Tuesday, May 20, 2014

PD Ostrich Show Farm - Part II

Bukan main entry nak berpart-part.. padahal pergi haritu bukannya 12hari 12malam pon.. Ok lepas ni Kak Jah janji tak nak buat part2 lagi.. senang nanti korang baca dan tengok gambar sekali harong je dalam satu entry. Tengok lah korang sambil menangis teresak2 ok =)

Entry terdahuluPD Ostrich Farm

Next jom kita ke Extreme Park Dinosaurs in the Juncle.. kat situ ada sound effect Dinosaurs dan ada lah tigapat ketul Dinosaurs yang dipacakkan kat dalam hutan tu.. sepanjang kita naik ATV nanti kita boleh nampak lah dinosaurs kat tengah2 hutan tu.

Masa sepanjang naik ATV tak dapat ambik gambar.. sebab bizi mengride.. dah lah jalan kat hutan.. tak kan nak sibuk2 bawak camera skali.. hujung2 karang camera jatuh pecah haper pun tak dapek nanti. Maksudnya sepanjang naik ATV dalam hutan tu kita tak digalakkan bawak camera atau handphone.

Welcome to Dinosaurs in the Jungle.. eh apasal Kak Jah nampak kembung je dalam gambar ni?? tu yang nyampah pakai baju ni.. sebab baju ni jenis kembang mambang yang boleh buatkan aku nampak gems.. tak apa lah janji Kak Jah tak gemok macam Dinosaurs.. kannnn?? =)

Nah refer kat sini..

Satu pusingan ATV ride bersamaan 1.5km.. Hari tu aku rasa dah macam 10.5km je gamaknya.. sebab ride dalam hutan yang penuh liku.. naik bukit turun bukit rasa macam nak terbalik je.. hahaha. Masa aku ride haritu aku carry Khairine, Nizam carry Danish.. aku jalan depan.. skali sampai part naik bukit bagai nak giler tekan minyak tak naik.. dalam hati "isshhh berat sangat ke aku ni sampai perah minyak ATV pun tak boleh naik" hahaha. Rupanya kena change gear.. nasib baik pekerja ladang ATV kat situ membantu.. dapat naik bukit dengan jayanya ;)

Kat sini tak lah adventure macam kat Kemensah.. so korang kalau pergi sini jangan nak feeling2 professional sangat yer.. ride kat sini yang light2 je.. ala2 geli2 gittue sambil boleh gelak2.


Sebelum berlepas masuk hutan kat belakang tu, dia kasi kita test ride dulu.. karang tak pasal2 semua benda kat hutan kau sondol.



Ni je gambar ATV yang kitorang ride haritu.. Untuk kat Extreme park ni budak kecik tak boleh bawak ATV sebab ATV ni ada gear macam motor.. so diorang kena duduk sekali dengan kitorang. Begini lah rupanya.

Lepas dari kat sini, kitorang nak lepak kat cafe dia pulak.. cafe dia macam canteen kat dalam estate je.. bukan macam kopitiam.

Dah habis ATV kita mesti melalui depan kandang "pakcik kamel" ni.. hehe.. tengok tu kemain relax dia berteduh bawah pokok.. boring lettew tak ada kawan ;P

 Lepas tu boleh tunggang Keldai.. Keldai ni jinak uncle yang dalam gambar tu kata..


Si gembala keldai yang kacak.. hehehe

Lepas dah bermesra dengan keldai, mari kita singgah ke cafe pulak. Kat sana ada beberapa menu yang melibatkan daging Ostrich.. mari kita cuba.

 Tengok tu.. ada satay Ostrich yer..

 Khairine & Danish order chicken burger sorang satu.. masing2 tak nak try burger Ostrich.


Satay Ostrich.. 6 batang RM10.. Nizam yang bedal semua.. aku langsung tak sentuh.. tekak penoreh getah macam aku tak boleh nak telan benda pelik2.. mesti mau nasik jugak.


Kat cafe ni ada disediakan telur Ostrich untuk kita try pijak. Besar & keras.



Telur Ostrich


Danish & Khairine

Lepas tu turn Khairine & Danish pulak ride ATV.. masing2 sangat teruja sebab dapat ride ATV.. haritu masa kat Bandung diorang naik ATV jugak.. tapi kali ni diorang rasa adventure sikit.. Kat Bandung haritu track limited untuk diorang ride.






Habis main ATV, Khairine & Danish nak naik kuda pulak.. ok mari tengok gambar.

Price list untuk tunggang kuda & burung unta.. sempoi je tulis kat white board.. hahaha. Baru perasan dalam gambar ni ada sabit.. tanjat Kak Jah sabit main letak rata2 je.. bahaya betul!



Uncle Rajen ni sangat2 helpful.. kitorang haritu rasa dihargai sangat bila dia entertain macam pelancong asing.. hahaha. Kalau korang ada hati nak ke PD Ostrich Show Farm ni, korang cari Uncle Rajen.. pasti korang akan dilayan macam anak dia.. hahahahaha.

Ni kandang rabbit.. berdepan dengan kandang rabbit ni ada kandang anjing.. memang khas anjing sokmo kat dalam tu.. kitorang memang tak masuk ar kat situ.. apa kejadahnya nak tengok anjing.. baik tengok ikan.

 Iguana ni ilex je dok dalam kandang.. macam2 orang datang bergambar pun dia membatu je kat situ.

Nizam, Khairine & Danish mula2 takut nak bergambar.. aku paksa diorang bergambar jugak.. penyudahnya aku tak bergambar dengan binatang ni.. kalau diorang takut, aku lagi takut.. hahaha.

Akhir sekali masuk kat tempat ikan.. tak banyak jenis ikan yang ada pun.. dah alang2 nak ke pintu keluar, kitorang singgah je tangok kejap.

Kat entry 1st haritu aku lupa nak masukkan video Ostrich, Ostrich ride & ATV, so aku longgokkan kat sini je.






Habis jelajah kat sini lebih kurang 3 jam. Next destination.. lepak tepi pantai..


Biasalah kalau dah nampak air depan mata.. muka diorang memang akan jadi senget benget selagi tak tukar swim suit.

 Lagi2 dah nampak barang jualan kat belakang tu.. kalau tak pow makbapak diorang memang tak sah.. haritu Danish beli cap.. khairine beli swimming board.

Tadaaaa kan aku dah kata.. mesti dapat punya.. muka pun senyum lebau. Besar bapak swimming board ni.. cari yang kecik tak ada pulak yang dia berkenan..dia kata "janji ada gambar Monster High" Gggrrrr.

Dapat mandi dalam satu setengah jam pun jadi.

23 comments:

  1. happy family, suka iolss tengok babe...

    ReplyDelete
  2. dah gupe surf board je tu hehehehe
    selalu tengok signboard je ladang ostrich ni...tapi syok la boleh bawa atv tu, kira sewa eh?? so masuk situ ada entrance fees ka?

    adoiii ada dinasour effect juga ka...pikir banyak kali ni kalau nak bawa budak kecik tuh...

    ReplyDelete
  3. beraninya derang tiga tu duduk dekat dengan iguana tuh..
    sekali dia ngap...hahaha..
    best ar aktiviti uols..
    laki i takmo pun bawak i buat aktibiti camne..
    nangis!!

    ReplyDelete
  4. akk tak kan pegang iguana tu sampai bila2...hahaa... agaknye la...

    ReplyDelete
  5. ngeri plak nengok gambo iguana tu dh macam pakai tudung gamaknye ;p
    itu ari penah mkn burger ostrich smpi lani terasa geli gelemanya..mmng idok ler nk mengulang >_<

    ReplyDelete
  6. wah wah....happening ko gitu....syok gak kan sekali sekala layan anak jalan mcm nie..baru lah rasa donia!

    ReplyDelete
  7. oi biawak tu pakai lipstik ke.awat merah je bibior.hehehe.wei teruja betul aku.nt nk g PD nk g sini lah.hehe

    ReplyDelete
  8. wahhh..maciamm2 hadoo..memang menarik la entry kali ni..berpart2 pun xkesah la kak jahh..pantai tu kat blue lagoon ke?mcm dh cantek je..bertangga bagai..dulu nan hado..sebab dh lame xpegi sana..kikiki..

    #aduhaiii..teringinnye naik atv..tp keadaan tak membenarkan..uhukkk..

    ReplyDelete
  9. Pandailah Zaza, paksa org gambar dgn padahal diri sendiri lebih takut...
    Biawak tu tapi species yg kat padang pasir kan.. besar betul.

    ReplyDelete
  10. besarnya swimming board, boleh uncle ed pinjam.. kekeke. Menarik dan murah ghak tempat nie. boleh lah pergi nanti..

    ReplyDelete
  11. nmpk mcm best ja tempat ni kak :) teringin nak p

    ReplyDelete
  12. Fuuyoo best gila la kat sini..mcm2 ada.. igt tempat dia kecik ja..Sekali laut pun ada..Best2
    .=D

    ReplyDelete
  13. Best gak tempat ni erk babe. Ko tak menunggang plak ostrich tu ☺

    ReplyDelete
  14. wahhh zaza..bestnya jalan2..hihihi...plus satay n burger...waaa...geram tgk...hihihhi

    ReplyDelete
  15. tak ramai orang ke kat PD Ostrich tu... tempat nampak best kalau tak ramai orang lagilah best..tak adalah sesak nafas nantikan....senyum ke main lagi dah dapat mandi pantai.

    ReplyDelete
  16. Macam best jugak kekdahnya yek cik Jah oi.....Sapa yg jadi tukang gambar masa naik ATV tu ? Semuo ado atas ATV tu....Mak nenek ke? hehe....
    Dahsyat sungguh tekak penoreh getah sekarang ni yek....sate Ostrich punyalah standard mcm berhigh tea kat london pun cik Jah tak makan ...
    Cik Jah ngan Cik Nizam tak berkubang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah..kah baru nak komen mcm ..ada ke mkanan high tea mcm kat new york tu kak jah x sentuh..lidah penoreh getah katanya ha..ha serius entry family trop kak jah n family memng ditungguh.. lawak gila akak tulis.. i like :P

      Delete
  17. opocot tekejut aku tgk iguana tu...geli wooo..laju2 aku scroll....manje laa mcm mane pun, kalo dah rupe ko mcm biawak mmg aku takut kakaakakakak

    best gak buat aktiviti ni kan...sonok budak2 nieh....mencabar gile tuuu..ni kalo anak2 aku sah2 takut2...dieorg ni lembik sikit....tapi boleh ride berdua kire cun le tu...tapi dayyan nak campak mane lak...alaaaaaa leceh gak gitu ekekekeekekeke

    ReplyDelete
  18. banyak kali lalu sini tapi tak pernah singgah, macam best je..tapi satay ostrich tu for real ker..kesian pulak tak sampai hati nak makan..

    Sembelit Semasa Mengandung

    ReplyDelete
  19. Fuhhhhhh best rupernya pi sana ye zaza....meriah ngan aktiviti...suka lah Uncle Rajen tu...zaza ckp dia treat anak kita mcm anak2 dia ye...sure terbaik yer layanan...julia suka pembantu mcm tu...buat kerja sungguh2...iguanaaaa tu comel...zaza perasan tak dia pakai lipstik...cer tgk bibir dia merah...kalu julia...dah cium...kot2 leh jadi princess hahahahhahahahha.....bestt laa byk betul video zaza amik...hebat la....alaaaaa napa x rasa satay burung unta....mesti sodap...ju ni mmg layan benda2 yg extraordinary ni zaza....weeeeeee nak piiii

    ReplyDelete
  20. seronoknya dapat ride ATV tu..ni yang bertambah kuat nak ke sini ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah