit. Sebab pomp tu dah
masuk tingkatan 1 tahun ni. Baju & kain sekolah je berbeza untuk
disediakan. The rest, still the same. Cuma ada sikit-sikit je barang yang perlu
diganti baru.
Masa first day buka sekolah, aku dengan Nizam bahagi dua ke
sekolah hantar KhaNish. Nizam hantar Danish, aku hantar Khairine. Tahun ni
Danish dah masuk standard 6 and still kat sekolah rendah lama lagi dan masih sesi
pagi. Aku hantar Khairine. Khairine dah masuk form 1, sekolah sesi petang
pulak. Dua-dua dah terpisah sekolah untuk tahun ni. Maka sebelah pagi Nizam dah
settlekan Danish. Masuk tengahari pulak, aku settlekan Khairine.
Khairine Adrina
31
December lepas macam biasa ada orientation day untuk budak-budak form 1. Aku
dengan Nizam sama-sama hantar Khairine ke sekolah haritu. Bila Khairine masuk
kelas untuk diagnostic test, parents pulak ke duduk dalam dewan. Orientation
untuk maders & faders pulak. Dapat salin note sikit-sikit untuk reference
sendiri. Sejam lebih duduk dalam dewan, Nizam tarik aku bawak pegi kantin.
Mengantuk uolls! Pekena air panas segelas, terus segor mata Kak Jah 😆
First day sekolah. Mostly diorang ni geng pengawas dari
sekolah rendah yang sama. Kawan dari dari darjah 1 katanya.
Khairine & Aleeya
Hari first day masuk sekolah, aku hantar dia. Lepas tu aku
keluar merayap kejap sementara nak tunggu time rehat. Demi kasih sayang punya
pasal, aku tapau nasik ayam dari luar bawak ke sekolah. Takut kesian tengok dia
beratur panjang-panjang kat kantin. Maklumlah Junior kannn first day pulak tu..
hehe.
Habis je waktu rehat, aku pun terus balik rumah. Dah siap
apa yang patut kat rumah, by 6.30pm macam tu aku jemput dia balik dari sekolah
pulak. Dan begitu lah routine aku sepanjang seminggu sesi persekolahan dibuka.
Rasa macam hantar anak masuk standard 1 je. Macam tak caya sekarang dah form 1.
Danish Izdiyad
15 Jan 2017, ada Majlis Diskusi Bersama Ibubapa Murid-Murid
Tahun Enam. Pagi-pagi pukul 8 aku & Nizam dah tertongok kat dewan sekolah.
Well, macam tahun lepas juga masa Khairine nak ambik exam UPSR, the same thing
yang cikgu bagitau.. pasal format kertas, pemarkahan, and etc.
Tak cukup dengan itu, sebelum kami datang ke majlis ni.. dua
hari sebelum tu Danish ada bawak balik surat dari sekolah. Naik terbeliak bijik
mata aku tengok cost yang kena bayar tahun ni untuk budak-budak nak ambik exam
September nanti.
Ya! Mungkin aku ni mader yang perghak nak mamp. Tengok
amount RM250 dah menggigil satu badan rasa nak marah. Bukan apa Joyah! Kalau
kau teliti elok-elok setiap perkara yang dia tulis dalam kertas tu, macam tak
worth it tau. Bayangkan 1 murid kena bayar RM250. Kalau 100 orang murid tahun
enam dalam satu sekolah, dah berapa RM kat situ? Ini soal duit okeh. Satu
Malaya tau keadaan ekonomi negara kita sekarang macam mana. Takkan nak kena
spend RM250 lagi? Dah lah barang keperluan nak masuk sekolah like buku and so
on semua parents kena tanggung.. plus, dia mintak pulak masa datang haritu
bawak 1 ream kertas A4 lagi. Nasib anak aku dua ketul je. Kalau anak orang lain
tu berderet-deret, kena spend so much money lagi lah pitam. Memang rezeki anak
tu ada, Allah dah tetapkan. Tapi kalau bebanan yang kena tanggung sebegini
ropa, Mana nak cekau? (Hashtag : OHMALAYSIATANAHAIRKU)
Aku tak kata RM250 tu besar. Tapi bila baca balik, aku rasa
tak puas hati sangat sebab kena bayar macam-macam benda yang tak masuk akal je.
Kertas A4 tu, setiap murid kena bawak 1 ream. Pastu dia nak charge pulak item
no 2 tu (buku tambahan/ bahan fotostat/ kertas ujian) bukan ke kementerian yang
peruntukan untuk sekolah? Ada yang kata semua benda nak cut cost sekarang. Ya
paham, tapi kenapa bebanan tu kau tolak kat rakyat marhaen macam kami ni wahai
kerajaan?
Bayaran ni bukan kena bayar sekali lamb sump. Diorang bagi
tempoh sampai end of June. At least by end of June tu semua payment boleh
settled. Haritu aku bising kat Nizam. Aku cakap, aku nak tanya dalam-dalam
pasal payment ni kat pihak sekolah. Bagi puas hati. Sekali Nizam cakap “tak apalah.. bayar je.. karang kalau tak
bayar nanti anak kita tak boleh ambik exam pulak” KAU GHASERRRRR?? (hashtag
: OHMYLAKI) Aku rasa nak cekek je batang leber Bang Nizam. Malas nak
menderhaka.. aku jawab “tak apa lah.. u
nak bayar, u bayar lah.. bukan duit I pun. Duit u” Eh! Derhaka tak menjawab
macam tu?? Hahahahaha.
Memandangkan gambar tahun ni seketul pun apak kau tak snap
masa kat sekolah, mak tampal je lah gambar lama kau dengan Kkhairine kat sini ya nak.
Dah itu je nak bebel untuk entry ni. Korang ada problem ke
masa awal-awal hantar anak bersekolah? Standard ar.. mesti ada kan?? Lagi-lagi
anak yang baru masuk standard 1.. mesti bermacam ragam. Hadap je lah Bedah!
Akak dah dua kali merasa dulu.
sama dgn sekolah kami..sekolah bandar mmg standard tahun 6 byr rm200-250...sbb derang terlalu banyak aktiviti..exam pun banyak kali...so duit2 tu termsk dlm rezo kertas2 utk exam derang dan skli dgn kelas tambahan
ReplyDelete