Friday, December 20, 2013

Sabah - Gayang Seafood di Tuaran

Last day in KK, flight petang tu pukul 5.30pm.. check out hotel dulu pukul 11am. Itinerary haritu nak pergi makan Seafood. Nak lunch seafood kat Tuaran. Alang2 dah ke Sabah takkan kau tak nak rasa makan seafood fresh di Sabah pulak kennn. 


Demam Nizam pun tak kebah lagi. Tapi terpaksa lah juga keluar berjalan.. 

Terus menuju ke Api Api Centre dulu sebab nak bergambar kat Rockshop. Actually hari pertama kitorang sampai haritu dah singgah dah.. tapi sebab hujan renyai2 so tak dapat ambil gambar. Decided pergi waktu siang.. so on third day baru ada masa untuk singgah bergambar di Rock Shop.


Location betul2 depan Promenade Hotel. Sebaris dengan Pasar Filipin. Tapi pasar filipin hujung sana, dia hujung sini. Kalau tak tahu sila waze ajo hehe.


 Mamat ni dah tak tahan.. dah lah badan panas, kena pulak cuaca panas.. haha nak tak nak dia layan kan juga lah anak bini dia bergambar kat sini ;P



Siap bergambar depan Rockshop, kita teruskan perjalanan ke Tuaran pula.

Masa nak ke Tuaran, aku juga jadi driver untuk suami & anak2 aku hehe. Issokay I tak kisah.. janji keluarga aku bahagia sudeh. Haaaaa kat sini ada cerita cuak + kalut sikit. Nak tau?? kena lah baca sampai habis yer :))

Otw aku drive aku dah perasan dah minyak kereta dah kontang. Dalam hati berkata juga.. nanti kat depan2 sana aku nak isi minyak dulu.. ok fine!

Sedap je tekan minyak, aku terlupa nak berhenti kat pump station.. duhhhh!! jalan makin lama makin kedepan tengok haram satu pump station pun tak ada.. apakah???!!! double cuak disitu.

Dah nak dekat2 sampai area seafood, aku terdengar ada bunyi something meletop.. POMMMMMMMMMM!!! tanjat aku *kurussemangat* on that time buat bodo je lah sebab masa benda meletop tu bunyi, aku berselisih dengan lori trailer panjang giler nak mati.. so aku assumed trailer tu yang mengeluarkan bunyi letupan tu. Ok teruskan perjalanan.

Sampai je Tuaran, dari tepi jalan dah nampak Gayang Seafood.


Address 
Gayang Seafood Restaurant
Kg. Baharu, Jalan Sulaiman
Tuaran, Kota Kinabalu 
88300 Sabah

Kalau tak tahu jalan pakai waze je senang.


Tadaaa dah sampai... kita lunch dulu kat sini sebelum kita fly balik ke Kolumpur petang tu yer.. 

Masa aku dok sibuk ambil gambar KhaNish kat sini, Nizam panggil aku.. Sayang, tayar kereta pancit lah.. 

Gulpppp.. terkaku kejap aku.. dah lah masa otw nak kesini bagai nak giler cuak takut minyak kereta tak cukup, nak cari pump station memang tak jumpa.. sampai pulak kat sini tayar pulak pancit.. Gggrrrrr!! cobaan apakah ini??????????? rasa nak nangis dah time tu.

Dah lah kat negeri orang, laki pulak demam, cari station minyak tak jumpa, tayar kereta pulak pancit... huwaaaaaaaaaaaa =(

Tapi aku percaya, orang lelaki ni kalau dalam keadaan apa pun, dia rilekkkkkkkkkkkkkkkkk je.. muka tak nampak cuak langsung.. cuba aku ni.. memang cuak habis lah.. tak keruan dibuatnya.. hahahaha *dasarpompuanmemangselalukalut*

Nak tahu cerita seterusnya????? kita order dulu makanan. Perut dah lapar giler dah plus cuak plus kalut plus... eh macam macam plus lah.. susah hati aku haritu.


Kat sini memang fresh seafood lah yang dia jual.. dok dalam aquarium lagi seafood dia.. tapi harga dia pun memang FRESH NAK MATI juga.. hahaha. 

Harga ikan dia main ratus ratus je sekilo.. giler!! takat aku empat beranak, dengan keadaan laki aku demam yang tak berselera nak makan, takkan aku nak order harga ikan sekor yang seratus ringgit punya kannn???? so aku cakap kat dia, aku nak ikan yang paling minimum sekali harga & berat ikan yang paling minimum sekali.

Antara menu yang aku order.... 


Butter prawn 


harga RM20


Sotong goreng tepung.. 


harga RM20


 Grouper fish yang tak serupa ikan dah aku tengok.. 


Harga RM48.. aku frust giler dengan ikan ni.. dia goreng semata ikan tu lepas tu dia taburkan sos yang macam kau cicah dengan keropok yang ada jual kat Giant.. atas ikan tu aku ingatkan dia tabur timun, rupanya dia taburkan apple hijau. aku rasa kalau aku yang masak ikan ni lagi semenggah kot.


 Last sekali baby Kailan

RM10.. Rupa ini seplohhengget?? kalau aku beli kat pasar tani sayur ni masak sendiri kat rumah tak sampai seplohhengget kot. 

Nizam kata tak apalah.. benda nak makan mahal pun bayar je lah.. hurmm ok lah you yang bayar. 


Total RM123.40

Sambung cerita tayar pancit pulak.. Sebelum makanan yang diorder sampai atas meja, Nizam ada call kawan dia.. owner kereta yang kitorang sewa tu. Tah apa yang Nizam dok cakap on the phone, skali Nizam kata kawan dia nak datang tolong tukarkan tayar kereta. Phewww lega sikit hati aku yang 90% tengah gundah gulana tadi. Nak dekat habis makan, kawan Nizam dengan wife dia pun sampai.. borak2 kejap lepas tu diorang terus tukar tayar kereta yang pancit tu.

Agak2 dah sejam semua settled, for the last shop kitorang pun gerak pergi ke Pasar Filipin untuk beli ikan masin, udang kering bagai.

Ohhh lupa.. masa masa otw balik ke Karamunsing nasib baik sempat isi minyak.. itu pun jauh giler nak sampai ke station minyak. Kalau kereta mati tengah jalan time tu aku tak tahu lah nak kata apa lagi.. ibarat malang bertimpa timpa gittue.. hahaha


Dah sampai.. mari lah membeli apa yang patut 


Kat sini pun banyak orang meniaga barang2 kering.. kemain sempit tempat ni lemas aku. Tak nak lemas dalam dakapan ikan masin kat situ, aku pilih kedai yang kat luar2 je.. tak koser aku nak berhimpit2 kat dalam kedai yang sarat marat tu.



Antara yang ada..


Banyak barangan kering yang fresh kat sini.. helok sangat.


Emak Nenek kirim udang kering. Aku beli yang sekilo je nanti boleh agih2 kan kat abang & kakak aku untuk rasa udang kering fresh dari Sabah. Nizam pun beli sekilo untuk kakak dia.


Kuih cincin ni beli lima pack je.. bagi2 kan kat family terdekat sebagai buah tangan kata orang.


Kau abaikan je kaki berbulu lelaki yang sedang membungkus tu yer.. hahaha. Ini lah sekotak yang aku bawa balik. Dalam ni ada Ikan terubuk masin dua ekor, udang kering dua kilo, lima pack kuih cincin, lagi lagi lagiiiii tak ingat dah apa yang ada.. hahaha

Lepas tu aku singgah sekali lagi ke kedai yang jual2 souvenir beli key chain & fridge magnet, itu pun aku beli sikit je sebab kesian kat Nizam badan lesu demam. On that time pulak dah kalut aku tak tahu berapa banyak souvenir yang patut aku beli. Grab je mana yang patut. Bila balik Kolumpor terus rasa menyesal tak beli banyak2 sebab tak cukup nak kasi kat kawan2 yang sepatutnya aku nak bagi.. huhu

Lepas habis membeli kat pasar filipin, still ada masa lagi sebelum check in di airport. Kitorang lepak Pantai Aru kejap coffee2 tepi laut.

Tu nanti lah aku sambung cerita.. next nanti part last aku di KK .. nak up entry ni pun lebih lebih setengah hari aku nak menyiapkan. Penat jari jemari ai nak menaip.. hehehehe

33 comments:

  1. HAKU TAK DAPAT PEGI SINI HARITU...pfftt...ko nampak tak betapa besar nyer frust aku kat situ..?hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha sawan divas dah budak ni..
      nanti repeat ar wehhh sian kau kena ikut kekwat si kakak Divas kau haritu hehehe

      Delete
  2. seronok baca kisah percutian zaza bersama family :)

    ReplyDelete
  3. tengah tunggu episod terakhir nie...lala

    ReplyDelete
  4. best lah baca kisah korang satu family.. terasa macam kita pulak ada kat sana.. hihi, tumpang sekaki .. hihi

    ReplyDelete
  5. macam macam dugaan ye kak..pengalaman di tempat orang.ade hikmah disebalik kejadian tu..wahh banyak gak borong tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Fiza.. macam2 dugaan betul time bercuti di Sabah kali ni..

      Delete
  6. hoh!! baik makan seafood kat key el je ..tak ler mahal cenggitu...adoyaii..siakap 3 rasa pun dapat ye dak!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn frust giler!! mungkin ada some of tempat yang makan seafood sedap kot..

      Delete
  7. Mcmne I boleh tak perasan hard rock shop.. dushhh!!! Kalau dak mesti singgah jugak.. btw nasib baik sempat jugak kan sampai town dgn keadaan minyak yg nazak tue..kalai tak jenuh la..mmg kat sana tak byk petrol stesen kan...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. rugi lah tak perasan Rock Shop tu Farah.. tak apa nxt trip you boleh singgah mai noh ;)
      Tu lah Farah, I noticed kat sabah susah nak cari pump station.. klau kat KL kemain bersepah lagi..

      Delete
  8. yes , Bahagia dicari...bawa keluarga jalan2 melancong semoga bertambah keakraban... kenangan manis akan sentiasa segar dlm ingatan. Sy belum ke sanan lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. dengan bercuti kita dpt mengeratkan silaturahim antara keluarga..
      nxt year PCL plan lah ke sana yer ;)

      Delete
  9. Fresh betul seafood harganya pun blh thn

    ReplyDelete
  10. assalam, butter prawn tu tersangatlah menggoda...
    selamat bercuti dan selamat berhujung minggu dari bunda...

    ReplyDelete
  11. Aik dh nak abih dh...setuju..kalau x kalut bukan pompuan namanya...jom la pi zaza....mana tau repeat balik jadik best plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang kalut lah org ppuan ni
      jommm nxt year kita planning pi ladies holiday :))

      Delete
  12. Biar betul makan 2 adult 2 child sampai RM 123.00 boleh tahan mahal nyer.. kata fresh kan harga pun fresh hahaha.. :D tak pe la sekali sekala :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. better kat pi yang kat Bagan lalang.. tepi pantai lagi.. huhu
      tu lah.. sesekali boleh lah.. kalau selalu koyak poket.. hehe

      Delete
  13. Mcm murah jugak yek harga makan tu zaza...mcm kat KL je lebih kurang....
    Tp kalau hubby mak ...sure dia yg kelam kabut tu kalau pancit ke tak de minyak...silap haribulan mak kena marah hoho...
    bestnya dpt borong ikan bilis dan barang kering kat situ yek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang je OKje.. tapi kalau kat KL lepak tepi pantai baru best kann. kat sini jauh dari pantai huhu..
      cuak babe time tu.. hubby awak cuak sebab dia yang kena pikir benda2 mcm tu.. laki mak ni dia memikir dalam ketenangan.. geram pulak Cik Jah.. ahahaha
      tu lah.. kat sana semua fresh2 udang kering semua tu

      Delete
  14. i teringat g kk...byk sebenarnya choice mkn seafod..kena pndi cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. mmg banyak choice, tapi sebab I pi sana pun tak lama.. so nak ke semua tempat mmg tak sempat

      Delete
  15. Dr kk ke tuaran ikut jln sulaman mmg xda stesen minyak kcuali shell kingfisher. Hohoho...sbb yg 2 jln bru. Klu ikut jln lama, stesen minyak belambak2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah