Tuesday, October 21, 2014

Damai Beach Santubong - Kuching Sarawak

Dari Pasar Satok, terus bergerak ke Damai Beach Resort. A beautiful scenery of Damai Beach Resort.

Perjalanan lebih kurang 1 jam dari Pasar Satok. Tak berapa jauh.. jalan dari Pasar Satok dah sehala je nak ke Damai Beach. Tak perlu risau kalau sesat. Set je waze mesti korang akan sampai ke tempat ni.

Latar belakang Gunung Santubong.

Tak banyak cerita yang dapat aku share kat sini. Plan nak mandi dah tak jadi.. so kitorang lepak ambik angin je. Plus tak pusing2 pun kat area resort sebab cuaca panas sangat.. tak lalu nak berjalan keliling. Aku ada google tengok gambar area resort ni.. memang cantik sebenarnya kalau dapat explore. 







Nampak tak setiap kali bergambar empat beranak, Danish mesti akan berdiri depan bapak dia.. kau tau kenapa??  Kalau dia berdiri depan aku, kepala dia akan menutupi muka aku.. ggrrrr. Sebelum muka aku tak nampak setiap kali bergambar, kau pergi berdiri depan Babah kau. Budak ni terlebih minum susu.. tu yang dia cepat tinggi & lagi tinggi dari kakak dia.. Sikit lagi dah sama tinggi dengan aku.. Sikit lagi orang ingat Danish boipren aku.. hahahaha.. perasan terlebih mak kau ni! hahaha.









My Family



Kitorang haritu dah get ready bawak budak2 punya baju mandi bagai ingat nak mandi laut.. tapi tak ada rejeki nak mandi sebab air surut. Cuaca sikit punya panas haritu. Tapi pemandangan tetap menarik.

Last last budak2 dapat main pasir bawah pokok je.. hehehe.

Dah bergambar kat sini kitorang ke Kampung Warisan pulak. Kampung Warisan terletak berdepan dengan Damai Beach.. jalan kaki je.

Depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak

Me


 Nampak macam bertiga je kan??? sebenarnya aku terselit kat tengah2 tu. Kena kutuk dengan Nizam "kalau dah pendek tu jangan lah berdiri tengah2" eh biadap sangat ayat you tu Bie.. tumbok kang!

Sekarang kita tukar posisi. Baru lah nampak muka ai yang comel kat tepi tu. Tu pun jengket.. hahaha.

Mummy & Danish

Kenapa kitorang tak masuk Kampung Warisan Sarawak?? sebab harga tiket masuk agak mahal & tak worth it untuk kitorang masuk. Mahal sangat.. RM60 (adult) RM30 (kids 6 - 12 tahun). Kitorang ni 16 orang. Sila buat pendaraban untuk dapatkan jumlah yer.. Dapat ambil gambar depan pintu masuk pun dah cukup. Janji dapat jejak.

Eksyen2 beli tiket je lah dengan Danish.. hehehe.

Aku tak faham kenapa harga tiket masuk sangat mahal. Yes aku mengerti kalau kat dalam tu ada macam2 aktiviti yang menarik. Kalau harga RM60 untuk foreigner aku boleh terima lagi.. kita yang local ni di-charger mahal2 tu yang aku tak faham. Even tiket masuk Mini Malaysia kat Melaka pun tak semahal ini. Masa aku pergi Sabah haritu pun kat mana harga tak semahal ini.

Gambar last depan Kampung Budaya Sarawak.

Lepas dari sini kitorang gerak ke Museum Kucing.

Sebenarnya banyak lagi gambar nak aku tebarkan kat entry ni.. tapi aku malas. Mata dah naik kabur tengok gambar melambak2.. tebarkan apa yang ada je lah.

31 comments:

  1. Replies
    1. Best Kathy.. seronok jalan ramai2.. tunggu nxt entry yer :))

      Delete
  2. Replies
    1. tu yang aku tak paham tu.. rakyat malaysia pun di-charge RM60.. kalau pakai agent (which is rakyat tempatan, dapat diskaun RM5) baik tak payah.. still mahal jg harga dia.. cisss

      Delete
  3. Tak ada nasib dpt mandilah anak-anak ye. Tapi kalau mandi panas pun tak syok juga

    ps: Danish tu tinggi betullah Zaza. Kakak rasa kalau dia masuk 11/12 tahun aje dia dah lebih tinggi dari Zaza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak.. nasib baik anak-anak tak kisah..kalau tidak mau diorang melalak nak mandi juga hehehe.
      Saya pun rasa macam tu Kak.. sekarang ni pun dah nak dekat tinggi takat muka saya.. ikut Genetic bapak dia lah kot.. tinggi hehehe

      Delete
  4. suka tengok gambar2 pemandangan kat sana...sangat cantik jah...harga tiket tu sayang pulak kan kalau nak masuk..rugi2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik kak.. saya datang haritu pun terasa kagum & jakun kejap.. hehehe
      tu lah.. terlalu mahal bagi saya.. kalau nak masuk boleh je sebenarnya.. tp macam tak masuk akal bagi kita yg rakyat malaysia..

      Delete
  5. mahalnya...kalau dah kena darab 16 memang tak sanggup. tak sabar nak tunggu next entry..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal.. I rasa budak2 pun tak berminat nak masuk..

      Delete
  6. kitorang dulu g sana pun x masuk kg budaya sarawak tue...mahal sangat la...macam x berbaloi la plak

    ReplyDelete
  7. fuuhh mahal nyer entrance fee dia??
    btl tu kalo kt tunjuk mykad n dpt 50% ok la kot..ni rasa mcm x bebaloi plak bayo rm60 kan

    salam singgah sini =)

    ReplyDelete
  8. sy penah masuk dalam tuh..sumenya pasal patern2 rumah yang ada di Sarawak..klau aktviti yg ada cuma joget2 je laa dgn orang Sarawak, tgk dorang buat makanan tempatan and ada juga persembahan tarian Sarawak dalam dewan..klau sis zaza masuk dlm tu konfem berjela lg entry..kekeke

    ReplyDelete
  9. ni anak branak ke 4 bradik ni??? semua sama size jek... hehehe... syomel je korang !

    ReplyDelete
  10. kalau RM30 umtuk adult barulah okeykan..inikan RM 60.... tak dapat masuk janji bergmabar kat depan dah kira jejak kaki ke sana dah.

    ReplyDelete
  11. happy family...suka tengok gambar korang satu family...

    ReplyDelete
  12. makoii..ape yg ade kt kg budaya tu?best sgt ke spi harga cmtu..nk try gugel la ape yg ade..
    sian la bdk2 xdpt mandi..tp cuaca pun terik sgt..

    ReplyDelete
  13. Mahalnya zaza masuk situ..rm60???cekik darah ke apa

    ReplyDelete
  14. bestnya bestnya bestnya..cantik betul permandangan kat sini...tak mandi pun xpe boleh melawat kawasan yang cantik ni kan :)

    ReplyDelete
  15. Lagi 4 tahun, soheh la Danish tinggi lampai...:P

    RM60?? bapak mahallll!
    Dan I mmg agak skeptikal dgn tempat2 pelancongan berbayar kat Malaya ni...selalu nya mahal, tapi tak berbaloi dgn apa yg ada dlm tu

    ReplyDelete
  16. 60...??mak haih..mahalnya..ada apa kat dalam tu sampai mahal sangt..kalau setakatt tayang2 benda je baik masuk zoo.heheeh

    ReplyDelete
  17. makhaiii! mahalnya tiket nk masuk tu baikkkk buat makannn lgi kenyang perut

    ReplyDelete
  18. eh eh nak komen lgiii cantik plak background blog akk ni cun la!

    ReplyDelete
  19. kalau nak murah kena ada student card..SA pi ari tu duk pinjam la student card kawan2 adik SA...sib baik diorang x check sgt masa nak masuk...muahahaha

    ReplyDelete
  20. Cantik ar gambar gambar ko kak Jah........ terus terasa mcm nak menyanyi Puteri Sejinjang Puteri Santubong...eh? ada ke? haha
    Bilalah nak sampai Kucing ni agaknya....tunggu duit jatuh langit ar...

    ReplyDelete
  21. Tinggi nya danish erk. Kalo ko ngan aku, sapa lagi pendek...hahaha...

    Best nye tgk gambar coti² ko ni jah. Meriah.

    ReplyDelete
  22. Jatuh hati tgk permandangan sekitar gunung santubong...cantikkkkkkkkkkkkk yer...sukar nak describe bila tgk semua gambar sis ambil...sungguh cantik, alahaiiii rindu nak ke sana plak kehkehkeh...sis zaza kg budaya tu mmg mahai pun...mmg khas utk pelancong luar harga tu...hmmm janji dpt gambar susah kan sis...ishhhhhhhh syok la tgk pengembaraan sis...mmg puas hati la...

    ReplyDelete
  23. mmg ohsem view kat sini.. suka tengok..=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah