Friday, March 29, 2013

Bercerita Pasal STALKER

Thank you coz being my STALKER... 
Another evidence spotted. hahahhahah kantoii sudah!!!
Masih 'panas' lagi bukti yang aku dapat pagi tadi..

Aku ni bukan lah nak perasan jadi seorang artis/ public figure/ orang cantik2/ orang pemes2.
Memang TIDAK sama sekali!!! 
apa yang aku nak maksudkan disini, STALKER aku ni mungkin cuma nak tahu lifestyle aku je kot??!! 
Motip??? entah aku pun tak tahu.. 

Opppss mahap yer.. sebenarnya tiba2 rasa macam nak share je cerita pasal STALKER.
Menarik ke jadi stalker ni?? apa yang ko boleh dapat kalau ko STALK aku???
hurmmm lantak kau lah dik non..

Bila aku kaji selidik, rupa2nya macam2 cara ko dah buat kannn??
untuk mengaburi mata aku, ko add semua kawan2 sekolah aku kat FB & Twitter... untuk senang aku approved ko nanti.. konon2 macam ko tu dulu pernah bersekolah sama dengan aku.
Nak kaburkan mata aku lagi, ko letak DOB ko tu bawah setahun dari aku, supaya aku percaya yang ko tu junior aku masa kat Sekolah Ampang Girl dulu... perrghh SMART STALKER!!!



Macamana aku boleh tahu dia stalk aku?? 
hurrmm mintak mahap lah sekali lagi yer tuan2 & puan2.. aku tak nak lah tunjukkan bukti2 yang aku dah dapat spot. Nanti nampak macam aku nak mengaibkan dia.. karang malu pulak dia seumur hidup.. tapi bukti2 tu masih ada lagi aku simpan untuk buat tukun. kikiki :D

Lagi pun sebelum aku membuktikan dia adalah stalker, aku dah investigate awal2 okeh!!! 
jangan ingat aku nak menuduh memkinzir buta sajok.. so prove tu memang boleh digunapakai, memang betul hasil investigation aku tu membuktikan yang dia adalah seorang stalker.
*Akak pun nak jadi SMART macam awak jugak yer PUAN STALKER.. harap maklum.*

Kenapa awak tak bersikap jujur pada diri sendiri je??
atau kalau betul2 nak berkawan ngan aku, gentle lah!!
tak payah jadi stalker2 ni.. nyusahkan diri kau je dik.. 

Tak apalah dik non, sampai bila awak nak stalk aku pun aku tak pasti..
ko rasa nak teruskan amalan ko tu, ko teruskan je lah.. jangan sampai mendatangkan dosa sudehhhhh 
dan jangan pulak ko buat benda tak baik pada aku.
aku tak kacau hidup ko, ko jangan kacau hidup aku yerr. PEACE NO WAR :p

Hishhh kalau ikutkan, lagi panjang aku nak ceritakan kat entry ni, tapi sebelum aku bercerita panjang pasal stalker yang sorang ni, lebih baik aku stop. Karang tak pasal2 keluar semua bahan bukti, terus mengaibkan ko pulak... ohhh no!! mintak dijauhkan... 
Read More

Thursday, March 28, 2013

Kita Pun Dah Ada KEEK

Wow sekarang fenomena KEEK pulak... 
kalau tidak, fb, twitter, Instagram (IG) bagai..

Semalam aku dah download KEEK.
Aku pun nak juga ada account KEEK.. ngeee 
tak nak ketinggalan zaman katanyerr.. *hok aloh ada orang lain kesoh kew??* huahuahua :D

Yeayy berjaya register :D

KEEK @ZazaNizam

W/pun kejap je time duration untuk buat KEEK, tapi best.. fun sangat.. 
setakat ni aku tak menunjukkan muka aku yang tak berapa nak comey ni kat dalam KEEK.. *malew sangat* 
hanya kedengaran suara ku yang sengau ni sajok.. ngihngihngih :D
Read More

Monday, March 25, 2013

Sila Bawa Duit Jutaan Ringgit Ke I-City

Sebelum aku buat entry kisah gumbira aku ke i-city sabtu lepas, meh sini aku nak cerita dulu tentang ketidak puasan hati aku terhadap i-city.

Ni kali kedua aku ke i-city semenjak dibuka.

1st time pegi dulu tahun 2010, time tu Water World, Snowalk, Trick Art Museum semua jadah tu blom wujud lagi.. yang wujud hanya City of Digital Light.. tu pun tak secantik sekarang decoration lighting dia.

Rasa macam nak menyumpah2 je bila pikir2 balik beratus2 duit dah ditaburkan kat sana. Aku tak kisah kalau itu dapat memuaskan hati anak2 aku. Nizam lagi tak kisah sebab dia yang keluarkan duit untuk family. Dia kata I'm happy if u & our kids had fun.. for me, everything family must come 1st. OK Fine Bie.. I'm happy.. Thank you sooooo much =)

Apa yang membuatkan aku rasa ralat sangat, tang semua benda ko nak main kat situ, ko kena bayar.. Even though dari mula ko dah difahamkan charges untuk parking sahaja RM10. Aku paham lagi kalau setiap benda ko nak main pun ko dikenakan bayaran. Even kat fun fair/ game centre pun itu lah rupanya jugak!! kena bayar setiap apa games yang ko nak main.

Apatah lagi zaman sekarang ni ASAL BARANG JADI DUIT. Ko jual lah taik celup tepung kat tepi jalan pun, ada kebarangkalian orang akan beli.. orang bukan tahu pun apa yang ko jual tu, janji laku, ko boleh jual, boleh mendatangkan duit... apa orang kisah pun.

Tapi ko fikir lah Bedah!!! they cost you RM5 per game wokeyyy!! itu minimum charges untuk satu game.. ini cekik darah namanya!! lagi ko kena pakai smartcard pulak, abes je duit dalam card tu, ko kena topup lagi, lagi, lagi & lagi sampai duit kau habes disitu!!

Abes kalau ko bawak anak ko sederet macam keretapi ekspress senandung malam panjangnya, tak kan ko nak say NO to them rite?? Nasib lah anak aku dua ketui tu je. Itu pun dah koyak rabak poket bapak dia mengeluarkan duit..

Kalau dah 5 hengget 1 game, 2 orang dah 10 hengget untuk 1 game je tau!!! abes takkan anak ko nak tengok je games yang hado sekeliling i-city tu kennn??? tu tak termasuk lagi makan & minum, haaaa pokai disitu..

Mula2 sampai je Nizam terus beli smartcard yang dah siap ada RM100 didalamnya. 

1) Masuk SNOWALK = RM80 untuk 4 beranak (itu tak termasuk sewa kasut bodo dia)
2) Balance RM20 = entrance untuk masuk ke Trick Art Museum (so habis duit dalam kad tu)

**Entry tu akan aku update nanti**

Nampak tak baru dua tempat je dah RM100???? macamana pulak game2 yang lain??? 
kalau anak2 ko boleh tahan tengokkkkkkkkkkkk je game2 yang hado kat sekeliling dia time tu tak apa lah jugak.. Ohhh tidak bagi anak2 aku yer tuan2 & puan2. Harap maklum!

*Conclusion* terpulang pada setiap individu untuk ke sana & terpulang juga macamana korang menilaikannya. Jangan salah faham dengan statement aku ni yer!!! Tak dinafikan, memang fun bila ko kesana, apatah lagi anak2.. dalam pada fun tu, ko akan merasa hazab nya bila tibanya ko dirumah, merenung-renung atas ceiling sebelum tido, berapa banyak duit ko berhabis kat sana.

Tapi bagi aku tak worth it lah kalau dorang charge ko semahal itu.. melainkan orang2 yang tak kisah or orang yang terlampau banyak sangat duit dia sampai tak tahu nak buang kat mana lagi.. abes tu macamana pulak dengan orang2 yang datang dari luar bandar yang kemampuan dorang tak semampu kita yang dah berhabis banyak kat sana kan???!! kesian dowh...

Nizam topup lagi RM20, Khairine & Danish dah main boayan pusing2, RM10 makanya ada balance lagi RM10 dalam smardcard tu, Danish & Khairine sibuk nak main permainan lain yang ada kat sekeliling sana.. yang buat aku tak puas hati tu, fun car open air yang bodo tu je RM20 satu kereta untuk seorang okeh!!!! (location, kat depan Old Town White Coffee.. pada yang pernah sampai sana, korang tau kat mana letaknya fun car ni).
Kau giler ke charge sampai RM20!!??? bukannya boleh naik satu keluarga pun satu kereta tu.

Last but not least, hanya bumper car je yang mampu untuk anak2 aku habiskan duit dalam smartcard puaka tu.. tu lah last game yang dorang main, lepas dah abes itu pun sampai senget benget muka dorang merajok kononnya nak mintak main benda lain pulak... 
tapi tak dilayan oleh bapak dorang.. 

Credit to info yang aku spot tadi sebelum aku buat entry ni. Rupa2nya pendapat dia sama dengan pendapat aku... *gimme five lah bro* Klik sini untuk baca

Tunggu lah aku buat entry SNOWALK & Trick Art Museum pulak..
Read More

Friday, March 22, 2013

Blue Coral Aquarium

Hari ni last anak2 kita ke sekolah... lepas tu cuti seminggu. Dah ada idea mana nak pergi cuti sekolah ni???
Aku saja nak share pendapat kot2 ada yang masih blur tak tahu nak bawa anak2 kemana cuti-cuti sekolah ni.

Jom pegi Blue Coral Aquarium @ KL Tower!!! 
ececehhh macam ambassador KL Tower la pulek.. LoL

Tadi aku beli online voucher untuk ke Blue Coral Aquarium for 4 person, harga untuk 4 orang baru 29hengget je.. 
sangat murah sekali okeh!! 


Jangan tunggu lama2, gi beli cepat.. valid sampai 31 December 2013 klik sini untuk pembeli voucher :)
Read More

Wednesday, March 20, 2013

Interview & Tertipu

Sambil driving nak pegi kerja pagi tadi, aku rasa macam terpanggil pulak nak share pengalaman aku based on topik JoHaRa Pagi ERA. 
Rasa macam nak call je JoHaRa tadi, tapi mak malu nak... *sambil tunduk tutup mulut* puiiii malu lah sangettt!!!

Sampai je opis, aku continue dengar via DVR player. Kelakar dowh bila dengar caller2 yang cerita pengalaman dorang. 

Tajuk : Pergi Temuduga untuk kerja lain, tapi bila dah mula kerja, rupanya kena buat benda lain 

Last time aku pernah ada pengalaman bodo macam tu . Bengang giler siot!! menyumpah-nyumpah aku. Gggrrrr.

Rasa2nya dizaman awal tahun 2k kot, time tu baru2 kawin, masih lagi bekerja, tapi lepas2 tu rasa bosan nak kerja, so aku berenti.. 
sebulan dua seronok lah dok rumah, feeling ala2 SuperHousewife gitew... 
bukan SuperMom tau!! coz time tu Khairine belum wujud lagi dimuka bumi ni.. ekekekeke.. 

Lepas dah bosan dok rumah jadi SuperHousewife, aku pun saja2 cari kerja balik.. memang bosan giler dok rumah time tu, dah lah anak pun tak ada lagi, abes apa yang boleh aku gelebek kat rumah sorang2 time tu kannn???!! jiran tetangga pun tak kenal time tu apatah lagi Ketua Kampung.. hehehe *joking*

Aku apply position Secretary.
Arrangement untuk interview pun dah settle, tinggal nak pegi interview je. 
Satu hari tu, semangat kemain berkobar2 lagi nak pegi interview. 
Dah pakai chantek2, start kereta, terus menuju ke tempat interview tu on time.

As usual, isi borang, tunggu turn nak di interview. Time tengah interview tu, aku sangat confident okeh!! ahli panel pulak dok tanya soklan2 yang memang ko tak duga time tu sebenarnya ada agenda disebaliknya.. 

OK settle.
Memandangkan aku tak bekerja time tu, dia kata aku boleh start kerja immediately. 
Wah kemain sonok, gi interview senang2 boleh dapat kerja.. hahahha

Aleh2 dia kata dia nak hantar pegi training dulu. Errkkk training gapo plok ni??? 
tak kan position secretary pun nak hantar training!!!?? *wonder disitu* hurmmm

Dia kenal kan aku dengan 2 orang staff kat situ, sorang lelaki, sorang pompuan. Sekali dia ajak aku keluar (training katanyer), bawa barang2 dalam bag, tahan teksi, naik teksi, terus menuju ke Desa Pandan. 
Training apakah sampai kena naik teksi??? 
OK aku pasrah je, perati dulu apa dia nak buat...

Sampai je Desa Pandan, aku tanya kat dua orang umat tu, ni kerja apakah sebenarnya??? 
maka si umat2 manusia tu pun dengan slamber menjawab kerja ni bukan jual barang, awak jangan salah faham, kita cuma nak promosi kan barang ke dari office ke office je, bla bla bla bla.. Nampak tak ada sedikit kekeliruan disitu??? 

Aku : Ohhh yer ke, tapi kenapa time interview dia tak bagitau pasal ni. *dalam hati menyumpah2* saya apply position sebagai secretary, tak kan secretary pun kena buat kerja2 macam ni juga?? kalau macam ni lah, saya rasa saya tak interested. 

Apa ko rasa time tu???????? hanginnn betul aku, 
ohhh baru lah aku admit yang sebenarnya kerja tu adalah kerja JUAL BARANG DARI SATU OFFICE KE SATU OFFICE wokeyyy!! Arrghhh patut lah bagai nak rak ko hangkut sekali bag ala2 Akademi Fantasia tu.. konon budget macam steward & stewardess giteww :p 
Rupa2nya ini kerja ko yer.. Mak rasa tertipu sangat.. huwaaaaa :'(

Dah lah datang interview pakai cantik2, drive ketempat interview, aleh2 ko ajak aku naik teksi pulak!! giler ke apa oiii???

Terus aku angkat kaki, tahan teksi, pegi balik ke tempat interview tu. Helok je sampai kat tempat interview tu, bayar tambang teksi, keluar je teksi, duit baki berterabur jatuh dalam longkang!!! 
apa ko rasa lagi???? dah lah malang ditipu, malang pulak lagi duit ko jatuh gedebok dalam longkang... hahahahaha nak nanges aku weh. 

Dalam keadaan tengah hangen satu badan, aku biar je duit tu dalam longkang, rejeki ko lah longkang oii, dapat duit sedekah dari aku.. huhuhu

Cepat2 start kereta blah dari tempat malang tu, balik rumah rasa macam orang bodo.. hahhahhaahaha puiii.. menyesal aku pegi interview tu..
Read More

Tuesday, March 19, 2013

Projek Sekolah

hohoho mari MERENYAM... oppss!! salah..... MENGANYAM lah hahaha.. sebut betul2 yer murid2.. ME NGA NYAM... yerrrrr diulangai ME NGA NYAM.. ada ropa macam Cikgu Bedah tak?? kikiki :D

Malam tadi aku dok melayan Khairine buat one of project sekolah dia.. disuruhnya aku menganyam ko!! errrkkk mak ko ni dah lama tinggalkan alam persekolahan. Dah ingat2 lupa dah macamana nak menganyam. Phewwww >_<

Gigih lah aku dok tolong Khairine mengenyam kertas malam tadi. Macam senang je sebenarnya, tapi sebaliknya??!!! 
Sampai cramp tangan aku!! 
seyesss weh memang cramp tangan aku dok melipat, menggunting, menganyam kertas tu.. duhhh =(

Dibaginya aku kertas lukisan sekeping, pencil, kertas A4 bewarna, gunting, pisau & pemadam..
Ehhhh ni sapa yang sekolah ni Khairine??? Mummy ke Khairine??? 
hurrmmm aku redho je lah terima semua barang2 tu.. 
aleh2 aku yang buat.. dari start potong kertas sampai lah menganyam.. 




Nahhh ni semua bahan2 yang diperlukan.. segala gunting & pisau semua keluar.. 
tinggal kapak ngan parang je aku tak gunakan..
kalau tak memang dah berkapak, berparang dah aku malam tadi :p

Semua barang2 dah sedia & disediakan, mari kita mulakan mengenyam eh salah, merenyam eh salah, makhayam eh salah lagi.... ME NGA NYAM :D 

nampak agak huru-hara sikit garisan & potongan kertas tu kan??  
tahu sebab apa?? 

Sebab aku dah tak larat okeh! tangan cramp sebab memotong kertas lukisan tu guna pisau. kertas yang warna biru & kuning tu bapak dia yang tolong guntingkan, tu pasal lah senget benget macam bapak dia jugak.. hahhahaha jahanam hidup aku kalau Nizam baca ni :p

Paling tertekan hidup aku ni kalau tersalah masuk line mcm tu.. chilakers!!!

Helok sedap2 dah sampai hujung, sekali tengok macam tak cukup line.. sekali belek2 tengokkkkkkkkkkk.... hoh tu dia terdouble disitu.. hangin tak??? 
Arrgghhh tekanan!! 
maka ko kena lah dengan relanya membuka balik & seterusnya anyam balik dengan betul. *cobaan sungguh* hahahaha

 Ok dah siap.. tinggal nak kemaskan sikit lebihan2 kertas biru kat tepi tu je.. 

Shantekkk kannn?? shantek kew?? buelkkkk
w/pun senget benget, janji siap.. janji hado!! kann :p

Cehhhh aku pun excited bagai nak giler nih, sebab berjaya menyiapkan anyaman yang merenyam tu.. nak tunjuk kat Khairine lah kononnya.. sekali apa terjadi?????????





















































































hok aloh tido!!!!! Apakah???
hurmmm keciwa nya mak ko bila tengok ko tido nak.. sob sob =(

Pagi tadi je baru sempat tunjuk kat Khairine hasilan cemerlang mak dia yang gagah ni menganyam kertas tu.. 
kemain suka dah dia.. pegi sekolah dengan girangnya pagi tadi.. Yippiiieee =)

Alang2 dah buat entry ni, semalam aku ada tunjuk gambar Khairine dengan jersey pink dia yang nombor 8 kannn.. hari ni nak tunjuk pulak jersey Danish..


Kebetulan pulak Danish pakai baju ni malam tadi..
aku pun suruh dia pusing pandang ke dinding.. 
blur anak aku kejap, tertanya2 apa hal mak aku suruh aku pusing pandang dinding plak nih.. hahahha sabar yer adik, mummy nak amek gambar baju adik yang chanteekk ni.. :D
Read More

Thursday, March 14, 2013

RVC & Kenangan

Lunch tadi aku dengan Kak Nisa lunch kat Delicious, sebab-sebab utamanya nak makan RV??? kenapa tiba2 je nak makan RV??? sebab teringat dekat Arwah Sis Karina punya RV yang sodap tu *ALFATIHAH* dats why aku bagi tajuk entry ni 'RVC & Kenangan'.

View tempat kitorang meronggeng tadi ;)

So menapak lah kitorang ke Delicious E&O Residence tadi. Actually gallery ni baru dibuka dekat O&E Residence, lagi senang lah aku melangkah kesinun.. seperti biasa ko tak payah nak menyusahkan diri menDRIVE kereta kesana, jalan kaki,  lintas jalan, dah sampai, dekat & senang. Opis aku ni plak letaknya betul2 di tengah2 Bandaraya Kolumpor, serba serbi dekat & senang.. dan duit pun cepat habis asek bersoping, makan makan makan & makan.. 

Selak menu dulu sebelum buat pilihan :p

Now!! jom tengok apa yang aku & kak Nisa makan tadi hasil dari selakan menu diatas.. ngeee :D

 Lihat lah kenikmatan Si Baldu Merah ni bersama 3 ketui macarons yang homeyy diatas 
*ku rasa macam nak tendang je*

Sambil makan, sambil teringat kat RV Arwah Sis Karina.. sedeyyy =(

 Nah hamekkkk.. ni Kak Nisa punya..
Chocolate Brownie 

super yummieess kan???  muahahaha 

Hajat dah tercapai, dah puaskan napsu nak makan kek, makan sambil mengimbau kenangan, borak2, gelak2, berpoyo2, berpoya2 dengan kak Nisa... Kami pun balik opis.. =) 

p/s : kalau korang nak tengok entry yang lebih kurang mcm cerita ni, boleh klik sini
Read More

Wednesday, March 13, 2013

Park at Your Own Risk

Petang semalam kat KL memang hujan lebat giler.. tapi aku tak lah terasa sangat, mungkin sebab aku dok dalam bangunan kot.. Tak ada pulak dengar cerita kata ribut taufan melanda ke, banjir sana sini ke or pokok tumbang.

So relax jer dok dalam opis. Dalam hati ni dah resah, sebab payung lupa nak bawa naik opis.. Cisss boleh tak terbawa sekali naik payung dari dalam kereta.. Fikir2 balik ermm tak ada pun tak apa lah, kalau dah lebat sangat hujan, aku malas lah nak balik dulu, tentu2 nya drive tak nampak jalan, kena pulak stuck kat jammed... lagi hanginn dibuatnya nanti!!

Cukup time je tengok luar. OK clear!! hujan renyai2 je dah tak selebat tadi.. so aku pun dengan cool nya keluar opis, turun bawah, redah hujan renyai2. Sampai je kereta, warm up engine jap trus blah sebab nak elak jammed, tau je lah Bedah!! Jalan Sultan Ismail ni kalau lepas 5.30pm memang ko akan dok dalam kereta sampai ke malam... jammed nak meninggal okeh!.. 

Helok je aku sampai depan sekolah Khairine petang semalam, Kak Nisa whatsapp aku.. dia tanya aku ko OK ke tak.. aiikkk macam pelik kan?? dalam hati ni ko dah kenapa kak? tanya aku OK ke tak.. hurmmm aku pun reply aku OK kak, kenapa??  

Alangkah terkezutnya Mokcik bila Kak Nisa kata ada pokok tumbang kat parking lot tempat yang memang port selalu aku parking tu.. perrghhhh

Cer lah ko bayangkan, kalau semalam aku parking kat tempat tu???!! Aku cuma boleh kata ALHAMDULILLAH nasib baik lah aku tak parking kat situ semalam.. 
To be fair, selalu aku rotate kereta, minggu ni aku drive kereta Nizam, then minggu depan aku akan drive kereta aku pulak.. Semalam pula turn aku drive kereta Nizam, kalau kena kereta Nizam semalam???!! ko hagak2 menangis tak berlagu tak laki den tu??? kahkahkah

Nak dijadikan cerita, dah dua hari sebenarnya aku tak parking kat port tu, aku parking kat belakang Shangri-La Hotel je sebab ada parking kosong, tapi yang selalunya memang susah lah ko nak dapat parking tu, tersangat laris parking ditepi jalan tu.. puiii!! maka, setiap 3 jam aku akan turun untuk reload duit (parking DBKL), memandangkan parking tu pakai mesin yang macam mesin kuda kat kedai game tu.. Hok aloh!! mencikkk =(

Sekali lagi dapat whatsapp dari member opis. Zee Kim, si Apek ni memang selalu parking kat tempat yang sama gak ngan aku, tapi port dia ke atas sket dari port aku parking selalu, dia pula dah stuck kat kat situ, disebabkan pokok tumbang tu, terus dia send gambar kejadian tu kat aku.. 

OMG!! teruk kann???!!.. ngam2 memang port aku selalu parking kereta aku kat situ..

Tak dapat aku bayangkan, kalau kena kat kereta aku or kereta Nizam time nih. phewww

Tak sanggup nak tengok kalau kena kat kereta sendiri weh!! 
nangis guling2 aku agaknya.. dah lah tak boleh claim insurance 
sebab kejadian bencana alam =(

tak tahu siapa owner kereta ni.. kesian wehh.. 

Sebelum aku parking kt tempat pokok tumbang ni, aku selalu park kat open space parking kat area Menara KL, sekali masuk RM8.50, kononnya nak jimat cermat punya pasal, aku bertukar ke area belakang Shangri-La hotel ni, sebab sekali masuk 5hengget je.. Hari ni dengan girangnya, aku parking kat tempat lama tu balik, bayar RM8.50 per entry.

Tahu je lah Bedah!!! kat KL ni mana ada parking murah lagi dah!! lagi2 kat kawasan Golden Triangle Area ni.. jangan verangan lah bleh dapat parking yang hebak! kecuali dalam bangunan, dalam bangunan pulak kemain mahal nak mati!! deposit ko kena bayar 2 plus 1 (dah macam nak masuk rumah sewa plak), monthly pulak RM255.. mahal kannnn??? kat parking je dah kena tabur sampai RM200+, tak mo aku!! rela lah parking kat luar2 sana.. huh!!!

Tapi bila park kat luar pulak, risiko nya macam ni lah.. pokok tumbang lah, tanah runtuh lah, tenggelam dek banjir lah.. hurmmm rasa macam nak gi kerja jalan kaki je.. =(
Read More

Saturday, March 9, 2013

2 Tahun Berlalu

9 March 2011 - 9 March 2013 
Al-Fatihah Arwah Ayah.. 



Sent from Samsung Galaxy Note II
Read More

Friday, March 8, 2013

Mari Makan Sampai Demok

Lunch tadi sebenarnya dah berjanji sumpah setia dengan Kak Nisa nak makan kek je.. satuuuuuu je.. 

Tapi janji sumpah setia tak dapat kitorang tepati.. hahahha (dah macam orang bercinta plak nih.. hoh!!)

Sampai je Secret Recipe The Weld tadi, kek pun dah order sorang satu slice... eeehhh eehhh eehhh 'terOrder' pulak Mozzarella Baked Fish untuk aku & Spaghetti Aglio Olio untuk Kak Nisa.. apakah??????

Dialog marah diri sendiri : Oohoii Rokiah!!! kau sedar diri tak semalam kau dah makan nasi lemak & lauk2 yang berkilo-kilo kandungan kolestrol nya tu?? *tekap muka dengan kain buruk* ehehehe

Tak kisah lah Bedah, badan akak sendiri kannn, apa akak kira nak makan pun.. janji akak tak lapar.. yerdak??

Tak nak cerita banyak, sebab dah mengah kekenyangan makan tadi.. :p
Moh tatap gambar yang menggiurkan ni.. 

Aku punya.. 
White Dark Chocolate Cheese 

Mozzarella Baked Fish
Ini aku punya yang 'terOrder' katanya tadi :p

Ini Kak Nisa punya
Turkish Indulgent yang sangat yummeh mcm2 benda yang dicampur hadok dlm tu..

 Kak Nisa punya jugak yang 'terOrder' tadi
Spaghetti Aglio Olio

Ok semua tu dah selamat dok dalam perut.. sekarang mata dah berat nak cari bantal dengan tilam pulak.. =(
Read More

Orang Putih Makan Nasi Lemak

Sebenarnya tak jangka pun entry ni boleh masuk, sebab memang tak ada niat nak publish.. tiba2 je rasa macam nak publish jugak.. w/pun cerita aku ni tak menarik.. hurmmm ok, mari kita mulakan cerita phoyo ini :)

Kelmarin lagi CEO dah sampai, terbang dari Canada terus ke KL. Semalam ada short presentation & perjumpaan bersama CEO & Staff. 

Short presentation yang sempoi banget!! sambil makan (lunch) sambil dia present.. kelass ko orang putih!! siap sendawa bagai time ko present tu.. Kalau orang Malaysia aku rasa dah sumpah seranah kot.. sebab sambil cakap ko bercakap, package skali ngan sendawa bagai.. nasib baik lah package tu tak termasuk dengan kentut sekali.. wakakakaka. Sangat tak sopan hokeyy.

Malas nak amek gambar si orang putih tu tengah present, memandangkan short presentation tu ko buat sambil makan, sambil bercakap, lebih baik lah aku focus kat pinggan aku.. kannn???!! *santai kononnya ala2 style orang putih dok kat obersi sana*. ngehhh!! >_<

Kelas ko orang putih.. datang Malaysia ni makan nasi lemak *hamek kau kahkahkah*. Makan lah ko makanan Malaysia yang kaya dengan cili/ sambal & pedas2.. kalau kena dengan tekak orang Malaysia memang helok sangat lah kennnn.. 


Sekarang nah hamek tengok gambar makanan ajo, itu lebih penting kann :)
pasti ada yang meleleh ayaq lioq pagi2 ni tengok.. 


 Ayam goreng berempah 

 Sausage bercili

 Kentang goreng kunyit

 Daging sambal.. ni sedap sebab daging dia lembut 
lagi pulak tak pedas sangat.. 

Rendang Ayam

 Mixed Vege

 Sambal Udang yang yummylicious.. meleleh air hidung! Fuhhhhh

Nahhhh ini pinggan aku, hasil combination dari semua lauk2 tadi.. 
ngeri kan tengok??!! mcm2 kolestrol aku bedal semalam.. 

Tapi macam kelakar ke tak?? bila kata bagi orang putih makan nasi lemak.. bunyik nya sangat lah poyo!!.. biasa kita dengar orang putih stok makan makanan western je.. tapi opis aku ni kononnya nak buat satu kelainan, di order nya nasi lemak.. kahkahkah.. sangat lah annoying :p

Apa2 pun semua makanan tu sodap!! lepas dah melantak nasi lemak, sambung pulak makan cake, dorang dok celebrate skali birthday one of Manager kat opis ni (orang France pun yang makan nasi lemak juga) hadoiiii :D
Read More

Wednesday, March 6, 2013

Berhati-hati

Story source : http://www.facebook.com/NjwaLatifs

Tak tahu sejauh mana kesahihan cerita ni.. Tapi kalau benar2 pernah berlaku, harap anda berhati2 lah ye.


Sedang saya menikmati Tutti Frutti.., tiba2 datang seorang kanak2 lelaki melayu dalam lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?


Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebihBeliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream macam tu pun nak berkira, belikan la aje kat budak tu."

Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata Awak culik anak saya ye...budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia.

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pada polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Untuk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k.

Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream. .?


Read More

Tuesday, March 5, 2013

Hangin Pagi-Pagi

Hishhhh gigil jari ni nak menaip.. pagi2 dah hangin dengan pemandu2 kereta & motor.

Helloooo Kak Senah, Kak Ton, Puan Rockiah, En. Semail, Pakcik Usop, Abang Leman! senang cakap parents yang menghantar anak-anak dorang pagi2 ke sekolah.. Tau lah semua parents pagi2 rushing hantar anak ke sekolah!!! abes aku????? tak hantar anak ke sekolah jugak ke???? GGGrrrr *Arrrgghhh nanges kuat2*

Tolong lah jangan pentingkan diri sendiri pagi2 macam ni, rushing sangat nak pegi mana?? ko nak hantar anak ke sekolah je ponnnn.. kalau takut lambat, bangun lah pukul 3pagi, senang nak get prepared apa2 yang patut kannnn!!! tak tau lah kalau time tu ko dah tak tahan sangat nak terberak pagi2 buta macam ni, rushing bawak kereta laju2 macam pelesit.. GGgrrrr

Tadi aku hantar Khairine dulu baru hantar Danish, lepas hantar Danish tadi, tiba2 ada pulak ambulance nak lalu. Seperti biasa, pagi2 akan jammed sebab depan tu dah kawasan sekolah. Ada pulak sorang pemandu perempuan ni dan-dan tu lah nak cilok ke kiri kanan.. orang lain helok je ketepi bagi laluan kat ambulance..  kekdahnya, bukan dia nak mengelak bagi laluan kat ambulance tu, dia pulak berlagak ala2 ambulance kemain laju nak cilok.. Gggrrrrr!!!! aku perati je perangai ko Bedah!! nak tengok sejauh mana ko nak pegi!!.. Aleh2 lepas je ambulance tu dah lepas dari zon jammed yang nak meninggal tu & kawasan sekolah, aku tengok si Bedah tu berenti depan sekolah tu je hokeyyy!! 

Choyyy tadi ko baekkk punya nak laju, tak sabar2 nak redah jammed, bawak kereta dah macam orang giler yang tak tahan nak berak cirit gamaknya, tup-tup ko berenti depan tu ajos!!! kau dah kenapa?? GGGrrrrrr.. tension aku!!! *dush dush dush hentak kepala kat stering kereta*

****************************************

Ni pulak kisah kedua, minggu lepas, lepas aku hantar Khairine ke sekolah, otw nak hantar danish pulak. Sampai je satu simpang, keluar pulak motor yang dibawa laju. Phewwwww

OPOCOTTTTT!! tanjat akak!! *dalam hati ni sumpah seranah kat orang yang bawa moto tu* aku cuba pecut nak dekat dengan moto tu, rupa2nya budak sekolah yang bawak!! nak je aku gelek dia dengan tayar kereta aku!! dah lah buat aku terkejut, lagi nak eksyen2 ngan aku, mentang2 ko bawak moto pegi sekolah kannn???!!!! pastu nak berlagak poyoss ngan aku.. puiiii

Kau jangan nak berlagak sangat eh budak sekolah!!! umur baru nak hidup kat muka bumi ni, ko dah berlagak nak bawa moto vroooomm sana, vroooom sini pepagi buta. Sekali dah berdentum pagi2 hari, itu jam ko baru ada akai!!! apa pun tak dapek tahu dak???!! 

Poyo betui lah budak2 sekolah sekarang ni, entah ada lesen ke tidak (bagi yang dah berumur 16 & 17tahun) pagi2 hari dah rembat moto bapak bawak gi sekolah, konon dah cukup macho lah tu pegi sekolah bawak moto????? tuihhhhhh... hingat sket ek!! kalau apa2 jadi pagi tu, apa pun ko tak dapat tahu tidak???!!!!!! Huhhh *hangin seluruh badan*
Read More

Friday, March 1, 2013

Crab Flavored Filament Chips

Mungkin ada yang dah tau/ dah pernah makan snack ni, tapi aku baru tau (sangat ketinggalan zaman). Aritu masa balik kampung SIL suruh test makan..  

Hurmm macam ada rasa seafood, bila aku belek2 tengok apakah benda yang SIL suruh try makan ni??? Oooo rupa2nya crab stick yang dicarik2 lepas tu goreng jadi chips. Not bad juga. Sedap wehh.

SIL cakap, chip ni selalunya orang cina selalu buat, especially time CNY.  Semalam try buat kat rumah. Jadi ko! =)


5 step mudah untuk penyediaan (cara aku)

1. Crab Stick - any brand - aku guna chap tesco je Bedah! muroh;
2. Rendamkan dalam air sekejap bagi lembut - senang nak strip nanti;
3. Unroll filament stick tadi & cut into strips - ikut suka nak berapa inch ketebalan/ 
    kenipisan strips tu;
4. Deep fry them in hot oil under medium heat, dalam 7-10minit *ini pun ikut suka nak      
    goreng lama/ tidak;
    **aku suka goreng sampai kekuningan, garing, bila makan rasa dia so crunchy**
5. Place them on paper towels to take away excess oil, then siap & store them in air tight  
    containers, supaya tak masuk angin..

Yang hanget legam ni kerja Nizam...
kononnya nak jadi Master Chef, apa yang jadi???!! Mister Chep ala2 Ajwan Ali :p

Senang je nak buat kann.. bahan pun senang nak dapat. anytime & anywhere je boleh makan. Kalau bawa pegi tengok wayang pun boleh, ye dak?? dah save kat situ! tak payah ko nak beli pop corn :D 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah