Saturday, June 28, 2014

Kuih Koci Comel

Comel kew? hahaha.. aku cukup menyampah budak2 sekarang ni suka ubah2 spelling yang ada belakang tambah2 W macam "yew kew" Eeee rasa nak tumbok je muka diorang.. susah aku nak baca.. simpul2 lidah aku nak menyebutnya. Tapi itu bukan persoalannya dalam entry ni.. aku nak cerita pasal "kuwih kowchi chowmewl".. hahahhaha jadi tak spelling aku macam budak2 poyo sekarang??

Ini caption aku dalam IG haritu.
"Benda yang sedap kita harus bersikap menunjuk-nunjuk.. jangan sorok-sorok #LapAirLiurKatBaju".

Meh Kak Jah tunjuk gambar kuih koci comel tu yer.. ada diantara korang dah tengok gambar kuih koci ni kat IG aku haritu.. Kemain korang sampai craving2 yer.. lagi terok ada yang tanya.. aku ke yang buat kuih koci tu.. dengan ikhlas hati Kak Jah mengaku kuih koci tu bukan Kak Jah yang buat.. kalau Kak Jah yang buat, Kak Jah rasa mau meletop tong gas dapur rumah Kak Jah.. hahaha.


Nampak sedap??? telanailiyur korang cepat2 sebelum meleleh habis basah baju karang.. hahaha. 

Kuih koci ni SIL aku yang buat. Tiba2 teringin nak makan kuih koci yang SIL buat.. kalau nak beli boleh je.. tapi sekarang punya kuih kat kedai bukannya sedap mana pun.. mahal, kecik.. lagi kejam tak sedap langsung. Kebetulan SIL buat kuih koci haritu sebab ada orang tempah.. sooooooo dikesempatan itu Kak Jah pun bungkuslah lapan bijik bawak balik.. hehehe.

Ini lempeng pisang. Ahad lepas aku pergi breakfast berdua2an dengan Nizam dekat food court Taman Maluri sebelum ke Pasar Pudu (Kak Jah dating & shopping berdua2an kat Pasar Pudu.. hehe).. 

Pasar okeh.. pasar!! bukan supermarket.. kau boleh? ;P

Haritu jugak Nizam mengidam nak makan putu mayam.. eh dah macam mengandung anak sulung pulak Abang Jebat aku tu.. hahaha. Tak sempat ambik gambar putu mayam.. selalu elok je sebelum makan dia tolak pinggan makanan depan aku suruh ambik gambar.. haritu tak ada pulak dia tolak pinggan putu mayam kat aku.. betul punya mengidam Abang Jebat Kak Jah tu.. hahaha.
Read More

Friday, June 27, 2014

HAPPY 10th BIRTHDAY KHAIRINE

If there anything more beautiful in this world than a lily in bloom or drops of rain falling on your face, it is the birth of a daughter. On your BIRTHDAY dear daughter, we're experiencing that beauty all over again. 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU KHAIRINE ADRINA.. 





















Mummy & Babah doakan Khairine jadi anak yang solehah dan menjadi kebanggan Mummy & Babah.. WE LOVE YOU.
Read More

Tuesday, June 24, 2014

PENGOTOR!

  • Jauhi sifat pengotor
  • Jangan bersepah dan bersikap pengotor
  • Dah minum air kotak, buang dalam tong sampah
  • Dah makan, sila cuci pinggan
  • Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor
  • Dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah
  • Dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya
  • Dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal
  • DAH BUANG AIR BESAR ATAU KECIL SILA FLUSH.
  • Dan lain-lain..

Rasulullah S.A.W didik kita untuk menjadi ummat pembersih dan menjadi contoh kepada bukan Islam. 

********************************************************************************************

Sebagai manusia, mana ada orang yang sukakan kekotoran kan? apatah lagi menjadi seorang yang pengotor.. Yarkkk geli okeh.. even kalau kita tak perasan taik hidung kita terkeluar pun aku rasa dah malu seumur hidup kalau ada orang tegur.

Jadinya, sifat2 pengotor tu ada banyak dan ada pelbagai aspek. Korang paham2 sendiri lah yer. Ok mari baca apa cerita yang nak di'carut'kan oleh Kak Jah.

Baru2 ni aku lepak kat satu kedai ni. Kalau tengok dari luar restoran tu tak lah GAH sangat pun. Cuma kalau kita tengok dari tepi jalan kedai ni boleh dikategorikan sebagai kedai baru bukak. Environment pun memang nampak fresh dan baru je lagi.

Macam biasalah kalau lepak kedai mesti nak makan dan minum kannn.. Bila dah makan dan minum mesti mau borak panjang2 kannnn?? bila dah borak panjang2 pulak mula lah rasa nak terkencing kannnn??? bila dah rasa nak terkencing mestilah nak carik toilet kan?? Bila nampak sign TOILET aku pun terus meluru ke belakang kedai untuk ke toilet (macam ayat novel sangat.. hehehe).

Bukak pintu toilet tengok... 

YA AMPUNNNNN.. 

RASA GELAP DUNIA NI BILA AKU TERNAMPAK TAIK CAIR DALAM BOWL TOILET YANG DITINGGKALKAN!!!!! 

WHAT THE FISH!!!!! 

Dalam hati aku masa tu bersumpah seranah kat tuan empunya taik tu.. suwey betul!! ni tengah dok menaip ni pun naik kembang tekak aku nak muntah bila terbayang..phuihhhhhh


Kau tengok lah perangai orang2 yang tak bertamadun sekarang ni Bedah oiiii.. tak ada rasa tanggungjawab langsung.. kot yer pun tak tahan nak tercirit, janganlah sampai kau tinggalkan taik cirit kau tu kat dalam bowl.. kau tau tak orang lain pun akan guna toilet yang sama nanti?? kejam betul!

Kepada pengusaha2 kedai.. tolonglah jaga kebersihan.. kalau kedai kau dari depan nampak begitu GAH ala2 setarap hotel lapanblas bintang pun tak guna kalau toilet kedai kau kotor.

Sama jugak kalau orang datang rumah kita.. orang kata kalau nak tau orang tu pembersih ke pengotor, cuba tengok toilet rumah dia.. bersih ke tidak.

Engkauorang jangan lah sesekali buat perangai macam tu.. mendatangkan dosa orang je. Kalau dah guna atau menumpang toilet kedai/ station minyak jangan sesekali korang tinggalkan bahan buangan korang yer. Yang tuan kedai tu pun satu.. tak kan lah tak ada pekerja yang rotate untuk bersihkan toilet kedai kau.. Even station minyak pun ada pekerja yang rotate bersihkan toilet. Ini kan pulak kedai baru bukak.. Choyyyy sangat.

Identiti kedai terpaksa dirahsiakan.. takut nanti orang kata aku nak sabotaj pulak.


kbai (buat muka bengis)
Read More

Friday, June 20, 2014

Kek Batik

Dah lama sebenarnya permintaan dari Nizam suruh aku buat kek batik. Korang tau kan aku selalu kata aku ni dah tua ganyut.. Hah soheh-soheh lah Kak Jah dah tua ganyut.. Boleh pulak lupa nak buat. Nizam ni jenis yang tak suka cakap banyak kali.. kalau sekali dua dia cakap dia assumed aku dah boleh paham dan ingat. Tapi sayangnya.. tanggapan mu salah wahai Abang Jebat!.. muahahahha.

Ini bukan kali pertama aku buat. Aku rasa dah lebih sepuluh kali kot aku buat kek batik ni..amboi cerita tak nak kalah kau Jah.. hehehehe.. eh betul lah dik.. akak tak tipu.. :D 

Semalam lepas baca blog LieyaLatif berBBQ weekend lepas dengan family dia, terus aku whatsapp Nizam.. 

Zaza : "Bie kalau dapat BBQ weekend ni best kan" 
Nizam : "Kalau dapat kek batik lagi best kan"
(Pffffttttt.. terkono mokcik.. terus tutup muka dengan kain burok hukhukhuk)
Zaza : "Ok lah balik kerja ni kita pergi supermarket carik barang yer".. 

Lepas tu dia terus senyap tak reply whatsapp aku.. Nampak tak tahap pemalas dia macam mana?? dengan harapan dia tak reply kononnya dia tak payah teman aku pergi beli barang lah??!! you silap Bie.. I lagi bijak dari you.. hahahaOooo makan you nak eh.. teman I pergi beli barang tak nak eh??!!! Ggggrrr gigit telinga karang baru tau.. 

Hehehe. Gurau2 je Bie.. don't take it serious okeh :) Padahal takut gak ni.. karang dia baca blog aku.. balik rumah dia ketok kepala aku dengan lesung batu.. mampos aku hahaha.. *PeaceYow* :D


Terhasil lah malam tadi atas bantuan Abang Jebat ku.. hahahaha.

Nizam kata kenapa I tengok ada orang buat biskut dia tersusun rata je.. kenapa you punya celoreng2.. Eh biskut batik memang lah celoreng2 kann?? hahaha (kaber line sangat Kak Jah).

 Rupa memang burok.. dia punya rasa tak berapa sedap. hahaha. 

Tu yang aku pelik.. ini bukan 1st time aku buat.. everytime buat mesti lain2 rasa.. aku rasa ada sekali je aku buat menjadi.. itu pun masa 1st time buat. 

Cerita semalam kat dapur sampai berpeluh2 aku.. habis semua peluh jantan betina keluar hadap periuk.. dah macam kacau rendang sekawah buat tempahan raya kaedahnya.. hahaha. Siap panggil Nizam tolong lagi.. "Bie meh sini tolong I kacaukan coklat ni kejap.. sementara I nak masukkan biskut dalam periuk ni" tak banyak cakap terus tolong kacau.

Skali masa kacau2 coklat aku tengok campuran coklat & butter berair pulak.. terus panic menggelabah tak tentu pasal.. #LapPeluhKatLenganBaju yang si Nizam cakap "Cuba you buang air tu" tak cerita banyak aku angkat periuk panas tu terus curah air dalam coklat tu dalam sinki.. pandai kan??!!

Hasilnya???

-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


Kau mampu buat kek batik keras macam ni?? siap boleh pacak pisau okeh!!.. kau boleh buat?? hahahahhahaha. Nasib baik aku tak lempar kat dinding semalam.. kalau tidak mau runtuh rumah.. keras nak mati.. 

Nak jaga hati bini punya pasal Nizam makan jugak. Terima kasih banyak2 Bie.. sedap kannn?? hahahahahaha.
Read More

Monday, June 16, 2014

HAPPY FATHERS DAY

Menitik air mata pagi tadi terkenangkan arwah ayah. Semalam kan Father Day.. Semalam aku ada post gambar & wish untuk Arwah ayah.. pagi ni bila bukak notification yang kawan2 aku comment, terus rasa sebak. Selain dari Nizam, siapa lagi hero dihati ku kalau bukan Arwah Ayah aku. Happy Fathers Day Ayah.. rindunya nak dengar suara Ayah =(

Walaupun terlambat satu hari, aku tetap nak wish jugak.. 

Harini aku nak ucapkan HAPPY FATHER DAY Bie.. Ahmad Nizam Bin Md Jali a.k.a suami Kak Jah yang skinny.. hehehe.

Untuk Arwah Ayah.. SELAMAT HARI AYAH.. AL-FATIHAH
Read More

Friday, June 13, 2014

RSMY Best Cheese Naan Danau Kota

Amboi semalam pergi harini dah update.. kemain gelojoh Kak Jah yer.. hehehe. Padahal entry A'Famosa tak siap lagi tu.. Ok itu kita tolak tepi kejap. Sementara tengah fresh ni mari baca apa yang Kak Jah nak cerita. Ehemmm *batukpulak* :p

Al-kisahnya semalam.. kan cuti sekolah ni, anak2 & mak aku tak ada kat rumah.. diorang lepak rumah kakak aku.. ha itu tak ada kena mengena dengan RSMY Best Cheese Naan yer.. aku cuma nak bagi tau yang aku pergi makan Naan Cheese ni berdua2an je dengan Nizam.. auuuww terus throwback zaman bercinta dulu selalu keluar berdua2an memalam.. hehehehe. Bila dah tinggal dua, memang aku tak masak lah balik kerja. Buat haper bazir masak kalau setakat perut aku dengan perut Nizam je nak makan. So decided malam semalam kita pergi makan naan cheese ajo sudah. periuk belanga kuali kat rumah semua kita kasi gantung =)

Sebelum ni ada lah tigapat kali aku makan RSMY naan cheese ni dekat Medan Tuanku.. nun kat tengah2 Kolumpor sana. Baru2 ni Chekgu Azrine ada up entry RSMY dah bukak branch (wah branch terus.. hahaha) dekat Setapak. Terus PM Rine dekat fb tanya direction kedai tu. Punya lah sengal.. rupa2nya jalan yang Rine cakap tu memang pernah aku lalu.. means tak payah lah aku guna waze ke apa ke untuk carik tempat tu. Fine! nway thx Rine.. jasa mu dikenang.. nanti kita lepak sama2 yeh.. bak kata Rine dekat gambar naan cheese yang aku post semalam kat fb "ajak Julia sekali" hah!! baca ni Julia.. you kalau tak nak join kamiorang u siap yer.. ai kutil2 kening you nanti.. muahahaha.. agak2 Julia takut tak?? pfffttt ;P

Gluppp mukadimah je dah berkilometer.. cerita tak start lagi ni.. hahahaha.. ok mari sambung baca cerita Kak Jah..

RSMY Danau Kota

Senang je nak bagi direction. Bekalang Columbia Hospital, sebelah dengan NZ Curry House. Siapa yang familia area Danau Kota pasti tau. Atau susah2 sangat kau waze je.

Malam tadi duduk kat meja luar. Aku ajak Nizam duduk dalam nanti senang aku boleh giler ambik gambar. last2 duduk luar jugak. Kejam betul laki Kak Jah tu.. huhu. Time ambik gambar sign ni pun aku hengsot kerusi kebelakang semata2 nak snap ngam2 signboard ni.. hahaha.. tah apa2 tah kan.. baru aku percaya sekarang siapa2 yang ada blog memang giler ambik gambar.. betul tak Kiah??

 Cheese Naan yang super banyak cheese dia.. kunyah sambil menangis.. hahaha

Garlic butter naan

Tak order kuah Keema sebab takut tak habis makan berdua harga sepinggan dah RM10.. sayang kalau tak habis.. order ayam ni je RM5 seketoi =) Next time kalau datang bawak budak2 boleh order Keema.

Dua pinggan tanda makan berdua.. Auwww gedix sangat perangai kau Jah!.. hehehehe.

Memandangkan duduk kat luar dan ditepi jalan, kegilaan nak ambik gambar agak terbatas yer.. sebab aiolls malu nanti orang tengok2 macam Kak Jah ni jakun pulak.. next time nak duduk kat dalam.

Nak kata Kak Jah selekeh lah tu kann?? kau tak payah renung muka aku.. kau tengok je cheese naan yang tangan aku. Rupa aku tu memang dah selekeh sebab baru balik kerja *harapinialasankukuh* hahaha.
 Sayang lah tak dapat ambik gambar macam orang lain.. orang lain aku tengok ambik gambar dengan naan cheese kemain tarik2 lagi.. aku tarik sikit je lah. (kau tunggu aku repeat lagi nanti) hehehe. 

Nizam sampai nak muntah layan aku.. asal pergi makan je dia mesti akan tolak semua pinggan makanan kat aku.. hahaha dah paham sangat perangai aku kalau ambik gambar bukan sikit2.. sampai dia nak makan pun tak tenteram dibuatnya.

Kalau ada IG, korang ambik gambar tak kisah lah macam mana cara/ gaya sekali pun, korang tag @rsmy_ lepastu jangan lupa hashtag skali #rsmybestcheesenaan nanti admin IG rsmy akan komen.. macam dekat IG Kak Jah tu.. hehe.
Read More

Tuesday, June 10, 2014

Kebaya Nyonya Untuk Baju Raya 2014

Hari senin 2June haritu kan aku cuti. Alang2 dah cuti sekolah saja lah aku apply sehari cuti.. Itu pun Sang suami yang paksa suruh ambik cuti.. tau2 je dalam diam dah plan.. dah plan ok lagi.. ini dah siap booking sekali. Suka buat tanjat2 tau! terus sesak napas Kak Jah.

Tujuan ke Melaka selain dari mandi2 sebenarnya Nizam kena pergi branch CIMB kat Melaka.. dia ada kerja nak kena settlekan. Lepas dia habis kerja tengahari dan sebelum bertolak balik Kolumpor kitorang jalan2 dulu kejap. Dan tujuan aku pulak nak mencari baju kebaya nyonya untuk raya tahun ni. Amboi Kak Jah feeling ratu kebaya sangat nak pakai kebaya raya tahun ni.. hahaha. 

Chantek kann?? terus berangan kot2 sempena nak raya sok badan Kak Jah bertukar macam cutting badan patung tu.. muahahaha. Semenjak dah tua ganyut ni lagi2 badan dah gemok aku takut nak pakai kebaya.. karang orang nampak badan Kak Jah macam balut nangka busuk pulak.. hahaha sadis!

Tahun ni aku sedondon & sepasang dengan baju Khairine. Nizam & Danish punya baju raya carik kemudian.. orang lelaki jenis tak kisah.. last minit pun boleh cari.. silap2 malam raya nanti baru cari kat Jalan TAR.. hahaha. Lain dengan orang pompuan.. suka benda2 yang complicated. 

Kebaja biru untuk budak kecik tu sebenarnya tuan kedai baru replace. Masa sampai depan kedai ni aku dah jatuh cinta dengan baju yang anak patung tu pakai. Terus aku suruh tuan kedai tu cabut dari patung.. terus berkenan.. terus suruh Khairine cuba.. terus beli.. hahahaha.

Haritu aku ada survey duatiga kedai. To get the best price, berpusing2 aku kat sana. Mula2 jalan kat area jonker walk. Dalam pada round2 terus masuk Jalan Laksamana (kat bangunan merah area Hard Rock Melaka). Aleh2 Nizam turunkan aku kat area depan kedai ni. Dia nak carik parking katanya. hurmm sampai sudah dia tak dapat parking. Yang meneman aku masa tu Khairine & Danish je. Ko rasa memang Nizam tak dapat parking ke atau dia malas nak teman aku?? dia dah tau.. aku kalau pilih barang mesti kekwat.. tigapat jam pun aku boleh bertahan hanya kerana nak puaskan hati sebelum membeli.

Mari aku tunjuk sikit situasi kat kedai ni yer.. Kalau ikutkan semua aku berkenan.. nak beli semua tak mampu lah Kak Jah dik non.. tengok lah kot2 Kak Jah boleh jadi reseller ke.. kena discuss dulu dengan owner kedai ni.












Dah tengok??? rambang mata?? kalau tak boleh tahan dengan design2 yang ada kat kedai ni, korang boleh pergi beli kat kedai ni.. aku dah survey banyak kedai hari tu.. ternyata kat kedai ni je yang harga dia agak murah nak arwah.. laju je aku capai mana yang berkenan. 


Ni kedai dia.. kalau korang pergi Melaka, berangan-rangan nak beli kebaya nyonya korang pegi kedai ni.. Murah sangat2 harga dia.. Banding dengan kedai lain yang aku dah masuk. Lagi pun kedai ni kedai borong, at the same time dia boleh beli satu2.. beli satu2 pun harga murah apatah lagi kalau beli borong. Haritu aku tengok banyak bungkusan yang dah siap dia letak one side.. kata owner tu semua dah ready nak ship to Sarawak.. tengok!! sampai ke Sarawak dia pasarkan baju2 dia.

Owner kedai ni orang pakistan.. kemain peramah & friendly sangat.. ye lah kalau tak friendly sapa nak datang kedai kau kann.. hehehe.

Tikam sangat nama kau bang.. nasib baik dia tak tikam Kak Jah haritu.. hehehe.


Hari tu selesai bayar untuk dua pasang baju aku tak bawak balik lagi baju sebab nak alter.. kononnya perasan pinggang kerengga lah nak kasi kecik sikit tang pinggang.. muahahaha.. silap2 karang lepas alter ketat tang perut.. mampos ketat bila duduk.. berbonjol-bonjol lemak perut terkeluar.. hahahaha. Tapi haritu measurement dah ukur baek. Aku rasa setakat harini dah siap kot baju aku ngan Khairine agaknya. Kan tak pasal2 kena repeat gi Melaka hanya semata2 nak pergi ambik baju je.. hahaha. Pandai sangat kepala otak Kak Jah. Nasib baik Melaka je.. kalau jauh sampai ke Wang Kelian sapa nak jawab??? jauh giler okeh!! hahahaha.

Korang nak tengok ke baju aku dengan Khairine?? Ok ai tunjuk sipi2 je keh ;))



Ini baju Khairine.. Raya sok korang boleh tengok gambar yang betul. Wah retis sangat perangai Kak Jah nak hiding2 kenn?? kikiki.

Tema hijau tahun ni.. tak kisah lah pecah rahsia ke bocor rahsia ke apa tema tahun ni.. janji Kak Jah nak share jugak review ni.


 Sipi2 je.. 

Sipi tak sipi lah.. janji Kak Jah tak tunjuk actual munga-munga baju ni.. hehehe.

Ok itu sajo yang Kak Jah nak share.. masih bertangguh entry A'Famosa Water World yang kitorang pergi haritu.. bila nak siapnya entah lah....

Ok daaa see you :))
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah