Monday, October 20, 2014

Pasar Satok - Kuching Sarawak

Actually balik dari naik sampan kat Kuching waterfront & lepas beli kek lapis haritu kitorang terus balik apartment. Masing2 dah berlengas badan berjalan dari pagi.. Balik apartment masing-masing berebut bilik air nak masuk mandi. Bilik air ada dua je.. yang nak mandi namblas orang..pffffftt.

Lepas semua dah siap mandi & wangi2.. kitorang keluar balik.. nak ke Pasar Satok malam tu. Haritu hari Sabtu kannn.. pasar tu start pukul 7 pagi sampai pukul 10 malam.. tapi sebab kitorang datang dah nak dekat pukul 9 malam.. orang yang meniaga pun dah tinggal hujung-hujung.. Nanti aku tunjukkan sign tu yer. Datang pun saja nak ushar2 terubok masin sebenarnya.. sebab esoknya kitorang nak repeat datang lagi.. Dapat lah dua kali pengalaman pergi malam & siang.

Terubok masin menjalar-jalar kat pasar tu.. geram betul.. macam barang mainan je aku tengok.

Waktu niaga Medan Niaga Satok.

Tips : Kalau korang ada hati nak pergi Kuching, sila plan on weekend skali yer.. Kalau datang weekdays tanpa weekend nanti takut korang tak dapat pergi ke Pasar Serikin skali. Sebab Pasar Serikin hanya buka on weekend je. Pasar Satok ni pulak happening hari sabtu dari pagi membawak sampai ke malam. At least ada lah aktiviti nak perabeh duit nanti.. hehehe. Itu pun untuk korang yang first time ke Kuching macam aku lah.. Kalau korang yang biasa ke Kuching dah tak heran kot.


Pernah baca review.. ada yang kata Medan Niaga Satok ni dah masuk dalam bangunan. Means dia dah meniaga dalam bangunan.. tidak lah meniaga lambak-lambak kat tepi jalan lagi.. meniaga dalam keadaan selesa. Ok bagus.. dia macam tau je aku nak datang.. dah buat tempat cantik2.. hahaha.

Selain dari terubok masin, ikan2 kering sayur2 semua ada jual.. dah nama pun pasar.. haruslah barang2 basah & kering pun ada jual.



Start je masuk dalam pasar tu tengok macam-macam ada.. geram betul tengok.. kalah pasar pudu. Seafood yang diorang jual semua fresh.. ikan gemok2.. udang segar2 macam baru lepas mandi. Murah pulak tu. Aku siap cakap kat Mak.. Mak kita beli nak.. suruh dia pack elok2 masuk kotak senang kita bawak naik flight nanti. Tapi bila fikir2 balik karang leceh.. tak apa lah.. kita beli kat pasar pudu je lah.. huhu.

Lambakan ikan terubok masin.. 

Emak aku beli sampai RM50 ikan ni.. entah berapa ekor tah.. ada lah tu nak bagi kat kaum kerabat.


Bergambar dengan orang jual terubok masin.

Dia ni menyibuk je.. aku mintak kawan dia snapkan gambar aku dengan terubok masin yang tersusun susun kat belakang tu.. sekali dia datang bawak ikan sekor posing sebelah aku.. hahahahaha. Ok lah ai tak kisah... Ai tau ai diva kat pasar tu.. untuk tak menghampakan dia.. posing je lah.. yang pasti lepas ni kau dah tak jumpa aku lagi kat pasar tu.. hahaha.

 Kulit kayu manis.

Kat semenanjung aku tak pernah pulak nampak orang jual kulit kayu manis panjang2 macam ni.. yang ada pun dah siap packing.. itu pun macam dah lapok. Kat sana diorang jual fresh lagi.. elok kulit dia macam baru toreh dari pokok.

Nak jugak selfie dengan kulit kayu manis.. hehe. 

 Emak aku kat sini dia cari lada hitam. Nak bagi souvenir kat kengkawan dia. Kelasss Mak aku bagi souvenir lada hitam je kat kawan2 hahaha. Lepas tu aku paw dia suruh dia belikan pes laksa sarawak untuk aku.. hehehe.

Ni aku nak tunjuk gambar malam sebelum hari yang kitorang datang siang Ahad (cerita atas). Dah terbalik cerita aku ni. Patut cerita dari hari sebelum datang Ahad haritu. Ah lantak lah.. malas aku nak edit.



 Malam tu masa kat Pasar Satok aku terjumpa orang jual kek lapis kat pasar Satok. Aku kan tamak.. beli lagi 5 kotak. Anak2 buah semua tanya.. "Moksu.. Moksu nak meniaga ke beli banyak2.. semalam kan baru beli.. ni beli lagi".. pfffftttt. Kau tak tau ke Moksu kau ni kan memang tamak orangnya.. hahaha.

Lepas tu nanti dia tolong pack dengan kotak lepas tu dia balut dengan plastik.. lepas tu tulis nama besau2 macam tu supaya anak2 buah aku tak bukak dan makan kek aku.. hahahaha.. tamak!

 Siapa berkenan nak order sila call or whatsapp akak Saemah Kek Lapis ni.. haritu aku tanya boleh pos ke semenanjung ke tidak.. dia kata boleh.. tapi ada extra charges.. nampak?? strategy meniaga tu kena ada.. nak laku kan barang.. siap boleh pos lagi.. hebat!

Lepas tu jalan2 luar kat area pasar satok ada orang meniaga sourvenir & tshirt. Emak aku tengah pilih tshirt untuk cucus dia yang ditinggalkan kat semenanjung.. hehe sweet nenny :))

Danish

Lepas membeli apa yang patut kitorang lepak makan kat medan selera sebelah pasar satok.  Tempat tu food court yang mana ramai orang meniaga kat situ. Yang mana kedai yang sedap tak tau lah.. kitorang main duduk & order je haritu.

Habis part ni. Penat aku menelek satu satu gambar nak tebarkan kat sini. Ada lagi gambar yang nak ditebarkan.. tapi aku malas.. aku campak je masuk dalam fb balance balance gambar yang ada. 

Nanti aku sambung cerita aku ke Damai Beach pulak yer.

24 comments:

  1. thanks for the tip Zaza, memang tak pernah gi Kuching lagi. :) blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. banyak tips zaza bagi nih..nanti kalau pergi sarawak haru pm zaza nih..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Tapi kan zaza..I olls dh experienced pasar satok sebelum dia pindah ke tempat baru...lg havoc...hihihi

    ReplyDelete
  4. background dah lain...wow..bestnya jalan² sana

    ReplyDelete
  5. saya berkenan kat kain yang buat lapik kek sarawak tu kak! cantik!!! tu lah nampak sangat seafood dia fresh tapi jauh sangat nak beli dan bawak balik kan ^_^

    ReplyDelete
  6. Wah sakan kak zaza shopping.. kak kek tu rasanya ok x?

    ReplyDelete
  7. murahhhh nya terubok tu...amboiii sakan emaknenek menyoping ek ;p sonok tgok emak nenek appy :)

    ReplyDelete
  8. dah macam u pulak ada kedai kek lapis " Zaza Kek Lapis"

    hahaha

    ReplyDelete
  9. saya dl siap beli kulit kayu manis pepanjang tu, bila balik semenanjung potong2 bagi adik beradik...cukup u :)

    ReplyDelete
  10. Ingatkan ada kedai kek lapis nama zaza..hahahah

    ReplyDelete
  11. pergi sini kena bawak duit banyak baru seronok shopping sebab dah rambang mata nak memilihkan..semua pun nak dibeli..hehehe

    ReplyDelete
  12. Ok.....take note take note...kalau plan nak pergi Kucen kena gi paso yeh cik Jah....
    Amboi mak nenek bukan main lagi shopping yer....

    ReplyDelete
  13. Best tue....

    Best kalau perkena kopi O, kemudian bakar kayu manis sikit dan rendam dalam kopi tue.. .perghhhhh...!! teringat dulu masa memuda kerja as bar tender...

    ReplyDelete
  14. syok kat pasar satok ni..macam-macam ada.. tunggu duit kita je ada tak ada..hihi

    ReplyDelete
  15. klu pandai tawar boleh dapat murah lagi kek lapis tue...hehehe

    ReplyDelete
  16. best nyer...ni yg wat x sabo nk cuti2 sarawak plak

    ReplyDelete
  17. Ko beli gambir sarawak tak...ekekeke...

    Retis sangat ko jah. Sampai penjual ikan pon nak bergambar. Cantik kaler kulit kayu manus tu. Kalau kat sini kaler dah kepam.

    ReplyDelete
  18. Part paling syok memborong sakan! Yeyyyyyyyy hebat lah tgk mak sis zaza ni, siap nak borong lada hitam byk2 kt geng2 dia...pwewittttttttttttt kerlas tau bonda sis....hehehhe plg kelakar mamat ikan terubuk tu pun nak interframe sama eh sis...adehhhh kelakar plak tgk kekekekke...abg nizam tak marah ke kak...mmg syok la tgk hasil bumi di tanah sarawak...kagum tgk hasilnya...syok dpt pi pasar satok dan pasar serikin sekali kan...bagus kak kasi tips tu pada mereka yg pertama kali ke sana

    ReplyDelete
  19. Sedapnya kek lapis.. Nasib dh brnak. Klau x dok ngidam sepnjng msa.. Haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah