Saturday, December 21, 2013

Sabah - Cari McD Bagai Nak Giler

Ehhh chopppp!! ni second last entry untuk cerita Sabah yer.. hahaha sowwieee ;P aku lupa nak cerita pasal malam hari kedua balik dari Rumah Terbalik. Aku janji lepas entry ni keluar ada satuuuuu je lagi entry yang betul2 last cerita Sabah.. hehehe ;P

Macam ni cerita dia. Lepas balik dari Rumah Terbalik, kitorang dah free. Malam ingat nak pergi makan seafood je kat area Pasar Filipin tu. Tapi apakan daya, demam Nizam semakin worse malam tu.. so tak ada aktiviti dimalam hari =(

Perut pun masih kenyang lagi lepas makan di Cafe Rumah Terbalik haritu. Nizam pulak sekadar makan chicken floss jer, malam tu pastilah dah kebulur perut dia. Masa tengah lepak2 kat hotel, aku tanya dia Bie you lapar ke tak?? kalau lapar I keluar pergi beli makanan untuk you.. you nak makan apa?? Dia kata dia lapar nak makan bubur McD je.

Sudah!!!! mana nak dicekaukan McD di negeri orang ni oiiiii?? hahaha. Aku kan isteri yang solehah *derrrr* aku pun kata Ok lah I keluar bawa budak2 pergi cari bubur McD untuk you. Tengokkkkkkkkk cekal tak aku?? hahahaha.

Turun je kat lobby hotel, aku tanya kat bellboy kat mana the nearest McD yang ada kat karamunsing ni.. dia kata kat Pertama Complex.. uiksss tanjat ai.. ingatkan kat Kolumpor je ada Pertama Complex.. hahaha. Ok aku pun tawakkal je lah redah jalan area situ untuk sampai ke McD di Pertama Complex.

Elok je sampai kat Pertama Complex (actually Pertama Complex tu bersebelahan je dengan Hotel Palace) terpinga2 juga lah mencari kat dalam Pertama Complex tu.. end up jumpa juga.. Alhamdulillah lega hati aku kononnya misi nak mencari bubur untuk sang suami yang demam bakal tercapai.. hahaha. Bila order Chicken porridge dia kata habis pulak.. Choyyyyyyy!!!! dan2 pulak lah habis.. abes tu mana lagi aku nak cekau kan??!!! =(

Aku pun tanya, mana lagi ada McD kat area Karamunsing ni.. dia kata kat Api-Api Centre.. duhhhh celah mana pulak aku nak cari. Ok cekal kan diri.. aku cakap kat KhaNish kita redah je lah mana2 jalan pun, kalau sesat kita boleh tanya orang mana jalan nak balik ke hotel. Dah lah dengan baju tidur je aku keluar, handphone pun tak bawa, semata2 bawa purse je keluar.. hebattttt bukan??? hahaha 

Dalam pada tawakal mencari McD dinegeri orang, balik2 aku jumpa KFC je memanjang.. apa orang Sabah ni suka makan KFC je ke sampai susah aku nak nampak McD kat sana.. hahaha. Aku pun redah je mana ada jalan seluruh Karamunsing. Area situ pulak dah lah banyak one way.. pusing2 sampai pening cari McD pun tak jumpa. Agak2 dah dekat dua jam aku pusing, aku dah give up.  Balik hotel semula. Aku pesan kat KhaNish pergi naik bilik (aku tunggu dalam kereta) tanya Babah nak makan apa sebab Mummy tak jumpa McD pun tadi. Bila KhaNish turun semula dorang kata Mummy... Babah kata tak payah lah susah2. Aku dengar pun rasa serba salah.. means that Nizam still mengharap sesuatu untuk dia makan malam tu. Kesian pulak aku kat mamat tu.

Last2 tak nak pening2 kepala, aku lock kereta, masuk hotel terus tuju ke F&B. Tahu aku buat apa?????? aku order je chicken porridge dari F&B hahahaha.. kan sonang gittue!! yang aku dok pusing seluruh Sabah cari McD bagai nak giler tak jumpa.. end up aku order kat hotel je.. muhahahahaha.

Sebelum naik bilik aku pesan lagi kat KhaNish.. Please don't tell to Babah yang Mummy order porridge dari hotel tau.. diorang pun kawtim.. hahaha komplot anak beranak. Saja nak surprisekan orang demam.. hehehe.

Fifteen minutes after that, *knockknock* orang F&B datang hantar porridge depan pintu.. aku pun berlakon Ehhhh siapa pulak yang datang malam2 ni.. *buatbuattanjat*.  Aku bukak pintu, ambil porridge terus surprise kan kat Nizam.. 

Tadaaaaaa chicken porridge for you.. hehehehe. Nizam pun terkulat2 tengok aku pegang tray yang berisi porridge depan dia.. hahaha. Konon2 nak hiburkan hati orang demam ar tu.. phuiii ;P


 Ini lah porrdge yang aku order dari hotel malam tu. Bagai nak giler cari porridge McD, akhirnya dapat juga suami aku makan porridge walaupun bukan porridge McD hehehe.. Alhamdulillah. Harga boleh tahan.. tak silap aku dekat doploh ringgit juga kot.. standard harga hotel ar kan. Aku tak masuk bill,. bayar cash je masa order dari F&B plus order sekali sabah tea total dalam dekat2 tigaploh ringgit juga lah.

 Memandangkan malam tu tak ada aktiviti, kami anak beranak dok dalam bilik nonton tibi je.. sambil tu aku snap lah gambar ni yang dibeli dari pasar filipin. Khairine pilih ukulele (kiri) nak jadi Tegar katanya.. kau jangan jadi pengamen jalanan sudah lah yer hehehe. Danish pilih gendang.. gendang ke apa nama bendalah tu (kanan). Dah memekak2 dua beradik ni dalam bilik dok main alat muzik ni.. hahaha tekanan je aku nak tengok tibi ;D

Sandal ni aku beli kat pasar filipin. doplohhengget je. Selesa pakai.. aku suka pakai sandal macam ni kalau pergi bercuti2 senang nak berjalan kaki pun tak melecet.. feeling tourist sangat kannn hehehe.

Eh ada lagi cerita yang aku nak kaborkan ni.. masa kat pasar filipin hari tu, aku langsung tak beli pearl kat sana. Bukan tak nak beli tapi aku tak minat.. tak minat pakai2 pearl ni.. bagi aku macam semak je bila pakai.. hahaha dasar peghrak punya olang. 

40 comments:

  1. Tak apa Zaza... sepanjang 2 jam pusing cari bubur yg tak dapat dah tercatat pahala sebab nak bagi suami makan. Gigih order di F&B hotel juga itu pun usaha terbaik. Kalau tak langsung lapar org sakit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Kakzakie..semoga berkat lah pahala tu hehehe..
      tu lah Kak, apa2 pun saya cuba jg utk dapatkan bubur utk Nizam.. kalau kat rumah gigih lah jg.. boleh lah masakkan bubur, ni tengah bercuti.. haruslah berusaha keras utk dapatkan jg utk org sakit tu hehe

      Delete
  2. haha 2nd last episod.. tapi dulu masa bujang, alkisah demam, then doktor sarankan makan bubur McD, sebab kurang berminyak, jangan beli kat kedai2 luar.. Kalau hotel, still dioran measure for healthy food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada je lg part yg tertinggal sebenarnya..
      a'ah tu lah selalu kalau family sy demam mst cari bubur. bubur mcd atau masak sendiri.. more healthy :)

      Delete
  3. kesiannyaaaa... ehehhee. nasib baik ada jugak bubur lain walaupun bukan versi mcd. hehe

    ReplyDelete
  4. bagus kak zaza kita ni kan ... rela berkorban demi somi tercinta.. tiba2 mengidam nak makan buboq mcD pulak kak adoiii.. kena pi cari lah kalo mcm ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe haruslah Lieya.. dah pergi bercuti sama2 mesti lah kita kena take care bersama2 jg kannn..
      Ini bukan mengidam dik, kalau Lieya baca betul2 apa yang akak tulis kat entry ni, abg demam, so dia nak makan bubur.. maklumlah tekak org demam kannn

      Delete
  5. Hahaha...gigih tau sis ni...mcD ada je area tu just x nmpk sgt kut...asal x call mcDelivery jee...senang skit...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mmg gigih.. on that time tak terpikir plak nak call delivery..

      Delete
  6. Za..cantik sandal tu ...
    Rin pun suka sandal cenggitu tau..
    Sedap pkainya kan

    ReplyDelete
  7. homeiiii nye akk zaza :) msti touching en. nizam kennn ;p snaggup demi somi tecenta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe have to adik.. takkan ku biarkan en. nizam ku kebuluran dinegeri orang..hahahaha

      Delete
  8. Isteri solehah betul la... Heee.... Kalau sy belum tentu sy keluar memalam kat tempat org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah mudah2an hehe...
      What to do kannn.. sambil menyelam minum air, sambil cari McD boleh jalan2 sekitar KK hehahahahha

      Delete
  9. nasib baikader buburnyer...mahal jugak hidangan bubur cecah 20 hinggit..takperla special untuk org demam kan...
    sandal gitu memang sedap pakaikan zaza...senang sikit nak jejalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah lizz.. nasib baik F&B ada bubur.. kalau tidak kempunan lah laki den hehe
      standard harga hotel kannn mahal sket ar dari McD :)
      Betul tu Lizz, sandal mcm tu senang nak jalan.. tak melecet kaki :)

      Delete
  10. Pergi jauh ke Sabah, McD juga di cari... Kan dah selalu makan.
    Carilah makanan istimewa masakan orang sabah, barulah boleh jadi kenangan. Rasakan keenakan dan perbezaannya! Orang kata..kat Sabah ni, seafood paling best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin BM tak paham atau tak baca betul2 kot cerita saya di entry ni..
      kalau BM faham & baca betul entry ni, saya bukan saja2 nak cari McD bagai nak giler.. lebih baik saya pergi makan seafood je..

      Ini sebab suami saya demam malam tu, so dia nak makan bubur McD...
      sila baca & faham betul2 dengan cerita di atas ok!

      Delete
    2. Saya faham, jgn mare ye...itulah peliknya. kenapa McD...
      Tapi tak kesah lah kan...Kalau kat luar biasa le terkenang tempat sendiri tambahan dlm keadaan xsihat.

      Delete
    3. hehe its ok.. biasalah tekak org demam, bubur lah yang dicari.. selain bubur McD, mana lagi boleh saya dapatkan.. dah lah dinegeri orang.. hehehe

      Delete
  11. sweetttt nyerrr...demi encik suami kannn... :)

    ReplyDelete
  12. Terharu derrr baca entry ni!
    Seganas segangster ko ni hati manyak jiwanh..heheehe...

    ReplyDelete
  13. Why u tak call McDelivery jer Zaza.. kan senang mcm tue.. tapi tak pe la dpt jugak husband u makan porridge.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lupa babe..kalut sangat nak keluar langsung tak terpikir nak order through delivery haha
      tu lah akhirnya dapat jg dia makan porridge ;)

      Delete
  14. hehe dh mcm kt KL lak pertama complex.. Bubur Mcd sedap utk dilayan..

    ReplyDelete
  15. MEsti rasa bersyukur kan sbb kat KL bersepah2 McD...hehehe...

    ReplyDelete
  16. wah.. memang gigih betul cari bubur ye :) takpe, usaha tu yg penting walau tak berhasil dapat dari McD kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cekal sangat.. Alhamdulillah atas usaha dapat jg wpun bkn dari McD hehe

      Delete
  17. Apa pun x bleh cari mcd x jumpa kan..laki dh la demam..risau lg....apapun sandal tu mmg cantik kak ngah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal.. cekal kan diri jg mencari haritu hehe
      sandal tu sempoi kannn me like it too ;)

      Delete
  18. Yelah demam demam mmg kepingin bubur weyh... Berani jugak hang yeh zaza pusing karamunsing sensorang....kalau mak takut tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak kan lah Cik Jah nak kena masak pulak bubur kat hotel tu kannn..
      Cik Jah ka kaudu.. redah je hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah