Friday, October 24, 2014

Bubur Nasi

Masa draft entry ni nak dekat sekotak habis tisu aku kerjakan. Selai aku sumbat kat lobang hidung. Habis basah lencun tisu yang sumbat kat lobang hidung ni. Lepas tu tukar tisu lain pulak. 

Jumaat haritu tak sedap badan macam nak demam + flu. Flu ni yang mengundang buat demam.. sakit kepala aku asek achom achom achom je sepanjang hari. Asal bersin je habis terbang-terbang kuman yang keluar dari mulut aku.. biar orang lain kena pulak virus aku. Sekarang dah berjangkit kat Nizam pulak.. tu lah siapa suruh comolot dengan I.. hahahaha.

Cerita pasal tajuk atas tu. Badan dah tak best.. lagi tak selera nak makan nasik. Kau sua kepala gajah masak kari depan aku pun aku tak selera. Tekak ni nak makan bubur nasi. Kebetulan lepas hantar Khairine kat sekolah sebelum dia bertolak pergi camping haritu aku balik je rumah terus membuta.. tak larat sangat dengan cuaca kat luar tu panas berdesing. Jadi tak masak lah aku haritu (alasan sangat kukuh.. hahahaha). So malam tu Nizam kata makan kat luar je lah. Ok boss.. hehehe.

Rasa macam nak makan bubur nasi kat restoran Day & Night Circle Shah Alam. Macam melampau sangat pulak permintaan sampai jauh ke sana. Dia tanya aku kat mana lagi ada.. aku kata no idea. Pecah kepala gak laki aku memikir kat mana nak cari bubur nasik.. hahaha. Kan I dah kata Bie.. bini you ni "kadang-kadang" kekwat tanpa batasan.. hahaha. 

Dia bawak aku ke Kampung Baru. Baru teringat bubur nasi yang sedap kat depan UniKL. Terus dan dan tu aku suruh Nizam ke sana.. padahal tadi kata no idea nak kemana.. nampak tak kekwat disitu?? hahaha.


Bubur nasi yang sedap. 

Bila makan tergigit halia muda yang dia potong slice tu.. bikin terpejam bijik mata Kak Jah bila kunyah.. hahaha..  over sangat!

Sayur apa ni.. dia goreng oyster. Sedap je bagi tekak aku yang tak berapa tak sedap ni.


Ini yang tersedap sekali wa cakap sama lu.. 

Sotong kecik2.. lepas tu aku campurkan sekali dengan ikan masin.. tak kisah lah janji dia masin masin bila makan dengan bubur.. slurpppp. Lepas tu perah limau atas dia.. Ya Allah.. rasa nak menjerit masa makan.. tersedap sangat. Hishhh sudah sudah lah propa Jah oiii.. orang lain makan sedap jugak.. kau tu sampai nak menjerit dah kenapa?? derrrr.


Akhirnya.. licin semangkuk.. perut pun gembira :))

Nizam makan nasi goreng USA.. sikit pun aku tak pelawa dia ajak makan bubur aku. Aku buat bodo je.. karang kalau pelawa tak cukup pulak nanti.. hahaha.

Kalau korang nak try makan bubur nasi pergi lah kat Kg. Baru.. depan UniKL. Tukang masak dia memang purely orang Thailand.. bangsa yang tak paham sangat cakap melayu. Dia punya tak paham bahasa melayu tu sampai order aku tak sampai. Selain lauk2 yang aku order tu, aku ada order ayam goreng kunyit untuk dimakan dengan bubur.. sampai ke sudah tak dapat. Nampak sangat dia tak paham bahasa aku. Lantak kau lah... janji aku makan habis sampai kenyang.

33 comments:

  1. salam singgah pagi... sedapnya nampak bubur tu.. terasa lapar plak even dah bkfes :)

    ReplyDelete
  2. bubur tu memang nampak mengiurkan... salam jumaat babe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saja nak bagi you menggiur.. hihihi..
      Salam Jumaat too babe! :)

      Delete
  3. Weyh...bila ko tuko kulit blog cik Jah......amboi......tuko tak cakap orang hihi....tapi masalahnya perlu ke cakap? haha.....Ohhh bubur ni faveret mak jugak tau....tapi hari ni anak anak nak makan KFC...so tak leh buat bubur hari ni lorrr...
    So hari ni dah okay ke belum achhoom ko tu cik Jah? Oklah tu bang Jebat pun seme jugak barulah best boleh lawan achoom hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diam2 sudeh... tak kan nak canang kat semua orang.. tukar ni pun untuk tatapan semua orang jugak.. hehehehe..
      Esok2 pun boleh kalau nak makan bubur.. harini Cik Bedah tatap je dulu gambar bubur Cik Jah ni sampai kenyang yer.. hahahaha
      Achom dah baik dah.. hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. sotong & ikan masin tu lah cukup masin mek..
      kalau tambah telur masin mau darah tinggi aku kat situ..

      Delete
  5. Ini bubur nasi terbaik sebab ada sotong dan ikan masin tu memang kena kombinasi tu..Teringin pulak nak buat camni...apepun take care ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terbaek sangat Fiza.. kena dengan tekak org demam.. slurppp sedappppp

      Delete
  6. Kat kg cik mah ni..tp xpernah try lagi..

    ReplyDelete
  7. Jahhhh...tanjat gegirl tgk blog dan cantik...hehehe...Sorry, baru harini dapat terjah rumah ko ni.

    Sedap nya bubur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jgn lah tanjat sangat.. karang ko pengsan sapa nak angkat.. hehehe
      mmg sedap babe.. nnt ko pergi lah try :)

      Delete
  8. kak zaza, cantik yer watermark terbaru sis ni, profesional ni yeyyy, suka tau jelas dh mudah readers nak follow dan baca, great job!
    Sis tak sihat yeee, demam achom2 ek...alololololo geng si adik QI la ni sama2 tak sihat, sekarang musim la kak, ni mak budak pun selsema ni, tu yg tak havoc sgt nak buat entry...minggu depan la ngarang leh gitu...ishhhhhhhhhhh sodap yer bubur nasi depan unikl ni sis...mmg selalu pi lepak kt area kg baru tu pekena nasi campur...ish2 nak cuba lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Ju... saja buat yg simple & tak complicated hehehe
      Now dah sihat dah.. Alhamdulillah.. Hope abg QI & Ju dah sihat skrg :))
      Ju try lah mkn kat situ sedap tau bubur nasi dia :)

      Delete
  9. Ish..bubur ni kalau makan ngn kangkung goreng kicap..fuhhh zaza..ko kompem angkat ponggong..hahaha

    ReplyDelete
  10. boleh plak terkecur ayak liur ni.. hhihiih

    ReplyDelete
  11. En Nizam ni betul-betul melayan bini yg tak sihat. Betul-betul sayang
    Dah jumpa bubur idaman sampai licin Zaza kerjakan.
    Ini sihat ke tak sihat ni bini awak en nizam? haha...
    Org sihat makan macam tu pun sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa layan je Kak Zakie.. kalau tidak nnt bini dia merajuk hahahha..
      Demam kura2 je.. tu yg habis semangkok hehehehe

      Delete
  12. ni kalau ai demam ajak makan kat situ memang over kekwat lah kan.. dari Klang nak ke KL melampau hazabedahnya.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  13. dapat makan bubur nasi masa tgh flu memang thorbaikkkkkk lah! =D

    ReplyDelete
  14. Kat situ bubur nadi mmg the best. ..x suka flu....if SA terus semput srkali...

    ReplyDelete
  15. Rasa mcm terus nk mkan bubur nasi juga.. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah