Sunday, July 27, 2014

Salam Kosong Kosong

Assalamualaikum... 

Semalam lagi aku tengok blog masing2 dah senyap sunyi.. mesti korang dah sampai kampung kannn.. Sebenarnya aku pun dah sampai kampung pukul satu lebih pagi tau.. cewah macam jauh sangat pulak Kolumpor Melaka.. hahaha suka sangat nak propa kau Jah!.. Alhamdulillah.. perjalanan malam tadi smooth je.. tanjat jugak bila tengok hiway tak jammed.. kira macam unexpected lah bila tengok hiway ke arah Selatan tak jammed.

Sampai-sampai je Melaka tengok SIL, BIL, pak mertua aku, anak2 buah & sepupu2 Nizam tengah melepak kat gazebo bawah pokok rambutan depan rumah.. diorang tengah menyanyam ketupat uolls... sambil borak2 pekena kopi.. tu yang seronoknya setiap kali balik Melaka.. mesti layan borak sampai tigapat pagi.. dah macam lepak kat kedai mamak je.. siap dengan teh tarik bagai.. yang penting mesti mau ada kuaci.. hahahaha.. layan dowh borak2 sambil makan kuaci ;D

Nampak??? sarung ketupat anyam sendiri yer.. Tapi bukan Kak Jah yang anyam pun.. hahahaha..

 Tengah melepak.. masa ni aku baru sampai.. kemain lagi siap pasang lagu raya sambil menganyam ;D

Ni lah yang aku katakan tadi.. lepak menganyam ketupat kat gazebo depan rumah, bawah pokok rambutan.. hahahaha.. melayut-layut buah rambutan ni.. feeling macam kat obersi pulak ada pokok strawberry depan rumah sambil pick your own kalau nak makan.. hahahhaaha. 

Sorry lah yer.. Kak Jah ni agak jakun sikit.. maklumlah menumpang beraya di kampung Suami.. semua benda pun aku nak cerita.. hahaha.

Tukang menyebok.. buat2 je lah pegang sarung ketupat tu walaupun Kak Jah tak pandai menyanyam ketupat.. karang kalau aku masuk campur sekali menganyam, mau jahanam daun ketupat tu.. so biarlah Kak Jah cuma pandai makan ketupat sajo.. hehehehe..

Oklah.. nanti lepas2 raya kita share2 certia beraya yer.. pada yang balik kampung tu berhati2 dijalan raya.. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..

SELAMAT HARI RAYA :)
Read More

Thursday, July 24, 2014

Story Hari Selasa Haritu

Order hari Isnin sampai depan pintu rumah hari Selasa. Gud service.. double thumb up!! :))

Sila focus pada bibir I yang kedut2 tu yer.. jangan kau sibuk nak skodeng lobang hidung aku pulak.. hahahaha.

Cantik kan kaler dia.. aku pakai NYX Soft Matte Lip Cream London. Yang satu lagi tu Monte Carlo aku nak pakai di pagi raya.. baru lah orang kampung nampak bibir Kak Jah terang benderang.. jangan ada yang confused sudah.. tu bibir Kak Jah ke lampu merah traffic light.. hahahaha.

Tapi sebenarnya Kak Jah tak boleh tahan.. harini aku tenyeh jugak kat bibir nak tengok hasil colour Monte Carlo.. Auuwww bibir Kak Jah macam Kak Nita sangatttt!!! I loikeeeeee.. hahahahha.

Hari selasa punya Laksa.. 

Punya lah craving macam orang mengandung.. padahal kat rumah macam2 lauk ada untuk berbuka.. disebabkan tekak aku yang gedik ni nak makan laksa Old Town, tapau jugak lah petang tu.. geleng kepala je laki aku tengok perangai bini dia.. hahahaha.

Thanks SA!

Aku kan suka berjalan.. sampai masuk ke alam maya pun aku kuat berjalan.. tapi bukan lah jalan kaki.. erti kata lain suka menjelajah.. gittue! Selasa haritu tanjat kita bila dapat bungkusan post laju.. patutlah budak receptionist kat opis ni kata ada parcel untuk aku.. rupanya hadiah dari Blogger SuriaamandaYang tak syoknya bila sampai kat tangan aku envelope tu dah terbuka.. kongajau sangat orang yang pecah amanah tu.. tak baik tau bukak surat orang!! #TunjukPenumbokKatDia

Ni cerita lain pulak.

Dalam bulan puasa ni kan badan kita semua tak cukup air.. bibir kering, kulit kering segala2nya kering. Haritu Nizam kena ulser kat lidah.. Perit hoi.. besar plak tu.. tak sanggup aku nak tengok. Pergi Farmasi cari ubat ulser.. ate, ubat doktor pun tak jalan.. aku pergi lah farmasi.. aku mintak ubat yang paling power sekali.

Ini lah dia ubat yang paling power skali yang aku katakan tu. Kerja aku tolong Nizam letak ubat ni kat lidah dia. 

Ubat ni perit sikit bila dah letak kat ulser. Haritu aku siap kena hempok dengan Nizam.. hahahaha.. Perit kejap je lepas tu nanti lidah akan jadi kebas. Kesannya tak tau lagi.. baru apply tigapat kali.

Psstt semalam ada yang tanya pasal perencah mee rebus aku tu.. korang nak kirim ke? kalau nak nanti aku aku balik melaka aku beli.. menjawab soklan Dik Julia kat komen entry semalam.. Kat KL Kak Jah tak pernah nampak lagi ada jual.. nanti mak whatsapp you yer nak :)) 
Read More

Wednesday, July 23, 2014

Mee Rebus Adami

Malu nak tulis tajuk besar "Perencah Mee Rebus Adami".. nak gempak sikit kita letak "Mee Rebus Adami" ajosss.. Ok lah tu kann.. daripada aku letak tajuk "Resepi Mee Rebus" karang takut korang tertipu pulak.. padahal aku masak pakai perencah je.. hahaha.

Bosan asek makan nasi je berbuka.. haritu aku beralih selera.. mari kita masak mee rebus menggunakan perencah.. semudah masak Maggie.. hehehe.

Antara bahan2 yang aku pakai.. kecuali daun saderi. Sampai harini aku keliru mana satu daun saderi, mana satu daun sup.. main capai je kat supermarket bila tengok ala2 serupa je.. belasah je lah.. hehe.

Ok itu tak penting.. sebenarnya daun saderi tu tak perlu digunakan untuk masak mee rebus yer Senah.. aku dah tersalah beli.. sepatutnya guna daun bawang.. baru je first stage dah cacat masakan aku.. hahaha.

Perencah ni dalam packet.. aku beli kat Melaka masa pergi mandi2 kat A'famosa haritu. Selama ni balik Melaka tak pernah beli.

Perencah ni bukan setakat mee rebus je yer.. ada perencah asam pedas, mee bandung.. haritu aku cuma beli mee rebus & mee bandung je.. yang asam pedas tu nanti raya sok nak pergi repeat beli kat Banda Hilir.


Bila dah dibogelkan dari packet, begini lah rupanya.. ala2 macam kerisik.


 Culur mee siap2

Lepas tu masuk periuk letak air empat setengah cawan then letak atas api. Aku buat haritu tercair sikit.. biasalah Kak Jah kan memang suka memandai2.

Lepas tu siapkan lah bahan2 lain


 Tauhu goreng

 Fish cake.. amboi kemain oily fish cake Kak Jah lepas goreng.. hahaha malas nak serapkan minyak kat kitchen paper.. lantak lah.

Cili hijau & merah.. cili merah tak ado.. dan juga limau. Settle!

Actually kat packet Mee Rebus tu ada cara2 buat dan bahan2 yang perlu kita sediakan.. aku ikut ala kadar je sebab most of bahan2 budak2 tak makan.. contohnya cili hijau/ merah.. limau pun aku sorang je yang guna untuk perah kat mee. Jadi aku sediakan bahan2 yang mana diroang makan je yang macam dalam gambar tu.

Pendek kata mee rebus aku ni tak cukup sifat.. dengan telur rebus tak ada.. daun bawang tak ada.. hahaha bukan tak ada yer.. sebenarnya semua bahan tu kitorang tak berapa makan.


 Alhamdulillah.. ini lah rejeki kitorang haritu.. tak ingat bila punya buka puasa :D

Samosa sardin ni SIL aku bagi.. dia bagi yang frozen. Memang saja dia bagi aku yang frozen sebab dia tau aku ni pemalas.. nak tak nak kena goreng sendiri jugak.. hahaha.
Read More

Monday, July 21, 2014

Luahan Perasaan Yang Terpendam Part II

Dunia masih lagi diselubungi kesedihan disebabkan tragedi MH17. Sama2 kita sentiasa berdoa buat mereka yang telah pergi.

AL-FATIHAH

******************************************************

Ada Part II plak eh.. Ok ni sambungan cerita luahan perasaan yang terpendam haritu.


Haritu ada yang tanya aku kat kotak komen samada aku turun kereta ke tidak masa dia salah tempat tu.. Ni Kak Jah nak bagi tau kat hampa semua.. Mintak Hampon Mahap Ku Pinta I'm Sorry!! memang aku tak turun lah Bedah oiii.. buat apa aku nak turun sedangkan itu bukan tempat yang aku nak tuju. End up aku call si Eza suruh dia sendiri cakap dengan driver.. Sekali kena tempelak dengan si Eza baru dia nak ikut arahan.. hahaha. 

On that time aku dah whatsapp Nizam.. aku kata yang aku memang hangat hati dengan si driver tu.. tapi Nizam suruh aku ilex cool je.. bahaya dengan bangsa à®‡à®¨்தியா karang dia buat apa2 mamposss aku.


Settled je urusan aku dengan Officer dekat DCA, aku call dia suruh dia ambik aku kat tempat yang sama dia drop. Fine. Lepas tu masuk je hiway entah mana2 jalan yang dia cilok.. tau2 je keluar kat Puchong.. aper ker hey nya sampai ke Puchong sedangkan boleh ikut jalan nak ke Mines then terus masuk MRR2. Elok2 dari Putrajaya ke Ampang boleh ambik masa 45minit, dah jadi sejam setengah. Gggrrrr. Aku diam kan jer.. sebab pikir bahaya je kalau bertekak dengan à®‡à®¨்தியா


Derrr... *mata keatas*

Ni kes lain dan hari lain punya cerita pulak. hal kereta Boss aku.. hal apa aku tak payah cerita panjang2 lah yer. 

Settled je hal kereta dia pun balik opis.. terus datang kat aku suruh aku pesan kat Boss aku yang dia dah settlekan pasal kereta Boss. Lepas tu aku cakap aku tak nak sampaikan pesan dia.. sebab nanti lain jadinya.. Ada sekali haritu dah terkena.. dia cerita pasal AYAM dengan aku so bila aku sampaikan dekat Boss dah tentu2 aku akan cerita pasal AYAM jugak.. tak kan aku nak cerita melalut keluar dari tajuk cerita pasal ITIK pulak kannn.. betul tak Joyah? ke kau tak paham? kalau tak paham sila baca berulang kali.

Then dia nak hangin.. ehhh kau siapa nak hangin dengan aku??!! dah aku kata aku tak nak sampaikan pesanan & amanat kau tu aku tak nak lah.. kau cakap lah sendiri dengan Boss.. aku tak nak jadi skali lagi cerita AYAM bertukar jadi cerita ITIK.

Yang kelakar buat aku nak tergelak bila ayat dia macam ni..

Apa guna you ada dekat sini.. you kan security Boss.. 

Nampak tak apa yang lain kat ayat tu?? 

MUAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA.

DEYY PADIAPPA???!!

Bila masanya lah aku jadi security Boss oiii?? terus aku nak tergelak tapi tahan sebab tak nak bagi dia nampak yang aku gelak.. 

Sambung gelak.. HAHAHAHAHAHA!
Read More

Friday, July 18, 2014

17 JULY 2014 #PrayForMH17




Sangat2 terkejut dengan berita #MH17 pagi ni.. mungkin aku adalah orang yang terakhir tau kot pasal berita ni sedangkan orang lain dah heboh sekampung. Pagi tadi lepas sahur sebelum buka tv aku tengok fb dulu.. kat timelime penuh dengan doa dan simpati. Bila channel astro Awani tengok2 memang sah berita #MH17 terhempas. 

Sempena hari baik dan bulan baik ni aku harap tak ada bermacam-macam spekulasi atau cerita2 yang tak benar wujud disemua social network. Lebih baik kita berdoa dan terus berdoa buat mereka yang terkorban.

AL-FATIHAH
Read More

Thursday, July 17, 2014

Luahan Perasaan Yang Terpendam

Pergghhhh terpendam sangat perasaan kau Jah!! dah macam bakat terpendam pulak nih.. hahaha. Biasalah Joyah, bila kekeringan idea nak menulis ada je benda yang terlintas kat kepala aku ni nak dijadikan cerita merapu.. kadang2 cerita tu datang secara tiba2 even time aku berada dalam jamban..pfffftttt.. sila jangan bayangkan!! hahaha.

Gini kisahnya... cehh macam suspender je kann.

Semalam boss aku suruh aku pergi Department of Civil Aviation kat Putrajaya.. ada kerja sikit yang aku kena buat kat sana.. si Cik Puan Fadli tau lah aku kesana buat apa.. kami sempat jumpa sekejap semalam tapi tak sempat nak bergambar. Macam biasa siapa lagi pembawa aku kalau bukan boss aku punya driver.

**FYI, sepanjang jalan dari opis sampai ke Putrajaya hanya stesen radio THR Gegar sokmo.. terpaksa tadah telinga dengar lagu2 India**

Sebelum bertolak aku tengok dia sibuk gelebek handphone dia yang sebesar penampar tangan orang gemok (tab yang boleh buat call) ohh rupanya dia set waze nak ke Putrajaya. Ok fine. Bukan nak citer banyak ar.. actually aku agak familia jugak lah kalau nak ke sana.. aku diamkan je malas nak tunjuk jalan.. sebab aku pikir dia driver.. for sure dia familia jalan2 kat KL, Putrajaya.

Masa dah masuk area Putrajaya aku cakap kat dia "nanti lepas Masjid Putrajaya you straight je then nanti boleh nampak bangunan DCA"  dia diam tanpa mengendahkan aku. Sebaik je sebelum sampai bangunan DCA, dia waze lagi cari jalan kononnya. Dalam hati aku ni dah terbakar dah ni. Sampai satu simpang dia terus belok. Eh dia lagi buat hati aku membara-bara.. dia kata "ini waze tunjuk lagi 15 minit lagi boleh sampai.. so ini bukan jalan betul" Jadah apanya 15 minit (dalam hati aku) bangunan DCA setahu aku selepas Masjid Putrajaya dan sebelum PICC.. maknanya selepas Palace of Justice (tak silap aku) ini pemahaman aku lah untuk kesana. 

Kau tau dia boleh belok dekat satu simpang ikut laluan mana tah tau2 je sampai kat area Alamanda.. nampak tak??? sebenarnya dia pusing jalan mana tah lepas tu keluar kat tempat yang sama. Dia buat Kak Jah pitam ditengahari buta di Putrajaya... so bad!


Ok ini lagi best. Lepas yang dia dah pusing sampai ke Alamanda dia still guna waze kat handphone sebesar pelempang dia tu. Sekali masuk kat bangunan JAKIM yang warna coklat tu.. maknanya sebelum simpang masuk Masjid Putrajaya (orang Putrajaya sorry eh kalau aku salah.. ini apa yang aku tau je). Kat situ ada bangunan MOT kan??? dalam waze dia memang tunjuk kat Bangunan MOT tu ada Jabatan Penerbangan Awam.. dengan confident dia suruh aku turun.. Hoi kau ingat aku ni gelandangan ke apa??

Ayat confident dia "Ok dah sampai.. sini lah tempat tu.. you tengok ni (tunjuk waze kat hp sebesar pelempang) nanti kalau you sudah settle you call I.. I datang ambil you dekat sini" 

Aku "Buat apa I nak turun sini.. ini bukan tempat dia.. kalau I turun sini I nak jumpa siapa?? my appointment dekat bangunan DCA bukan dekat sini" 

Kau nampak tak betapa besarnya tahap kebanggangannya dia.. aku tau lah mana aku nak pergi.. dia pulak yang tetapkan mana aku nak pergi dah kenapa??!! aargghhh tekanan aku dibuatnya semalam.. sampai dah gigil2 kaki tangan aku nak meletop.. dada ni dah berapi tinggal nak keluar asap kepul2 je menahan marah.

Cuba bayangkan kalau dia bawak boss time tu.. mau kena hamun berkilometer dengan boss aku. 

Ada lagi satu cerita pasal dia yang aku nak cerita.. tapi tu nanti aku buat kat entry lain eh.. macam best je buat luahan perasaan kat blog kann.. hehehe.
Read More

Wednesday, July 16, 2014

Cerita Campur Aduk

Hi Assalamualaikum..

Kecoh kan sekarang ni pasal perempuan CDM 25 mengamok hahaha.. buat malu je kau hamok tengah2 public.. bukan nak condemn orang yang bertudung.. tapi beragak lah sikit Kak oiii nak hysteria tengah2 dunia.. hishh lantok dia lah Bedah.. Aku rasa kalau kena kat aku pun aku hamok.. tapi tidok ler hamok serupa itu kat tepi jalan.. Korang ingat tak pasal kereta aku kena langgar hari tu yang aku hamok tepi jalan kat
ENTRY ni.. tapi tak lah seharok perempuan CDM 25 tu.. hahaha.

Itu itu biar dia lah.. ni Kak Jah nak cerita sikit.. hari Senin sebelum Nuzul Quran aku kerja.. sebelum balik kerja aku call rumah.. mintak tolong Khairine masak nasi sementara aku balik kerja.

Balik je rumah tengok ini yang terjadi.. dia masak nasik ni sikit lagi dah boleh bertukar jadi bubur.. hahaha

Rasa nak bertukar jadi hijau sekejap aku haritu.. last2 aku asingkan nasi ni terus masak lain. Nasib baik sempat.. sebab aku nak buat nasi goreng je petang tu untuk berbuka.

Btw, thanks Khairine sebab tolong Mummy masak nasik.. nanti Mummy nak bukak kelas belajar masak nasi.. siapa nak join sila email aku.. hahaha.

Nasi goreng hasil dari masak nasi kali kedua.. hehehe.

Ok ni cerita lain pulak.. korang pernah tengok tak kurma besar gedabak?? aku first time tengok. Maklumlah selama ni makan kurma hok kecik2 je.

Dalam gambar ni nampak size biasa2 je.. kalau real memang besar.. dah lah besar, gemok pulak tu. Ni boss aku beli untuk gift.. so kerja aku menyusun dates ni dalam jar.

Tadaaaa.. hasil kerastangan aku. 

Masukkan dates dalam jar lepas tu lekat sticker With Compliment buatan sendiri.. terasa diri ni kreatif sangat.. tambah pulak dapat pujian melambong-lambong dari boss. Auuwwww nak terberakkkkkk kitew dapat pujian melambong.. muahahahaha

Read More

Thursday, July 10, 2014

Begedil Udang

Tak abes2 share resepi je kannn.. macam lah hebat sangat memasak kat dapur. kakakaka.. alaaa Kak Jah saja nak sharing2 je ;)

Sebenarnya resepi ni aku main bedal je.. masa tengok tibi kat rumah tiba2 teringat nak buat begedil.. hahaha boleh macam tu?? macam orang bercinta sambil rindu merindui pulak kaedahnya nak teringat-teringat. Terus pergi dapur tengok bahan2 tak cukup. Tabah pergi pasar tani depan rumah lepas balik kerja esoknya. Beli kentang 10 biji dengan daun sup.

Sampai rumah masak dulu apa yang patut untuk hidangan buka puasa. Sambil2 tu potong2 bahan untuk buat begedil. 

Ini resepi yang aku imagine je.. tah betul tah tidak aku tak tau lah. Kan aku kata.. aku ni kalau masak tak pernah nak ikut sukatan.. ikut kata hati je. But some of resepi ada jugak yang aku google.

Kalau Bang Jebat kata tak sedap siap dia!! hahaha.

Bahan-bahan
Kentang potong dadu
Daun sup
Bawang goreng
Udang yang dicincang (jangan halus sangat nanti tak rasa)
Lada sulah atau kot orang putih nya Pepper 
Jintan putih & ketumbar yang diblend halus
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Rebus kentang sampai empuk. Lepas tu lecek2 sampai halus.
2. Bila kentang dah halus, campurkan daun sup, bawang goreng, udang yang dicincang, pepper, jintan putih & ketumbar yang diblend halus & garam
3. Gaul semua sebati, lepas tu bentukkan ikut suka.

4. Ok ini aku baru pass. nak tau cerita lanjut, sila baca perenggan kat bawah sana >_<

 Kentang yang dah direbus empuk lepas tu boleh lenyek dengan steamroll batu lesung/ garfu

 Udang & daun sup.

Semua bahan yang dah dicampurkan.

Ni yang ditambah bawang goreng

Lepas tu bulat2 kan.. celup telur then boleh goreng dalam minyak panas.

Kalau korang nak tau, masa aku goreng bergedil ni kan.. begedil ni hancur berkecai.. hahahaha.. aku pun tak tau mana silapnya. Bila aku google balik tengok ada yang celup dengan putih telur je.. ada yang celup dengan sebijik telur dengan kuning skali. Ni lah padah recipe ikut sukati.. hahahahaha.


Ohh rupanya kena celup dengan kuning telur skali.. baru jadi macam ni.. yang aku buat sampai hancur boncai haritu sebab aku celup dengan putih telur je.. hahahha. Pandai kan Kak Jah?? pandai jahanamkan resepi.. muahahaha.
Read More

Wednesday, July 9, 2014

Roti Jala

Korang pandai buat roti jala?? mesti pandai kann?? aku baru first time buat hari Sabtu lepas.

Bila mood nak masak datang, macam2 benda lah aku nak try buat (try belum tentu menjadi).. sebenarnya perasaan aku ni tercabar dengan kepandaian SIL.. dia tu kau mintak apa semua dia boleh buat. Contoh kalau pagi kau cakap kau nak makan kuih koci.. karang petang dah siap.. tau2 je dia call suruh datang ambik.. Giler hebat SIL aku tu. "Wa caya sama lu Along".. hahaha tiba2 rock. Itu baru kuih koci.. belum lagi benda2 lain.. kadang kalau tak mintak pun dia buat je.. untung rumah dekat2 ni.. apa2 hal roger2 je.. karang dah siap pergi ambik.. tolongnya tidak.. mentedarah je kau kan Jah!! hahaha.

Minggu lepas aku try buat roti jala. Gigil2 tangan nak sukat bahan.. takut tak jadi. Khairine lah assistant aku kat dapur haritu.


Eh korang nak tau tak.. selama ni aku masak tak pernah nak ikut sukatan. Especially kalau bahan2 yang perlu sukat ikut gram. Aku main suka2 campak campur2 bahan asalkan sedap kat tekak aku.. hahaha. Lantak lah kannn..

Dalam pada lantak lah tu roti jala aku jadi kaler kuning kemain.. hahaha. Tau kuning kemain tu macam mana?? kuning pekat giler okeh.. selalunya kuning light2 manja je kann.. ni lah padahnya kalau masak ikut sukati kau je. 

Masa nak bancuh tepung untuk roti jala dengan confident aku cakap dengan Khairine.. "Khairine, nanti pewarna kuning tu Khairine letak satu sudu besar tau.. macam selalu Khairine makan ubat tu" sekali lepas bancuh tengok.. nahhhh kemain kuning macam lampu traffic light.. hahaha


Roti Jala (adunan susu segar) 
Bahan-bahan
400 gram tepung gandum
1 biji telur
1 cawan susu segar
sedikit garam
pewarna kuning@ serbuk kunyit
air secukupnya
1 sudu besar minyak masak


Cara-caranya
1. Di dalam bekas masukkan tepung gandum, telur , garam dan 1 cawan susu segar, gaul sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau lagi, selepas itu masukkan pewarna kuning dan minyak masak. pastikan adunan tidak telalu cair atau terlalu pekat, kecairan adunan macam kita buat adunan kuih ketayap. Kuantiti air 
agak-agak je.
2. Blend campuran no. 1 tu sekejap bagi tepung tu halus.
3. Pakai acuan roti jala dan di atas fry pan atau kuali leper, boleh rujuk gambar di bawah, angkat dan gulung roti jala seperti biasa dan sedap dimakan bersama kari ayam atau pengat durian.
Credit to : jintanmanis.com

Bak kata kawan aku.. kuali ni legend. Giler tak legend.. kuali turun temurun ni.. dari Emak aku punya turun kat aku.. Bila Khairine dah besar sok nanti aku turunkan kat dia pulak.. jangan dia pergi gadai kuali ni kat kedai besi buruk sudah.. hahaha.




Nah tiga combination. Kuah kari ayam tu aku buat cair2 sikit.. yang pengat durian tu permintaan Bang Jebat.. so ada dua kuah untuk dimakan dengan roti jala sedap Kak Jah.. muahahahaha mati lah puji diri sendiri.. phuii.
Read More

Tuesday, July 8, 2014

Orang Jauh



Perlu ke nak up entry macam ni Jah?? Kau kan kalau tak bagi orang meluat dengan entry2 kau tak boleh kannnn.. hehehehe.. eh sukati kak Jah lah.. Kak Jah suka je nak tunjuk kat korang.. lagi2 bulan puasa ni.. memang haram susah nak cari idea apa nak dicarutkan dalam blog.

Tu gambar kat atas tu.. patut ke Kak Jah accept pinangan dia??? pffftttt hahahaha. Orang jauh kau!!! Rasa ratu sangat diri ni orang BANGLADESH sudi nak friend dengan Kak Jah kat pesbuk.. muahahahahaha.
Read More

Monday, July 7, 2014

Mabok Kepayang

 Aku ingat aku sorang je yang mabok. rupa2nya Abang Jebat Kak Jah pun mabok laut. Ni lah padah aku show off kakak aku mabok haritu kat ENTRY NI hujung2 sendiri yang mabok. 

Kisah Mabok 1 (Nizam)
Ada satu pagi tu dia nak pegi kerja aku perasan dia pakai kemeja short sleeve. Dalam hati aku apahal mamat ni pakai short sleeve hari khamis?? Dah sampai opis dia whatsapp aku.. dia kata I ingat harini hari Jumaat rupanya hari Khamis.. I pakai short sleeve.. aku gelak kan je perangai dia.. hahaha. 

Normally hari Senin sampai Khamis Bang Jebat memang pakai kemeja long sleeve.. kalau Friday je pakai t-shirt or short sleeve.. itu pun baru2 ni je CIMB kasi staff diorang pakai casual sikit.. selama ni memang kena pakai long sleeve sokmo.. kerja aku lah tiap2 minggu kena iron long sleeve & slack dia untuk seminggu.. tak suka kerja2 ironing :(

Kes mabok : Pakai short sleeve instead of long sleeve & Hari Khamis dikatakan hari Jumaat.. Ok ini tak kelakar.. 

Kisah Mabok 2 (Zaza)
Hari yang sama..Khamis haritu mati2an aku ingat Nizam lupa hari wedding anniversary kitorang. Masa dia nak pergi kerja pagi tu aku ni bakal2 dah nak merajok.. sebab apa? sebab kononnya aku ingat Nizam lupa date Wedding Anniversary kitorang.. terus rasa nak sentap sampai ke tua. Dalam hati buat2 cool je dulu.. nak tengok dia nak wish ke tidak aku pagi tu sebelum dia pergi kerja. Phuiii sampai sudah dia tak wish.. Sampai opis aku whatsapp dia.. 

Zaza : "harini tak cakap apa2 pun kann?? tak ingat lah tu" 
Nizam : dia pelik.. cakap apa? cakap pasal buka puasa ke??
Zaza : haram tak ingat.. tak apa lah.. *sambil sakit hati sendiri*
Nizam : Dah tu anniversary kita ke? Anniversary kita Ahad ni Jah.. I dah book tempat dah untuk kita pergi berbuka nanti.. bawak anak2 & emak sekali. Tu lah... tak payah nak main tembak je!!

*PITAM PATPLOHLAPAN JAM*

Bangun2 dari pitam baru tersedar.. rupanya Wedd Anniversary kitorang hari Ahad 6 July.. muahahahhahahaha.. Kau tau Bedah betapa tebalnya muka aku ni tak tau macam mana nak kaber lagi dah.. terus kena sound setepek.. Tu lah you dah salah pandai je lah nak cover2 balik 

LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!
Read More

Friday, July 4, 2014

Cerita Pasar, Siput Sedut & Kuih Koci

Tak habis2 gambar makanan je yang timbul dikala tengah2 puasa ni kannn.. hahaha. Pandai je cakap orang tu asek tayang gambar makanan.. orang ni tayang makanan.. sendiri punya tayangan?? pffftt. Alahai Kak Jah bukan tunjuk gambar nak kasi korang terliyur.. saja share2 idea.. kot2 boleh mendatangkan idea untuk korang inspirasikan untuk buka nanti.. tak gittue Bedah??? :D

Ada haritu pergi PARAM dengan Nizam.. konon nak cari sejenis je lah lauk berkuah.. memandangkan last week kitorang tak ke pasar untuk beli barang basah.. skali barang basah kehabisan dipertengahan minggu.. hurmm esok kena redah pasar lah nampaknya.

Wah dah pandai pergi pasar yer sekarang kau Jah?? dulu lalu depan pasar nak2 ada bau pasar pun kau tutup2 hidung kannn.. hahaha. Kalau korang nak tau haritu 1st time aku redah pasar Pudu okeh! siap berpegangan tangan dengan Abang Jebat takut bini dia tercicir kat pasar.. hahaha.. selama ni dok dengar2 orang kata pasar pudu barang murah2.. skali pergi terus Kak Jah jatuh cinta nak repeat lagi.. hahaha. Korang tak caya korang try pergi skali.. mesti korang akan jatuh cinta jugak dengan pasar pudu. murah2 giler hoiiii ikan udang sotong.. eh segala mak nenek tok onyang ada.. semua murah giler.. 

Wah promote pasar pudu nampak Jah.. ada dapat payment ke?? muahahahaha ;P

 Ni lah hasilnya... Hasil yang dapat dari PARAM hehehe.. bukan hasil dari air tangan sendiri yer =)

Aku pergi PARAM kat Desa Pandan.. waduhh ramainya orang berniaga.. yang datang membeli pun kau jangan cakap lah.. memang giler punya ramai.. jalan raya jammed, dalam PARAM tu pun jammed sampai berlaga2 bontot.

Lepas tu yang ni pulak.. Kuih koci.

Haritu kan aku ada up cerita pasal kuih koci kann.. tak ingat? gi tengok kat ENTRY ni. Semalam kakak Nizam buat lagi kuih koci ni.. langsung dia call suruh datang ambik kat rumah dia.. munga2 hati Kak Jah bila dengar SIL suruh datang ambik..hohoho #Shuffle 

Kalau Cik Jeton semua nak tau kenapa SIL repeat buat kuih koci ni.. sebab my kakak ipar is sayangkan adik ipar dia.. muahahahahaha *dushhh terajang satu kali* eh tak lah.. sebenarnya.. (ni Nizam yang cerita balik kat aku yer).. dalam senyap2 dia pergi cakap kat kakak dia yang aku nak makan kuih koci lagi.. hoi!! malu lah Kak Jah.. dah tak tau mana nak sorok muka nih.. suka2 nak order je.. lepas tu suruh laki yang sampaikan plak tu.. Eeee malunyaaaa #TutupMuka 

Lagi pun sebenarnya masa yang 1st SIL buat haritu aku dapat makan dua ketul je.. lain semua anak2 aku bedal kasi habis.. hukhukhuk.. itu pun nasib baik aku sempat snap gambar letak kat blog.. kalau tidak kempunan aku terus berlari mintak batu belah batu bertangkup telan diri sendiri.. hahaha.
Read More

Wednesday, July 2, 2014

Massage Dan Umrah

Bila kat rumah mintak Abang Jebat aku tolong picit2kan badan memang tak rasa apa pun kat badan aku ni. Abang Jebat Kak Jah tu kan skinny.. sepatutnya orang kurus lah tulang kuat.. ini tak rasa apa2 pun. Bila aku kata picit lah kuat sikit.. dia kata dah kuat lah ni.. nak kuat macam mana lagi.. hahaha tang mana kuatnya pun aku tak tau.. aku rasa nak mengamok je.. Tangan Khairine pun sama macam tangan bapak dia.. tak rasa apa langsung bila picit.

Yang si Danish pulak aku kira2 tulang dalam badan dia besi.. kemain kuat kalau picit.. rasa nak smack down je dia.. 

Pagi senin haritu aku saja whatsapp kakak aku ajak pergi massage. Sekarang ni badan sangat2 manja.. nak kena urut2 belai2 kononnya macam baby.. buelkkk buellkkk buelkk.. tahan muntah yer korang.. hehehe.

Bila aku whatsapp kakak aku ajak pergi massage, lain pulak yang dia jawab.. hukhukhuk.

Dia kata aku nak pergi umrah.. hahahahahaha.. Kan jauh bunyiknya tu.. MASSAGE & UMRAH.. hahahaha.

InshaAllah.. mudah2an masin mulut kakak aku tertunai lah satu hari nanti.
Read More

Tuesday, July 1, 2014

Resepi Nasi Hujan Panas

Harini hari ketiga kita berpuasa kann?? memandangkan ini entry pertama aku dalam buan puasa.. aku nak ucapkan selamat berpuasa kat korang.

Ni cerita semalam. Nasib baik tak meletop tong gas rumah Kak Jah semalam.. hahahha. Ini gara2 first time Kak Jah mencuba buat nasi hujan panas..dan nasib baik jugak nasik hujan panas tak bertukar menjadi nasik hujan panas ribut petir.. kikiki. 

Actually recipe ni pun aku google je.. nak memandai2 buat karang tak jadi pulak.. so masa nak buat aku refer pada recipe. Rupanya senang giler nak buat nasik hujan panas ni Sabariah oiiii.. selama ni bila dengar orang buat nasik hujan panas, ketar2 badan kagum dengan orang yang pandai buat tu. Sekali bila Kak Jah dah tau buat baru lah tau sebenarnya senang gilos.. cehhh berlagak pulak tu.. hehehe. Step dia ala2 macam kau masak nasik ayam jugak.

Bagi yang dah expert masak nasik hujan panas atau yang memang kaki masak, korang jangan gelakkan Kak Jah tau kalau Kak Jah nak share recipe ni.. saja lah nak tulis kat blog ni yang aku pun tau buat nasi hujan panas.. gittue. Mana tau dah tua2 sok boleh belek2 balik apa yang ada dalam blog ni.. hehehe itu pun kalau umur panjang lah :D


Bahan-bahanya:
2 cawan beras biasa (kalau guna beras basmathi lagi sedap)
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia (dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar ( dicincang halus)
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
3 sudu besar butter/marjerin (aku pakai marjerin je)
2 kuntum bunga lawang
sedikit pewarna kuning dan hijau (atau sukati nak pakai kaler apa)
susu segar
sedikit kismis dan garam (optional)


Cara-caranya
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan. Kemudian di dalam kuali masukkan butter dan tumis kayu manis dan bunga lawang. Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis senbentar hingga semuanye layu.

2. Kemudian masukkan beras yang ditos tadi dan gaul sebati.

3. Masukkan beras yang siap ditumis tadi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan susu segar serta kismis, kuantiti susu segar bergantung pada paras air di dalam periuk nasi masing-masing, sesuaikan rasa, masukkkan sedikit garam. On periuk nasi dan tunggu sampai masak.


4. Setelah nasi masak, ambil 3 batang lidi atau chopstick, masukkan 1 lidi di dalam pewarna merah, hijau dan kuning, kemudian cucukkan di dalam nasi, letak kan dua tiga tempat setiap warna, kemudian gaul rata nasi, korang akan dapatkan warna warni yang cantik, jadilah nasi hujan panas.

Untuk menaikkan seri lagi nasi minyak hujan panas ini, boleh juga ditabur dengan sedikit hirisan daun celery@daun sup ataupun bawang goreng, sedap dimakan panas-panas dan mudah untuk di sediakan.

Credit to : jintanmanis.com



 Aku guna beras wangi chap rama2.. so texture nasi agak lembut.. 


Combinekan dengan dua lauk ni.. Pajeri Nenas & Masak lomak pisang.

Dan ayam goreng. Semalam aku tak buat ayam sambal pun untuk combination ni.. saja gorengkan ayam untuk budak2.. lagi pun pajeri & masak lomak pisang pun dah lauk jenis berkuah.

Eh korang jangan nak slurpppp slurrppp pulak depan pc yer.. karang batal puasa aku tak jamin ar.. hahaha. Aku bukan niat nak menunjuk2 gambar makanan ditengah2 hari puasa ni yer.. ni hanya nak share recipe & idea je.. kot2 boleh bagi idea kat korang masak untuk berbuka nanti kannn.. ;)

Selamat mencuba & selamat berpuasa :D
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah