Tuesday, December 19, 2023

ANJUNG SPOTTER | WEEKEND HEALING SEBELUM TOUCHED DOWN 🛫

Zaman now kan budak2 suka guna perkataan "healing". Sebagai seorang yang dah berusia ni, kita cuba ikut peredaran masa 😅 #tryhard 😜

Last September, NJ ke Jakarta & Bandung dengan kawan2 dia berbelas orang. Itu lah yearly activity dia dengan kengkawan dia.  Tiap tahun mesti ada destination yang diorang akan pergi "berjoli" dengan geng2 jantan dia.

Hari dia balik tu i supposedly kutip dia kat KL Sentral je. Tapi sebab i terlajak rajin pulak haritu nak merayap sampai ke Sepang.. alang2 jom lah kita ukur jalan.

Before ke Sepang i pergi lunch dulu dengan SIL & dua ketul anak fruits in Ampang area je.



Habis je lunch, terus ajak diorang teman sekali kutip NJ dekat airport. Ikut schedule, NJ akan touched down jam 7pm. Tersampai awal pulak kat Sepang.. masa tu around 5pm+

So, decided to pergi tempat yang orang tengok katerbang dekat2 tu.. Anjung Spotter nama tempat tu.


Waze nama tempat tu and jumpa lah Anjung Spotter. Rupanya dekat je dengan LCCT. Masa zaman naik Air Asia kat LCCT dulu rasa jauh giler nak ke sana 😂 eh! sekarang pun sama juga.. bercinta rasa nak sampai.. kemain jauh nak mati.

Berbalik pada cerita Anjung Spotter, the time i sampai tak ramai lagi mungkin terlalu awal. Nak dekat sejam lebih duduk situ baru nampak berbiliun biliun (read ala2 Azwan Ali) orang sampai.


Read More

Friday, July 21, 2023

1 NIGHT STAY @ MERANG HOMESTAY YANG DEKAT DENGAN JETI PULAU REDANG 2023

Plan nak bercuti to Pulau Redang i think almost a year juga. As usual, setiap tahun my husband and his friends akan meeting and plan mana next destination untuk bercuti. So all plan, itinerary, budget and whatnot diorang 4 orang yang akan duduk meeting and manage the trip.

As a wife, and 3 lagi wives kawan2 lain tu cuma prepare apa yang patut je untuk packing. Toksah pening2 fikir apa yang bapak2 tu plan 😂 know know je semua diorang dah siapkan.

1 July 2023 - Bergerak dari KL. Stay 1 night di Merang Homestay
Normally setiap kali family trip macam ni we all 4 families akan bergerak skali jalan. Around 3pm+ meeting point kitorang dekat Shell Gombak. Janji melayu memang tak akan tepat pada waktu ya.. gedebuk gedebak dekat pukul 4pm juga baru gerak masuk hiway. Dua tiga kali berenti R&R ada yang nak solat, kencing, berak semua.

Oh kalau sapa ingat kejadian kepala air dekat Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman tu we all tengah atas jalan dat time.. tapi kejadian tu keesokkan harinya.. means hujan lebat hari petang Sabtu, 1 July. Kejadian tu Ahad. 2 July pagi. Innalillahiwainnailaihirojiun buat 10 mangsa sekeluarga. Memang masa tu langit gelap segelapnya dengan angin kuatnya, hujan turun lebat macam ribut, kitorang sempat berenti kejap sebab takut nak drive.

10pm+ macam tu kami selamat sampai Merang. Memandangkan gerak dari KL dah lewat tengahari sebab ada yang bekerja hari Sabtu tu, so plan diorang stay 1 malam kat Merang lepas tu esoknya pagi2 baru naik boat gerak masuk Pulau.


I sempat snap gambar contact number dia je kat luar homestay ni. More info tengok sendiri dekat FACEBOOK dia. Selesa juga. Rumah besar. ada 3 bilik yang lengkap dengan wardrobe, extra bantal, comforter, iron, katil + tilam, 2 bilik air (towel tak disediakan), hall besar, dapur bersih siap disediakan beberapa jenis 3in1 drinks tapi tak banyaklah plus yang penting skali juga ada water dispenser panas sejuk.. itu i suka #libastudung dining area siap ada meja makan yang elok. Untuk parking, memang boleh muat 4 - 5 buah kereta dalam kawasan rumah. Overall i boleh rate rumah ni 8.9/10 ⭐ Thank you tuan rumah.


As teaser, i letak sini gambar lorong masuk ke parking dan jeti Merang untuk ke Pulau Redang. Jeti ni untuk ke Redang Mutiara Beach Resort tempat yang i stay dekat Pulau. I kira-kira dari Merang Homestay tu ke jeti ni tak sampai 5 minit pun.. agak2 dalam 2-3 minit je. Tak panas bontot lagi know know dah sampai.

Ok, lets to next entry i nak cerita pasal perjalanan ke Redang Mutiara Beach Resort. Kbai.
Read More

Monday, February 27, 2023

MAHAL 🍛

Memang mahal yang melampau ke zaman sekarang ni? Ya seantero dunia dah tahu harga barangan kat Malaysia ni naik melambung setinggi langit.

Tapi tak kan lah................................ 😢

Takkan lah makan nasi campur zaman 2023 ni boleh cecah harga sama dengan cafe2 hipster nok?! #SambilJegirBijiMata

Untuk cerita yang i nak bagitau kat sini, please ya!! you don't talk about "memang lah zaman sekarang harga semua dah naik" ya ya ya.. macam yang i mentioned kat atas tadi SEANTERO DUNIA DAH TAHU!

Tapi takkan sampai cekik darah Nosiah!!! terkejut bila pergi makan kat gerai tepi jalan sepinggan nasi + lauk boleh cecah RM19.. Cobaan apakah? ini bukan kata i tak mampu bayar ke atau i berkira dengan makanan.. NO! ✋

Sebelum i cerita dua kali experience terkejut beruk i kat kedai makan yang berbeza last December and beberapa minggu yang lepas, mesti uoll pernah tengok posting Rizal Hakim kat fb dia yang viral pasal kedai makan charge sotong kecik RM2 sekor. 

Tak tau? meh sini tengok....



Ni cerita dan gambar yang Rizal Hakim spill kat fb haritu. Patut ke tak patut? (credit: fb Rizal_Hakimm)

I did commented to Rizal_Hakimm punya FB posting haritu.

APA YANG I MAKAN HARITU?
I pergi makan kat kedai ni December 2022. Posting RH atas ni on January 2023

RM29 untuk dua pinggan macam ni. Mungkin ada yang akan kata "kalau tengok mcm ni standard harga lah Nosiah" ehh tidak ya! apa yang buatkan i terberuk kat situ bila i tengok harga dan foods yang dalam pinggan i tu.. sangat tak tally. Refer pada screenshot yang i comment kat Rizal_Hakimm punya facebook post tu, itulah dia summary pemakanan untuk gambar atas ni 😄

Apa yang customer viralkan dari posting Rizal_Hakimm tu ialah pasal harga lauk sotong tu.. dan kebetulan lauk sotong juga yang i ambik! lauk yang masa masa tu! the same issue disitu.

APA JADI LEPAS DAH VIRAL KAT SOCMED HARITU?

KPDN WPKL dah datang kedai tu. More info boleh baca kat SINI  

NEXT... CERITA MAKAN MAHAL KEDUA PULAK.

Nampak tak secebis kertas yang ada tulis RM29 sebelah ikan pari bakar tu? Ya! itu bukan harga ikan sahaja Nosiah.. itu total harga sepingan nasi + kuah rendang + sayur + ikan masin + ikan pari bakar.

TAK TERKEJUT KE LUNCH HARGA MACAM TU? 😮
Ok, sebelum i cerita pasal apa jadi dekat counter bayaran lepas i dah mencekik haritu, i tekezut tengok "nombor 29" tu terus macam 😰😱😲😳😵😶 faham tak perasaan tu? hahaha.

Usai je makan, i bawak kad tu pergi counter nak bayar. Sambil tu i tanya dekat cashier..

Me: "Dik sebenarnya berapa harga ikan bakar tu?" refer to photo yang i snap kat atas tu takkan nak bawak piring ikan bakar tu ke counter pulak. Adik counter tu macam blur2 tak tau berapa actual harga ikan tu. She asked mamat yang duduk sebelah dia pulak. Terus i ckp "next time kena letak specific harga dekat setiap pinggan ikan bakar so that people tahu berapa budget yang orang nak bayar".

Cashier: "Harga dah ada dekat sana tu" at the same time dia tunjuk dekat banner area meja ikan bakar.

Me:"Itu range harga je.. u letak harga kat banner tu RM20 - RM25.. kalau i punya budget nak makan ikan bakar yang harga RM20 je macam mana? kalau saya tak ada duit nak bayar macam mana? Saya tegur bukan sebab saya tak boleh bayar.. saya bayar apa yang saya makan..  tapi saya terkejut dengan harga sepotong ikan bakar mcm ni RM25.. harga maximum dari range harga you letak dekat banner tu tau."

Cashier: Ok, nanti kami akan letak harga. Maaf ya..

I be like 🙄 memang tak akan jejak lagi dah kedai kau sampai bila!

I ni bukan bangsa yang kedekut untuk makan atau bab2 makanan.. tapi kalau harga & benda yang kita beli tu tak worth dengan harga & barang kita beli tu.. of course lah kita bertanya kan?!
Read More

Friday, November 11, 2022

Cendol Durian, Chow Kit 🍧

A few weeks back. I & NJ ajak SIL, her husband & anak fruit sorang.. uoll decided to breakfast kat luar. Sampai ke Shah Alam kitorang pergi 🤭

Kalau uoll biasa pergi Seksyen 10 Shah Alam, uoll tau kat mana Restoran Azira & Restoran Hatinie. These two restaurants memang banyak menu breakfast & lunch. Pagi2 dah ada satey, nasi kerabu and banyakkkkkkkkk lagi menu lain. Tak boleh nak cerita banyak sebab tak ada gambar untuk i gambarkan kat sini 😬

Tak habis kat situ je.. Lepas habis breakfast kat Shah Alam tu, kitorang round2 lah area Shah Alam & ICT then singgah GM Klang tapi masa pergi GM Klang tu para2 somi tak ikut. Ni i just story je lah sebab tak ada gambar juga nak digambarkan kat sini 😆

Then we skip to another story.. dalam satu haritu kitorang merayap dari pagi sampai ke malam.. and last pit stop kitorang makan Cendol Durian kat Chow Kit sebagai penutup acara "ukur jalan" kami 😂 I bertiga je dengan SIL & anak fruit seketul 😍

Jom i gambarkan apa yang terjadi malam tu (sebab ada gambar) 🙊

Ngam! memang kena 😋

SIL punya ofcoz Cendol Durian

I had chose Cencol pulut. Sebab kalau order cendol durian for sure tak habis sebab portion dia kemain banyak namatey plus i know nanti my SIL mesti akan humban seulasdua ulas dalam mangkuk i 😫😣

Tak caya???

Nah sedebok kat situ

Ni nama dia Milo snow ice kot. Tu bukan chocolate. Itu Milo. Pekat. Melekat. Likat. Memang terbaek 👍

Us

Actually few times dah i makan cendol kat sini. To flash back the story ada dalam ENTRY NI dan ENTRY NI 😎

Read More

Tuesday, November 8, 2022

SUASANA RUMAH KAMPUNG | WAK PRIVATE KITCHEN, SENAWANG

Tak silap masa i pergi ni a day before Raya Haji haritu. Kemain kan benda lama nak up balik kat sini 😜 btw, kat IG dah ada posting ni. Cuma kat blog ni bila masa mendesak tiba2 rajin nau nau jari ni nak menaip, macam2 cerita lah nak dihumbankan masuk sini 😀 Tak apa lah.. daripada blog ni terbiar sepi, entry basi pun basi lah and more basi to come hehehe.


Orang2 Senawang & mana2 daerah dari Nismilan mesti tau kedai ni kennn. I from KL pun dah tiga kali singgah. Selain suasana dalam dan luar kedai ni ala-ala retro, foods dia pun sedap-sedap legend and ala kampung.

Apa i order haritu? 1st time datang pun berdua-duan je dengan NJ, so order yang patut je untuk perut kitorang pagi tu. Which is...

Lontong kering paru.. must try sedap gilos wa cakap lu!

Kacang pool for NJ

Side dish i order lempeng kosong set dengan gulai kambing

Antara menu2 lain yang ada, nasi lemak, roti bakar, lontong kuah, kuih muih & ada beberapa lagi tak ingat dah sebab tiga kali datang i order menu yg sama je.. which is lontong kering lauk paru dia yang sedap gils tu!

Ok lets move tengok suasana retro dalam kedai yang sempat i snap. 

Welcome entrance

Btw, kedai dia comel je.. tak besar mana pun. Agak2 dalam 50 orang sekali masuk tu boleh lah muat.

Unique. Antara menu yang ada yg ditulis atas kayu. Ingatkan berat kayu ni.. rupanya ringan je.. agak2 kalau hayun kat kepala tak sakit pun 🙈 #CerTerai latest the 3rd time i datang October lepas, kayu ni dah tukar besar sikit dari size ni & ringan. Kau tak payah bangun dari tempat duduk.. dia boleh main lempor2 kat customer dari counter 😂 #Joking


OMG! kampung vibes sangat.. tengok ceiling kedai ni dia letak kain perca sambung2 macam tu teringat rumah arwah onyang i. Diorang dulu orang2 lama sambung kain2 perca untuk jadikan alas ceiling. Rindu betul suasana kampung dulu2 😢

For the 2nd & 3rd time i came angle ni dah pindah kat depan pintu masuk.

Classic 💓

The crowd

Jemput makan 💛

2nd time came with friends & family. Kitorang 4 family ni singgah breakfast sini before heading to Melaka.

Menu yang sama juga i order.. lontong kering lauk paru lepas tu tambah satu lagi tu pulut kuning rendang ayam my favorite 😋

3rd time came with my family in-law end of October haritu.

My verdict: Foodies sangat sedap. Environment cenggini 👍 Service AA. Puas hati.

Nak pergi sini Waze je...
Wak Private Kitchen
381, Jalan Desa Ixora 2
Taman Desa Ixora 2
70450 Seremban, Negeri Sembilan

Business hours:
Mondays - Thursday (8:00am - 11:00am)
Fridays Closed

Jangan risau pasal parking. Parking sangat senang kat sebelah kedai tu. Luas je.. tak payah berebut2.

Read More

Friday, September 9, 2022

Kejap Tenggelam, Kejap Timbul 🙈

Lama betul tak buka blog. Mana tidaknya.. dunia blogging ni macam semakin sepi je bagi i (but i don't know you). Makin hari makan banyak SocMed yang orang pilih untuk bercerita/ buat content plus dengan new medium sekarang ni, melonjak naik nama diorang & makin fofuler diorang 😍

Masih ada lagi kawan2 lama yang still consistent blogging i tengok.. congrats korang! Gigih update blog hari2. Bila tengok orang update blog terasa gatalllll je jari ni nak menaip.

Oh! speaking about lama tak buka blog kannn.. tadi masa i buka, tengok2 ada 4 posting baru 😱 plus minus dah nak dekat 10 posting keluar tanpa sedar.. gelabah jap tengok posting2 tu. Ala lupa nak screenshot. I terus delete je. Macam mana posting tu boleh terUpdate dalam blog i weh??!!! kena heck ke? Nasib baik bukan benda2 lucah yang keluar #TarikNapasUrutDada 

Conclusion adakah i kena consistent update blog supaya blog i tak keluar posting2 misteri lagi? hmmmm 🤔
Read More

Wednesday, September 9, 2020

Merdeka Lunch @ Two Sons Bistro, KLCC

31 August 2020, Hari Malaysia Merdeka yang ke 63 tahun. Kalau tengok pada angka 63 tahun tu, memang lama sangat negara dah bebas dari peperangan. Kalau angka 63 tu refer pada manusia, dah tua kerepot dah dalam usia 63 tu hehe.

So, Alhamdulillah.. negara dah Merdeka, tapi masih ada lagi sesetengah manusia yang hidup mereka belum merdeka. Malas nak describe, korang tau lah maksud I tu kenapa sesetengah orang tu hidup mereka belum merdeka lagi #LuPikirLaSendiri

Cuti hari Merdeka haritu kitorang keluar lunch satu family. Tanya ahli2 Jemaah lain ada idea tak nak makan kat mana? As usual, soalan KBAT ni memang semua orang akan hadapi. Susah betul soklan tu. Kadang, bila kita tanya dia, dia tanya kita balik… kau rasa?????????? 😤😤 Hujung2 mak kau jugak yang kena decide.. hmmm.

Sampai KLCC dalam pukul 3+ kira late lunch lah kitorang sampai. Terus tuju ke Two Sons Bistro kat tingkat atas sekali. As usual, memang penuh sokmo lah seat kat situ. Tapi tak nampak pulak ada orang queue untuk waiting list. Bulan lepas I pergi, kemain beratur panjang orang nak tulis nama untuk waiting list. So, I assume I boleh terus duduk makan je. Sekali waiter cakap ada lagi 5 orang sebelum I yang tengah queue. Estimate dalam 1 jam macam tu. I cakap ok je lah. Semantara tu boleh merayap ke Avenue K kejap.

In hour 🕓 later…… 

Masa kitorang tengah jalan2 dekat Avenue K, waiter called. Mencicit kitorang anak beranak dari Avenue K ke KLCC ikut tunnel 🏃🏃🏃🏃

Seat dah ready. Terus waiter bawak ke seat. Masing2 dengan buku menu sibuk mentela'ah apa nak dimakan.

A moment ⏰ later......

Tadaaaaa.. penuh semeja. Bukan setakat pinggan je atas tu.. periuk pun sekali ada situ 😂

First thing first…. I order Clam. Clam Chili Butter Cream serve with Garlic Bread. Boleh choose nak Fries/Garlic Bread/Mini Mantao Buns.. menu ni memang famous dekat sini. Seperiuk Clam Chili Butter Cream ni RM45 (Main size). RM25 untuk Starter Size. Mungkin portion untuk dua orang makan. Untuk Main Size yang i order just nice for my family 4 orang makan.

NJ & Khairine pilih set nasi + lauk #NasiDanMerekaBerpisahTiada yang membezakan menu diorang ni cuma lauk saja. Which is Daging Masak Hitam (RM30) & Rendang Daging (RM29). Melayu sangat selera tekak dua beranak ni 😆😅

Mine, I pilih set nasi kerabu ayam percik RM29... Pun selera tekak melayu kgdotcom hahaha. Bukan apa Bedah, masing2 lapaq nasik!

Except for Danish. He ordered Pasta Spicy Prawn. Tapi bila mintak, katanya udang dah habis! So ganti pada ayam. Pasta Spicy Chicken RM32 harga sepinggan dah macam sekilo udang kat pasar. I syak dia salah letak harga ni. Kalau setakat pasta letak ayam takkan sampai RM30++ kan? Ehh ke I yang kuno tak tau harga sepinggan makanan kat kedai tu? lantak lah situ.. malas nak belek kat menu dia.

For me, bab2 makan ni jangan nak berkira sangat.. jadi darah daging kita kannn. Unless lah kalau harga sepinggan nasi dia charge sampai RM50 itu baru tak masuk akal namanya kennn.

Drinks ordered: Iced Chocolate for Danish, Peach Iced Tea for Khairine & Orange Juice for NJ. I, as usual memang tak order air.

Pic source: Google

And last but not least, dessert. Masa order foods order sekali dengan dessert and pesan kat waiter tu hantar last sekali lepas makan.. Bila semua dah kenyang, NJ terus bangun nak ke kaunter & terus bayar. Dah nak sampai rumah baru teringat tak suruh waiter keluarkan Key Lime Pie yang kitorang order tu.. bila tengok dekat receipt, terpampang ada dia charge kat bill... muahahaha. Issokay lah.. tak ada rejeki nak makan Key Lime Pie petang tu. Yang dah bayar tu anggap je lah rejeki restoran tu dapat free RM18 dari i 😁

KhaNish

NJ2424



Read More

Friday, August 21, 2020

Pulut Kuning Rendang Ayam

Amboi lama betul cerita ni.. since bulan puasa haritu sampai dah raya puasa sampai lepas raya haji kau baru nak lembarkan cerita pasal pulut kuning ye! 😂

Ok lah ni pun dah lama tak update blog.. meh lah kita cerita sikit pasal pulut kuning. Lepas ni tah bila lagi tah nak update lagi blog ni hehehe.

Masa puasa hari keberapa haritu ada mintak tolong NJ belikan beras pulut untuk nak buat Ketupat Sotong. Tah kat kedai mana di pergi beli haritu... then ok lah, tak ada masalah dengan beras pulut tu.

First time buat Ketupat Pulut selama 40 tahun hidup kat dunia ni hahaha. Hikmah PKP jugak. Semua recipe i gali kat internet kononnya nak try & error macam2 jenis menu.. gitu! kau gempak je lebih macam2 konon. Sebenarnya ada a few je menu yang seumur hidup kau tak pernah buat tapi kau buat masa PKP haritu 🙈

Ok gambar Ketupat Sotong tu nanti kat bawah sekali i tempekkan. Sekarang i nak layoq gambar Pulut Kuning & Rendang Ayam yang first time i buat. Kekdah pembuatan pun i akan tulis jugak kat bawah nanti. Bukan apa.. menu2 rare yang kita tak selalu buat ni selalunya kita akan lupa sebab tak practice macam kita masak nasi hari2.. masak nasik hari2 ye lah kita boleh agak berapa sukatan air & beras.

Ok jangan bebel panjang2.. mari belajar masak bersama kakak 😜

I pakai beras pulut susu. Setelah telek menelek recipe & cara nak kukus pulut kuning, cara nak rendam pulut, i pun terus bersemangat masuk dapur nak mencuba (refer kat youtube). Petang tu rendam siap2 dengan serbuk kunyit, keluarkan periuk pengukus siap2 kononnya tazabar nak kukus lepas rendam beras pulut tu #Shuffle 💃



  • Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit. Serbuk kunyit tu agak2 je. Kalau tengok pucat sangat, letak lebih. Jangan lebih lebih pulak 🤭 Dah agak2 lebih kurang 4 ke 5 jam i rendam beras pulut dengan serbuk kunyit, malam dalam pukul 10pm macam tu I terus masuk dalam pengukus. Kukus lebih kurang dalam 45 minit je.
  • Lepas dah kukus 45 minit, salin pulut dalam talam/ bekas besar untuk disiram santan yang dah dibancuh siap2 dengan garam.

Well i'm sure method buat pulut kuning ni semua orang tahu. Even though korang yang baru nak belajar buat pulut kuning pun akan dapat cari method ni jugak dalam google. Tapi kat youtube/ google pun ada juga orang share kekdah mudah untuk buat pulut kuning ni. For me, i prefer kekdah lama macam ni.. baru lah legend 😉


  • Then Kukus balik dalam masa 10 – 15 minutes and ready to serve. Makan dengan rendang ayam pulak tu.. pergghhh terangkek pungkok. Rendang ayam ni pun i buat sendiri. Dah feeling macam ada Majlis Khatan pulak makan pulut kuning dengan rendang hahaha.



Tadaaa.. ni lah dia rupa ketupat sotong yang I cakap kat atas tadi. First time seumur hidup buat ketupat Sotong.. ni semua PKP & teringin punya pasal.. nak makan punya pasal ku gagahkan jugak untuk buat & makan sendiri :LOL Not bad lah.. sendiri masak, sendiri makan sendiri puji hahaha. Tak tau lah mencapati piawaian macam original Klate/Ganu ke tidak. Sebab yang first time buat ni pun, I first time makan.. hahaha. Kau punya cerita macam kau dah banyak kali makan! 🙊

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah