Mohon mahap.. cerita ni bukan nak melibatkan political yer.. ini hanya sekadar cerita lakonan semula apa yang terjadi semalam.
Aku tengok bertalu-talu orang up status kat fb pasal kenaikan minyak semalam. Ada yang hamok ada yang mengeluh pasal kenaikan minyak doposen. Bukan main meriah setiap pump station kat area rumah aku.. dah macam pesta isi minyak kaedahnya. Termasuk lah aku dengan Nizam yang tolong memeriahkan keadaan.. hahaha. Padahal kitorang tak pernah pun buat kerja beratur panjang kat pump station macam tu bila setiap kali diumumkan harga minyak naik.
Selama ni bila dengar harga minyak naik tak lah sampai menggelupor pergi beratur panjang kat pump station. Cuma malam tadi entah apa angin si Nizam tu suruh pergi isi minyak penuh-penuh.. mungkin dia saja nak memeriahkan lagi pesta isi minyak kat pump station kot.. hehehe. Macam lah isi minyak penuh-penuh boleh tahan sampai harga minyak turun kot.
Nizam whatsapp aku suruh aku pergi isi minyak kereta.. aku kata aku malas nak keluar. Lagi pun kalau aku isi minyak kereta aku karang kereta dia bila pulak nak isi.. sebab aku dah lenjan sampai habis minyak kereta dia semalam.. hahaha.
Nak tak nak aku tunggu dia balik kerja then we go out together. Nasib baik pagi semalam dia dah siap-siap isi minyak motor dia penuh.. Nizam kan pergi kerja bawak motor. So kereta dia aku rotate pakai dengan kereta aku. Nizam balik kerja semalam dia bawak kereta dia, aku bawak kereta aku. Bila lalu depan pump station tengok... homaiiii!!! Panjang giler kereta beratur nak isi minyak. Tabah jugak lah menunggu queue.
Masa pergi pump station semalam aku ikut kereta Nizam dari belakang. Dekat-dekat sampai tu aku tengok dia cilok jalan short cut. Aku pikir eh kenapa plak mamat ni ikut jalan lain sedangkan kereta lain berjanggut tunggu queue kat tepi jalan.. hahaha. Nasib baik jalan short cut tu buatkan turn kitorang jadi cepat.. phewww. Nizam isi minyak kereta dia full, aku pun isi minyak kereta aku full lepas tu terus chow.
Sampai je rumah dia parking kereta dia. Lepas tu dia terus meluru masuk dalam kereta aku. Dia ajak aku pergi Maxis KLCC sebab dia nak bayar bill handphone dia.. takut kena bar lettew.. hahaha. Dengan slamber kitorang terus menuju ke Maxis KLCC. Siap je bayar terus balik rumah.
Sebelum cerita lanjut, sebenarnya roadtax kereta aku dah kojol hari Isnin lepas (29 September) hari yang kitorang balik dari Kuching. Selasa haritu baru Nizam tolong uruskan untuk renew roadtax insurance kereta aku.
Sampai je rumah, dengan muka confident aku cakap kat dia "esok I nak bawak kereta you, roadtax kereta I belum tampal lagi"
Kau tau dia cakap apa kat aku??"abes yang kita pergi KLCC tadi you tau tak roadtax kereta you dah mati?? belum tampal roadtax baru??" muahahahaha. Bongok jugak aku ni.
Lepas tu dia sambung bebel kat aku "bila I nak bawak kereta I memanjang minyak tak ada.. tau-tau je dah menyala.. pandai you kan.. agak2 minyak kereta I dah nak kong you tukar bawak kereta you.. bila minyak kereta I kong, I kena isi.. lepas tu you belasah lagi.. kalau I nak bawak kereta you pun sama.. asal turn I nak bawak je mesti I yang kena isi.. dua2 kereta I je yang kena isi mana boleh?"
Panjang tak kena bebel?? itu pun ada lagi dialog dia yang kau dah lupa.. kalau aku ingat, mau panjang lagi aku tulis kat sini. hahahaha.
Ilex ar Bie.. laki bini pun nak berkira.. hahahaha. Actually kan bukan pasal berkira atau tak berkira.. betul juga dia kata tu.. kalau dua-dua kereta asek dia je kena isi koyak ar poket dia.. yang aku ni pulak reti pakai je.. hahaha.
Sedangkan roadtax insurance kereta pun aku tak reti nak uruskan, apatah lagi kalau kereta rosak or tayar kereta pancit.. hahaha Pitam!
Meriah station minyak smalam. Tak kosa lah aku nak beratur panjang. Memang tragedi oktober betul.
ReplyDeletelaaa ko pun same ke kak jah pi sesak2 isi minyak mlm tadi....adoiii panjang gileeee q tauuuuu..... tapi tu yg seronok, same2 memeriahkan suasana ahahahahaahah...mcm ade sales aje kat stesen minyak kan ......
ReplyDeletehaa tu lee kaedahnye kalo ade 2 bijik keter hahaahahaha....pakai yg ni sampai minyak yileks, pastu tukar pakai yg tu plak...en laki sile stenbai isi minyak hahaahahaha....mcm dik leha ni name jek laki bini keje putrajaya same2 tapi dik leha tetap pi keje membawa haluan masing2....bawak keter asing2 lee maksudnyer...sebab dik leha kene hantai budak2 gi sekolah pagi..... laki anta dayyan jek pi taska....balik keje dik leha kene kutip budak2...sebab balik awal....tapi laki dik leha balik lambat....so kene laa bawak keter asing2.....ehhh tetibe cerita kisah dik leha plak hahaahahaha.....jgn rejam dik leha ye kak jah.....
hiks takpa pelan2 belajar.. saya dulu pernah nak pump tak tau pun nak cucuk di mana?? n the best part tak bukak pun penutup tu camner tayar tu nak molek..
ReplyDeletewe learn everyday
malam tadi kitaorg lalu je tgk org meriah-meriah tu sebab aku dah letih abis meeting pukul 7...pfftt..
ReplyDeletenoe x pernah lg beratur panjang...mlm tadi lepas service kete,,,suh bob g isi minyak penuh...ada setakuk lg x penuh...dia malas nk beratur panjang...hehehe...
ReplyDeletepak nizam kan baik...kena la isi minyak kete isteri sekali...hehehe
melampau ko zaza ek..hahaha
ReplyDeleteke saje2 buat lupa nih..hahahaha
kereta rin kalau minyak takde hubs bebel 4 malam tak habis2..hahaha
Haaha rsanya satu msia nye pump station bparty mlm td hahaha
ReplyDeleteHahahhahahhahahhahahhaha kak zaza hahahhahhaha adeh napa kita ada satu yg sama ni...tang minyak kereta wakakakkaka...soalan sama cm suami ju ckp...asal hari sabtu ahad je cm tau2 je dia kena isi hahahhahahhahha aduyaiiii mmg saje bg dia isi...sbb tiap2 mlm pinjam kete ju kan kecik dia nk pi jupe kawan dia...haaaaa apa lg isi2 hehhehehe
ReplyDeletemaleh nak pi beratur,kalau isi minyak smalam cukup sebulan takpe jugak
ReplyDeleteisteri mithali mmg gitu..........kan!!!!
ReplyDeletehihihi. bagus kak.. kena buat macam ni jugak, baru jimat duit minyak.. hihihi.. suruh husband je isikan.
ReplyDeleteaku takde makna la nak pegi q pjg beb... baik aku gaduh ngan anak aku kat ngumah dari aku hazabedah nak tggu turn isi minyak. hahahaha
ReplyDeletemlm td lalu stesen myk tengok beratur orang nak isi myk...ishh..
ReplyDeletesalam zaza lama dah tak bertandang sini....
ReplyDeleteper kabo hehe...
eh betoi semalam memang meriah sungguh tau kat stesen minyak... umah lizzz kat perok sekali sekala jamm tu meriah siket lahai....
eh kita sama perangai semua benda laki uruskan maleh ler nak uruskan semua tuh leceh....
sabor je la kak jah ni urut dada be akk tu .... ;p hahhaa...
ReplyDeletemasa balik keje mlm tdi semua stesen minyak penuh.. fuh! semangat sungguh..
ReplyDeleteUntung pengusaha stesen minyak malam tadi.. pendapatan luarbiasa yang diterima.. ;)
ReplyDeleteTapi sesekali memeriahkan suasana macam menarik je.. ;)
hahahaa..nasib la xkene tahan ngan abg polis sebab road tax mati gi klcc..hikhik
ReplyDeletekite ni org pmpuan mmg same kot..mmg malas gle nk isik minyak..
sesekali kena bebel apa salahnya kak..pasni akak isi minyak husband akak pulak tukang guna..hihi..adil di situ :)
ReplyDeletepenangan 20 sen..follow blog ni..^^
ReplyDeletetau dah ko kan spesis suka ngepau laki haha..... macam mak.....hahah...Yelah sapa lagi nak dipau takkan laki orang pulak hihi ye dak.....
ReplyDeleteTak isi pun malam tu Cik Jah.... ilex ar....alah 20 sen apalah sangat hihi....nampak tak berlagak nau...pang sekali....haha
even naik 20sen pun terasa gak. duit tu kalau kumpul mmg banyak woooooooooo.. *korek tabung* hahah
ReplyDelete