Tuesday, December 17, 2013

Sabah - Desa Dairy Farm Kundasang

Hohoho jom pergi tengok lembu kambing oiiii.. hahaha.. Perjalanan dari Kinabalu Park ke Kundasang bagi aku tak lah jauh sangat. Masa aku drive dari Kinabalu Park ke Kundasang seingat aku lebih kurang setengah jam je kot. Aku tak rasa kalau korang nak ke sana boleh sesat. Sebab jalan dia searah je.. tak ada simpang kiri kanan pun yang nak kena ikut. So sesampai je satu area tu, mula2 aku keliru juga.. sebab tiba2 ada roundabout, tiba2 area tu juga ada pasar lambak. Ok disitu baru ada sedikit keliru.. sebab tak tau mana nak tuju.

Pemandangan cantik giler.. dengan bukit bukau, gunung ganang.. memang cantik.. aku rasa macam aku tengah hidup dalam alam maya.. gittue!! hahaha poyo betul lah. Dengan keadaan Nizam demam dah terjelepok kat sebelah, aku pulak kena drive.. so susah untuk aku nak ambil gambar pemandangan tu. Yang ada pun sipi2 je pemandangan yang aku dapat snap sambil aku driving. But its ok, kalau korang nak tahu macam mana keadaan tempat tu, korang boleh google je yer :))

Ini je gambar pemandangan yang aku dapat snap jalan naik ke Desa Dairy Farm. Kat sini ada kejadian lucu + kesian.. hahahhaha adoii masa taip ni pun aku boleh gelak eh!! choyyy sangat. 

Eh lupa.. sebelum nak ke sini, masa kat pasar lambak tu aku dah tanya kat orang peniaga kat sana.. aku tanya mana jalan nak naik ke tempat lembu.. diorang pun sangat helpful menunjukkan arah jalan kesana. Aku pun terus kan perjalanan ke arah yang ditunjuk tu.

Sebelum snap gambar ni, aku tengok Nizam dah macam tak larat sangat dah kat sebelah.. badan dia panas sangat. Aku ni tak sampai hati nak kejut dia suruh dia snap kan gambar pemandangan sepanjang naik bukit ni.. Aku geram sebab pemandangan kat situ cantik cantik cantik sangat. Sekali aku pun saja lah berhenti kat tempat ni.. niat nak ambil lah gambar pemandangan2 cantik kat sini.. sekali Nizam pun terjaga.. dia tanya aku kat mana ni.. aku kata ni jalan nak naik ke Desa Dairy Farm. 

Lepas je aku jawab soalan dia tu, dia terus bukak pintu kereta.. buelkkkk buelllkkk buellkkk Nizam muntah kat tepi jalan tu.. hahahahahhahahahahha. Masa tu aku kesian giler kat laki aku.. nak tergelak pun ada.. Yer lah niat aku berenti kat situ sebab nak ambil gambar.. sekali boleh pulak dia muntah kat tepi tu.. hahahahhaha.. sorry Bie, I bukan nak kutuk you kat sini tau.. I cuma nak share cerita je kat sini hehehe *matilah aku dia baca ni* :D

Selesai je ambil gambar & Nizam pun dah lega dengan muntah dia, aku pun teruskan perjalanan menuju ke bukit. Sekali lagi kereta Kenari tu mengangis air mata darah mendaki bukit yang tinggi tu.. hahaha. Paham2 je lah babe.. kenari tu 1.0 je cc dia.. nak naik bukit yang tinggi tu haruslah mengangis kereta tu.. tak padan dengan cc kecil nak naik bukit tinggi.. hahahaha. Lantak lah Bedah, janji aku sampai atas bukit tu.. hahahahaha.

Dengan kecekalan aku drive, sampai juga ke Desa Dairy Farm. Betapa tabahnya aku kat sana time bercuti suami demam, aku kena drive kereta, dengan nak ambil gambarnya lagi.. dats y pada awal2 entry cerita Sabah ni aku kata aku rasa down giler bila bercuti kali ni.. 

Untuk nak sampai ke sini kau kena cari betul2 jalan masuk, kalau terlajak maka kelaut lah perjalanan kau nanti hahaha.. Nasib baik lah ada orang2 kat tepi jalan yang boleh aku tanya. akhirnya sampai juga *clapclapclap*


Sebelum masuk kita bergambar dulu kat sini.. bayaran masuk murah nak mati. RM4 untuk orang dewasa, kanak2 RM3 je.

Teruja nak tengok lembu & kambing.. hehehe

 Belakang tu gunung kinabalu facing belakang.. kabus tebal menutupi puncak.. 

Walaupun matahari terpacak, udara tetap sejuk.. best sangat kat sini.


Kau rasa boleh tak family aku buat band??? 
tajuk lagu : lembu dan kambing ku yang jinak.. muahahahaha

Kesian suami aku yang demam.. muka pun tak semenggah je.. terpaksa juga melayan ambil gambar sama2 hehe.

Tengok ni.. kemain menghijau rumput kat sini

Cantikkk sejuk je mata memandang ;)

Tapi kan kalau korang nak tahu, jalan masuk ke Desa Dairy Farm ni teruk sikit.. tak cantik.. jalan berlubang2. Tapi bila tiba kat kawasan ni.. homaiiiiii rasa nak guling2 je kat rumput tu macam cerita hindustan.. hehe

Dah parking kereta, kitorang masuk ke sini dulu. Dekat sini ada jual souvenir, fresh milk yang diproses sendiri ditempat ni. Aku tak minum susu tu.. nanti buelkkk buelkkk hehehe.

Cantikkan???? hijau je keliling tu. 

 
Sejuk plak tu.. me is sukaaaaaa sangat :))

 Cantik pulak aku tengok hijau rumput kat sini.. plus baju pink yang Khairine pakai tu tiba2 macam combination colour yang cantik cantik cantik *teruja* hehe

Berlatar belakangkan rumah2 pekerja Desa Dairy Farm..

Ok kat belakang tu lah tempat peliharaan lembu2 dan kambing2 kat Desa Dairy Farm ni.. 

Welcome to Desa Dairy Farm.. hahaha. Kat sini aku rasa dah tak tahan sangat2.. busuk taik lembu & kambing kat situ boleh buat aku muntah.. buelkkkkkk.. hahahaha

Signboard pun berasaskan gambar lembu.. moo 

Orang demam pun teringin nak bagi makan kat kambing.. sampai lentok kepala kambing tu hehehe

Muka cuak. Takut dowh.. buatnya kambing tu sawan dia gigit tangan aku.. appapuntabley.. hahaha

 Khairine mula2 takut.. bila bapak dia bagi perangsang suruh juga bagi kambing tu makan, baru dia berani hahahaha.
Si Danish ko tak payah suruh.. dia sendiri yang nak.. tak ada perasaan takut langsung budak ni.. hahaha. Nampak tak Nizam kat belakang tu??? dia tengah kutip daun2 lebihan yang ada kat tanah tu.. lepas tu dia kasi anak2 dia hahahha.. lawak lah laki aku tu.. padahal rumput tu boleh je beli kat situ.. Sekali aku terus sound Nizam.. Bie, beli je lah rumput tu.. seringgit je pun.. dan2 tu jg dia berenti mengutip.. kahkahkahkah


 Beli rumput tu RM1 susu sebotol RM1.50.. murah je kann :))


Mak budak yang over ni.. pegang serumpun rumput tu langsung tak kasi kat anak2.. hahahaha dasar tamak punya emak ;P

Ok time to menyusu pulak..

Apa yang kau nampak dalam gambar ni???? kambing kan?? botol susu tu nampak?? hahahaha
Takut dowh aku nak bagi susu kat si kambing ni.. banyak kali aku menjerit.. hahaha. Menjerit sebab takut.. aku tengok kambing tu macam rakus giler bila nampak botol susu yang orang pegang. hahaha kambing punya kambing!! phuiii

 Slamber je muka Danish menyusukan adik dia kambing tu.. hahahaha


 Mula2 ushar dulu cara2 macam mana nak feeding kambing.. hehehe


Tengok kambing tu.. sampai lentok2 kepala dia menyusu.. hahahaha rasa macam nak lempang kambing tu kuat2.. cute sangat!!


Dah habis menyusu & bagi makan rumput kat kambing, bagi makan kat lembu pulak. Untuk lembu ni KhaNish takut nak bagi susu.. mungkin diorang rasa tak secure kot dengan lembu.. hahahaha

Ok selesai bagi makan & susu pada lembu & kambing, jom kita bergambar pulak dengan pemandangan yang cantik kat situ..

Tapi background ni tak cantik plak sebab ada construction kat belakang tu.. hehehe

 Walaupun demam tetap memberikan senyuman yang manis ;)

Kat belakang tu Gunung Kinabalu.. tapi tak clear sebab kabus =(

 Kabus masih tebal menutupi Gunung Kinabalu

Family portrait :)


Suka pemandangan kat sini.. cantik sangat time ni pulak cuaca cantik.. ambil gambar pun dapat capture yang cantik2 :))



Alololo nak anjer2 dengan emak dia pulakkkkk ;P

Ini lah kereta sewa kitorang sepanjang kat sana. Kereta yang aku kata menangis air mata darah mendaki bukit Kundasang.. muahahahahahaha 

Ok habis agenda di Desa Dairy Farm, jom kita ke The Upside Down House of Borneo pulak.. 

See ya in next entry :))

52 comments:

  1. Cantik betul pemandangannya...seronoklah anak2 tu dapat jalan2 musim cuti ni yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah tujuannya dicuti sekolah Bunda hehe..
      hope diorang happy :))

      Delete
  2. Kalau okje pergi Sabah tak mungkin melawat kat sini kot Zaza....alah si Arjuna tu sure tak kepingin kalau setakat datang nak bagi kamben makan....huhu....Sian si Nizam....demamlah pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi feeling datang ke tempat ni lain tau OKje.. sapa2 yang ke Sabah pun mesti akan pergi ketempat ni.. feel ala2 mcm kat new zealand gittue :))
      tu lah mamat tu boleh plak demam hehe

      Delete
  3. cantiknyaa tempat ni. tengok dalam gambar jea pun dah rasa mcm nyaman. walaupun husby orang ranau sabah, tp nina xpernah jejak lagi kt sabah. teringin sgt nk pegi kundasang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik Nina.. sebab view ala2 mcm kat New Zealand dengan cuaca & udara yang nyaman..
      nanti ajak husband Nina pergi yer :))

      Delete
  4. weeeee,, best especially part feeding kambing.. Kak tera ek naik bukit? klo saya memang fail lah.. silap-silap kereta luncoq turun ke bawah.. memang takut sangat-sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang best tapi mcm geli sikit ngan kambing tu..

      Delete
  5. Zaza!!!!!!!!
    Cantik yer dairy farm! Terkesima Umi Qi tgk gambar satu persatu!....cantik gila...mcm kt new zealand....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa omenjiiii....peh tuh nampak Khanish bg botol susu kt kambing hahahhaha kelakar tau kalu Qi tgk sure dia ckp bahasa german kikikikiki....cian asben zaza siap muntah lg...tp dia semangat ambik gambar kan....suka semangat cm nih...lawan demam...

    Tentang lagu band tuh nanti bg lirik eh leh compose lagu hahahhahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Umi QI nanti pergi tau kat sini.. boleh feeding kambing hehe susah nak dpt experience mcm tu kat KL ni..
      tu lah boleh plak lah dia demam time bercuti.. nasib baik Nizam kuat semangat :))

      haha nanti QI bleh jadi drummer :p

      Delete
  6. hahaha...
    ayat mengarang tu yg lawak baca
    tempat ni nampak cam new zealand je ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah Rine memang feelmcm kat NZ sangat kat sini besttt :))

      Delete
  7. cantik sangat permandangan kat ladang ni..terasa macam kat oversea gitu..

    ReplyDelete
  8. Jelesssss nya i !! Mmg tak pernah sampai pun Sabah Sarawak ni..hahaha....kat ladang ni la yg view nya ala ala kat new zealand..:) tapi dlm byk2 gambar u, tak nampak plak gmbar ber background kan lembu gemok tompok hitam putih tgh ragut rumput...tu mmg gmbar yg selalu nampak kat google...or maybe i x perasan ada gambar tu kot..sebab view blog u skrg guna hp je..tgh jln2 bercuti...hahaha....yg si nizam kutip daun tu mmg lawak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jangan lah jeles sangat DZZZ.. nanti ada rejeki sila lah naik burung besi bersama keluarga yer..
      time tu lembu2 tu diorang tak keluarkan so memang tak nampak lah lembu2 NZ tu berkeliaran..

      haha tu lah pasal.. poyo je jadi pengutip .. padahal benda boleh beli kot hahahahhaa

      Delete
  9. Wow! Cantiknya di kaki Kinabalu...Ladang ternakan menghijau! Nyaman sekali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik BM.. dengan hijaunya rumput2 kat situ.. best giler

      Delete
  10. kemain cantik tempat ni zaza...tengok gambo ni teringin betul nak kesana bawak anak2...syok nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rejeki nanti nxt year boleh pergi tau Lizz.. memang best :))

      Delete
  11. Kira zaza pun cekal secekal kenari yg zaza drive akhirnya sampai juga hajat nak menikmati tempat yg cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha betul tu Kakzakie.. memang cekal habis ar..
      nasib baik sampai jg wpun dalam keadaan laki ai demam eheehhehe

      Delete
  12. Bercuti bersama seisi keluarga ke kundasang .. seronok nyer :D

    ReplyDelete
  13. alaaaaa...next entry plak..ptong stim la zaza...tgh sedap2 baca..ni kat tempat kambing..tempat lembu nyer mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa sabar yer Kak Long Divas.. entry lain akan menyusul :p
      lembu NZ tu diorang tak keluarkan..so tak ada lah gambar lembu tu

      Delete
  14. cantik tu tempatnya, segar.....hihi
    mama singgah lewat sikit.. :) menabung sekali ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang segar..sesegar mata memandang..
      btw thx mama :)

      Delete
  15. wah nampak cantik & mendamaikan lah kat sini !

    ReplyDelete
  16. mcm kat NZ pemandangannya...cantik..sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  17. menarik, si suami demam, tapi bila bergambar.. maintain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kena lah maintain kalau tidak nanti gambar spoil

      Delete
  18. Cantiklah tempat ni..mmg dah lame plan nk g sini...thank for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nanti boleh share cerita Cik Viva pulak kat blog yer :))

      Delete
  19. jeles aku tgk ko kat dlm nie..malas aku nak ingt balik kes aku aritu..pffftt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sabar yer Izwa...
      aku dgr cerita ko tu pun aku menyirap.. DIVA sangattttss

      Delete
  20. rasa ruginya tak pergi sana masa cuti di KK tahun lepas....sejuk jer mata memandang.

    ReplyDelete
  21. La mana lembunya zaza.. huhuhu.. tp tempat nie memang cantik.. masa farah sampai sini jumpa sorang retis nie..siap ambik gambar dgn dia.. tapi sampai sekarang tak up lagi citer sabah kan..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lembu diorang tak lepaskan pun time tu..yang ada semua dlm kandang huhu
      cepat2 keluarkan cerita Sabah you tu Farah.. hehe

      Delete
  22. Zaza akak suke gambo2 tu semua cantik kot...tetiba rasa nak booking gi Sabah lagi. Kalau gi sini tentu anak2 paling seronok kan? Nizam tu walaupun demam tetap berposing sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, cepat2 lah booking ke sabah nanti akak boleh rasa sendiri keindahan kat kundasang ni hehe.. anak2 mmg seronok kak, lagi2 benda yang rare bagi diorang
      hahah Nizam tetap sporting :)

      Delete
  23. Subhanallah. Cantiknya pemandangan kat situ sis!

    ReplyDelete
  24. eh tapi lako ko ok je.xde pon muka demam.mmg xbest lah kan kalo salah sorg xsihat.nk beriye riye sgt pon xde mood kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nampak mcm demam? sebenarnya aku paksa dia senyum bila bergambar hahahhahahahahhahaha

      Delete
  25. salam zaza, thanks for the great review on KK/Kundasang! :))

    Kalau nak cari homestay yg berdekatan dengan Desa Dairy Farm, boleh singgah ke http://soboroongcottage.blogspot.com/

    Thanks!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah