Friday, October 11, 2013

Teknik Roya

Pernah dengar Teknik Roya???? oiiii bukan Klinik Rohaya lah!!!! sebut betul2 TEK NIK RO YA.. yer betul TEKNIK ROYA..

First time aku nampak buku ni, aku dah memang berniat nak beli. Buku ni ajar kaedah mudah untuk menghafal sifir. Bagi aku belum terlambat untuk aku beli untuk KhaNish.. kalau terlambat pun aku masih berminat untuk membeli. Buku ni pun untuk pelajaran, bukan buku yang tak berfaedah untuk anak2.. terus grab je untuk KhaNish.

Aku beli online. Kemain cepat service dia. Order Isnin, Selasa sampai.. suka suka suka *shuffle*. Sebenarnya aku congak2 juga nak beli buku ni haritu. Karang buatnya budak2 ni pegang kejap je lepas tu perap buat pekasam.. memang aku akan hamok!!. But it's ok, nak keluar duit untuk anak2 nak belajar apa salahnya.. aku fikir2 bukannya bazir duit pun kalau aku beli buku ni.. janji aku ada initiative untuk buat anak2 aku belajar & nak bagi pandai..  

1 set datang dengan 3 buah buku 

Bila aku tengok tulisan bawah buku ni tulis KAEDAH MUDAH KUASAI SIFIR TANPA PERLU MENGHAFAL aku jadi gumbira.. aku nak KhaNish pandai hafal sifir.. aku tak nak KhaNish ketinggalan.. Selama ni bukan diorang tak menghafal, hampir setiap hari aku jadi singa suruh diorang menghafal sifir.. pesan lagi, kalau kat sekolah ada time free hafal sifir.. jangan asek nak main je.. pfffftt garang tak??!! haha

Lagi2 aku ni bekerja... nak pantau twentyfourseven menang tidak lah.. paling kuat pun tiap2 malam.. itu pun on weekdays je.. aku fikir juga, diorang ni siang2 hari pergi sekolah balik dah penat, ada homework lagi.. bila pulak ada masa lama2 nak mengajar secara close.. Kalau weekend pulak aku dengan bapak dia memang kasi chance untuk buat aktiviti bebas.. ini lah time diorang nak release dari buku & sekolah. 

Meh aku sambung bebel sikit lagi pasal weekend diorang eh.. Kalau sabtu ahad tak ada outdoor activiti & aktiviti kekeluargaan, KhaNish pagi2 dah bangun hadap tv dulu.. atau pun terus hadap play station berdua-duaan.. manakala makbapak mereka masih lagi beradu & bermadu asmara didalam bilik.. muahahaha

Celah buku tu ada dia selitkan panduan menggunakan teknik roya.. sebelum kau mula mengajar anak kau, kau sendiri kena faham dulu apa itu teknik roya baru boleh ajar anak2 kauorang yer.. 

Ini pun disentilkan juga di celah buku tu.. kad sifir namanya. sebagai rujukan. Kau baca lah sendiri kat kad tu dia tulis apa.. tak payah aku tulis kat sini.. penat!

Nah aku tunjukkan sikit apa isi kandungan dalam buku ni. Ini dari buku pertama, mula2 dia ajar Kaedah Teras. apa itu Kaedah Teras? kau boleh refer disitu.

Lepas tu bila anak kau dah faham kaedah teras, dah tahu apa itu teknik roya, ada sikit latihan yang disediakan.. tengok samada anak kau faham ke tidak latihan ni dengan menggunakan teknik roya. Then masuk pulak ke kaedah kreatif yang ketiga.. iaitu sifir tiga & cara mengira sifir tiga menggunakan teknik rohaya... eh salah teknik roya. hehe

Jangan lah stress sangat dengan apa yang aku tulis ni.. ini baca kemain serious lagi sampai terjojol bijik mata dibuatnya. hehehe

Ini pulak kaedah MAPAN.. mula2 aku tekanan jugak.. macamana lah aku nak fahamkan cara pengiraan ni sambil berpanduan langkah & cara pengiraan.. lama2 dengan kebijaksanaan aku ni *kelipkelipmata* baru lah aku faham apa yang dimaksudkan disitu.. kagum dengan diri sendiri.. hahahaha

Lepas tu masuk pulak Kaedah Milan.. sekali lagi dengan kebijaksanaan aku.. faham dan boleh ajar KhaNish dengan hati yang girang *libasrambut*

So far aku belum sampai Operasi bahagi lagi. aku kena study betul2 dulu baru boleh tunjuk ajar KhaNish.. lagi pun biar diorang hafal dulu sifir2 baru boleh buat bahagi.. kalau tak hafal sifir macam mana nak buat bahagi... kennn??? sekali lagi, aku memang bijak.. muahahahaha.

Teknik & cara membuat pendaraban hadapan pun aku tak khatam lagi. itu nanti dulu.. bila aku dah tahu nanti boleh lah aku share kat entry lain untuk tatapan korang semua ye.. stay tune dengan Cikgu Rohaya tau!! =)

Ini pun sama lah.. tunggu je kemunculan aku dalam entry lain untuk kaedah lotus ni..

Kepada makayah diluar sana yang masih tak hafal sifir, elok lah kau beli buku ni.. sekurang2nya kau boleh bergandingan tangan bersama2 anak kau untuk menghafal sifir.. hehehe

53 comments:

  1. bagus kan....
    untuk adik2 anak2 yang kurang suka maths, mak2, kakak2 pun bole guna jgk teknik ni...

    ReplyDelete
  2. Cam mnarik je....sy pun hari2 dok jd singa suh anak hafal sifir....hahaha.....
    Bli kat na ye..?

    ReplyDelete
  3. Ingatkan tersalah eja...maklumlah Raya Haji dah dekat, ingatkan Teknik Raya...hahaha

    Mudah sekarang ni, ada buku utk belajar teknik, saya dulu hanya sifir 9 paling mudah ada teknik guna jari, yg lain kenalah hafal... Sebab math subjek kegemaran, ianya jadi mudah.
    So..yg penting kena ada minat barulah mudah kerana ianya bukan dilakukan secara terpaksa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jgn nak raya sgt BM.. tggu nxt week ye
      inshaAllah.. kita sebagai ibubapa usaha selagi daya utk anak2.. gertak pun sikit2 je hehe

      Delete
  4. wah akak sekarang dah naik taraf jadi cekgu rohaya pulak... Kerlassss gitewwww! dah lama tak tengok buku-buku macam ni . terus jadi pening . saya kan kak kalo adik-adik tanya soalan matematik soalan menengah pon saya banyak dah lupa... makan semut banyak kot sebab tu jadi mcm ni hehehe jadi kakak tapi langsung tak membantu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak lama lagi cikgu rohaya nak buka class tuition
      boleh lah ajak adik2 lieya masuk class tuition dgn cikgu rohaya ye ;P

      Delete
  5. macam susah jer akak hihi dulu kat sek ader gak cikgu ajar tapi Hannis buat x kisah jer , tapi anak2 sedar hannis skang guna teknik la, hannis hafal jer hihi ....but thanks 4 sharing akak lagipun dapat buka mata hannis hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. u are most welcome hannis..
      mmg nampak susah tp bila dah faham senang je cara pengiraan dia.. cuma guna urat jari je.

      Delete
  6. Menarik ni. Kat book store ada jual ker babe? Rasa mcm nak beli lah, Anak pon nak masuk darjah satu thn depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada kot try cari kat mana2 book store, better prepare sebelum anak masuk skolah nnt =)

      Delete
  7. zaman skrg semua nya mudah kan...zaman kita smpi guna jari kaki la klu nk mengira tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn tu pun guna jari kaki tak cukup.. guna batang ice cream lagi

      Delete
  8. makin senang pembelajaran budak-budak zaman sekarang

    ReplyDelete
  9. wow!, terima kasih zaza atas info begini, mama sentiasa cari cara untuk majukan anak mama nih.. ermmm.. terbaiklah, nanti mama cari buku ni, mesti ada kat jb nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 mama...
      mmg bagus buku ni.. senang nak belajar =)

      Delete
  10. Waaa.. menarik nie.. boleh la beli kan untuk anak sedara.. :D

    ReplyDelete
  11. nak jugak beli buku ni...kat mana beli...betul2 best ni..sesuai sangat untuk uwais ni...sebelum mengajar anak mak kena study dulu...maknyer pun agak lemb* math ni...kena study bagi paham dulu baru la semangat nak ajar anak hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli online kat fb lizz.. better cari bagus buku ni.. =)

      Delete
  12. tuk anak2 buat yeng terbaik, xsalah kuar duit sikit kan kak..hehe
    tapi.. sy kureng paham.. pening jap...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah yg akak pkir kan mimie.. janji diorang nak belajar..

      Delete
  13. best2..respek lah dgn zaza, dah pikir jauh ke depan dgn inisiatif ini..zaman kecik2 mmg takut dgn sifir..nasib ada kawan kuar tv ajar kite sifir. Tq siti sifir ;')

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee thx Ilya.. inshaAllah apa saja utk anak2 janji diorang nak belajar =)
      haha siti sifir tu zaman bila lah pulakkk dah lama tu hehehehe

      Delete
  14. Kalau sifir 9 teknik lipat jari kakak tahu tapi yg lain tak tahu. Nampak interesting jugalah zaza. Sekolah anak kakak ada ajar teknik sifir hingga ratus-ratus pun boleh cepat. Tapi utk bahagi tu semua tak adalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha concept dlm buku ni mcm teknik sifir 9 lah kak.. 100% guna jari je utk menghafal..

      Delete
  15. menarik ni zaza, dan bagus untuk anak2... bagi parents2 kat luar sana, jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ni...

    ReplyDelete
  16. Wahhh...mcm best saje..boleh try nie..

    ReplyDelete
  17. Pernah dengar hubby cerita pasal teknik roya ni. Dah simpan angan2 untuk beli buku ni untuk Alia bila masuk sekolah nanti...

    Haha... Baru planning.

    ReplyDelete
  18. wah menarik lah buku ni.. boleh dicubalah nanti !

    ReplyDelete
  19. saya guna teknik ni dulu.. berkesan..

    ReplyDelete
  20. X pernah tau pun..tp tgok cara dania leh hafal sifir maybe guna teknik ni....zaza dh boleh jd cikgu dh ha...

    ReplyDelete
  21. kt mana nk beli ni? nak belajar pendraban hadapan tu la nnt. adoiiii

    nk jumpa cikgu rohaya la blaja face to face,, :)

    ReplyDelete
  22. dulu pernah belajar macam ni kat sekolah. sekarang da lupa da. kena belajar balik ni. tapi masa tu tak tahu pula namanya teknik roya.

    ReplyDelete
  23. Berguna buku ni untuk orang yg macam adik saya. Dah masuk darjah dua dah tapi sifirnya hmmm =_____=

    ReplyDelete
  24. Bagusnya! Beli kt fb? Page mana?

    ReplyDelete
  25. Bagus jugak yer buku nie.. tp nk beli utk emir lambat lagi kot..hehehe...abc pun tak lepas lg nie..=D

    ReplyDelete
  26. hmm baru tau ade teknik roya ni..senang sikit nak bagi anak faham..thanks for the info zaza. i nak belilah..hihihi

    ReplyDelete
  27. Bagus ke Zaza? Anak okje pun belum pandai sifir lagi ni, risau ko....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah