Tuesday, October 7, 2014

Eden Staycation Apartment - Kuching Sarawak

Ni first time aku ke Kuching. Best rupanya Kuching ni.. macam2 tempat boleh pergi. Cuma sebelum pergi tu kita kena banyak-banyak survey & banyakkan review apa dan ke mana nak tuju. Sebelum pergi ada lah dengar desas desus kata Kuching tak best.. bukan ada apa pun.. Lahai.. kalau tak ada apa masakan orang masih lagi kenal Kuching.. yerdak?? bagi aku Kuching top apa??!! ada je tempat-tempat yang menarik yang kita boleh pergi.

Pergi sana 4D3N, 26 - 29 September, rombongan Cik Kiah bersama 3 family (Family aku + Emak aku, Family Kakak Nizam & Family Abang Nizam) so total rombongan ada 16 orang termasuk budak-budak dan mak bapak budak. Flight pagi tu pukul 9.45 pagi. Pagi2 sesubuh Adam dah sampai KLIA2. 


First time naik flight kat KLIA2 selalu naik dari LCCT je. Canggih jugak KLIA2 ek.. masa turun bas dari KL Sentral haritu nampak macam hambar je tempat tu.. rupanya kat bawah tu khas untuk terminal bas KL Sentral - KLIA daaa.. hahaha. Then bila naik atas.. nahhhh!! macam2 kecanggihan ado.. segala butik terkenal semua ada kat situ. Kagum aku sebagai rakyat Malaysia.. hahaha. jakun sangat perangai kau Jah.. Eh harus lah bangga.. kita kan rakyat Malaysia.. Malaysia masih aman.. walaupun harga minyak naik doposen.. derrrrr *matakeatas*



Selfie dulu sebelum berlepas.

With my SIL.. ehh Emak kenapa sipi je muka kat situ?? hahaha.

Senyum simpul bila dah sampai Airport Kuching :))

Sebagai adik yang bongsu, dari tiket flight, transport & accommodation semua Nizam yang arrange.. kira dia ketua kumpulan ar untuk trip ni. Dah macam ketua rombongan Bang Nizam ke Sukan Komanwel Kuching pulak.. hahaha.

Apartment yang kitorang stay ni ada 3 bilik. Muat lah sumbat 3 family dalam tu. Tak payah tidur bergelimpangan kat hall apartment.. tiga family sumbat anak beranak sorang satu bilik.

Eden Staycation Apartment, Kuching Sarawak

Nizam booking through Agoda. Kalau nak tengok dalam apartment boleh tengok kat Agoda. Hari tu aku tak sempat nak ambil gambar keseluruhan dalam Apartment.. tau je lah bila dah ramai-ramai memang payah sikit.. lagi dengan anak-buah yang ramai, apa pun tak sempat. 

Tak kan aku nak cakap kat dorang "eii budak2 jangan lanyak tilam tu dulu.. bagi Moksu ambik gambar kejap"... "jangan duduk kat sofa tu.. Moksu nak ambik gambar ni".."jangan sepahkan hall.. Moksu nak selfie" kannnnn?? macam poyo sangat pulak dah perangai tu. Aku tak nak tunjukkan sangat perangai poyo aku tu, biarkan je lah diorang masuk ke apartment tu dengan penuh kegembiraan.

Apartment ni siap ada swimming pool. Itu yang penting sebenarnya kenapa laki aku book apartment ni. Bila dikira, congak, timbang tara, memang kitorang tak rugi stay kat sini. Sebab?

Save bajet - Kalau booking hotel dah tentu kau tak boleh beramas mesra dengan adik beradik lain sebabnya kau dah berlainan bilik. Lagi kalau duduk hotel, mesti bajet tinggi. Berbanding dengan apartment (ini calculation dari Nizam).

If let say harga bilik untuk stay di hotel 
RM150 x 3days = RM450/family
RM450 x 3 family = RM1,350
Itu belum masuk gov tax.

Kalau stay apartment 3 bilik 
RM260 x 3days = RM780
RM780 (bahagi) 3 family = RM260/family
Save RM570 untuk accommodation.

Nampak tak penjimatan disitu? Ini bagi pendapat kitorang lah.. kalau korang nak stay hotel, itu pilihan masing2. Kitorang ni ramai haritu. Better duduk apartment. Berlonggok satu rumah.. kecoh satu rumah macam nak runtuh.

Harga 1 apartment (3 bilik) RM260/day (harga Agoda). Kalau through owner boleh dapat harga murah sikit. Itu kena negotiate directly dengan owner yer.

Swimming Pool - Ofcoz Hotel pun ada swimming pool. Disebabkan kepekaan Nizam terhadap anak2 & anak2 buah dia, better stay apartment ni.. ada jugak swimming pool.. plus tak payah nak turun naik bilik sebab apartment yang kitorang stay ni di tingkat bawah sekali. Senang budak2 nak keluar masuk tak payah risau. 

Kalau tak caya meh aku tunjuk gambar.





Sepanjang kitorang kat sana, family kitorang je yang conquer pool ni.. bila kitorang berkubang je mesti tak ada orang lain datang join.. apa lagi.. sakai lah kitorang dalam pool tu hahaha.

In Centre - Apartment ni dekat sangat2 dengan airport. Haritu touched down je dari airport transport dah siap menanti. Eh yang transport tu nanti aku cerita.. boleh aku bagi info & contact number sekali. Keluar je dari kawasan Apartment terus waze tempat mana nak dituju. Semua jalan satu arah je. Waze memang banyak membantu masa kitorang kat sana haritu.


Facility dalam Apartment - Ada microwave, fridge besar (bukan besar macam kat hotel tu), washing machine 6.5kg. Agak2 kau malas nak basuh baju kat rumah, sebelum balik tu kau boleh basuh baju kat apartment.. lain2 facility serupa macam kat hotel. Cuma saiz yang membeza hotel dengan apartment ni.. hall apartment ni besar.. feeling macam stay kat rumah sendiri je. 

Hari sebelum pergi haritu Nizam dah siap2 inform kat Whatsapp group Gang Adik Bradik (group ni semua ipar duai, biras & anak2 buah semua ada). Instruction nak ke Apartment. Kalau  tengok dari apa yang di tulis tu memang dekat sangat2 dengan airport.. cuma melepasi dua traffic light je dah boleh sampai.



Harga boleh dapat murah sikit kalau deal direct dengan owner. Haritu book via Agoda dia ada charge mahal sikit. Masa sampai apartment haritu owner apartment dah sedia tunggu kitorang. Dia kata lepas ni datang Kuching lagi direct call dia je.. tah bila nak datang lagi tak tau lah.. hahaha.

Sebelum kitorang pergi check-in apartment haritu tak tau nak lunch kat mana. Lepas ambik transport kat airport kitorang berlegar-legar sepanjang jalan tak tau mana arah tuju nak lunch. Decide nak ke town Kuching.. sekali masa dalam perjalanan nak ke town ternampak Warung Nasi Kuning. Singgah je lunch kat sana dulu. Bila sampai depan kedai tengok lor kedai Nasi Kuning ni Indonesia cuisine rupanya. Datang Sarawak tapi makan makanan Indon.. hahaha boleh lah.. janji tak lapar.


Bergambar depan Kedai Nasi Kuning

Address
Lot 10520, Block 16
Ground Floor, Jalan Tun Jugah
93350 Kuching, Sarawak
016-809 1286

Owner kedai ni purely Indonesian. Sangat2 peramah perempuan tu. Siap tapaukan Emak aku pucuk Ubi + Sambal Belacan. Sebab mak aku dok bercerita kat dia masa kitorang pergi Bandung haritu makan dekat Restoran Sederhana lauk pucuk ubi sedap. Terus dia tapaukan untuk Emak.


 Aku tak ingat apa nama makanan ni.

Bakso

Ni pun aku tak ingat apa nama makanan ni. 

Tiga ni je gambar makanan yang aku sempat snap. Maklum lah ramai kannn.. takkan aku nak pergi kat sorang-sorang ambik gambar makanan diorang pulak.

Kami

Entry-entry Kuching ni dan yang bakal ditayangkan nanti semua panjang-panjang & lambakan gambar yang banyak.. kalau rasa nak baca, dipersilakan.. kalau tak nak baca, lantak lah kau situ.. hahaha.

Nanti sambung entry lain pulak pasal Kuching yer.

Dadaaaa ;)

19 comments:

  1. Bestla zaza..n rasa mcm planning nak g kuching je dgn family nanti...

    ReplyDelete
  2. Seronokkkyerrrrrrrrrrrrrrr sis zaza satu family berkampung 4 hari 3 malam ke Sarawak...detail entry ni sis...itu yg buat saya makin sayang kt sis...jujur dalam setiap penceritaan...

    Apartment sis tu mmg kerlasssss siap ada swimming pool yang cantik...ju kalau keluarga besar nak pi ke sana pasti akan rujuk blog sis...leh tempah satu apartment...murah...calculation sis tu sgt membantu...itu sebab julia suka dok hotel bajet je...ni apartment byk murah...semua facilities ada...

    Wah mkn kt restoren nasi kuning...meriah sungguh menu tu sis...syok la vacation sis...happy sgt2 dapat baca blog sis pun rasa dh mcm ada kt sana lagi sekali...cpt sis update next entry nak tgk korang berjalan ke mana dlm sarawak weeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. wahh..wahh..bestnye jenjalan Kuching..dulu dah pernah sampai skali..tapi masa belajar dulu2..hehehe..

    ReplyDelete
  4. kuching mmg best plus g ramai2..baru meriah..hihihi

    ReplyDelete
  5. Betul-betul macam rombongan Cik Kiah ni Zaza. Seronok ramai-ramai dan sekeluarga. Anak-anak buah tak faham moksu dia blogger. Kalau Anak dara dan hero Zaza mesti dah faham mummy dia blogger sebab dah biasa...

    ReplyDelete
  6. seronoknya dapat berjalan reramai secara berjemaah ni, ahkak suka :)

    ReplyDelete
  7. Jiran I gi Kuching...Dia kata " bosan lah..Kuching takde apa apa"
    I baca kat blog ( yg betul2 kaki jalan, ie buat persediaan, study bagai), rupa rupanya Kuching best!
    Baca your entry pun, u kata best!
    So, mesti I nak ke sana!
    Hahahaha..
    Ambik apartment lagi untung, especially kalau dah bawak rombongan cik kiah..
    Apartment tu cun la, swimming pool pun panjang lebarrrrr..
    Nak sewa kereta kat epot tu senang tak? Boleh redah aja ke atau kena booking?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Doc.. kita kalau nak pergi ke tempat orang mesti nak kena survey dulu apa yang patut.. mesti tau mana arah tuju kita kat sana.. kalau main redah je tu yang kata tak best tu.
      Doc, sila tempah tic flight cepat ke Kuching yer.. hehehe.

      Memang untung ambik apartment ni.. kalau hotel pun ok jugak sebenarnya.. cuma agak privacy sikit lah tak boleh nak memekak-mekak macam kitorang haritu.. hahaha.
      Apartment ni mmg cantik, kawasan pun provacy swimming pool pun boleh masuk ramai sekampung.
      Sewa kereta tu kena booking.. esok I publish entry can sewa k.. :))

      Delete
  8. haha...satu kolam renang di konker oleh rombongan cik kiah..

    ReplyDelete
  9. mcm bestttt jee..haah..sebelum ni mmg ingt kuching xbest, xde ape..tp br bace entry ni..mcm menarik je..ktorg pun klu pegi ramai2 ngan family lg suke dok apartment..klu hotel dok bilik masing2 mmg xbest la..xdpt nk bekumpul, gosip2..hikhik..tp apartment ni mmg terbaekk la..siap ade swimming pool..harga pun murah..dh tgk gmbr kt agoda..cantik pun cantik..ok la berbaloiii sgttt..

    ReplyDelete
  10. psstt: nanti ai g sana.. entry dalam blog ni boleh gunapakai ni.. as long tuan punya blog tak delete lagi entry ni.. ekekeke..

    ReplyDelete
  11. Bestnya. Meriah cuti beramai² mcm ni. Apartment pon nampak cantik.

    ReplyDelete
  12. kalau family ramai memang lebih berbaloi stay apartment je kan.barulah meriah cuti gitu.apartment pun okay je kan :)

    ReplyDelete
  13. nampk mcm best jugak no kat sini.. siap ada swimming pool..kelas la..harga murah pulak tue..berbaloi2 kalau mai ramai2.. =D

    ReplyDelete
  14. Mmg ar lebih murah apartment dpd hotel ......kalau dah pergi serombongan cenggitu hihi..... Sporting tu yg best...
    Makan tong tonglah yeh cik Jah....
    Cik Bedah entah billah nak sampai Kucing....tunggu duit jatuh dari Langitlah pukak haha

    ReplyDelete
  15. syoookkk la tak ramai orang...eh jauh tu beza dok apatmnt n dok hotel mmng save budget la...

    ReplyDelete
  16. Nak gi jalan2 ni mesti kena study tempat mana boleh kita lawati lagi pun kalau pergi ramai2 lagi best. Zaza elok le letak direct no tuan rumah lain kali ada rezeki boleh le akak direct call tuan rumah je. Pagi2 lompat je swimmping pool utk mandi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah