Thursday, October 9, 2014

Pasar Serikin - Kuching Sarawak

Masuk hari kedua di Kuching plan nak keluar awal pagi dari apartment. Kalau dah berada kat tempat orang mesti lah nak kena berjalan sakan yerdak?? mestilah awal-awal pagi dah nak kena keluar.. baru lah sakan.

Info : Pasar Serikin merupakan antara tempat membeli-belah yang terletak di sempadan Malaysia & Indonesia. Dekat dengan Kalimantan. Kebanyakan barangan yang dijual di Pasar Serikin ni dibawa masuk dari Indonesia. Pasar ni hanya dibuka pada hujung minggu je.. iaitu Sabtu & Ahad.. hari-hari lain sekitar tempat macam pekan mati je. (info yang aku review & dari orang tempatan). 

Malam sebelum tu dah plan baek nak gerak awal. Kononnya nak gerak dalam pukul 6.30 pagi. Cuaca kat sana kalau pukul 6.30 pagi kan dah cerah. Lagi pun kalau nak kesana memang kena awal sebab cuaca sana panas sebab kedudukan yang hampir dengan garisan khatulistiwa. Well janji melayu katanyer.. bila dah ramai2 kau tau je lah.. dia tunggu dia, aku tunggu dia, kau tunggu aku.. ding dong ding dong nak dekat pukul 9 pagi jugak kitorang gerak dari apartment.

Info : Perjalanan mengambil masa dalam satu jam lebih dari apartment.. Kalau dari bandar Kuching mau lebih kot.. itu pun bergantung penuh pada Waze. Nasib baik jalan nak kesana elok. Review sebelum ni aku tengok banyak yang kata jalan kesana berlopak.. maknanya tar tak elok. Mungkin time kitorang datang haritu dia dah turap cantik.

 Baru sampai.. 

Mula-mula sampai rasa jakun jugak.. siap dah pakai topi ala-ala santai tepi pantai kat kepala.. ingat nak beli skali bila pikir balik macam poyo pulak.. ah letak balik lah.. rambang je bijik mata sebenarnya tengok macam-macam ada kat situ. Rasa gatal je tangan ni nak membeli.. Ini belum masuk sampai ke hujung lagi. Cehh cerita macam shopping kat Paris je kannn.. Propa je lebih.. hahaha.

Permulaan perjalanan.

Bila dah jalan sampai ke hujung baru rasa kurang jakun. Tempat ni sebenarnya macam kau pergi Pengkalan kubor, Kelantan jugak.. sebabnya banyak barangan tiruan dari Indon. Bezanya kat Kelantan tu barangan yang dijual banyak dari Siam. 

Aku pun haritu tak beli apa sangat.. kecuali beli barang-barang souvenir, kain batik Sarawak, Kain Pua Kumbu untuk buat baju, senduk Sarawak. Banyak lagi sebenarnya hasil jualan kat sana.. tapi macam tak larat je nak beli. Bawak duit seguni pun tak cukup nanti. Itu kalau bangsa yang kaki perabih duit lah.

 Alatan muzik



 Kebaya ala-ala Kebaya Nyonya dari Indonesia.

Mostly barangan yang dijual peniaga kat sana ambil dari Bandung. Bila aku tengok memang yer jugak.. antaranya telekung, kain pasang sebijik macam yang ada jual kat Bandung. Kat sini juga kalau nak membeli kau kena pandai tawar menawar.. boleh dapat murah. Peniaga sini bila dia tengok kita bukan orang tempatan, dia akan ketuk harga giler2.

 Barangan kraft Sarawak

 Budak ni aku suruh pilih legging tapi tak mau. Tak ada yang berkenan katanya.. Cuba bawak masuk H&M tengokkkkkkk.. tak payah aku pilih.. dia sendiri pilih mana dia berkenan.. derrrrr.

 Agak-agak nak buat kenduri periuk belanga tak cukup, boleh beli kat sini. 

Harga aku tak pasti.. tak pulak aku tanya berapa harga barangan dia. Kalau kat Kelantan ni harus barang ni product dari Siam.. kat sini aku tak sure dari mana datangnya periuk belanga ni.. rasanya dari Indon lah kot.. dah sempadan katanyer.


 Kraft diperbuat dari kayu kayan.


 Baju kaftan.

 Handbag pun banyak jugak kat sini. Mostly handbag dari Indon. Satu pun aku tak berkenan sebab material yang digunakan nampak sangat local. Baik beli kat Bandung., ada lah nampak berkualiti sikit.

Barangan hasil Sarawak


 Jersey pun banyak ada jual kat sana. Macam biasa lah ada gred-gred. Kalau gred ok sikit mahal harganya. Gred murah pun ada.. harga pun murah.

Kain pasang & telekung memang banyak jual kat sini. Melayut-layut dia gantung macam kat belakang tu.

Kulit apa tah ni.

Macam-macam kaler ada.. pilih dan bayar je mana yang bekenan. Aku ni kurang membeli kain pasang. So jalan-jalan basuh mata je lah.

 Hasil rotan. Sampai dah naik serabai rambut anak aku.. hahaha. 

Sebenarnya kalau nak layan kan tempat ni rasa mau tercabut kaki. Dia punya panjang memang berkilometer.. antara tabah dengan tidak je kau nak jalan sepanjang Pasar Serikin ni sampai ke sempadan Indon sana. Dengan cuaca panas yang terik satu macam. Sepanjang aku kat pasar tu kipas tangan memang tak lepas. Berkipas je tangan aku sampai naik lenguh.

Family SIL.

Masa kat kat sana kitorang berpecah 3 family (family aku, Family SIL & Family BIL). Masing-masing dengan haluan masing-masing. Kau nak shopping berapa lori pun kau punya suka.. gittue lah kaedahnya. Tapi cukup time kita berkumpul balik kat tempat jalan masuk. Emak aku tak ikut jalan sampai kedalam pasar ni. Orang tua tu tak larat nak jalan. So Emak lepak kat pondok area pintu masuk je. Sian orang tua tu.. nasib baik lah ada port dia nak duduk. Senang lah hati aku nak merayap sampai hujung jalan.
Ini lah penghabisan jalan Pasar Serikin. Bukan main jauh ya amat. Peluh jantan betina semua keluar.

Kat sini semua hasil kampung ada jual. Susah aku nak sebut satu persatu, Kau tengok je lah dalam gambar tu apa ada jual. SIL aku beli cempedak kat sini 3 biji RM5. Tanjat berok aku.. murah giler. Cuba kat Kolumpor.. kau boleh dapat harga itu??? kim salam je lah.

Steady lah makcik!! 

Puas tak tengok gambar?? ikutkan banyak je lagi gambar kat Pasar Serikin ni yang aku nak tampal. Siap bergaduh dengan Nizam "Bie you ambik banyak-banyak tak gambar kat sini.. I nak masuk blog" Hangen je mamat tu gambar dia tak banyak pun sepanjang kitorang kat sana.. hahaha. Dah tu dia yang pegang camera gabak.. harus lah gambar dia tak banyak. Aku setakat pegang handphone lepas tu snap snap snap masuk Instagram je.. haha.

Selesai berpeluh-peluh kat Pasar Serikin, otw balik tu kitorang singgah satu gua tu.. apa tah nama gua tu.. tapi tempat tu temple untuk orang Budha sembahyang.. tak masuk pun cuma lepak kat luar2 je.



Tempat ni lah yang tak tau apa nak gua.. lepak sekejap je lepas tu ke Gua Angin.


Gua Angin.

Lepak bergambar tigapat keping lepas tu bla pergi waterfront nak pergi carik kek lapis Sarawak.

Ok lah.. lepas ni aku nak sambung cerita kitorang pergi beli Kek lapis kat seberang sungai Sarawak, esoknya ke Damai Beach & Kampung Budaya pulak k.

Chow Sin ;)

34 comments:

  1. syok jugak kan sarawak nie...nak kene masuk list perlu dipergi ni jah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan.. hujung tahun ni pun masih sempat lagi budak2 cuti skolah!

      Delete
  2. wow...memang best nie...insyaallah next year nak gie sarawak...

    ReplyDelete
  3. Pasar Serikin mmg macam2 ada.. standby duit jer..mcm farah kalau datang sini suka cari kain pasang jer.. sebab murah..sepasang dalam RM20 jer..gila murah kan..kat sini mana nak dpt..dah la corak cantik2..kualiti pn okey..hehehe.. InyaAllah tahun depan nie balik sana..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..sediakan duit je mcm2 boleh dapat hehe
      kain pasang mmg cantik2.. mcm farah minat beli mmg akan giler rambang mata

      Delete
  4. Best jgk..tmpt ni bt rin teringat kt tangkuban perahu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangkuban perahu, bandung..
      ok jg situ.. tempat tu sejuk.. tp cuma boleh tgk pemandangan je lah selain tu boleh beli souvenir

      Delete
  5. masa study kat swak 2 kali g sarikin.. panas! hehehe.. x beli sgt pun sbb rasanya harga lebih kurang je...

    ReplyDelete
  6. Kalau mak mak datang sini mesti shopping sakan ni..kalau fiza beli sourvenir je la jawabnya..banyak betul barang yang dijual kat sini boleh buat rambang mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fiza..
      mcm tak sanggup nak habiskan jalan sampai hujung..

      Delete
  7. welcome to Sarawak..moga happy2 bila jalan kat sini, ya..

    ReplyDelete
  8. banyak ke bawak balik periuk..hehehe..wah..memang best kalau bershopping kat situ

    ReplyDelete
  9. Mungkin jualan di Sarikin ini lebih kurang tempat kita Zaza tapi kakak rasa bila masuk ke outlet yg jual kek sarawak haaa.... barulah tak tahu nak pilih mana satu sebab semuanya cantik dan menggoda selera.

    Kakak tunggu N3 kek lapis tu Zaza. Gambar kena lebih dari ini:)

    ReplyDelete
  10. tak pernah den pergi sarawak...mcm nk pergi jgk.....

    ReplyDelete
  11. Mmg murah kat serikin ni.. Anak2 dulu beli guitar RM35.. Jual blk kat car boot sale RM65 :D
    Blouse pun murah.. Kat kl rm55, kat sana rm25 je klu x silap... ;D

    ReplyDelete
  12. macam-macam ada kat pasar serikin ni kan..last year pergi kuching, xdapat pergi sini sebab salah hari..haisyh..ruginya..

    ReplyDelete
  13. Best nya pasar tu..siap ada jual alat muzik..

    ReplyDelete
  14. Semput mak baca entri ni tau....tengok gambo jer boleh? Hehe...
    Yang kat gua Angin tu mcm Puteri Gua tgh bersiar jer hihi...

    ReplyDelete
  15. Rasa mcm dah publish.....tp mcm tak publish jer.. ..
    Prrgh!! Semput mak baca tau nasib ada banyak gambo....boleh le ngelat tengok gambo jer !!
    Yg bawah kat gua tu.....Tu Puteri Gua tgh bersiar ke? Hihi

    ReplyDelete
  16. Kat pasar tu kalau time panas, memang terik tak tahan... Kalau gi sana punbeli sebenier je la kan...

    ReplyDelete
  17. uihhh panjang berkilo meter??? serius aku baru tau ni kak jah.....mauu semput berjalan.... mujur semua steady2 so leh laa layan jalan sampai ke hujung pasar...ye laa dah sampai tempat orang rugi plak tak berjalan betul2 kan kak jah...bile lagi nak berjalan ke sane.....tapi tu laa kalo tak kuat iman mmg byk plastik kat tangan berboyot2 bawak balik...nampaknye kak jah berjaya mengawal napsu serakah...tak byk pun soping nye..... tang anak dare tak mo beli tu lawak tu....anak bandooorrr demand laa kak jah oiiii...tak main laaa pakai seluar tepi2 jalan ni hahaahaha...kene pi mall ...auwwwww...dah besar sgt tau anak dare sorang tu.....

    cempedak 3bijik rm5....sgt2 muraaaaaaaaaahhhhhh..... mmg potong jari tak dpt le kat kl nie....seronok kat sane kan...kos hidup mcm rendah lagi.... byk dapat save kalo mcm tuh...

    kak jah cepat citer kisah kek lapis...tak sabo nak bace..semlam baru tgk kat fb vidoe org sarawak buat kek lapis sarawak...mmg susah n remeh gilee..... kite yg makan sedap jek masuk mulut kunyah telan heheeheh....

    ReplyDelete
  18. Yup ke semua barangan sana byk import dari luar...so lebih kurang sama cm port kt kelantan tu sis...setakat cuci mata ok la...ju dh 2x pi pasar sarikin ni...kalau pi sarawak xmo pi sini lagi sbb dah tau diorg jual apa hehhehehe...wahhh ada gua angin weeeee

    ReplyDelete
  19. best la tgok pasar tu mmng murah giler rege cempedak tu

    ReplyDelete
  20. kalo panjang berkilo meter...sakit la kaki jawabnya....seapruh boleh la lg ... cik jah kuat lagi...boleh la jalan berkm,...hehehe...nape x masuk dlm gua tu?? :)

    ReplyDelete
  21. huiii..jenoh nk bejalan klu cmni..tp klu utk shoppinggg..boleh ajer...hakhak..tempat ni mcm kt wang kelian kelantan..tp ade jgk barangan dr indon..tu spesel sket..

    ReplyDelete
  22. wow.. serius suk sangat dengan barang kraf dan hasil tangan Sarawak tu kak ^_^

    ReplyDelete
  23. Bawak oarang tua kalau jalan jauh2 ni kena fikir banyak kali kesian kita jalan2 tengok2 shopping2 dia lepak boring tunggu kita tapi lagi kesian kalau kita pi jalan2 naik kapal terbang tak bawak dia kan...

    Nanti kalau akak nak pi Sarawak boleh refer blog hang nooo....

    ReplyDelete
  24. saya dah 2 kali ke sini..tak mau pi lagi..nice entry.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah