Friday, September 27, 2013

Catwalk Macam Kayu Katanyer

Hahahahahhahaha memang kayu.. kalau dah bukan datang dari keturunan super model, ajar lah macam mana pun memang dah macam sebatang kayu berjalan diatas pentas... miahahaha. Hari tu Khairine ada bagitahu aku yang dia dapat masuk pertandingan pakaian beragam kat sekolah dia. Monday next week competition tu.

Tadi received whatsapp dari Cikgu Lela, Cikgu Lela send gambar sekali kau!!

hahaha gittew.. dia tengah rehearsal time ni kat sekolah.

Masa bersiap2 nak pergi sekolah pagi tadi dia dah pesan kat aku awal2, Mummy nanti Monday Mummy tolong make-up kan Khairine tau.. hamboiiii over sangat nih.. hahaha. Ada hari tu, siap suruh aku belikan earring.. nak pakai masa hari pakaian beragam katanyer.. haha kemain lagi tak nak mengalah. 

Ok, itu cerita pasal competition baju beragam. Sebelum ni aku dah tak ingat bila, dia masuk menari.. halamakkk kalau dah catwalk pun macam kayu apatah lagi menari.. hihihi. Tapi tak apa lah, dah itu yang dia nak, biar lah dia aktif kat sekolah.. tak salah pun.. kennnn.

Gambar2 ni pun dari Cikgu Lela jugak yang whatsapp aku.. Thank you Kak Lela.. ai tau you selalu baca blog ai kannn.. silent reader ai kann.. hehehehe

 Baju gaun dari koleksi peribadi.. hahaha ayat artis sangat kau Jah ;P Ini masa Majlis Perpisahan salah seorang cikgu dari sekolah SKTHO. Diorang ada lah buat persembahan sikit untuk Cikgu yang nak bersara tu.

 Sempat lagi peace dekat Cikgu Lela :) tiga orang anak dara ni kawan baik Khairine.. Aida & Myra.. ada sorang lagi kawan baik dia.. Julia. Cikgu Lela pernah complain kat aku masa aku pergi ambil report card haritu, Khairine & Myra ni kuat bercakap macam Joyah.. Ayoyoyoyo kan dah tumpahnya kuah ke nasi.. hahaha

Sampai terbang2 rambut.. asyik sangat kot ;D

Hari2 Khairine memang akan update aku apa aktiviti dia kat sekolah.. so apa yang dia buat kat sekolah aku mesti tahu, tak kira lah apa2 cerita pun.. aku suka berborak dengan dia pasal aktiviti dia kat sekolah. Apa dia makan waktu rehat pun aku suka bertanya. Lepas tu aku dapatlah imagine yang sebenarnya anak aku ni dah besar rupanya.. dah pandai berbelanja.. wpun kat kantin sekolah hehehe.. Mak bangga dengan kamu Nak!!!! *jeritkuatkuat* hahaha saiko punya emak.

Lagi2 dia kan perempuan, so dia mesti nak ada tempat untuk dia berborak & bercerita. Kena pulak aku memang suka melayan dengan kerenah dia.. bila bercakap sampai terjongket-jongket bibir dia.. rasa macam nak lempang je.. hahahaha. Danish more tu Babah dia kalau berborak.. sebab jiwa diorang sama.. sama2 suka bola, sama2 suka main game.. orang lelaki lah katakann... ehhhh sesekali joyah jugak mamat tu *matakeratas* suka nau bizibodi.. hahaha.

Elok jugak macam tu supaya nanti bila diorang dah besar at least diorang tak malu nak bercerita tentang hal2 sulit.. sok2 mana lah tau bila dah akil baligh tidok ler diorang malu nak bercerita dengan makpak diorang.. kennnnn.. ini siyess yer Bedah, lebih baik diorang tak malu bercerita dengan parents, daripada tak malu bercerita dengan kawan2 diorang.. betul tak??? 

Danish juga aku peratikan dia kureng sikit dengan aktiviti kat sekolah. Mungkin dia darjah dua kot.. so aktiviti yang melibatkan murid2 darjah dua terhad. Tunggu lah tahun depan.. sebab tahun depan dah start aktiviti koko, so dia akan jadi busy sikit macam Khairine tahun ni.

Aku selalu pesan dekat KhaNish, kalau ada apa2 aktiviti kat sekolah samada rasmi ke tak rasmi korang masuk je.. jangan malu2 jangan takut2.. sebab aktiviti2 kat sekolah tu lah kenangan yang korang akan bawa bila dah besar nanti. Tidok lah jadi murid yang tak aktif & anti social macam emak ko zaman sekolah dulu.. muahahaha. 

Later aku cerita pasal sukan sekolah & hari usahawan sekolah KhaNish ek.. kdaaaaaaaaa

25 comments:

  1. budak2 perempuan kan..bab2 glemer memang diorang suka...menjoyah tu mmg sama jer ngan Dania...

    ReplyDelete
  2. Best yer tgk Khairine aktif di sekolah...sgt salute kt mama zaza sbb kenai cikgu2 sekolah Kharine...siap berwassup gitu...sgt2 moden...best kan...rapat gan cikgu sekolah anak leh tau apa perkembangan mereka...cikgu kharine pun sgt2 sporting....best lah mama zaza...i will do it for Qi too nanti...nak dia pun aktif di sekolah mcm kakak khairine...lawa laa outfit khairne...comelllllllll...nanti update ye zaza...suka amik contoh dari u supermom :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee maceh Umi.. zaman skrg ni makin canggih. .semua social network ada yg membolehkan kita boleh terus ber communicate dgn cikgu.. mudah & senang =)

      Delete
  3. Masa kanak2 nilah terasa bebas dan seronok. Semuanya akan menjadi kenangan terindah bila sudah dewasa. Kini segala memori sudah tercatat/terakam tidak seperti saya dulu2...hanya kenangan didlm ingatan.

    ReplyDelete
  4. eloklah macam ni kan.saya xrapat sangat dengan emak.sampai dah kahwin ada anak pun susah nak bercerita masalah atau apa2dengan mak.kadang2 rasa dengki tengok orang bestfren dengan mak diorang.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm boleh praktis darii skrg dgn anak2 salma nnt ye =)

      Delete
  5. amboi kemain jelita dah macam model khairine...kenkawannyer pun seppesen jelita...patutla terpilih untuk peragakan pakaian beragam....ala memula memang kayu lelama haa pentas tu dier punyer hehe...dengan anak2 ni kita kena rajin borak2 ngan dierang barula la rapat hubungan anak beranakkan..anakk liz pun ingat bila dia sekolah nanti nak suruh dierang ni aktif barula bestkan..zaman sekolah lah best nak beraktiviti bagaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jelita lah sgt tu.. konon2 je hehe
      tu lah bila diorang dah skolah ni mcm2 benda yg kita tak dpt nmpk dpn mata sbb masa diorang kt skolah adalah moment yg best sbnrnya kalau kita ter miss out.. so dpt dgr cerita dari diorang pun dah best dah =)

      Delete
  6. aduyaiiii, sweet la anak beranak ni. catwalk pon blaja dr mak kan. curlass..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe anak beranak kalau perempuan ngan perempuan mmg bleh ngam.. best ;)

      Delete
  7. weee best nyerrr... kak zaza kena ajar sampai dia pandai yerrr, ^_6

    ReplyDelete
  8. Hye sis,

    Salam perkenalan.. Sengih sorang2 bila bc entry sis nih.. Usah kata Khairine tu jalan mcm kayu.. Sy nih pun klo ssh bercatwalk, nangis MisS J ngan Tyra Bank nengok huhuhu.. memang fail..

    Sronok ada anak pompuan, banyak leh share hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye Mysha..
      salam kenal jg..thx coz follow.. nnt sis follow awk blk k =)
      tu lah anak2 skrg.. mcm2 hal hehe

      Delete
  9. Sweet entrt ni za...samala kita..anak2 mmg apa2 pun citer..dan yg kak ngah aktif sukan kat sek..yg mcm pompuan menari2 dia tak minat..hadoiila..hahaha

    P/s : repellant tu za org dewasa ada yg dia punya sndiri..tp.xsurela mozzie jgk ke jenama dia..tp mmg adala..pnh jmpa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Rine, Rine lg lah best sbb Cikgu dpt tgk gelagat budak2 secara dekat
      btw thx for the info tau.. nnt nak cari lah ubat halau nyamok tu.. mana tau blk kampung nnt banyak nyamok hehe

      Delete
  10. practise make perfect kakak khairine lama lama terlebih catwalk pulak..hehehe..all the best kakak!

    ReplyDelete
  11. Bila nk dpt bby girl nie..huhuhu..mesti best kalau ada anak pompuan..boleh gosip sama2..hehehe

    ReplyDelete
  12. lawaklah ko ....batang kayu berjalan haha.....
    Bukan omak eh bekas ratu Rania ke? hehe
    budak pompuan mmg joyah sikit Jah....hehe ...alah mcm tak biasa tengoklah omaknya hehe...

    ReplyDelete
  13. sportingnya cikgu khairini duk kata gitu..hehe
    yela kak.. dia nak masuk apa, izinkan je.. kalau x nti, sampai sek. men. pun dah mlas nak join pape..

    ReplyDelete
  14. cikgunya sangat sporting...sangat bagus bagi anak-anak aktif kat sekolah..ema pula risau juga bila anak aktif ni..sebab si kakak kalau nak..dia mesti nak menang....nak nombor satu..kalau kalah takut dia yang frust.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah