Friday, December 27, 2013

Throwback - Tangkuban Parahu, Bandung

Tengok tajuk atas tu.. Throwback kann??? Ok jangan banyak complain eh.. ini entry imbas kembali. Aku akan masuk kan cerita2 throwback aku ni berdasarkan tahun. Since wujudnya blog ni tahun 2010, ada some of story aku tak masukkan cerita2 yang sepatutnya ada dalam blog ni. Ini sebab aku tak seaktif sekarang berblogging. So kalau korang nampak je tajuk entry aku THROWBACK, means that cerita2 tu dalam lingkungan tahun 2010 hingga 2012 punya cerita.

Faham????? tak faham kaluuuuuuu lantak kau lah Bedah.. mak tak paksa kau baca.

~Dalam entry ni tak banyak gambar dan cerita sangat sebab cerita dah lapok.. kalau nak tengok entry penuh sikit, boleh tengok kat sidebar blog aku ni tajuk Bandung 2013~

********************************************************************

Itinerary haritu Tangkuban Parahu, Kampung Daun, Rumah Mode, Kartika Sari Store dan last sekali merayap ke FOs sekitar Jalan Riau. Means dat dari pagi sampai ke malam Pak Budi bawak kitorang merayap.

Pagi lepas breakfast di Hotel Progo, Pak Budi dah get ready ambil kitorang kat depan hotel. Perjalanan diteruskan ke Tangkuban Parahu dulu. Pak Budi kata better pergi awal2 ke Tangkuban sebab takut nanti dah tengahari jalan nak kesana macet. Aku dah tak ingat berapa lama masa yang diambil untuk ke sana. Tapi bagi aku tak lah berjinggut kot duduk dalam mobil.. hehe

Rare tak??? sepanjang nak naik ke Tangkuban ternampak plak mamat ni dengan motor Ducati zaman dulu2.. 

 Antik giler motor dia =)

Mamat Indon in single ride.. hehe. Kalau kat Malaysia dia ni ibarat macam Roy ar dalam cerita Gila2 Remaja sambil nyanyi Kuuuu jejak.. jalan yang berliku" muahahaha.

Engkauorang kalau sampai ke tempat ni, wajib bergambar dengan sign besau ni tau. Membuktikan yang korang memang dah sampai ke sini. 

Jangan pulak kau check-in kat fb kau ada kat Tangkuban Parahu, padahal map kat fb terang2 kau berada di Ampang.. muahahaha. Ini siyesss.. perkara yang pernah berlaku kepada seorang ppuan yang nak berlagak tak bertempat.. skali kantoi dengan aku!!! kahkahkahkah 




Belajar berniaga jagung yukkkk =)

Kepada yang belum sampai ke Tangkuban Parahu, ini lah salah satu kawah masih aktif di Indon. Lihat lah keindahan ciptaanNya.

Tips : Kalau kau sampai sini nanti, penjaja2 jalanan yang ada akan serbu kau sebaik je kau keluar dari mobil. Dinasihatkan jangan beli.. nanti dikhuatiri penjaja lain pulak akn mengerumuni kau.. diorang akan paksa kau beli barangan dia. Khidmat nasihat ni dibawakan khas mana2 Pak Supir yang korang hire. Macam kami, Pak Budi yang bagitahu.

Kawah ni besar tau.. macam satu pergunungan kalau kau tengok belakang aku tu.

Aku dengan Nizam tak turun pun ke kawah tu.. scaryyyyyyyyy. Tapi Nizam pernah turun ke bawah tu.. dia dah bepuluh kali sampai sini.. aku je first time.. me is jeles!! phuii.


 Tempat ni cantik.. sangat natural dengan pokok ala2 ranting sekeliling tu.. dengan keadaan dia macam sejuk tak sejuk.. 

Kalau kau tengok dalam gambar ni.. kat bawah tu semua kedai2 souvenir


Suka pokok2 kering kat sini.. natural sangat. Kalau buat photoshoot wedding memang tantikk oiii!!

Euuwww nak beromantik kononnn ;P

Lepas dah bergambar kat sini, kitorang turun kesatu kawasan untuk tengok kawah ni dengan lebih dekat lagi.. Tak lah dekat sampai ke bawah kawah tu.. cuma kebawah sikit je.. kat area kedai2 yang jual souvenir.. kat situ ada kedai minum.. so mari kita pergi minum teh dulu ye.

Jalan turun yang mengerikan.. rasa macam nak tergolek je kat situ.. haha.

Selamat sampeiiii.. so pemandangan dari jarak dekat sikit boleh nampak kawah tu.

Pak Nijam berniaga teh haliaa disini??? waduh waduhhhh.. muahahahah

Ibuk Jah berniaga jagung pulak ni????!! waduhhh mana tahan dongggg.. hahahaha

Then habis berniaga, kitorang putar2 disekeliling kedai souvenir.. kat sana aku beli tshirt2 I Love Bandung je.. selain dari tshirt yang ditulis I Love Bandung, ada lah lagi pattern lain yang aku beli.

Tips : Kalau kau nak membeli di kedai2 souvenir dikawasan tu, korang kena pandai buat acara tawar menawar harga. Diorang kalau nampak orang Malaysia je memang dorang akan tekan harga.. sebab bagi diorang, orang Malaysia ni orang2 kaya. hahaha. Memang ar orang Malaysia kaya.. kaya sebab datang Indon bawak duit juta2.. kat Malaysia kaluuuu kau tahu ke kehidupan orang Malaysia macam mana?? semua benda harga naik.. tak ada yang turun.. hahahaha.

Ini lah serba sikit pemandangan di kawasan Tangkuban Parahu.

Habis berjalan di Tangkuban Parahu, Pak Budi bawa kitorang lunch di Kampung Daun. Nanti aku sambung kat entry lain yer.. sebab aku pun nak keluar lunch sekarang ni.. lagi pun akak half day leave harini.. hehehe

Kalau tak ada aral melintang patah, weekend ni aku cuba siapkan entry throwback seterusnya yer.. Diharap dengan entry2 ni dapat membantu korang serba sikit tips untuk korang bakal ke Bandung satu hari nanti.. peace yaw =)

28 comments:

  1. Rindunya nk gi lg tangkuban perahu..
    Ms gi ngndung aish 5 bulan lbh..
    Xlarat sgt nk berjalan2..wuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh kena repeat nxt yeat tu Rine.. heee

      Delete
  2. Serius antik la moto mamat tu..kalah zack or roy..heheh
    Wajib kot gambar kat signboard tu, baru nampak penah datang Bandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kannnn antic giler motor tu..
      mmg wajib, means dat kita kita dah pernah sampai ke tempat tu :)

      Delete
  3. gi sna best sejukkk tapi ada bau sulfur tu yg tak tahan hihihi >_<

    ReplyDelete
  4. syok nyer tgk ko berpelukan disana!hehehee...romantik abis ko jahhhh

    ReplyDelete
  5. Terbaik la abg motor roy tu.. memang old school betul :D
    Bawa motor pun steady jer.. :D

    ReplyDelete
  6. awal tahun aritu alkisah pergi.. signboard besar tu takder.. sebab gunung tu baru letuskan debu2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ye ke,, this year saya pergi bandung tapi tak ke Tangkuban..

      Delete
  7. Kalau pergi bandung mesti singgah sini kan..pemandangan kat sini nampak unik!

    Btw nak inform already promote travelog kak zaza

    http://www.azhafizah.com/2013/12/panduan-dan-tips-sebelum-bercuti_27.html

    Terima kasih sudi join dan sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fiza.. memang cantik2 pemandangan kat bandung ni :)

      btw thx so much atas usaha Fiza tu yer.. jasa anda akan dikenang hehe

      Delete
  8. Jeles SA..za..jom? (Sambil kenyit mata)
    Gang divas di bandung ..mesti best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jomss kita plan nxt year with the Divass

      Delete
  9. Bestnya zaza sampai indon da.... Akk dlm msia pon tak habis g.... Masa ni haneymoon ka? Hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya pun tak habis round msia jg kak..
      honeymoon pengantin lama namanya ni hehehe

      Delete
  10. mmmmmmmmmmmm. best nya akak. teringin nak pegi. ramai kawan2 saya dah sampai kat sini.. jeles2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom lieya kita plan pergi sama2 nxt year hehe

      Delete
  11. amboi ibuk jah posing sakan...hehe

    ReplyDelete
  12. Tangkuban perahu ni jadi satu tajuk cite Indon zaman okje kecik kecik dulu tau....
    Tak pernah sampai oversea lew zaza ....huhu....

    ReplyDelete
  13. memang cantik view kat gunung tu..
    ar ah kat pokok mati tu kalau phtoshoot wedding..mau tergugat rcw punya pra weddding pic..he..he..
    ye la mai sana bawa juta2..balik mlaysia.. aduyai slamat dtang tahun naik! :) he..he,,

    ReplyDelete
  14. seronoknya dapat gi sana.. teringin jugak nak gi sana.. tapi kena plan betul -betuL ni :)

    ReplyDelete
  15. Ibuk jahhhhh....mananya jagung Umi Qi orderrr tadi bukkkk....hahahhahhaha lawak tau mama zaza nih...leh lagi posing kt tmpt org juai jagunggg..kerlassssssss....

    Parahu Tangkuban nih mmg unik sgt...seunik nama yer...sgt2 menyeronokkan bila dpt tgk real kan zaza...tgk kawah tuh aktif haishhhh debor je rasa

    ReplyDelete
  16. moto tu kemain antik lagi tu...saya tak pernah sampai kesini lagi...teringin nooooo nak gi tambah biler nengok gambor kat entry zaza ni....siap berniaga jagung yak dong haha...

    ReplyDelete
  17. kenangan sy kat bandung!!!! uwaaaaa.. gambar ni nampak fresh je. sperti biasa, cerita akak mmg buat sy senyum lebor je. ibuk jahhhhh jagung satu. hehe

    ReplyDelete
  18. buk, jual jagung ya.. manisss ngak jagungnya?? hhaaha
    kak.. suka la tengok pemandangan yng nmpak kawah tu.. cntiknyaaaa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah