Tuesday, October 8, 2013

Panjangkan Doa

Malam semalam Emak bagitahu aku. Makcik Jah yang dekat rumah tu sakit. Makcik tu kawan Emak. Kira baik dan rapat lah juga diorang ni.. Kalau masak, kadang2 ada je Makcik ni hulur kan sepinggan kat rumah. 

Faham2 je lah kalau dah berjiran dan berbaik dah macam keluarga sendiri.. Kalau kenduri kendara ke apa makcik ni sangat ringan tulang menolong.. walaupun mulut dia bising tapi hati dia baik sangat.. lagi pun dia sangat peramah.

Semalam Emak ajak aku pergi rumah makcik Jah.. datang melawat. Sambil bergandingan tangan dengan Emak, kitorang pun pergi ke rumah makcik Jah.. dekat je dengan rumah.

Terkejut aku bila tengok keadaan makcik Jah bila masuk rumah dia. Makcik Jah yang aku kenal dulu yang sihat walafiat dah berubah sekelip mata disebabkan penyakit yang ditanggungnya.. Dah kurus, kaki tangan bengkak. Ya Allah kau sembuhkan lah penyakit makcik ni... tak sanggup aku nak tengok =(

Actually makcik ni dah beberapa kali buat chemotherapy, tu yang kepala dia baru nak tumbuh rambut. Lepas tu terus dia bertambah worse sampai ke hari ni.

Keadaan dia mengingatkan aku balik pada arwah ayah dulu.. Arwah ayah masa sakit pun sebijik macam makcik Jah. Kurus, tak bermaya, pucat, bernafas pun bergantung sepenuhnya dengan machine.. Bila aku teringat penderitaan arwah ayah dulu memang sama dengan apa yang makcik Jah tanggung sekarang.

Amboii Emak sampai melopong berborak bila jumpa kawan2 dia hehe.. 

Sebelum korang tanya, biar aku bagitahu.. makcik ni kena cancer paru2. Penyakit yang sama macam arwah ayah kena dulu. Tapi arwah ayah aku dulu sakit tak sampai setahun dia terus meninggal. Sebab Cancer Arwah ayah dulu dah ke tahap empat.

Aku mintak, kita sama2 lah doakan makcik ni yer.. kalau umur dia panjang, mintak2 lah dia sembuh cepat. Kalau Allah lebih menyayangi dia dulu, kita redha je lah. Biar lah dia pergi dengan penuh tenang daripada menderita menanggung sakit.

17 comments:

  1. Farah doakan semoga makcik Jah cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. kesian mak cik ni, harap2 dia cepat sembuh,, :)

    ReplyDelete
  3. Sedihnya Zaza.... memang kalau jiran dah baik kita dah anggap macam saudara kita. Moga Makcik Jah kuat, tabah dan sembuh hendaknya...

    ReplyDelete
  4. Apabila hidup berjiran, wajib kita ambil tahu dan peduli. Semoga makcik ini kuat dan tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah mama zaza....terkedu baca kisah mak jah dan penyakit kanser paru2 yg dialaminya...bila tgk mak jah terkenang Umi Qi bila tua2 nanti mcm mana lah kudrat kita nanti ye...ya Allah, anak2 yg dikurniakan kami berikanlah kami anak2 yg menjaga kedua ibu bapanya sehingga hari tua dan hari sakit susah dan senang....sungguh rasa hiba...Umi Qi doakan mak jah dikurangkan rasa sakit penyakitnya....mak jah kuat mak jah kuat :( sebakkk

    ReplyDelete
  6. sayu tengok mak cik jah..huhu...kita yang tengok ni rasa kesian sangat apatah lagi derita yang ditanggung oleh makcik...bertuah dapat jiran yang prihatin...biasa biler kiter x sihat bila ader orang melawat rasa sihatla sikit...moga cik jah tabah...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, moga kau permudahkan urusan makcik ini ...kurangkan derita nya..anugerahkan yg terbaik buatnya...

    Takziah juga buat u Zaza( walaupun dah terlambat nak ucap), sebab kehilangan ayah sebab Lungs Cancer...Your mom pun currently fighting her breast cancer kan, if I am not mistaken...As a friend, I strongly I advice u do your routine breast self examination, pap smear jangan lupa...healthy lifestyle...dan any changes u notice in yourself, cepat cepat periksa okey...Kita semua akan mati, cuma God uji u dgn both of your parents ada cancer...Sabar ya

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah pnjgkan usia mkck jah
    Al fatihah utk arwah ayah zaza

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. sembuhkanlah Mak Jah.. Dan berikan kesihatan yanh baik buat kami semua.. Harap Mak cik Jah cepat sembuh.. sedih bila tengok gambar tu dan tahu jenis penyakit beliau..
    dan Al Fatihah buat ayah Zaza..

    ReplyDelete
  10. Semoga Makcik Jah disembuhkan dari penyakitnya. Aminnn

    ReplyDelete
  11. semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala nya aminn

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah SWT meringankan beban sakit yang ditanggung makcik jah.Moga makcik jah kuat dan cepat sembuh..aminn

    ReplyDelete
  13. sama-sama kita doakan utk kesihatan makcik jah

    ReplyDelete
  14. Kesiannya Zaza.....tak sampai hati nk tengok......Nak buat macamana....makcik tu sedang di duga olehNya....

    ReplyDelete
  15. Semoga makcik tu tabah...moga diberi kekuatan untuk melawan penyakit..

    ReplyDelete
  16. moga mak cik jah diberi kerberkatan umur..sedih tengok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah