Monday, December 23, 2019

Mee Goreng Pedas... Kopi Manshor

Entah apa apa tah tajuk atas tu.. macam tak match je πŸ˜… Alaaa.. tajuk drama kat tv tu kadang i tengok ada je lagi ngarut πŸ™ŠπŸ˜†

Entry ni pendek je.. tapi sebab nak panjangkan cerita, i mulakan cerita ni dari hari Sabtu tengahari ok.. hehehe.

Sabtu haritu tak masak. Sebab awal-awal pagi sesuboh sepi'e i dah sampai Citta Mall merebutkan Sometime by Asian Designer punya Reject Sale. Settled kat Citta Mall, i terus ke Pasar TTDI beli bahan-bahan cili, bawang, halia, kunyit blended untuk stock masak. Settled kat Pasar tu, singgah brunch pulak ke The Bread Shop balik dari merambu dah kepenatan. Sebelum sampai rumah, tanya NJ nak makan apa-apa ke? dia cakap tak nak. Sampai je rumah, i terus ZzZzzZZZ.

Petang terjaga dari tidur, dok fikir nak masak apa untuk dinner. Pastu terus teringat ada mee sebungkus dalam fridge. Berlari i ke dapur nak goreng mee kononnya. Nasib bahan semua cukup. So mari kita menggoreng.

Tung tang tung tang kat dapur, dalam 15 minit siap mee goreng. Moh makan!

Dah duduk kat meja makan, lepas baca doa makan, tengah tengah makan, sekali dengar orang sebelah i (NJ) tarik-tarik hingus. OMG! what happened to my laki? Pastu dia cakap "fuhh berpeluh-peluh i" nak cakap tak sedap takut bini kecik hati.. terus coverline cakap "peluh peluh" muahahaha πŸ˜‚πŸ˜‚

Guess what? Ya! mee yang i goreng tu PEDAS ya!! pedas yakmat.. naya kat laki i yang tak makan pedas tu... hahahaha.

Memang i perasan pun mee yang i goreng tu pedas. Tapi i buat bodo je. Dengan harapan NJ boleh tahan lah pedas tu. Tapi tanggapan bini u salah Bie! mintak hampon!! hahaha. Ni lah susahnya dapat laki yang tak makan pedas sama tahap [kepedasan] macam bini.. nak masak pun kena kurang-kurangkan pedas... hmmm.

Done cerita pasal mee goreng pedas yakmat πŸ˜‚


Settled kemas dapur, i terus masuk bilik. NJ kat depan tengah tengok bola... i malas nak join. Tiba-tiba NJ WhatsApp [bini kat dalam bilik, laki kat luar.. tapi berWhatsApp.. kau pernah??? πŸ™ˆπŸ˜ƒ] dia ajak pergi Kopi Manshor kat Langat sana. heyyy orang baru nak golek-golek atas katil.. dia ajak keluar pulak. Malas betul nak bersiap. Eh tapi kalau dulu masa muda mudi asal malam minggu je tergedik-gedik nak keluar.. dah tua tua ni malam minggu i lepak atas katil je... mampu??? hahaha.

Ingatkan nak ajak kopi-kopi je.. rupanya dia nak cover balik dinner dia.. tadi kan makan mee pedas nak mati yang bini dia masak tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ plus dia kata kat sana ada Kopi Mashor.. dari rasa nak golek-golek tadi, dengar kata ada KOPI terus semangat nak pergi. Sebab i pernah suakan hasrat [hasrat sangat 😜] nak minum Kopi Manshor ni.. tapi kat Senawang.. bila kata ada kat Langat pun ada cawangan, pon boleh lah.

Nama tempat tu D'Pallet Place Cafe & Restaurant. Wah nama!! macam hipster.. bila pergi... oooo food court je πŸ˜‚πŸ˜‚


Ni lah dia Kopi Manshor. Pekat likat melimpah. Harga secawan ni boleh tahan nak sama taraf dengan Starbucks. RM8 (hot) secawan ni. RM9 kalau yang sejuk. Mine, i chose yang hot.

Tapi tapi  tapi... bukan nak kritik. For me rasa dia not to coffee. It is more to coco taste.


Gelas tinggi tu pilihan NJ. Kopi Walid Mangga. Harga RM11 boleh tahan harga dia kannn hehehe. Taste? for me pun sama juga. Rasa dia lebih pada coco. Mangga yang dikatakan tu hanya terdapat pada surface air je.. kalau korang nampak atas permukaan air tu ada kaler kuning kuning tu.. tu lah yang dikatakan mangga ya! hahaha. ingatkan dia letak cube cube fresh mango ke.. tapiiiiiiii.. hmmm


Sebagai ganti mee goreng pedas bini dia tadi, NJ pilih set nasi + squid sambal ke apatah + ulam, telur dadar sekeping kecik, salad, tomato. Taste? Pun sendu jugak. Sambal sotong tu tak ada rasa langsung. Dalam aluminium foil tu semata-mata  ada kuah sambal yang cair & sotong je. Patutlah tukang masak dia menung je depan kedai πŸ™‡

I hope kepada peniaga kat luar sana, sila lah upgrade apa yang patut. Kita sebagai pelanggan ni rasa nak marah je bila keluar duit nak makan tapi apa yang kita makan tu tak setimpal dengan duit kita yang keluar. Dah lah dapat bini pun masak mee goreng pedas! order makanan kat luar pulak tazedap.. kau rasa???? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Bukan nak mencaci. Dosa tau! Nabi ada kata jangan menghina makanan. Ingat tu Jah! Bersyukurlah kita seadanya πŸ’“πŸ’œ

6 comments:

  1. ala bayar mahal tapi bila rasa tak mcm our expectation mcm fail disitu.

    ReplyDelete
  2. Kopi tu tengok pon tau mesti manis gila... ye tak?

    ReplyDelete
  3. mati2 i bayangkan kopi yg sama taraf ngan stabak...failed la kalau mcm tu..tgok lauk NJ makan tu pun sedih laa...apa presentation mcm tu..

    ReplyDelete
  4. ohh ingat Kopi Manshor nismilan. Memang kopi dia rasa coklat kak. pekat likat. itu je sekali minum. lebih suka kopi yang rasa kopi bukan coklat. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah