Thursday, October 23, 2014

Cat Museum & Cat Statue - Kuching Sarawak

Kalau dah sampai Kuching mesti mau singgah Muzium Kucing. Aku tak pernah tau pun kewujudan Muzium Kucing ni kat Kuching. Berkat (ceh berkat sangat) dari rajin review dan rajin bertanya pada Dr. Google, maka jumpa lah aku review tentang Muzium Kucing. Dapat jugak selitkan satu itinerary kitorang kat sana haritu. 

Abang Nizam & Abang ipar dia memang harap kat kitorang je bab jalan2 ni.. Nizam kan leader untuk trip ni.. nasib baik dah siap2 review.. pergi mana2 diorang mengekor je van kitorang dari belakang.

Balik dari Damai Beach & Kampung Budaya Sarawak, kitorang terus menuju ke sini. Jalan pun sehaluan.. senang nak tuju. Macam biasa.. waze yang banyak membantu kitorang cari jalan.

DBKU

Muzium Kuching terletak didalam bangunan ni. Pada mulanya musykil jugak. Sekor kucing pun aku tak nampak kat sini.. mana yang dikatakan Muzium Kucing. Bila tanya kat guard diorang kata muzium kucing berada dalam bangunan ni.


Pemandangan sekitar bangunan.

Info : Masuk Muzium Kucing ni tidak dikenakan bayaran.. masuk free je. Kecuali penggunaan kamera masa kat dalam muzium.

Ini yang aku katakan tadi.. charges untuk penggunaan kamera dalam muzium boleh refer sini berapa harga bayaran & waktu lawatan.

Actually kalau kau bawak handphone/ kamera masuk dalam tu tanpa bayaran untuk snap gambar pun boleh.. tapi hati2 lah kalau kau curi2 snap gambar kat dalam tu.. karang kantoi padan muka.. hahaha.  Better kita ambik langkah selamat dengan membayar charges yang dikenakan.. bukan mahal sangat pun. Aku sendiri pun tak snap gambar pakai handphone sebab dah bayar untuk ambik gambar pakai kamera gabak.

 Anak2 buah & anak sendiri yang dah besar panjang. Aku je yang tak besar panjang kat situ.. hahaha.

Along, Kak Ngah & Aku

Kat dalam muzium ni tak ada kucing betul pun.. semua patung2 kucing & gambar2 kucing je yang dipamerkan. Semua species kucing ada dalam ni. Boleh tahan besar jugak kawasan dalam muzium ni.

Siapa pencinta kucing memang sesuai lah masuk muzium ni.. walaupun tak ada kucing betul dia pamer kat dalam ni.. at least boleh tengok gambar2 & patung kucing yang comel.

 Kami

 Danish, Khairine & Mummy

Kucing kuning dalam frame.. comel giler..

 Tengok poster kucing tu teringat aku masa aku zaman kecik2 dulu ada group kucing ni dalam cerita kartun.. tapi tak ingat cerita apa tah.

 Kucing ukiran kayu

 Sebelah kanan kitorang tu kubur kucing. Tapi bukan kubur betul2.. tu replica je.

 Niece





Habis tengok kucing.. kat tangga pun nak bikin kecoh ni.. kampung sangat perangai tu.. hahaha.

Dari muzium kucing kitorang teruskan perjalanan ke Cat Statue.. Alahai kucing batu yang kat tengah2 bandar Kuching tu.. Aku percaya kalau siapa yang first time datang Kuching mesti tak ketinggalan nak bergambar kat kucing batu tu. Kalau google pun mesti setiap orang akan bergambar kat situ.. betul tak?? ke kitorang je berperangai macam tu?? hahahaha.

Di Cat Statue

 Family SIL

 Ikatan keluarga kami :))





Tuan tanah gedaong.

Penat seharian berjalan sana sini.. Puas hati dapat pergi macam2 tempat. Esoknya dah nak balik Semenanjung. Nanti aku sambung lagi satu je entry.. nak say bye bye to Kuching.

43 comments:

  1. Best sangat kakak rasa walau sekadar membaca N3 dan tengok-tengok gambar.
    Semuanya ceria itu yg nampak seronoknya tak terkata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih Kak Zakie..
      masa kat sama mmg seronok. lagi2 beramai2 :))

      Delete
  2. perasan jugak, kalau orang gi Kuching mesti nak tangkap gambar kat situ

    ReplyDelete
  3. muzium kuching tu sure free kan zaza sbb depa xbela kucing betul..kalau tak rasanya mmg mahal masuk dalam tu sebab nak maintain bela kuching bkn murah kot..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Rine.. mmg free.. kan Zaza dah mention kat atas tu.. hehe
      Rasanya kalau kucing betul mmg akan kena bayar lah kannn.. maintenance nak jaga kucing mcm maintenance bulanan org pompuan.. nak kena beli makeup bagai..hehehe

      Delete
  4. tgk pic family besar ko ni aku dpt bayangkan meriahnye family ko zaza.... seronok tgk .... mesti happenign berjalan dgn dieorg kan...jenis sporting, jenis tak berkira lagi syok kan..... tahun depan kemane plak korang nieh.... sabah lak wey...lepak kundasang....heheehh tu sebenarnye aku yg teringin...aku last kat kundasang mase mia umur 3 tahun ko...bygkan hahaahahaahh.....

    tu laa aku dok gugel2 pasal kuching ni pun mmg org ckp wajib gi muzium kucing ni kan...ye laa dah sampai sane alang2 tu baik pi jalan sane.... aku ni kalo ko nak tau bukan pecinta kucing pun...kucing dtg gesel pun aku dah lari 1000 langkah haahahahaaahah.....

    pic last tu buat aku mkn hati kak jah oiii...body mcm anak dara....dik leha makan hati tgk (lariiiiii sambil cari batu belah batu bertangkup) kakakakaakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok Dik Leha oiii.. bila dah ramai2 tu mmg kecoh jadinya..
      Eh kan tahun lepas Kak Jah dah pergi Sabah.. Kundasang pun dah pergi Dik.. hehehe

      hahaha kau mmg dasar pembenci kucing..

      Eh.. org suruh tengok gambar kucing.. bukan tengok body aku.. hahahaha

      Delete
  5. jengah ur blog...jemput singgah my blog

    ReplyDelete
  6. besar2 patung kucing tu...sib baik free kalu kena bayar smpi 60 hengget pitammm

    ReplyDelete
  7. amboiii jahhh salin kulit blog nampak..hahaha...berjangkit ehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. mcm ular plak main salin2 kulit.. hahaha

      Delete
  8. kalau ade kucing betul lagilah fiza suka nak datang sini..lagi best kalau dapat gomol²..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru betul pencinta kucing.. tp sayangnya tak ada kucing betul kat situ. hihihi

      Delete
  9. patutnya dia letak la 10-20 ekor spesis kucing dalam muzium tu..kan...
    tapi,,
    nanti dah jadi zoo la pulak...bukan muzium..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. takut nanti dari luar pintu dah semerbak bau taik kucing... pitam.. hahahahhahahaha

      Delete
  10. boleh buat kempen "I want to touch a cat" ni...!

    kan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak idea uncle tu.. daripada buat kempen tah apa2 nak touch dog, baiklah touch kucing hehehe

      Delete
  11. besar2 nya kucing2 tu..hehe..kalau boleh bawak balik ,letak kat laman umah pun cantik nih..eheheh

    ReplyDelete
  12. sekali baca macam Muzium Kuching (bandar Kuching tu sendiri..). rupanyamuzium kucing/cat...he he.. enjoy kak zaza n family..

    ReplyDelete
  13. ehh..template baru.. cantikk :)

    ReplyDelete
  14. Gambo famili sendiri kenalah paling beso yek haha.....
    Bab bab muzium nikan mak mmg tak suka nak pergi tapi yelah....kalau dah kat negeri orang tu kenalah gi jugakkan tengok kucing pun kucinglah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu harus.. takkan nak letak gambar family Cik Bedah pulak kann.. hahahaha
      mestilah jelajah apa yg ada.. rugi lah ke tempat org kalau kita tak explore kannn.. baik dok Kolumpo je.. hehhehe

      Delete
  15. Kalau pakai kamera bertelefon berapa pula kena charge?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tertera gambar kat atas tu Bro.. mesti Bro tak perasan ni..
      RM3 saja utk elefon bimbit berkamera..

      Delete
  16. Banyaknya kucing beso² plak tu. Tapi tak best lah sebab tak der kucing betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. nama muzium kucing tapi tak ada kucing betul.. hahahhaa

      Delete
  17. Waaaaaaaaaaaaaa blog berwajah baru ye sis...warna lebih kurang sama mcm blog kak izwa weeeeeeeee cantikkk...rasa mcm masuk blog org baru...bagus sis cat rumah baru, barulah syok nak lepak sini lama2...perghhhhhhhhh pi muzium sarawak, hebat la abg nizam jd tour lead utk rombongan sis kali ini, mmg ramai betul ahli keluarga sis ye...mesti dlm muzium tu kecoh ngan korang je kan hehhehe...mmg cantik la sini, syok yer bergambar kt tugu kuching tu weeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee pembaharuan di tahun baru Islam...
      Ju kena gi repeat ke Sarawak... ajak kaum kerabat skali. mst havoc :))

      Delete
  18. Pergi ramai-ramai baru happening.. memang ohsemlah tengok gambar-gambar ni..

    ReplyDelete
  19. wahhh..meriah sarawak uolss..mcm nk plan gi reramai ngan family jgk la..

    ReplyDelete
  20. farah tak pernah masuk sini lagi.. tgk la tahun depan la kot.. =D

    ReplyDelete
  21. Kat sini x masuk lg dan kay statue tu pun x bergambar lg padahaldh pegi 3 ksli...

    ReplyDelete
  22. Bila la kaki ni nk jejak ke sana..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah