Thursday, December 26, 2013

Throwback - Jakarta Bandung 2012

Tengok tajuk atas tu.. Throwback kann??? Ok jangan banyak complain eh.. ini entry imbas kembali. Aku akan masuk kan cerita2 throwback aku ni berdasarkan tahun. Since wujudnya blog ni tahun 2010, ada some of story aku tak masukkan cerita2 yang sepatutnya ada dalam blog ni. Ini sebab aku tak seaktif sekarang berblogging. So kalau korang nampak je tajuk entry aku THROWBACK, means that cerita2 tu dalam lingkungan tahun 2010 hingga 2012 punya cerita.

Faham????? tak faham kaluuuuuuu lantak kau lah Bedah.. mak tak paksa kau baca.

~Dalam entry ni tak banyak gambar dan cerita sangat sebab cerita dah lapok.. kalau nak tengok entry penuh sikit, boleh tengok kat sidebar blog aku ni tajuk Bandung 2013~

*************************************************************************
Mari mulakan cerita.

Ini first time aku ke Bandung.. date yang aku pergi 30 March - 2 April 2012. Pada hari bertolak tu kitorang turun di Jakarta airport. Nizam kata memandangkan ini first time aku ke Jakarta, dan dah berpuluh2 kali bagi dia yang dah sampai ke Jakarta, so dia nak bawa aku ke Jakarta dulu lepas tu langsung ke Bandung.

As usual, kitorang lakibini memang suka ambil flight pagi2.. bila sampai destinasi, ada banyak masa untuk jalan2. Sampai airport Jakarta kitorang tak jalan2 di Jakarta dulu, terus ambil Cipaganti untuk ke Bandung. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang dua setengah jam. Sambil menikmati pemandangan cantik2 dia Jakarta, so tak lah bosan sangat dalam Cipaganti.

Info :  Jangan risau, Cipanganti ni senang dapat. Kaunter memang dah tersedia dikawasan airport Jakarta. Kau cakap je kau nak naik untuk berapa orang nanti dia suruh beli tiket. Better ambil yang jenis van kalau kau backpacker atau pergi duatiga orang. Kalau ramai2 boleh ambil yang jenis bas.

Sampai je Bandung, terus check-in Hotel Progo. Actually Hotel Progo ni dah siap buat reservation. Reservation yang dibuat oleh kawan aku yang tinggal di Bandung. Nasib baik ada kawan kat sana selain Pak Budi.. senang hati ada contact walau kemana kita pergi.. hehe.

Lepas check in, tukar baju kat hotel terus Pak Budi bawa kitorang pergi makan. As usual makan nasi padang lah kennn. Aku suka.. tekak aku kan kalau satu hari tak telan nasi memang tak sah. hahaha.

Depan restoran Sederhara masakan padang. Location ni dekat2 je dengan Jalan Riau.

Ready to eat.. Elok sangat dapat lunch kat sini memandangkan kitorang sampai Bandung time tu memang tengahari. Perut pun memang meminta2 untuk diisi ;P

Makan dulu yukkk ;)

Ehhhh memandangkan gambar2 ni dah lama, aku malas nak boh watermark.. agak2 ada tak orang nak curi gambar aku??? pfffffttt.

Selesai lunch, Pak Budi bawa kitorang ke Pasar Baru. Aku suka kat Bandung, almost FOs kat sana dalam rumah banglo. Ini restoran tau.. cantik kann =)


Nak jugakkkk snap sign CIMB.. mentang2 Nizam kerja CIMB.. hehe.. So far Nizam tak pernah lagi ada kerja kat CIMB Niaga Bandung, tapi CIMB Niaga Jakarta dia selalu pergi.

 Cantik2 lukisan diorang jual.

Ehh dah macam kat Kolumpor pulak ada jual rim tepi jalan hehehe.

Pak Budi suka bawak kitorang putar2 sekitar bandar.. so macam2 ragam & tempat yang aku boleh tengok.. best.

Geng Bandung.. ini lah bff Nizam merangkap personal driver kitorang kat Bandung.. hahaha. Kita ni kalau berada kat Indon, mesti feeling2 jadi orang kaya tau!! duit pun dalam poket tak ada juta2 tak sah.. muahahaha.


Pilih dulu yukkk. Nizam masa ni tengah pilih kemeja kerja dalam Pasar Baru. Sampai beli baju kerja pun dia beli kat Bandung.. macam lah Malaysia tak ada pulak.. Murah katanyer.. mesti lah grab apa yang patut.. takut menyesal nanti tak beli. 

Yang aku pulak tengah dok memilih telekung dalam kedai Sir Cinta.. pun kat Pasar baru juga.



 Kain2 yang ada kat Pasar Baru ni cantik2.. aku tak minat beli kain2 mcm ni.. pelik je perangai kannn. Aku rasa kalau pompuan2 lain dah giler rambang bijik mata membeli kot.. 

Pemandangan dari tingkat atas Pasar Baru. Kemain padat dengan bangunan.

Lepas dah membeli di Pasar Baru, Pak Budi bawa kitorang dinner pulak. Actually kitorang datang semula ke Pasar Baru buat kali kedua dihari ketiga kitorang di Bandung haritu.. selagi duit juta2 tak habis lagi selagi tu lah shopping.

So Pak Budi bawa kitorang makan di Sambara. Kat sini semua makanan orang sunda.

Address :
Address: Jalan Trunojoyo, Bandung, West Java 40115, Indonesia
Phone:+62 22 4208757

Hours:
 
Thursday 10:00 am – 10:00 pm


Ushar2 dulu apa yang berkenan dihati.

Nampaknya tak ada yang berkenan dihati. So Pak Budi bawak kitorang pergi ke restaurant lain. Fyi, kedai2 kat Bandung ni cepat naw tutupnya. Pukul 8lebih dah sibuk nak tutup kedai. Nyampah aku!


So kesini lah kita.. Warung Makan Mbah Jinkrak namanya.

Address :
    Address: Jl. Aceh No. 
    64 Merdeka Sumurbandung Bandung Jawa Barat,
    40113, Indonesia
    Phone:+62 22 4261676

    Ini pun bakal2 nak tutup je.. makanan yang ada pun tinggal saki baki je. Orang Malaysia kalau pukul 8malam tengah rancak makan malam, tapi kat Bandung pukul 8lebih kedai semua dah nak tutup.

    Kitorang order set je tak order al carte.

    Kat warung makan ni cantik tau.. deco dia semua cantik2.

    Lepas makan, Pak Budi bawa kitorang ke Jalan Riau, actually Jalan Riau dengan hotel kitorang memang dekat giler.. jalan kaki je. So kat sana jalan2 je depan FOs sebab time tu FOs dah nak tutup belaka.


    Ini dalam FO Summit. Nasib baik sempat masuk sekejap sebelum tutup.

    Depan FO Summit. Belakang FO ni lah hotel Progo. Hotel yang aku menginap.

    Lepas tu kami dibawa ke Jalan Bip' Merdeka. Kat sini syorga CD & casing hp.. location tepi2 jalan je. Masa ni aku cari casing blackberry.. tapi tak banyak choice. wpun tak banyak choice harga lebih murah kalau beli kat Kolumpor.

     Sepanjang jalan Bip' Merdeka

     Tempat beli casing hp tu betul2 depan mall Matahari ni.


    Antara yang rare di Bandung.

    Habis membeli kat sini terus balik hotel. Sambung berjalan esoknya pulak ke Tangkuban Parahu.

    Nanti sambung kat entry lain eh =)

    27 comments:

    1. Wah bestnya teringin sangat nak pergi

      ReplyDelete
    2. tengok gambar zaza terasa pulak keseronokannya... besttttt lahh..

      Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

      ReplyDelete
    3. Sakan ko za..
      Bila la nk repeat g bandung lg nih

      ReplyDelete
      Replies
      1. nxt year Rine.. plan repeat ke Bandung heee

        Delete
    4. wow..bestnya baru nak plan nak p next year,,tq sis atas info.. byak bleh pakai nanti... baca dripada pngalaman org dlu :)
      suka baca stement kalau p indon x sah kalu x feeling mcm org kaya..duit juta2.. it true kan he..he..

      ReplyDelete
      Replies
      1. wahh best lah dah ada plan nak pergi nxt year.. feeling jadi jutawan hehehe
        Thx yer sekurang2nya dgn info ciput sikit sebanyak boleh membantu Sobri untuk ke sana nxt year :)

        Delete
    5. Dah kenapa muka ko mcm tu jah biler tgk patung pakai telekung tuh?hahahaaa....mcm tekezutttt jek!

      ReplyDelete
      Replies
      1. hahahha tanjat + teruja tengok kain kemain banyak kat situ murah2 oiiii

        Delete
    6. Bestnye dapat pergi bandung..tak de rezeki lagi nak jejak kaki kat sini..=__='

      ReplyDelete
      Replies
      1. sementara tak ada baby ni lagi, Fiza plan lah dgn husband ajak pi Bandung hehe

        Delete
    7. throwback... tuh apa tuh jah..??? haha

      mama nih pun berlambak entry yg tak siap2 nih... kahkah

      ReplyDelete
      Replies
      1. throwback tu cerita2 lama yang dicerita semula Bedah hehe

        Delete
    8. Syoknye jln2 tengok tempat org kan... pengalaman yng takkan luput diingatan.. :-)
      Merasa jadi jutaan g bandung ni..ngee..

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul tu Lieya.. macam2 pengalaman kita boleh dpt ditempat orang.. best :)
        Jadi jutawan disana tu mmg terbaekkkk hahaha

        Delete
    9. Wahh..bestnya jalan2. Sambal cili tu mengancam lah..konfem pastu kontrak dgn ciktan..hehe
      Dh lame teringin nak g belah2 indon ni..emm

      ReplyDelete
      Replies
      1. ehhh tak pun Cik Viva..sambal2 tu tak pedas sebab diorang guna cili besar tu yang mmg tak pedas.. heee

        Delete
    10. Rajin lah zaza buat throwback...mmg salute kt u zaza!....gigih ingat kembali alamat dan nostalgi s di tempat jakarta and bandung....hebat sgt2 tgk satu persatu tempat dan makanan menarik di sana....sgt mengamit perhatian adalah makanan padang tuh....pasti menyelerakan....

      Btollah kali pi sana sure jadi orang kaya sbb duit juta2 dlm poket hehehhe...bgus lah ada rakan dan sahabat di sana...Pak Budi bawak kami akan dtg boley hehehhehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. Thx Umi QI.. Kot2 lah nanti Umi QI nak ke Bandung boleh lah refer to my blog kann .. Hope dgn sikit info di blog ni dpt membantu Umi ke Bandung one day nnt ok ;)

        Delete
    11. Tak pernah gi bandung, baca citer pasal bandung pon jadi lah noks.

      ReplyDelete
      Replies
      1. hehehe tahun depan ko plan lah noqs ke Bandung.. paksa laki bawa ko ala2 honeymoon hehehehe

        Delete
    12. Tulah....ramai org kita gi sana shopping....murah sangat ke Zaza?....Rugilah yek jalau tak bawak duit banyak dtg Jakarta ni

      ReplyDelete
    13. kain! agaknya kalau Ros ke sana pun, habis diborong kain1 tu.. hihihii

      ReplyDelete
    14. Salam ....
      Jom gi bandung!! Habiskan masa terbaik tuan/puan disini..
      Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing.
      Dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung.
      khusus untuk bulan november dan desember ni kami adakan harga promo!! IRDI TOUR BANDUNG, menyediakan perkhidmatan supir Dan kenderaan sepanjang bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk maklumat yang lengkap, Sila hubungi IRDI TOUR BANDUNG berkenaan promosi percutian di Bandung,atau melayari Blog : htt:keretamurahpelancongan.blogspot.com. Jom jom ke bandung bersama IRDI, Dijamin murah dan puas hati Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi. Dijamin Irdi bagi harga sangat murah dan berpatutan serta layanan yang sangat baik. Contact Person : Mobile Phone : +6281322167717 Whatsapp: +6281214741600 / +6281220477335 Email : irditour.bandung@yahoo.com Facebook Irdi tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan. Waalaikumussalam

      ReplyDelete
    15. Salam ....
      Jom gi bandung!! Habiskan masa terbaik tuan/puan disini..
      Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing.
      Dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung.
      khusus untuk bulan november dan desember ni kami adakan harga promo!! IRDI TOUR BANDUNG, menyediakan perkhidmatan supir Dan kenderaan sepanjang bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk maklumat yang lengkap, Sila hubungi IRDI TOUR BANDUNG berkenaan promosi percutian di Bandung,atau melayari Blog : htt:keretamurahpelancongan.blogspot.com. Jom jom ke bandung bersama IRDI, Dijamin murah dan puas hati Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi. Dijamin Irdi bagi harga sangat murah dan berpatutan serta layanan yang sangat baik. Contact Person : Mobile Phone : +6281322167717 Whatsapp: +6281214741600 / +6281220477335 Email : irditour.bandung@yahoo.com Facebook Irdi tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan. Waalaikumussalam

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah