Friday, March 28, 2014

Buat Pesepot

Apa itu pesepot?? passport lah Joyah!! hahahaha style orang dulu2 kan panggil passport tu kan as "pesepot".. kita kurangkan bahasa2 urban disini yer.. mari kita gunakan bahasa orang dolu2.. LoL!

Semalam aku bawak Khairine & Danish gi buat pesepot. Ohh tak lupa bawak Nenek sekali nak renew pesepot dia jugak. InshaAllah minggu depan nak gi jalan2. Nampak tak bila minggu cuti sekolah Kak Jah tak bawak anak2 Kak Jah pergi berjalan?? saja je nak bagi anak2 tu ponteng sekolah kannn??? hehehe. Bukan sengaja pun.. masa Nizam book ticket flight tak tau pun date tu lepas seminggu cuti sekolah.*AlasanSangat* ;P Tak apa lah anak2.. Mummy & Babah "luluskan" je lah cuti skolah korang.. hehe. 



Nak dijadikan cerita pagi sebelum siap nak keluar tu rumah tak ada air pulak.. setetek air pun tak ada.. phuiii nak mandi macam mana dah air tak ada kannn??? call SIL cakap nak tumpang mandi kat rumah dia.. haha tak habis2 lagi bermusafir kat rumah orang je keluarga Kak Jah ni. Sedeyhhh!!

Selesai mandi manda kat rumah SIL, kitorang terus gerak ke UTC Pudu. Lama giler weii aku tak pergi sana (formally known as Pudu Raya). Setiba je kat sana tengok kemain berduyun2 orang menunggu. Tabah!! ambik jugak nombor giliran sebelum orang lagi berduyun datang. Dalam pada menunggu pagi tu tengok2 jam dah nak dekat pukul 12tengahari. Ohoiiii perut dah gendang gendut kelaparan. Nak bla kejap pergi makan takut nanti turn aku pulak kena panggil. Lepak jap buat2 gi toilet, luruskan lutut.. sekali memang tak boleh tahan dah. Naik tingkat 4 cari food court ingat nak beli roti2 je buat alas perut. Kesian pulak kat Nenek duduk je dari pagi sampai nak masuk ke tengahari mesti dia lapau. Nasib baik pesepot Nenek boleh siap awal sebab ikut lane warga emas. Tapi Nenek tetap kena menunggu sebab pesepot aku nak renew dan nak buat pesepot baru untuk Khairine & Danish.



Naik je tingkat 4 tengok2 semua jual nasik campur sokmo. Tak ada pulak aku tengok kedai runcit ke apa. Hurmmm terjebak lah aku temankan Danish makan nasik. Rugi Khairine tak ikut naik sekali sebab dia dah mengantuk.. aku pun melayan lah Danish makan nasik sambil kuis2 sikit nasik dia masuk ke mulut aku.. hahaha. Ko nak tau berapa dia charge harga nasik Danish? 



RM12.50 Senah!!! mahal nak mati.. padahal lauk yang Danish ambil seketul ayam goreng upin ipin, sotong sekor, paru sejemput, kuah asam pedas sikit.. hurmmm bayar jer lah.. rejeki Allah.

Turun balik tengok tengok2 nombor aku belum turn lagi.. huarrgghh tabah lagi menunggu. Tup2 pukul 2.40pm nombor aku baru dipanggil. Bayangkan dari pukul 9.30pagi aku sampai ambik nombor, sampai turn aku pukul 2.40pm. Berkampung nak dekat seharian aku kat sana.


 Excited!

Asal nampak je kosi urut ni sibuk nak bermassage.

Kenapa aku tak pergi UTC Sentul? memang saja tak pergi sana sebab takut apa2 hal nak kena ada signature Nizam nanti senang dia datang dekat sikit dari opis Nizam dari KL Sentral ke UTC Pudu cepat sikit dia boleh sampai. Memang yer sungguh Nizam kena datang tengahari tu untuk sign form untuk anak dia untuk apply pesepot baru.

 Khairine 

Danish


Tadaaa.. Nizam dah sampai kena sign form untuk buat pesepot budak2 ni.

Pesepot aku dengan Nenek dah siap renew, Nizam punya pesepot blom expired so dia tak payah renew.. budak2 punya pesepot pun dah siap.. Minggu depan dah boleh siap sedia lah nak menuju ke destinasi percutian.. Yippiiieee!!! =)

19 comments:

  1. Teringat masa buat passport last year. Dari pagi sampai petang aku berkampung kat imigresen.

    Selamat berjimba noks ☺

    ReplyDelete
  2. thank you yer babe ingatkan ai renew buku merah tu...hik hik hik... wink wink.. *_^... ni dua nak kena renew ni...plus lagi sorang...

    ReplyDelete
  3. Wah... tak sabar nak tengok tempat yang bakal dilawati nanti.
    Have a great and enjjoy your journey

    ReplyDelete
  4. Wah... tak sabar nak baca tentang destinasi percutian 2. Have a great and nice journey

    ReplyDelete
  5. kak jah kiter nak g jalan obersea.... :) best nyeeeeeee....

    ReplyDelete
  6. Selamat bercuti...selamat berjalan-berjalan....
    Selamat pergi selamat balik noo...

    ReplyDelete
  7. kalau kat sini tak tunggu lama tak sah..huhu..bile dah settle baru lega..phew~

    ReplyDelete
  8. Wah dah renew pesepot depa.. nk g bercuti ke mana tue..hehehe.. mnyibuk jer kannn.. =D

    ReplyDelete
  9. nak buat passport confirm kena amik cuti satu hari.

    ReplyDelete
  10. Bestnya nk g jejalan...happy holiday!!

    ReplyDelete
  11. Pasepot.. Teringat masa wat pasepot he.he
    Letih.. Lama mnunggu sis

    ReplyDelete
  12. Selamat bercuti dan selamat berliburan.. hehe

    ReplyDelete
  13. Suka tau cara zaza ni...bawak ibu pi jenjalan sama...terbaikkk...contoh yg patut di contohi oleh semua...termasuk Umi Qi...Umi Qi pun mmg nak bawak mama abh pi jenjalan...tp kesian kt abah sebab jenis x suka berjalan sgt...nak bawak mama je nanti sapa nak jga mkn minum abah sorang2 kt umah...adehhh tingin nak jd cm zaza bawa family besar jenjalan lg syokkk...

    waaaa nak pi mana tu minggu depan...yeyyy holidayyyyy weeeeeeee syokkk naik aeroplane beshhhh :D hati2 ye mama zaza...mmuahhh :*

    ReplyDelete
  14. nak jalan-jalan ke mana tu? kat UTC memag ramai orang dah menunggu di luar menanti pintu dibuka.... kena banyak sabar...tp kalau bawa warga emas...lajulah sikit...boleh menumpang sekali.

    ReplyDelete
  15. perghh..lama jugak ye nak siap...
    apapun,m selamat bercuti zaza n family. sila upload gambar yg best2 nanti ye.. :)

    ReplyDelete
  16. Wah! Ke mana Cik Jah... Beijing ke? atau Dubai?
    Selamat bercuti-cuti makan angin dan bergumbira!

    ReplyDelete
  17. Bagus ada UTC skrg...sume pun at one spot. Last year pergi, buat pasport baru, ic kena reject sb version lama. Mujur nak bt ic pun kat same building..so buat je dua2 serentak. I like it!

    ReplyDelete
  18. Jangan lupa pisang cheese mak hehe....
    Danish makan paru ke? Bagusnya..... Tak sangka mak...Anak anak mak semuanya tak reti nak makan organ dalaman ni...Maknya bukan main lagi segala dalaman dia telan hehe

    ReplyDelete
  19. Akka rasa lain kali pergi je kat Jalan Duta tu selesa sikit kot. Kalau bab menunggu memang kena sabarlah di mana2 pejabat buat paseport pon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah