Tuesday, March 26, 2019

Food Truck @ Pandan Indah

Bersebelahan dengan Padang MPAJ. Opposite Balai Bomba Pandan Indah, if dari MRR2 masuk junction nak ke Menara MPAJ, food truck ni sebelah kiri.. tepi jalan je.. which is sebelum Pantai Hospital. I tak tau nak tulis & describe macam mana. Kalau korang tau Steven Corner, senang la korang nak cari tempat ni.  Senang cakap.. kalau bulan Puasa, ini la tapak PARAM Pandan Indah.

Eh! beria pulak ahkak explain panjang-panjang.. pepandai la korang cari sendiri! 😅

Setakat entry ni ditulis, i dah pergi dua kali ke Food Truck tu. Tu pun TERlalu.. lalu TERjumpa. Kebetulan lalu situ sekali ternampak "ehh ada food truck la kat sini". Comel je sebab ada few trucks je kat situ. tak silap ada 8 ke 10 trucks je. Choice of foods ada la jugak. Ok la untuk korang yang nak makan tapi nak berkonsepkan on the go.

Since dah pergi few times, i tanamkan cerita & gambar pasal makan ni kat sini supaya tak next time boleh refer sini. Tapi Kadang bila blur tak tau nak makan kat mana, tempat ni jugak yang i lupa 😅

Kat sini i pilih makan Spaghetti Chicken Carbonara

Selit gambar dengan anak pompuan sikit kat sini 😊


Spaghetti Carbonara Chicken. Not bad. Sedap.

Food truck Pancake Krabi kat sini & jual muka seketul bersama truck Pancake Krabi


Roti canai Krabi with Nutella & Strawberry 😆

Air Mangga dia pun ok sedap.

Baru-baru ni ada terbaca kat media social, actually harga makanan yang dijual di food truck lagi expensive & sama taraf dengan harga kat kedai. I pun rasa macam tu juga. Tapi kita fikir la juga.. mungkin dengan cost makanan tu diorang kena cover sewa tapak, installment lori, nak rolling modal & etc.

****************************
Sambal Ikan Masin Cili Padi
boleh stalk di IG @zazanizam atau search je #SIMCByZaza
Read More

Monday, March 25, 2019

“Susahnya Ada Fake Friends!”- Paling Cool Nak Layan Si Talam Dua Muka


Korang sedar tak korang ada FAKE friend ? ke korang tak sedar yang sebenarnya korang sendiri pun adalah FAKE FRIEND? hmm tak ngaku lettew 😜

Ye i mengaku.. i pun pernah FAKE dan terpaksa JADI FAKE depan kawan yang ala-ala perangai SO DIVA #MataKeatasTanganKatBahu even now pun i still seorang kawan yang fake. Sebab? ada la beberapa sebab yang tak perlu i cerita kat sini.


Most of the time and right now i dah distance diri i dengan si polan tu.. Ni bukan sebab i nak sangat jadi fake friend. Daripada i jadi fake depan si polan tu, lebih baik i tarik handbreak je. Hati pun tak sakit.

Apa yang perlu uoll buat? nah baca la Cara Paling Cool Nak Layan Si Talam Bermuka-muka 🙈

Image result for fake friends

1. Hadkan perkongsian korang pada ‘fake friends’

Yang paling penting, korang jangan sesekali beritahu apa-apa tentang kejayaan atau rahsia korang. Sebab orang yang talam dua muka ni diorang tak suka kalau korang lebih berjaya daripada dia. Mesti diorang nak cari kesalahan korang supaya diorang boleh menjatuhkan korang dalam diam.
My word: Ye.. Kalau masalah kita, kejayaan atau rahsia kita.. laju dia dia nak tau. Bila dia ada masalah ke ada buat taik ke kalau boleh nak sorok, dia sorok lagi. Simpan tertutup rapat dalam spender!


2. Jujur tentang kesalahan mereka

Korang sebenarnya tak perlu pun nak pendam kesalahan diorang. Kalau diorang ada berbuat salah, korang straight to the point je beritahu kesalahan diorang. Jangan buat diorang rasa macam korang nak elak, chill je okay!
My word: Nak chill macam mana??? ada tu bila i dah jujur, cakap straight to the point, tepek kat muka pun macam tak boleh nak hadam. Bukan i nak kata dia 100% salah/ suruh dengar cakap i, tapi bila dah mintak pendapat i tu, i cakap jujur jujur la.. dah nama pun JUJUR. Lepas tu hujung-hujung kau ngutuk aku pulak kat bf kau.. jahanam sangat perangai! start from that.. gi mampos sama kau!

3. Tak perlu gembirakan mereka

Tak ada gunanya kalau korang cuba nak gembirakan diorang yang talam dua muka ni. Sebab apa? Yela nanti akhirnya diorang bukannya hargai korang pun. Baik korang gembirakan hati sendiri, itu lagi penting!
My word: hahahaha benda ni dah lama i buat. Memang tak ada guna pun nak gembirakan hati manusia macam ni. Bila dia sengsorang tak ada kawan/ bf, terhegeh-hegeh cari kita ajak lepak.. bila dia merendek dengan kawan/ bf dia, muka aku pun dia tak pandang nok! phuiiiii

4. Focus dengan diri sendiri

Korang focus je pada kejayaan korang sendiri. Berusaha lah dengan keras untuk menaikkan diri sendiri. Jangan pula korang bawa sekali dengan si talam dua muka ni. Nak mudah, tinggal je diorang.
My word: tak tak tak.. memang tak bawak sekali. I dah tinggalkan dia jauh-jauh dah. I'm happy with my family, my small business & yang penting, i enjoy my life dengan laki & anak-anak i. Kau hado?!

5. Hati-hati dalam bergaul

Kalau korang bergaul dengan si talam dua muka, korang kena lah behave perangai korang. Nanti entah apa-apa yang diorang buat cerita pasal korang, lepas tu bergossip dengan orang lain.
My word: Kalau boleh tak nak langsung dah jumpa si kuih talam macam-macam muka ni!

6. Berdiam lebih baik daripada berdebat

Kalau boleh korang elakkan berdebat dengan si talam dua muka ni. Kalau diorang tak suka korang, apa-apa yang korang buat atau cakap confirm semua salah. Baik korang iya kan je kalau diorang cakap.
My word: Ni lagi satu.. asal bercerita, semua benda dia tahu, semua benda dia nak up, semua benda dia ada #Nyampah

7. Be ‘nice’

Sembang sopan sangat membantu korang tau nak melayan si talam dua muka ni. Ia boleh mengurangkan perselisihan faham di antara korang berdua. Mana tahu lepas ni tiba-tiba berkawan baik. Eh?! :P
My word: hahahaha will see lah. Tapi kalau ada yang suka melaga-laga tu elok tumbok je mulut dia dengan lesung batu!

Pengajaran untuk i & uoll jugak.. tiberrrrr i terjadi Fake Friend sok, uoll boleh la guna tips ni untuk hadapi perangai Fake i nanti 😂😂😂😂

*****************************************
Sambal Sotong Kering Berlado (Sotong Cumi)
boleh stalk di IG @zazanizam atau search je #SSKBByZaza 
Read More

Tuesday, March 12, 2019

Betul ke Rasa Gemuk Bila Nak Period??

Ye memang betul. Itu apa yang i rasa. Tidak la terpikir nak tanya Uncle Google  ke atau share-share cerita dengan kawan-kawan #TepukDahi Bila terbaca perkongsian dari Dr. Khairul Faizzie, baru la i tekun membaca.. sebab selalu kalau cerita yang ada kaitan dengan hidup sendiri, baru terhegeh-hegeh nak ambil tahu #GelakSambilTutupMulut

I share ni sebab i tanamkan info ni kat sini untuk i boleh gali semula apa yang Doc Faizie share ni.

Fuhhh kalau nak suruh i yang tulis sebijik-sebijik entry ni guna bahasa keDoktoran, memang tak dapek la.. so i C&P je. Mintak halal ye Doc 😅😅😅

Credit : FB Doktor Khairul Faizzie

Jom baca ↓

EDISI HARI WANITA SEDUNIA:  Saya rasa saya jadi gemuk la bila period

Itu luahan patient aku minggu lepas. Dia datang sebab senggugut, dan mengadu badan 'macam gemuk' bila period.

Jawapan nya: Bukan macam, memang gemuk pun. Haha.
Tapi jangan risau, gemuk sikit, bukan banyak.
Dan gemuk nya boleh dibuang cepat, sebab yang menyumbang  kepada gemuk ( tambah berat badan) masa period ialah pengumpulan air dalam badan ( water retention).

Bila dah nak dekat period, hormon estrogen akan memuncak naik. Kesan kenaikan estrogen inilah yang menyebabkan body wanita kumpul air , dan menyebabkan rasa bloated. Kesan estrogen ni akan hilang sebaik sahaja anda period...level estrogen akan turun...dan water retention berkurangan.

Air yang berkumpul tu akan berkumpul di breast, kawasan sekitar abdomen dan hujung2 kaki / tangan. So ini yang buat anda rasa gemuk. Tapi memang bertambah berat pun, berat air. Saintis kata as much as 5 pounds pun boleh.

Tapi awas, kesan ' rasa gemuk' yang mudah hilang ( sebab ia hanya water weight), boleh jadi kekal / susah dihilangkan ( extra berat), jika anda ' melayani craving anda masa period'.

Memang masa period wanita akan ada craving. Ini disebabkan hormon progesterone yg meningkat sebelum period tiba.Hormon progesterone merangsang selera.

Dan seperti yang disebut, bila anda mula je period, level hormon estrogen akan mula menurun...estrogen ni dia pula control rembesan hormon serotonin. So bila level estrogen low, serotonin pun, low. Low serotonin merangsang craving kepada makanan bergula ( carbohydrate)....sebab secara fitrahnya, carbohydrate diperlukan oleh badan untuk menghasilkan serotonin. Perubahan hormon ni yang menyebabkan anda craving nak makan high carb (sugary ) foods macam coklat, icecream...diamalkan setiap kali period, maka jangan terperanjat la memang betul2 jadi gemuk...Haha.

So, cara yang disaran utk atasi craving high carb foods ini ialah banyakkan minum PLAIN water, ambik lean protein...
Memang akan jadi malas / rasa malas nak bersenam bila period, tetapi bersenam at least sedikit masa period membantu buang water retention ( menerusi peluh), dan hormon endorphin yang keluar masa bersenam tu, membantu mengurangkan rasa cramp /period pain.


Kesimpulannya:

- Wanita ini unik. Di beri keistimewaan boleh ada alasan berat badan bertambah, tak macam lelaki...Hahaha.
- Berat naik sebab period.
- Berat naik sebab pregnant.
- Berat naik lepas bersalin.
- Berat naik menyusukan anak.
- Berat naik takde masa nak bersenam sibuk uruskan rumahtangga.
- Berat naik sebab stress masalah kerja / boyfriend so makan utk hilang stress.

Pendek kata: Wanita sentiasa menang & ada alasan utk justify perubahan mereka. Hahaha....
Lelaki jadi gemuk tak leh salahkan hormon. Lelaki boncit teruk sebab kuat minum alcohol. Lelaki gemuk berat badan naik sebab stamina makin hilang kuat hisap rokok lepak mamak. So ada nampak faktor hormon? Takda! Habit kuat minum alcohol, merokok & lepak mamak ( makan makan makan) tu yang bersalah.

**********************************************************
Dah jangan stress sangat. Tak dapat makan dessert masa period, boleh try makan Sambal Ikan Masin Cili Padi by Zaza. pergi stalk IG @zazanizam atau kalau malas nak scroll, boleh follow je Hashtag #SIMCByZaza

Read More

Monday, March 11, 2019

NENDA By Sarimah, Cheras

Asal ada je tempat yang belum pernah try, i mesti akan pergi try. Try apa nok? try pergi makan lerrrr. Especially yang the nearest i.. tak nearest pun kadang i redah jugak 😄

Haritu ternampak kat timeline instagram yang ada sponsored tu. Tengok macam dekat je kalau nak pergi. So weekend bila tah.. i kebetulan nak pergi COD sambals dekat few tempat. Sebelum jalan-jalan COD sambals, nyinggah brunch di Kafe NENSA by Sarimah.


Sampai je macam dah nak tengahari juga la time tu.. rasanya almost 12pm dah kot time tu.

Lepas tu i macam teragak-agak je nak masuk. Confused. Kedai ni buka ke tutup? senyap sunyi je dari luar. Tapi pintu macam open je. Jenguk-jenguk kat dalam, tak ada orang. Try je la masuk.. laaaaa rupanya i first customer haritu 😂😂 punya la tazabar perangai tu.. awal giler kau sampai nok!!! 😂





Masuk je tengok dalam kedai dia macam datang rumah orang kawin pun ada, macam duduk kat kedai zaman dulu-dulu pun ada 😆 tapi i suka je. As long as foods dia sedap & berbaloi.

Duduk je terus selak menu All day special. Macam menarik je. Tak payah fikir nak banyak-banyak choice



Menu ala-cart pun ada. Tapi i malas nak baca sebab dah nampak kat All Day Special tu dah macam menarik je. So i pick from there je.





My verdict :
Ayam penyet sedap 9/10

Masak lemak daging salai  7/10
kenapa i bagi 7 out of 10? sebab i tak biasa makan masak lomak letak buah tomato so gravy dia rasa macam manis sikit. Plus daging salai dia tu ada rasa lembu.. ehh memang la daging tu daging lembu 😅 (i dunno how to describe) daging tu tak rasa pun salai/ smoke.


I bukan nak condemn, tapi i bagi review jujur. At least diorang dapat improve apa yang kurang. Ye dak? Ini pendapat i je. If 1 day or korang yang dah pernah datang makan kat sini dah merasa and u can gift full mark, then ok la. Ini pendapat & pandangan i je.

Apa-apa pun, recommended. Gonna repeat la if i tiberrrrrr teringin nak makan ayam penyet dia yang sedap tu.

Waze:
Nenda by Sarimah

Address:
Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Phone:
017-606 1413

Available at

Business hours:

Monday
11am–12am
Tuesday
11am–12am
Wednesday
11am–12am
Thursday
11am–12am
Friday
11am–12am
Saturday
11am–12am
Sunday
Closed


*******************************************
Sambal Ikan Masin Cili Padi by Zaza
Jangan lupa #SIMCByZaza
Boleh check it out di IG : @zazanizam
Click di Bio IG untuk place order
Read More

Thursday, March 7, 2019

PERCAYA PADA REZEKI

Rata-rata dah tau & kenal dah sambal i (wow rata mana tu?) 😂

Ye.. Sambal Ikan Masin Cili Padi by Zaza (SIMCbyZaza) & Sambal Sotong Kering Berlado by Zaza (SSKBByZaza). Kalau nak kenal sambals i tu, boleh pergi tengok dekat IG i @zazanizam

Nah kasi tunjuk sikit Sambals kita

Buat masa ni dan di entry ni i malas nak cerita macam mana i boleh start jual sambals i tu atau apa-apa sejarah pasal sambals ni.

Kat sini i cuma nak bagi pesan sikit je kat orang-orang yang mungkin akan terasa dengan message kat entry ni. I ni malas nak bergaduh. apatah lagi nak bermusahan. Siapa suka kan? semua orang tak suka. Kalau boleh semua orang nak hidup bahagia tanpa ada apa-apa kecaman & ancaman langsung.

Nanti la cerita panjang kat lain entry.

Message kat bawah ni sebenarnya i nak post kat FB. Sebelum i post kat FB, i taip kat sini dulu la untuk i ingat sampai bila-bila apa yang orang dah buat kat i.

Awak tak penat ke stalk kita hari2? Berapa kodi dah “sakit hati” awak dapat dari kita? Lol!

Actually kan, ada je customer yang pernah order sambal dengan kita yang lepas tu balik rumah, dia buat sambal tu sendiri sebijik macam sambal kita, lepas tu packing sendiri, letak brand sendiri lepas tu dia jual. Bukan kita tak tau. Kita kenal orang tu wak!

Tapi kita ilek je. Sebab kita percaya.. rezeki tu Allah yang bagi. Bukan “manusia” yang suka buat kecoh tu tentukan rezeki kita. Tolong percaya pada rezeki Allah wak.. kalau awak tak percaya semua tu, hidup awak tak tenteram. Padan muka! Itu yang awak nak sangat kannnn???!! 😜😜😜😜

Ikutkan macam-macam lagi kata-kata charutan i nak bagi. Tapi i pilih untuk wat lek wat pis ☮ je.

Kbai.
Read More

Tuesday, March 5, 2019

Lunch di Itik Salai Masthar, Kajang

Last 2 weeks on Sunday, plan sebenarnya nak pergi breakfast kat Kedai Makan Pok Nik, Sungai Ramal Kajang. Well janji melayu selalu tak pernah dicapati.. hahaha. Biasa la noq.. siapa yang suka bangun pagi-pagi buta kalau dah hari Ahad ye dok? padahal pagi tu i memang bangun awal pagi macam biasa.. lepas suboh terus hantar anak-anak ke sekolah sebab ada sports pagi tu. So plannya lepas hantar budak-budak ke sekolah, terus nak gerak pergi breakfast kat sana. Dat day NJ tak ada. Kerja. So i made plan nak breakfast la dengan si Zaimee.

Lepas tak jadi breakfast kat Kedai Pok Nik tu, tukar plan. kononnya nak brunch. tapi disebabkan balik hantar budak-budak dari sekolah tu, i mengemas rumah.. tunggu Zaimee roger, tak roger-roger. I assumed dia terlajak tido la pagi tu. maklumla Ahad kannn. Dah pukul 11am, i WhatsApp Zaimee cakap kita brunch je babe. Plan punya plan, decided to  nak pergi Molek Cafe, Jalan Ipoh. Zaimee tanya pukul berapa nak jumpa.. i said pukul 1pm la kita brunch terus. Pastu kena charut.. kalau dah pukul 1pm tu bukan brunch la namanya.. hahaha. eh lantak la.. janji dapat makan pukul 1pm 😂😂😂😂

Pastu fikir2 macam familiar je nama cafe tu.. ohh baru teringat. Adik si Kak KM punya kedai. Zaimee cakap kat sana banyak choice makanan.. mostly masakan Ganu, daging salai and berbagai-bagai lagi la. I tengok kat FB dia terus WOW #TelanAilio dah la lapar.

Kitorang pun berjanji jumpa kat sana terus dalam pukul 1pm. Masa otw tu, dengan hati gumbira membayangkan makanan-makanan zedap kat sana, tiba-tiba Zaimee called. "Zaza Abdul Latif.. weekend kedai tu buka pukul 5pm" terus rasa nak tekan break kereta time tu (lolz tak klakar 😜)

Terus cakap kat Zaimee kita meet up kat area situ dulu la, then baru decide next plan nak lunch kemana.

Sebulat suara telah dibuat. We go to Itik Salai Masthar, Sungai Ramal, Kajang. Ok, lets jommmmmm. Walaupun dalam hati be like.. wehhh jauhnya la dari Jalan Ipoh nak seberang sampai ke Kajang nun 😅😅

Tak apa. Redah je.

Sampai sana dalam pukul 1.30pm. Dat time memang orang tengah mencanak la ramai cari makan. Yang kitorang ni pn sampai tepat la pada masa yang tengah mencanak tu 😂😂

Sampai je terus kagum tengok binatang-binatang yang disalai.. like wowwww sedapnyaaaa sambil usap perut hahaha.

Daging, ayam, itik salai meyalai.

Jalan depan sikit tengok.... nahhhhh beratur panjang namatey #LapPeluhKatDahi

Masa beratur sambil lap peluh tu, sekali terdengar Abang Busking kat tepi tu buat announcement, katanya jangan tersalah lane ye.. Kiri lane untuk makan sini, kanan lane untuk tapao. I pun ushar la mana satu lane kiri, mana satu lane kanan. Sekali nampak lane kiri tu tak panjang macam yang dalam gambar kat atas ni. Rupanya lane yang panjang ni lane nak tapao. 

Gumbiranya hati, terus i kedepan.

Ni la lane kanan tu. Lane kaunter bungkus. Ok gak dia buat macam ni kan.. at least systematic sikit. tak bercampur dengan orang yang nak dine in & nak membungkus. Ada info kat gambar atas tu.. Kaunter Bungkus buka dari pukul 11am - 10 malam.

Sampai turn i, akak muka ketat ni (serious muka dia memang ketat time tu. tak tau la apa yang tak kena dengan dia.. hahahaha) dia kata yang ada masak lemak daging salai & itik salai je ada dalam belanga-belanga depan dia tu. Ok la kakak muka ketat.. bagi saya 2 mangkuk daging salai & 1 mangkuk itik salai. Dah ambik 3 mangkuk salai-salai tu, i terus ke depan ke kaunter bayar sebelum ke kaunter nasi pulak. Konsep kedai ni dah ambik lauk, bayar dulu & cakap kau nak berapa pinggan nasik lepas dah bayar, ambik nasi pulak.. gichew.

Yang ikan & ayam salai aku tak sure pergi mana. Dah akak muka ketat tu kata "ni daging, ni itik" terus tak jadi nak tanya kemana perginya si ikan & ayam salai.. hahahaha. Bukan takut. Nyampah. Karang kalau aku tanya dia buat muka ketat, takut aku curah seperiuk masak lemak tu atas kepala dia karang!! hahaha #KakakIsGarang


Saja letak dua gambar lebih kurang sama kat sini. Sebab i rasa dua gambar yang i snap ni cantik. #kbai 😁

Masak Lemak Itik Salai
 Masak lemak Daging Salai

Order 3 mangkuk, 2 mangkuk daging salai, 1 mangkuk itik salai. Actually i tak makan itik. Ambik pun sebab Zaimee yang makan. i duk pulun makan daging salai je.

Harga pun murah.
Masak lemak Daging Salai = RM5 semangkuk.
* Portion untuk seorang memang sesuai. Daging dia pun cukup la kalau untuk menampung sebesar perut i ni.

Masak lemak Itik Salai = RM7 semangkuk.
* Portion pun lebih kurang sama dengan daging salai. memang sesuai la semangkuk tu portion untuk sorang. Kalau rasa-rasa tak cukup, kau order la bermangkuk-magkuk 😜😅


Ulam-ulam, sambal belacan, tempe 3 keping.
Total hangus RM26++ termasuk air. Ok kan? murah.





Makan pakai tangan memang niqmat. Tak heran orang yang beratur tepi meja tu nak tengok kau makan dengan gaya buruk lantak kat situ.. janji i bahagia hahahaha.

Berpeluh-peluh tengahari tu makan. Mana tidaknya. dah la ramai, penuh orang kat situ, datang pulak memang tengahari rembang matahari terpacak atas kepala. Tempat tu pulak memang bangsa panas. Tapi puas hati la. masakan masak lemak dia memang sedap. masak sendiri pun tak sesedap dia haha. Sebenarnya kau tak pandai masak okeh! #CakapkatDiriSendiri

Next time boleh repeat lagi.

Korang yang teringin nak try, boleh cari kat address bawah ni. Im sure ramai yang dah tau tempat ni. Sebab dah lama viral. I je yang baru-baru ni berkesempatan pergi.

Waze:
Itik Salai Mashtar
Address:
Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Business hour :
Tuesday
11am–10pm
Wednesday
11am–10pm
Thursday
11am–10pm
Friday
11am–10pm
Saturday
11am–10pm
Sunday
11am–10pm
Monday
11am–10pm
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah