Tuesday, April 15, 2014

Tangkuban Parahu & Kg. Gajah Wonderland [Day 2]

Lepas melepasi Puncak Bogor, inilah masanya kami bertolak ke Bandung dari Jakarta. Dalam perjalanan aku sedap membuta tau2 je dah atas highway Bandung. Ikut itinerary memang akan ke Tangkuban Parahu. Pak Budi pun terus pecut ke sana. Lebih kurang dalam pukul 11lebih kot sampai sana.

Ini kali kedua aku ke Tangkuban Parahu. 1st masa pergi dulu tahun 2012.. tahun lepas masa ke Bandung aku tak datang sini. Kali ni pergi pun sebab anak2 & nenek je. Bagi diorang tengok Kawah Gunung Berapi di Negara Indon.

Kami.

Khairine 

Danish 

Symbolic. Sapa yang jejak kesini for sure akan bergambar dengan sign ni. Bukti yang ko dah sampai Gunung Tangkuban Parahu. Bukan memandai2 “check in kat fb” je tapi map kau kat Ampang.. hahaha. Setakat check-in aku pun boleh buat.. phuittt. (mohon terasa kepada yang pernah buat penipuan macam ni kat fb yer).. Ini aku bukan tujukan kepada kawan2 blogger.. tapi aku tujukan kepada perempuan giler yang curik gambar aku haritu. Dia dah buat penipuan besar kat fb dan dah kantoi pun.. check-in kat sini lepas tu bila tengok map kau kat Ampang.. Dah lah PENCURI.. PENIPU pulak tu.. kahaktuihhhhh!!


Kat sini tak banyak benda yang aku boleh ceritakan selain dari cerita Kawah Gunung Berapi ni.. Kawah ni still aktif tapi tak aggressive. Masa aku datang tahun 2012 dulu tak ada berbau sangat belerang dia.. kali ni datang kemain kuat bau belerang.. bucukkkk!!

 Sorang senggayut kat pokok

Sorang acah2 nak terlentang kebelakang.. Ok buatlah.. janji korang tergolek sudehh.. 

Iklan jap sebelum letak gambar lain.. konon nak buat adegan romantik ar ni.. ngehngehngeh ;P


 #NizamFamily

Cobaan nak melompat sekeluarga.. hahahaha .. keluarga ni tak abes2 buat perangai tak elok kat public tau.. memalukan je ;P


Cobaan melompat tak menjadi, sekarang cobaan memanjat pokok pulak.. anak sapo lah ni hoiii ;p Ini semua kerja Pak Budi.. dia yang suruh budak2 ni panjat pokok2 kat sana.. cantik katanya.. over sangat Pak Budi ni tau.. hehehe.

Pak Budi memang suka melayan diorang ni.. dan macam bapak dengan anak2 je kadang2 aku tengok dia melayan.. budak2 ni pun melayan jugak.. helok lah tu. 

 Khairine 

 Danish 

Anak & Bapak

Mak & anak2... sampai terpejam mata mak kau ngambik gambar.. ngantok sangat ke tu??

Next.. lepas lebih kurang satu jam kat sini, turun semula untuk pergi makan siang (lunch) nasik padang di Restoran Sederhana. Lepas tu itinerary nak ke Kampung Gajah Wonderland.

Gambar ni lepas entrance.. ada gambar Gajah. Symbolic of Kampung Gajah Wonderland. Tempat ni best giler untuk anak2. Dah nama pun wonderland kannn.. mesti lah macam2 ado.. memang fun lah masuk sini especially si Khairine & Danish. Kitorang siap repeat datang sini keesokkan harinya.. hahaha.. sakainess dot com betul!! :D

Masuk sekejap jugak time ni walaupun esokknya kitorang repeat datang. Tengok nenek tu.. kemain laju jalan sampai kedepan.. tak sabor2 lettew ;P

Tempat ni tutup pukul 5.30petang. Siapa nak datang sini better datang awal2 pagi.. seelok2nya lepas dia bukak je pintu kau terus serbu.

Nak tau lebih lanjut pasal Kampung Gajah Wonderland Bandung, sila picit LINK ni. Tengok gambar2 yang ada.. so that korang boleh imagine how fun you are if you were there. Website dia problem kot tak boleh nak bukak.

Belakang Khairine tu kids ATV track.. track ni sebijik macam cerita cartoon teletubbies.. kalau tak caya sila google ;)

 Terujaan melampau!! nampak ATV ni terus paksa bapak diorang bayar.. Gggrr. Naik natang ni kena bayar yer.. tak ingat berapa Rp.






 Nenek duduk relax sambil tengok the cucus naik ATV & ditemani Pak Budi ;)



Video ATV Ride Khairine & Danish

Lepas dah bawak ATV, diroang naik four wheel pulak.. jom tengok gambar ;)

Excited! bagi kakak bawak dulu lepas tu tukar turn..





Video four-Wheel drive Khairine & Danish

Dalam kawasan restoran di Kampung Gajah Wonderland.

Dekat pukul 5.30petang terus keluar dari kawasan Kampung Gajah Wonderland. Malam pulak aktiviti bebas sebab kitorang nak pergi shopping kat FOs Jalan Riau.

********************************************************************************
Soalan Kuiz Gempak Bersama Kak Jah :

1) Apakah nama Kawah Gunung Berapi yang Kak Jah pergi dalam entry ni?

2) Apakah patung symbolic bagi Kampung Gajah Wonderland?

Cepat jawab.. hadiah tak berapa istimewa menanti anda... =)

27 comments:

  1. bha ha ha...puas iolss scroll gambar sangkut bahu babe...itu kat tempat lain ek? morning babe....

    ReplyDelete
  2. Nak jawab soalan..hihi

    1) Tangkuban Parahu
    2) Gajah

    ReplyDelete
  3. kawah ratu & gajah laaaa patung nyer pun!

    hoii..aku sukak giler kot dgn gambar family ko..cantikkk!!

    ReplyDelete
  4. Jawapan
    1) Tangkuban Parahu
    2) Gajah

    Sonokkkkkkkkkkkkkkkk yer mama zaza pi satu family sini...byk betul gambar dan video...wauuuu puas hati tgk satu2...rasa cm Umi QI kt sana jek...yeyyy x sabar nak pi cm mama zaza...kalu Umi Qi nak minta nombor contact pak budi leh ke ek...hihi...kalo x leh xper...cuma x tau sapa nak guide kami if ada rezeki nak ke sana nanti...hehhehe

    ReplyDelete
  5. Farah pn dah sambil sini.. sejuk kan kat atas nie.. tapi kat atas nie yg tak tahannya kena tahan kerenah penjual2.. sampai paksa2 mintak kita beli.. huhuhu.. jenuh i menepis..=D btw gambar2 cantik sangat2.. pakai kamera apa nie..hehehe

    1. Tangkuban Parahu
    2. Gajah

    ReplyDelete
  6. Sungguh menarik...tak terucap dengan kata2! Itulah nada orang kecewa ditinggalkan...huhu :)
    Tak kira, nak juga hadiah!
    1. Tangkuban Parahu
    2. Gajah

    ReplyDelete
  7. salam kenal sis….amboi cerianya family nih

    ReplyDelete
  8. zaza, u pakai kamera apa ek?
    gambar semua cantik2!

    ReplyDelete
  9. cantiknya tempat kat sana..bilalah peluang nak cuti ke sana ni...tak sejuk ke kat atas tu.

    ReplyDelete
  10. TANGKUBAN PERAHU tu akak pernah pergiiiii...tapi yang patung GAJAH tu tak pernah sampai lagikkk...

    ReplyDelete
  11. Cantik jugak kat kawasan kg gajah wonderland ni..budak² sukalah buat aktiviti macam ni.

    Jawapan :
    1. Kawah Gunung Tangkuban Parahu
    2. Patung Gajah

    ReplyDelete
  12. Semua dah jaablah Zaza..
    Tengak your prince & princess naik wheels tu seronok betul kakak tengok.

    ReplyDelete
  13. kita nengok gambo dulu sampai habis baru kita baca..kihkih..terpesona ngan gambo2 kekdahnyer...hehe lepastu baru kita baca entry dan fokus untuk jawab soklan
    ! Gn Tangkuban Perahu
    2. Gajah

    ReplyDelete
  14. Comel je cik Jah berbusana pink karer hehe....
    Puas sungguh tengok gambar gambar ni ...rasa nak sendawa dah ni hehe....Larat pulak Mak nenek tu berjalan yek cik jah

    ReplyDelete
  15. HAHAHAHA..ada kuiz!

    1. Tangkubannnnnn Perahu
    2. Elephant

    ada try rebos telur tak kat kawah tu? :P

    u pakai camera baru ke? gambar2 awesome...sharp, cantik...menawan..tertawannnn..debommmmmm..hahaha

    ReplyDelete
  16. 1. kawah ratu
    2. gajah...

    cantik sungguh pemandangan kat sini kakkkkk... nak g jugakkkk

    ReplyDelete
  17. Rindunya tangkuban perahu...yeahhh!!!

    ReplyDelete
  18. nak jawab juga

    1. tangkuban perahu
    2.gajah

    ReplyDelete
  19. Aku nak jawab dulu:

    1) Kawah Ratu @ Tangkuban Perahu
    2) Gajah

    Cantik gambar² ni jah. Bestnya. Aku ni baca jer lah sambil fefeeling kat tempat ni. Banyak entry cuti2 ko ni aku tak khatam lagi.

    ReplyDelete
  20. memang best arr view kat situ.. ohsem baby.. ;)

    jawapan:
    1. Tangkuban Perahu
    2. Gajah..

    ReplyDelete
  21. 1. tangkuban perahu, 2. gajah. bagi emel, nak hantar alamat untuk terima hadiah tu..muehehehe
    take care, zaza.. ;)

    ReplyDelete
  22. of course la jawapannya adalah :

    1. Tangkuban perahu
    2.gajah...

    ReplyDelete
  23. next jawapan pilak..
    1... tangkuban perahu..
    2... gajah....

    p/s; Jeles tgok sweet family ni posing...akak..pakai camera apa? suka tone colour dia amazing?

    ReplyDelete
  24. gambar2 yg berlatar belakang kan kawah tu...mmg cantik2...yg lain pun cantik2 gak...ni pakai kamera en nizam yg gedabak tu kut...nenek pun mesti seronok...laju jalannya...hehehe...cantik kawasan kg gajah tu...nk jawab soalan ke ni???? jawab je la..
    - gunung tangkuban perahu
    - gajah

    ReplyDelete
  25. walaupun terlewat..tetapi tetap jugak nak jawab
    kawah ratu
    gajah

    ReplyDelete
  26. Apsal gambar sume cantik2 ni...pakai kamera ape ek..dari haritu kagum sbb gambar smua cantik menarik, the bomb..
    Jawapan mencuba nasib...heheh
    1 - Tangkuban Perahu
    2- Gajah

    ReplyDelete
  27. za! mu x makeup pon lawo! satu hari nanti aku nk g jugak sini! x kira! hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah