Tuesday, February 25, 2014

Cara Mendidik Anak Dengan Betul

Picture & article C&P from FB 
https://www.facebook.com/diarihati

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
Anugerah Allah yang Terindah.

60 comments:

  1. thanx babe for the sharing...good info nie...

    ReplyDelete
  2. nice info beb....aku selalu hanger kat betis...lepas ni kene turun ke tapak kaki lah plak .....

    sharing is caring kan beb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha lepas ni boleh tukar arah pukulan pulak yer Lieya hehe

      Delete
  3. Uhuks...uhukss...terbatuk pulak...>_<
    Tak cukup baik lagi ni weyyyyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko mmg sentiasa tak baik lagi Wa.. hahaha

      Delete
  4. no 9 tu akk agree sgt.. ritu gaduh2 manja ngan bos pasal isu ni... akk cakap kalau ada konflik keje ngan anak2 family, mmg akk pilih family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul pilihan akak tu.. mmg family come first..
      setakat kerja tu mmg lah ibadah.. ikutkan sampai bila2 pn kerja tak habis kann kak..

      Delete
  5. Mekasih jah sbb berkongsi ilmu keibubapaan nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Bedah.. boleh lah kita perbaiki diri kita kannn

      Delete
  6. great piece of sharing babe!!! *_^ thumbs up...

    ReplyDelete
  7. thanks sharing..boleh jadikan panduan bila dah ada anak nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. sama2 lah kita amalkan :)

      Delete
  8. Kakak suka N3 macam ini
    Satu perkongsian yg sangat bererti.
    Bagus Zaza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. sama2 boleh jadikan panduan utk kita semua ;)

      Delete
  9. Nice sharing dear.. jom kita jadi ibubapa yg terbaik utk anak2 kita! =D

    ReplyDelete
  10. nice sharing...thanks....tambah ilmu dan persediaan utk future

    ReplyDelete
  11. Kadang kalau dah tensi sgt terlepas gak dari garis panduan pas tu menyesal...sobss...

    ReplyDelete
  12. akak, thanks for sharing.. :)
    sy belum ada anak.. kena beringat semua ni.. takut la nti ank xnak dgr ckap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha jadikan panduan in future yer mimie..

      Delete
  13. Nice sharing zaza...Dania x pernah pun kak long pukul anggota badan...marah bebel tuh selalu...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe anak ppuan ni lain kak long.. paling kuat pun kita bebelllllll je kat diorang..
      hujung2 diorang akan menyampah dengan bebelan emak diorang hehehe

      Delete
  14. terima kasih ats pkongsian sis..
    ya saya pun dah masukkan blog akak dlm bloglist saya...tq sudi masukan blog saya dlm bloglis sis :P

    ReplyDelete
  15. klu ikut cara tu senang je kan sebenarnya nk didik anak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang.. tapi cara kita nak membentuk tu susah dik oiiiii hehehe

      Delete
  16. thanks sharing zaza..kadang-kadang terlepas juga pukul anak di badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 tu terlepas sebab dah geram sangat lah tu kann Ema.. huhu

      Delete
  17. Moga dengan cara ni dapat mendidik anak² sebaiknya :) Good Sharing Kak zaza!

    ReplyDelete
  18. thanks sharing dear zaza. Leh la buat rujukan utk didik anak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh sangat.. panduan utk kita didik anak2 :)

      Delete
  19. sedih pulak baca tips no.18..kadang2..kalau hati tak terkawal..mainan dia di buat ugutan..hmm.. terima kasih kerana berkongsi, zaza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadikan pengajaran yer dear lepas ni.. supaya kita boleh menghargai mainan anak kita.. all the best =)

      Delete
  20. Perkongsian yang amat bagus! Boleh tulis besar2 dan lekatkan didinding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulis pakai marker pan yer BM :p

      Delete
  21. Info yang sangat2 menarik dan fiza sangat2 suka akannya. Lebih2 lagi mcm fiza yg baru bergelar ibu. Byk benda harus dituntut. Thanks dear kerana berkongsi info terbaik ni. Fiza mohon copy untuk simpanan yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. semoga semua tips tu menjadi panduan utk kita :)

      Delete
  22. great sharing tq! jemput singgah www.nadiasecreto.com

    ReplyDelete
  23. Za..saya kalo baca tip pasal anak..mmg tetibe rasa sayu rasa banyaknyer salah kiter...moga kita sebagai ibu boleh buat yang terbaik walopon tak la sempurna tapi berusaha kearah itu...tq zaza share tip ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn Lizz.. hujung2 kita menyesali perbuatan kita kat anak2.. huhu kesian anak2 kannn
      susahnya nak jadi emak yang terbaik utk anak2.. tapi kita kena sntiasa berusaha dari hari ke hari.. kann Lizz ;)

      Delete
  24. thanx untuk perkongsian ni kak.. no 21, memang kena remind..

    ReplyDelete
  25. Tima kasih cik Jah.....pergh!! Belum tentu sepuluh yg cik bedah amalkan tu hehe...
    Bukan mudah mendidik anak ni sebenarnya..... silap hari bulan cik Bedah pulak yg kena didik dengan anak hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tu lah pasal.. anak2 skrg lagi bijak dari emakbapak diorang..
      silap haribulan anak2 plak yg mengajar emakbapak ;P

      Delete
  26. perkongsian yang baik buat kita semua.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah