Sorry yer para muslimah semua, tak semestinya aku tak berhijab, tapi aku tak boleh share pendapat aku yang sependapat dengan Cik Muslimah yang Risau ni ye.. ada betulnya apa yang diluahkan oleh beliau dalam luahan dia tu. Secara logicalnya, Islam tidak menuntut umatnya bersikap berlebihan, cukup sekadar bersederhana saja.
Zaman sekarang ni aku tengok, fashion hijabista diluar tu kemain melampau2 dah.. ada tu dah macam pakai kain selimut & cadar atas kepala.. kemain lilit lagi macam sampai nak terjerut leher pun ada.. itu belum lagi cara pemakaian accessories bagai. Apa2 pun ini semua hak masing2 ye untuk menilainya.. Chillax bebeh =)
Source - C&P from FB
Kehadapan Hijabista dan Hijabisters yang disayangi…
Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda
Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.
Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?
Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.
Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.
Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.
Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam
Ikhlas,
Muslimah yang Risau
via BeautifulNara.com
salam
ReplyDeletemoning
singgah pagi isnin
betul yang teramat.. :)
ReplyDeleteBetul tu. Setuju dgn apa yg ditulis. Bersederhana sudah cukup. Peringatan buat diri sendiri juga ni.
ReplyDeleteSetuju sgt!sederhana lg best la :)
ReplyDeleteawesome. even nanie sendiri berhijab, tapi kesederhanaan haruslah dititik beratkan/
ReplyDeleteterima kasih atas entry ini kak.
sy sukaaaaa :)
stylo dan sopan!!!! tp kadang2 dah mcm lebih kepada menggedik la plak phat tgk
ReplyDeleteOh my! Setiap orang punya pandangan masing2kan...harap editor tidak cepat melenting dgn teguran dari peminat di luar sana...teguran pembina semangat utk lebih jauh ke hadapan....terkadang kita terleka...itu sebab org sekeliling adalah cerminan kita...good sharing mommy zaza.... :)
ReplyDeletesetuju dgn akak yg hantarkan emel tu... sederhana lebih baik
ReplyDeleteKembali kepada asas dan seruan Islam yg sebenar... Komersial dan agama tidak wajar di campur adukkan.
ReplyDeleteElok bersederhana...teguran perlu untuk perubahan....
ReplyDeletesetuju sangat ..
ReplyDeleteitu yg akak risaukan bila melihatkan majalah imiah nie
adakalanya menonjolkan wanita bertudung ini sebagai fesyen yg berlebihan !huhu
Bertudung menutup aurat tapi kalau dah berlebih2 tu dah jadi menarik perhatian pulak.
ReplyDeletebetul tu. bila tgk dalam tv pun, kata fesyen muslimah..
ReplyDeletetapi confius bila nampak pelik dgn berlilit2 la, pkai yng ntah apa2..
erm, semua tu penilaian dari individu sendiri la..
pernah beli sekali je majalah ni....pastu tak beli dah sampai sekarang...yg boleh dipuji pasal majalah ni...kualiti gambar sangat cantik termasuk gambar-gambar iklan dalam majalah ni...
ReplyDeleteAah la kak....
ReplyDeleteAJ pulak naik takut tengok fashion diorang...
Futuristic sangat.......
Setuju dgn pandangan dia zaza..harap pihak editor lebih peka lagi selepas nie..;)
ReplyDeleteTakutnya jadi editor majalah
ReplyDeleteNo komen....
Yang salah tetap salahkan cik Jah...
Kalau nk ikut trend mmg gitula jdinya zaza..sbb tu rin suka tudung yg simple2 jek..kalai nak.pakai lilit2 ni..sampai.esk pun xsdh dok dpn cermin..haha
ReplyDeletePepun setuju sgt penulis surat tuh..
x reti nak pakai berfesyen2....huhuhu
ReplyDeleteIni mangsa fashion nie..huhu
ReplyDelete