Salam December uolls!
Patutnya semalam nak buat entry ni. Dah berfikir-fikir dah apa nak tulis. Kononnya cerita ni hot lagi lah semalam. So harini patutnya ada entry lain yang i nak share. Kalut-kalut terus lupa.
Ceritanya... semalam. I pergi UTC Keramat nak renew lesen kereta. Dari lepas birth-date i October haritu sampai hari semalam, baru kesempatan nak pergi renew. Bukan apa... i ni lupa nok! Kalau weekdays memang selalu tak akan sempat lah nak pergi. Weekend pulak, kalau tak ada training/tournament bola Danish, lagi lah i tak ada akan pergi renew. Tak sempat.
Nak dijadikan cerita.. dah lah terlambat renew (lebih kurang 1 bulan lebih). Dah keluar rumah, dah sampai UTC Keramat baru sedar yang i tak bawak lesen lama & IC. Common sense kan benda-benda penting macam tu kena bawak. Tapi i tak bawak pulak semalam. Terus berderau darah dalam badan hahaha. Selama ni bukan kata i tak bawak handbag. Tapi sebabkan semalam kononnya dah plan well sangat Lepas renew lesen, nak pergi pasar beli barang basah then lepas tu santai-santai brunch then lepas tu nak balik.
Kau rasa???? apa jadi?
Tak jadi masalah pun nyah! Nasib baik i bijok. Kalau i tak bijok semalam, lepas sedar IC & lesen lama tak bawak.. mesti i dah blah dari UTC hahaha. terus i ke kaunter JPJ tanya dulu. "bang saya tak bawak IC & lesen lama lah.. boleh ke kalau nak renew?" Abang JPJ kata "YA BOLEH" hoiii lega rasa dada bila dengar. Rasa puas dengan jawapan dia macam baru lepas berak batu! hahahaha.
Conclusion: Kalau korang nak renew lesen kereta, tapi tak bawa IC & lesen lama atau apa-apa kad pengenalan diri lain, korang still boleh renew lesen kereta ya! yang penting, korang jangan lupa bawak duit. Tu penting!
Ohhh tq Zaza sharing info ni kalau tak sampai sudah mak tak tau hahhaha...
ReplyDeleteHarus dipuji ni JPJ...memudahkan manusia alam sejagat!
selalu macam tu lah kan..kalau hal penting, ada je tertinggal terlupa lah..mujur lah boleh renew. kalau tak jenuh nak datang semula..lepas akak post, jangan ada yang terikut lupa bawa sebab boleh renew juga kan..hihi
ReplyDelete