Tuesday, August 30, 2016

Khairine Dah Besar

Anak siapa dah masuk umur 12 tahun? sila angkat tangan sekarang! Ok turun tangan.. hehehe. Saja je Kak Zaza nak tanya sebab anak Kak Zaza dah masuk umur 12 tahun tahun ni. Omaigod! doblas tahun dah kau nak?! kenapa cepat nau masa berlalu? adakah masa sangat mencemburi Kak Zaza? belum puas lagi rasanya bergurau senda dengan dia masa kecik-kecik dulu.. especially masa dia baby.. rindu bau baby.. huhuhu. Macam-macam perasaan ada sekarang ni.. tak tau nak sedih ke nak melompat kegembiraan bila anak dah semakin meningkat usia, secara tak langsung juga Kak Zaza semakin lanjut usia. Ok Fine! *matakeatas*

27 June 2004 - 27 June 2016 genap umur budak ni 12 tahun.

Lepas seminggu birthday Khairine, baru pergi buat IC dia. Kitorang pegi kat UTC Keramat. Kemain cepat service dia tak sempat nak panas bontot dia dah panggil. Kak Zaza & Bang Nizam siap apply cuti kau tau? punya lah teruja anak nak buat IC.. hahaha. Sambil tu Bang Nizam nak tukar IC buruk dia yang dah lunyai dimamah usia kepada IC yang baru. Tujuan Kak Zaza apply cuti plak sebab nak abadikan kenangan sekali seumur hidup ni depan mata sendiri.. plus boleh update cerita ni dalam blog. Rugi rasanya kalau tak ada kenangan sekali seumur hidup macam ni bersama anak. Dan ofcoz lah as a parents, kita kena bawak anak pergi sana. Nanti siapa pulak nak sign application form dia. 

Korang yang mana baru nak apply IC anak2 yg umur doblas tahun tu jangan lupa bawak surat beranak anak kau tu. Diulangi.. SILA BAWA SURAT BERANAK ANAK KAU! kenapa Kak Zaza tulis besar2 kat situ? sebab masa sampai UTC Keramat, tengah isi borang baru tersedar yang surat beranak Khairine aku terlupa bawak. Kau rasa??? macam nak menjerit satu Keramat Mall time tu.. padahal salah diri sendiri nih..hahaha. Bang Nizam dah ushar keras je time tu.. Takut Kak Zaza dibuatnya.. Terus belanja dia makan chopati kat bawah mall.. Hahaha. Lepas makan terpaksa balik rumah semula.. pastu datang balik UTC Keramat. Oh itu semua kenangan. Biar dia abadi dalam penulisan aku kat sini sebelum aku nyanyok tak ingat apa yang terjadi haritu.. hahaha.

Ini lah dia budak umur doblas tahun tu. 

 Haritu masa nak buat pengesahan cop jari, mesin tu tak boleh detect ibu jari kanan dia. Nak tau kenapa? itu lah kesan dari dia hisap jari masa kecik dulu. Dari umur dia dalam pantang sampai darjah 3 baru dia berenti hisap jari.. tu yang sekarang ni bila bergambar dia suka senyum kemut-kemut. Bila aku marah suruh dia senyum betul2, dia marah aku balik. Oh mummy paham.. sebab Khairine nak sorok gigi kan?? hahaha. 

Sekarang ni sibuk merengek nak pakai braces. Aku ada check kat klinik. Doc cakap umur-umur dia sekarang ni tak boleh lagi pakai braces sebab gigi dia apatah doc cakap hari tu. Doc advice lepas umur 17 tahun baru sesuai kalau nak pakai. Ok sempatlah mak kumpul duit dari sekarang buat pagar besi untuk kau ya nak!

Dari sisi macam ni nampak macam muka aku pulak dah. Eh kata anak beranak.. iras-iras tu mesti lah ada ;P Masa ni aku curi2 ambik gambar. Karang menyebok berdiri dalam bilik kecik tu termasuk pulak gambar lengan aku yang besar ni dalam gambar IC anak aku.. hahaha.

Aku ada gambar nak tunjuk kat korang ni. Tapi janji jangan gelak tau.. Janji ok!! 

Omaigod! nervous pulak kita.. hahaha.

Ya Allah kenapa teruk sangat muka kau lepas bersalin Zaza oiii? Badan gemok membadak! hahaha. Rindunya budak ni masa kecik.. rasa macam nak ada baby je.. ehemmm (jeling Bang Nizam) ;P

Ok tu je gambar yang Kak Zaza boleh share.. karang share banyak-banyak korang tak berenti gelakkan aku yang dah serupa maid filipina.. cantik lagi maid indon aku.. hahaha.


Read More

Friday, August 26, 2016

Pasar Online

Rasanya dekat setahun lebih juga aku merempuh pasar pudu tiap2 minggu, kadang2 dua minggu sekali, tiga minggu sekali atau sebulan sekali.. eh mana satu kau ni Jah? Maksud kak Zaza dalam tempoh setahun lebih tu kadang aku pergi tiap2 minggu, kadang dua minggu sekali kadang sebulan skali, ha macam tu lah kaedahnya.. kalau tak paham jugak kau baca lah berulang-ulang kali.

Zaman hitech sekarang ni, pasar pun dah online. Semua benda boleh beli online. Tak kiralah apa jenis benda pun. Kadang aku tengok ada juga benda yang tak munasabah diorang boleh buat jual dalam online. Tak kisahlah.. dah itu cara diorang nak cari makan.. kita doakan je untuk diorang supaya dimurahkan rejeki.


Ini barang yang Kak Zaza maksudkan. Beli barang dapur basah secara online.


Haritu borak dengan mak, mak aku terkejut nok! dia cakap biar betul ikan, udang, sotong daging semua ada jual online. Ya lah mak.. zaman dah canggih. Apa je yang tak ada jual sekarang ni.. spender prelove pun dah ada jual online mak oiiii.. hahaha.


Haritu aku order pakej J2 harga RM60 + RM15 caj penghantaran. Worth ke tidak? kalau kau tanya aku, aku tak kira apa dah.. janji aku tak payah bersesak-sesak lagi dalam pasar.

Korang kalau yang bangsa pemalas-pemalas macam perangai Kak Zaza tu boleh beli je barang2 basah ni secara online. Jangan takut kalau laki ko marah.. cakap je kat laki ko.. ini zaman moden.. tak perlu nak berpenat lagi redah pasar & nak bersihkan semua binatang2 ni kat dapur.. berani ke nak cakap macam tu kat laki ko? hahaha.

 Barang yang sampai ni semua dah siap basuh. Diorang akan hantar betul2 kat depan muka pintu rumah korang.. apa ko nak lagi? malas jugak? bila dah dapat je barang tu nanti, ko transfer je dalam bekas,susun elok2 dalam freezer. Nak masak nanti korang basuh atau bilas sikit2 & selawat. Kalau tak confident sangat, kau basuh balik bersih2 pakai sabun cuci lantai.

Nak tau Kak Zaza beli kat pasar online mana?? nah tengok kat fb diorang Barang Dapur Basah

Selamat bershopping ;)
Read More

Thursday, August 25, 2016

'Tookar' Merevolusikan Pengalaman Membeli Kereta Secara Online

Canggihnya zaman teknologi sekarang. Kalau dulu, kita harus menapak dari satu showroon ke satu showroom untuk bertanyakan bermacam-macam soalan kepada penjual hanya semata-mata ingin memuaskan hati sendiri sebelum beli kereta, sekarang tak perlu bersusah payah lagi untuk urusan pembelian kereta.


Ada ke angan-angan nak beli kereta baru? atau nak tukar kereta lama kepada kereta baru? kalau ada, korang boleh membuat urusan menerusi TOOKAR ini adalah platform baru untuk memudahkan pembeli untuk membeli kereta secara atas talian. Ianya baru dilancarkan pada 22 Ogos 2016. Ini adalah yang pertama di rantau ASEAN. Gabungan diantara pengedar, penjual dan juga pembeli adalah sangat mudah untuk mereka yang inginkan sesuatu cara yang urban dengan adanya teknologi canggih dibawah satu bumbung.


Name Your Price
Dilaman web Tookar, pembeli boleh menyatakan bajet & model untuk pembelian sesebuah kereta. Bila dah finalize dengan pemilihan hati, pembeli boleh berurusan terus bersama wakil jualan. Wakil jualan sendiri akan menghubungi pembeli untuk urusan selanjutnya. Mudah sangat berurusan dengan Tookar. Selamat, jimat masa, tenaga dan wang ringgit. 

Pelbagai pilihan jenama kereta

Voucher Percuma Dari Lazada
Sempena bulan kemerdekaan negara yang ke-59, dari tempoh 22 Ogos 2016 hingga 16 September 2016 voucher percuma bernilai RM300 akan diberikan kepada pembeli bersama kereta pilihan yang akan dihantar terus kepada pelanggan. Tak nak ke uoll? kereta baru dapat, voucher RM300 pun dapat. Sangat berbaloi-baloi :)




Bergambar kenangan bersama Dato' Wei Chuan Beng, Pengasas Bersama TOOKAR.

Kepada bakal-bakal pembeli kereta baru & pembaca blog zazaabdullatif.blogspot.com yang telah confirm membeli kereta baru menerusi Tookar, anda boleh menebus hadiah beg percuma samada handbag/ backpack/ travel bag yang bernilai RM100+


Gunakan promo code SL1K96MC untuk menebus hadiah anda. Ianya sah sehingga 31 Disember 2017

Untuk maklumat lanjut layari:
Laman web : www.tookar.my
Read More

Monday, August 22, 2016

Come Back

Assalamualaikum.

Wow! come back sangat tajuk kau Jah! ayat ala2 artis yang baru lepas bercerai lepas tu buat come back kat tv.. hahaha. Ada yang merindui kita tak?? Tak rindu? Hmm kejam kau Bedah! Jangan nak terkejut sangat bila Kak Zaza muncul semula dalam blog.. Kak Zaza lenyap dalam dunia blog je.. kat media social lain Kak Zaza masih aktif, sebab kalau kat kat FB & IG, tak ambik masa lama untuk nak create cerita. Aku carut je apa2 caption, lepas tu post. Kalau dalam blog ni aku suka ambik masa yang lama sikit untuk cari idea untuk carutkan sesebuah cerita.. hehehe. Rindu weh nak berblog setelah sekian lama (beberapa bulan je) aku langsung tak update apa2. Bila tengok kengkawan lain update blog & share link kat fb, rasa sakit hati sangat. Cerita pasal pegi Langkawi bulan April haritu pun tak tersambung lagi. Aku rasa baru cerita part intro je kot.. lepas tu terus terbengkalai.. hahahaha. Bukan apa, peluang aku nak update blog sangat terhad disebabkan kerja2 kat office plus adalah beberapa masalah lain yang tak dapat nak dibendung.. tu yang terbengkalai sekejap blog ni. Lepastu kerja aku ni tak menentu, maklumlah kuli kannnn.. kadang ada kerja luar, lepas tu kalau dok dalam office pulak ada je benda nak buat & kejar deadline Bila kat rumah dah nak melayan family pulak.. hati ni meronta-ronta nak log in blog, nak update macam2 cerita.. tu yang tak sempat nak berblog macam dulu.

Start harini Kak Zaza muncul semula dengan cerita2 merapu yang bakal dipublishkan nanti. Banyak cerita & gambar2 yang aku tak tayang lagi kat blog ni.. Jangan korang sakit jiwa pulak ya kalau baca nanti.. aku ni penulisan tak lah hebat nau nau.. untuk cerita based on pengalaman, InshaAllah boleh lah aku kelentong korang sikit2 hahahaha.


Harap lepas ni aku boleh consistent dalam dunia blog balik. Sayang dowh blog aku ni.. macam2 cerita dah aku up dalam ni. So mana2 kengkawan alam maya aku yang sebelum ni selalu BW atau tegur aku kat blog, ig atau fb.. please welcome me back ya.. terima kasih juga sebab korang selalu tanya aku bila Zaza nak update blog? Kenapa dah lama tak tulis blog.. ni akak datang ni.. meh comolot sket.. muahhhhh hahahaha.. eh macam DS Vida tak? (sambil muncung2kan bibir) ;P


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah