Thursday, April 30, 2015

Pustaka Peringatan P.Ramlee

Hi.. Assalamualaikum

Esok dah start cuti sampai hari Senin.. apa plan korang? aku mungkin nak balik Melaka kot.. lama dah tak balik Cheng.. padahal tiap-tiap minggu turun Melaka.. tu pun sebab kerja nyah! kalau tak sebab kerja lama dah aku singgah. Apa-apa pun plan korang.. sentiasa berhati-hati dijalan raya ya.

Ni nak tanya.. korang pernah pergi Pustaka Peringatan P.Ramlee?? minggu haritu keluar nak beli barang dapur.. tapi sebelum tu singgah office Uncle aku kat Wangsa Maju.. ada hal sikit nak di-settle-kan. Lepas tu ingat nak terus ke Mydin Selayang.. sekarang ni orang heboh kata Mydin tak ada charge GST kan? tu yang ingat nak try beli barang kat Mydin instead of aku selalu beli barang kat Giant. Dalam pada kata nak ke Mydin Selayang tu Bang Nizam terus tukar fikiran.. baik kita pergi Mydin Pudu je dekat sikit katanya.. daripada nak ke Mydin Selayang yang jauh-jauh buta tu.. sama je barang yang ada pun.. so planning pun bertukar ke Mydin Pudu sajo.

Masa on the way tu lalu area jalan Setapak. Terus Bang Nizam ajak pegi Rumah P.Ramlee. Eh macam ajak pegi rumah kengkawan je bunyiknya.. haha. Aku pun ok je.. budak-budak pun suka.. lagi pun KhaNish kan dah pernah pergi Rumah P.Ramlee kat Penang haritu [LINK] 


Pustaka Peringatan P.Ramlee telah dibuka dengan rasmi pada 22 Mac 1986. Penubuhan pustaka ini adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee terhadap dunia seni tanahair serta menggalakkan kajian dan penyelidikan dalam aspek seni dan budaya negara. 
Baca lagi di Pustaka Peringatan P.Ramlee (Kredit : Arkib Negara Malaysia)

KhaNish

Khairine & beca P.Ramlee Beca ni simbolik dalam cerita Penarik Becha.. rasanya beca ni bukan yang digunakan dalam film tu kot. Kalau ada lagi beca tu pun aku rasa beca tu dah usang kot.. 

According dari penulisan dalam gambar ni cerita tu pada tahun 1955

KhaNish & Kereta P.Ramlee

Kereta jenis ini pun dah tak nampak lagi atas jalan raya

Salah satu bangku yang ada kat luar rumah. Aku noticed disekeliling rumah banyak bangku jenis ini.. semua ada tertulis nama-nama tajuk film Allahyarham.

Visiting hours

Kat dalam rumah tak boleh ambil gambar.. so kita kena hormati rules kat situ.. kalau setakat nak ambil gambar kat luar rumah masih boleh lagi.
Read More

Wednesday, April 29, 2015

Sports Day KhaNish 2015

Go Biru!! Go Biru!!

Amboi bernafsu betul mak kau bagi sokongan untuk sukan sekolah anak ya. Mesti lah bernafsu.. acara ni kan setahun sekali.. bila tengok anak masuk sukan sekolah mulalah nak menitik air mata.. mulalah tiba-tiba nak touching.. Aku touching sebab aku macam tak sangka anak dah besar.. dapat tengok pergaulan dia kat sekolah dengan kawan-kawan & cikgu macam mana.. ada kawan ke tidak anak aku tu.. tu yang touching sampai menusuk ke lubok hati nih. Dulu dok tengok diorang kecik je lagi.. bila masuk sekolah darjah 1 rasa tak sangka anak dah masuk sekolah.. bila dah besar macam sekarang ni terus feel deja vu teringat zaman diorang kecik2 dulu.. tah apa-apa tah perangai tu.. hahaha.. itu lah naluri emak sebenarnya :)

Team Biru.. bak kata Ustaz Kazim Elias.. "kalau dah jodoh".. eh.. bukan jodoh Danish dengan adik baju biru kembang dua orang tu.. maksud aku jodoh Khairine dapat rumah biru.. Danish pun dirumah yang sama.. so tak ada lah nanti aku kena jadi emak yang "bias" pulak kiri kanan nak kena sorak.

Pastu teringat zaman-zaman kita kat sekolah dulu.. betapa skemanya muka.. dengan hitamnya.. rambut pendek time tu.. haha. Cikgu suruh masuk lumba lari... kau pun turutkan je.. lepastu kalah pun macam tak ada perasaan.. sebab time sekolah dulu aku ni kaki bangku.. apa sport semua tak nak masuk.. kecuali masa darjah 5.. ingat lagi aku join hoki.. tapi bukan under sekolah.. hoki tu private club punya.. main kat Brickfield every weekend.. tah macam mana boleh terjebak pun tak tau lah.


Seminggu training dah hitam legam dah budak-budak ni.. dah tak cumel dah :(


Tema team biru haritu ala-ala Avengers. Eh tersesat sorang rumah kuning kat situ.. tu kawan baik Khairine.. nama dia Myra

Pagi tu sebelum pukul 7 aku dah hantar budak-budak ni ke sekolah.. ingat nak terus tunggu je.. sekali tengok handphone tertinggal kat rumah.. terpaksa lah patah balik ambik hp. Lepak kejap kat rumah dalam pukul 8.30am macam tu aku keluar balik ke sekolah.. aku fikir biarlah aku datang awal sikit takut nanti parking tak ada.. Nizam pulak datang kendian sebab dia naik motor. Lepas tu dia nak terus ke CIMB Bangi.. ada kerja sikit.


Perbarisan rumah Biru keluar dulu




Elok je habis perbarisan rumah biru.. Nizam pun chow terus ke Bangi.. tinggallah aku terkonteng-konteng sengsorang menunggu kat bawah khemah. Dah lah panas.. tapi ku tabahkan juga demi anak-anak.

 Rumah Hijau


 Rumah Merah


Rumah Kuning

Lama juga perbarisan & persembahan 4 team ni.. penat kaki makcik berdiri tepi padang.


Acara pertama pagi tu dimulakan dengan lari dalam guni.. ni budak-budak pra sekolah.. comel-comel makcik tengok korang ni.. dulu anak makcik kecik macam korang ni lah.. bila anak makcik dah besar.. makcik tengok korang pulak kecik.. hahaha.

Selfie jap.. ambik aura semangat dari Mummy sebelum berlari ;)

Lama betul nak menunggu turn rumah Biru nak berlari.. sampai tersangap-sangap kat bawah khemah.. terbayang bantal ngan tilam melambai-lambai kat rumah.. hahaha.

Dah nak dekat pukul 12 lebih macam tu baru turn Danish pula untuk acara 4 x 200 meter.. fuh! pukul 12 lebih baru tahun 4 punya acara.. pukul berapa pulak acara 4 x 200 meter untuk tahun 5? pitam tengah panas mak kau!

Gambar Danish lari aku tak banyak snap sebab time tu aku ambik video.. lupa nak snap.. lagi pun kan akak sorang masa tu.. tak cukup kaki tangan nak snap gambar. Mana nak kena jerit lagi.. mesti lah kena bagi sorakan yang mantop.. baru budak2 tu bersemangat nak lari.

Ni Julia kawan satu kelas Khairine.. sebenarnya aku nak cakap.. korang tengok lah padang sekolah ni.. dah macam sawah bendang aku tengok.. kalau letak Badak sekor kat situ mau Badak tu sedap berkubang.. hahaha. Actually semalam tu hujan lebat.. bertambah pulak lagi dalam minggu tu diorang hari2 dok training.. tu yang padang tu berlopak tak hengat..

Tengok tu.. sampai tenggelam kaki budak2 tu dalam lumpur.. hahaha.. aku tengok kebanyakan cikgu haritu pakai kasut yang pegi pasar tu.. hehehe.. steady lah cikgu.. hidup lah sukan untuk sekolah! ;)

Cewah.. bukan main laju Khairine lari.. Chayok Khairine!! 

 Sampai kat kawasan ni terus slow.. mana taknya.. bila tengok gambar ni kau dapat agak betapa dalamnya lumpur ni.. kaki Khairine pun boleh tenggelam kat situ.. terus dapat nombor 3.. bila dah tenggelam tu nak cabut kaki dari dalam lumpur tu dah makan masa 3 saat.. pfffttt.

Tengok kaki masing2 tu.. macam baru naik dari menuai.. hish!

 Winner.. acara 4 x 200 meter lelaki tahun 4.. Danish dapat nombor 1.. hebat budak ni kuat lari macam Mummy.. *krik krik krik*.. nanah telinga Babah kau baca ni.. hahaha

Budak terpacak kaki kat lumpur ni dapat 3rd place untuk acara 4 x 200 meter perempuan tahun 5

 Penyampaian hadiah untuk Khairine

Penyampaian hadiah untuk Danish

 KhaNish & Babah

Mummy & Khairine.. eh adik baju merah tu nak over shadow kitorang ke? kalau nak bergambar kenapa tak cakap ngan makcik.. boleh join sekali.. haha.
Read More

Tuesday, April 21, 2015

Hashtag ZTZtoPenang2015

Wah tajuk kau tak nak mengalah! hahaha. Memandangkan semalam dah senyap sedu kat blog ni.. harini Kak Zaza buat simple entry sikit.. rasa macam tak sempat nak buat full entry lagi pasal Kak Zaza ke Penang dengan kengkawan Kak Zaza last week.

Ini view dari bilik hotel yang aku & kawan-kawan aku stay haritu. Cerita lanjut nanti aku cerita kat entry lain ya.

Happy working ;)
Read More

Friday, April 10, 2015

Homework

Semalam aku rasa teremosi sangat.. bukan semalam je.. sebelum-sebelum ni pun emosi jugak. Cuma semalam punya emosi tu agak luar batasan sikit. Korang jangan ingat emosi luar batasan ni sebab sebab nak period okeh! korang ni bukan boleh pakai.. sokmo pikir benda yang memesongkan.. hahaha.


Semalam aku tengok kerja sekolah Khairine berlambak-lambak nak kena siapkan. As a mother, aku ni bukan lah "bijak sana" sangat nak cerita pandai kat sini. Karang kalau aku cakap sikit kat fb/ blog ni ada je cikgu or parents yang tak setuju dengan apa yang aku bebelkan. Hujung-hujung aku pulak dikecam.. kann??! hahaha. 

Semalam aku ada up status kat fb, ada parents setuju dengan status aku.. ada juga cikgu yang tak berapa setuju dengan status aku tu. Conclusion dalam status aku tu sebenarnya bukan nak salahkan cikgu semata-mata.. aku faham, cikgu juga ada tanggungjawab lain untuk diaorang pikul. Contoh jawapan dari Cikgu Norli (kawan sekolah aku dulu) yang komen kat status fb aku semalam.. katanya..

 Ini komen dari Cikgu Norli.. Hi Norli.. aku buat buat testimoni jawapan kau kat sini ye :)

Yes.. aku setuju juga dengan apa yang Cikgu Norli katakan kat situ. As a teacher diaorang lebih tahu coz diorang lah orang yang dipertanggungjawabkan dan memang itu lah tanggungjawab sebagai cikgu pun sebenarnya. 

Jawapan aku..


That's why dari awal entry ni tadi aku kata aku ni bukan "bijak sana" sangat dalam hal-hal menguruskan kerja sekolah atau pemberian kerja sekolah kat budak-budak. Apa yang aku boleh katakan, ini lah jawapan reply aku kepada cikgu Norli.

Lepas tu kitorang sambung discuss dalam whatsapp. Cikgu Norli advice aku supaya discuss dengan cikgu kat sekolah.. InshaAllah.. kalau ada time yang sesuai, aku akan duduk bincang dengan cikgu sekolah nanti. Cikgu Norli juga ada tanya.. kenapa tak siapkan kerja kat sekolah je.. Aku kata anak aku tu Pengawas. Karang tengok elok-elok ada dalam kelas, ada cikgu yang panggil suruh pergi kutip derma dari satu kelas ke satu kelas. Kadang tak sempat catch up apa yang cikgu ajar. 

Actually apa yang aku nak tekan kan kat sini adalah masa.. time constraints for them to complete their homework. Dengan homework yang banyak, budak-budak susah nak kejar masa untuk siapkan. Tu belum lagi kena pergi ko-kurikulum, latihan rumah sukan.. dengan penatnya.. balik sekolah nak kena hadap homework pulak. Tu belum lagi kena pergi mengaji & kelas tuisyen. Aku rasa masa & tenaga diorang lebih banyak dihabiskan berbanding kita yang bekerja ni kot.. hurmm.

InshaAllah.. start dari sekarang, aku cuba untuk perati & arrange masa untuk diorang kat rumah. Cuba siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi dengan sebaik mungkin. Kalau tak siap juga, apa boleh buat.. takkan cikgu nak belasah anak murid pulak.

Ni satu lagi aku nak bebelkan. Kita ni parents yang bekerja, balik kerja kadang dah lewat petang. Balik kerja mesti nak masak (kalau masak) dah penat and so on.. korang faham-faham je lah kann??.. then tiba-tiba anak kau bagitahu yang diorang nak nak beli barang keperluan (selalunya bahan untuk mata pelajaran seni).. cikgu suruh sediakan esok jugak.. seolah-olah macam tiada esok bagimu.. gitu.. ni namanya dah terberak baru nak gali lubang!!.. kalau itu terjadi, memang 100% aku akan salahkan anak-anak. Bila malam tu bagai nak giler mencari kat kedai, yang katanya cikgu nak gunakan untuk esok dalam kelas, esoknya bila ditanya, benda tak buat lagi.. sebab cikgu tak masuk kelas. Wah!!! dah lah cari barang bagai nak giler.. bila tiba harinya kau kata tak buat pulak.. hangin betul.

Dah lah.. penat bebel.. sambung lain kali je lah.. bye!
Read More

Tuesday, April 7, 2015

Happy 10th Birthday Son

Diam tak diam dah setahun berlalu.. kalau tahun lepas Birthday Danish kitorang sambut di Stone Cafe, Bandung [LINK] tahun ni kat mana pulak?? jeng jeng jeng.. Eh! tak payah nak jeng jeng jeng sangat lah Jah.. hahaha.

Dalam entry khas ni, Mummy nak wish to Danish.. Happy 10th Birthday.. semoga jadi anak yang Soleh, belajar pandai-pandai (macam Mummy), selalu mendengar kata Babah & Mummy, jangan selalu gaduh dengan Khairine, Khairine pun jangan nak selalu gaduh dengan Danish.. apa yang penting.. kerja sama.. hehe macam wonderpet pulak ;P

Waktu kecik macam ni comel je.. rasa nak gigit pipi tu.. gerammm.. bila dah besar-besar ni Mummy tengok kau comot-comot je dik.. dah tak geram lagi dah.. Geram sebab kengkadang degil buat my blood go upstairs adalah.. Gggrrr ;P

Gambar recycle yang dah ada dalam entry lepas. Tetap nak letak jugak sebab bajet anak bujang den terkacak diantara anak bujang orang lain yang hado.. hahaha.

Makin besar makin banyak akal dah budak ni. Basikal ni baru je beli dua tiga bulan lepas tak silap.. apa nama basikal ni?? fixie?? fixie?? macam tu lah bunyiknya. Ni siap posing depan kedai ar ni. Tak menyempat-nyempat nak basikal.. sebelum birthday juga Babah belikan. Peminat sang K-Pop pun ya juga budak ni. Sikit-sikit K-Pop.. baju K-Pop, topi K-pop.. sekali Mummy POP dahi tu tahu lah kau! hahaha.

Harini punya present dia dah tuntut kat bapak dia.. nak boot bola katanya. Padahal tahun lepas masa ke Bandung dah beli.. bila tanya kenapa nak boot lagi.. jawapan "boot Anish dah koyak" eh! dan dan tu lah koyak pulak ya.. ke kau memang koyakkan sempena besday nak menjelang nih??? hahaha.

Nasihat Mummy lagi.. dah masuk tahap 2 ni, kena belajar rajin-rajin dik.. sebab tahap dua ni dah masuk style pembelajaran macam UPSR.. dah tak sama cara pembelajaran dengan tahap 1 dulu. Mummy tengok ko asek main je.. bila Mummy suruh baca buku, hafal sifir tu, sila lah buat.. jangan asek nak membuta je.. Mummy tau, lepas balik sekolah memang penat.. tapi faham lah.. apa yang Mummy & Babah cakap tu, ada kebaikannya untuk anak-anak.. baik Khairine, baik Danish.. sama je.. Mummy & Babah selalu bising kalau korang asek main.. main tu tak salah.. bukan tak boleh main langsung.. Ingat Mummy & Babah tak risau ke hal-hal belajar korang?? Makbapak mana yang nak tengok anak-anak diorang gagal dalam pelajaran.. yer dak?

Ni kalau nak bebel sampai dua tiga entry pun boleh ni.. biar Mummy stop dulu bebelan Mummy kat sini.. sok-sok korang dah besar, kalau wujud lagi blog ni, sila lah baca & faham.. betapa Mummy & Babah sayangkan korang berdua. Pelajaran tu penting untuk masa depan korang. Bukan Mummy & Babah kata korang tak pandai.. even exam awal tahun haritu pun korang dah buktikan kat Mummy & Babah yang korang sebenarnya pandai-pandai belaka.. yang penting bijak macam Mummy.. bukan macam Babah.. muahahahahaha.. mati lah kalau Nizam baca ni.. phuii!

Kalau dah nak nasihatkan/ marah Danish, mesti ada kena mengena dengan Khairine.. macam tu juga sebaliknya.. Khairine pun mesti ada kena mengena.. kalau marah sorang je tak fair.. alang-alang nak marah/ nasihat tu, biar dua-dua sekali kena. Baru ada keadilan disitu.

Selalu kalau kat rumah memang aku lah singa betina.. asek nak mengaum je.. Babah diorang pulak bangsa yang lembut.. kalau marah/ nasihat tu dah macam mendendengkan syair je aku dengar.. memang aku tak boleh sabar kalau macam tu.. that's why aku kena tegas & keras disitu. Fair lah kan.. sorang kena hard core.. sorang kena lembut sikit.. kalau dua-dua jenis hard core.. alamatnya lunyai lah budak dua orang tu kena belasah.. haha.

Nampak tak? makin nak end the story, makin panjang khutbah Mak Jah kat sini.. hahaha. Dengan itu, aku akhiri dengan gambar yang tak pernah aku share lagi dalam blog ni.

Tension aku dengan budak Danish tu!! tak boleh lah mak kau nak feeling diva kejap!
Read More

Friday, April 3, 2015

4 Tahun Berlalu

Ya Allah.. macam mana boleh lupa tarikh Arwah Ayah pergi.. 9 March 2011 - 9 March 2015 Empat tahun dah tarikh peninggalan Arwah Ayah berlalu.. rasa macam baru je semalam ayah pergi.


Al-fatihah

Di hari Jumaat yang mulia ni.. jom kita sama-sama panjangkan doa buat mereka yang telah pergi.

Related link:
Read More

Thursday, April 2, 2015

Photo Case

Aku pasti ramai yang dah tau pasal Photo Case ni. Aku pun tau sebenarnya.. cuma tak pernah buat. Ni terpaksa buat sebab KhaNish dah nampak benda ni kat Times Square masa kitorang ke sana last week.

Bila dua beradik tu dah nampak.. mulalah complot diorang berdua berbisik-bisik sesama sendiri. Aku perati je perangai diorang. Bila tengah berbisik-bisik, aku terus sergah.. "Ha bisik apa tu??" terus tersengeh-sengeh dua-dua beradik. Tak lama lepas tu Khairine datang kat aku "Mummy, boleh tak kalau Khairine & Danish nak buat Photo Case?" kan aku dah cakap! diorang berdua ni sama je perangai.. kalau tak Danish yang cakap, Khairine yang akan datang cakap kat aku atau Babah diorang. Terpaksa lah layankan kehendak budak-budak ni.


Khairine pilih gambar Frozen.. sebab gambar Frozen ni sama dengan cover powerbank dia.. tu yang gatal sangat nak gambar Frozen juga letak kat cover handphone.. sama katanya.. Gggrr! Danish pilih gambar K-Pop.. siapa mamat ni pun aku tak kenal.. dia kenal lah.. tu yang dia pilih muka mamat ni. Kalau ikutkan aku, aku tepek gambar aku sendiri je kat belakang casing tu.. dah itu yang dia minat.. buat lah nak.. huh *keluarasapkathidung*

Create your own photo case.. pilih gambar, bayar, siap dalam masa 10 minit. Beli satu RM29.00 beli dua RM49.00. Harga termasuk dengan housing sekali. Cakap je kau pakai handphone chap apa.. kalau ada stok adalah.. kalau tak ada stok, tak ada rejeki lah gamaknya.

Contoh Photo Case dari brochure

Pilih pilih pilih.. jangan tak pilih ;P

Minah ni tunggu turn nak pilih gambar

Tunggu photo case siap. Nampak dah besar sangat dah budak ni.. haishh. Sport shoes dia aku boleh pakai.

 Siap.. photo case yang diidam-idamkan.. gambar frozen

Pun dah siap.. dengan gambar mamat K-Pop. Eh! apasal nampak macam juling je bijik mata kau dalam gambar ni dik?? hahaha

Kalau korang nak buat jugak, pergi ke Times Square.. booth dia kat tingkat 2 berdekatan dengan escalator sebelah hujung sekali.. berdekatan dengan lift transparent.

Actually aku pun nak buat juga. Nyaris-nyaris nak order online kat IG. Bila whatsapp tanya dia kata harga dalam lingkungan RM86 hengget. Fuh! mahal nak mati. Kalau buat kat Times Square baru RM29 je.

Cath Kidston

Niat dihati nak buat design Cath Kidston. Bila balik rumah rasa nyesal giler tak buat. Later lah buat.. bukan penting sangat pun.
Read More

Wednesday, April 1, 2015

Cinderella

Korang dah bawak anak-beranak korang tengok cerita Cinderalla Ella Ella Ella?? *titiba* hehe. Aku pergi Ahad lepas. Plan asal nak pergi hari Sabtu tak jadi.. esoknya hari Ahad kita jadikan juga planning tu.

Aku bawa Khairine ke KLCC tengok cerita Cinderella. Nizam & Danish ke Ampang Point cari barang diorang. 

Sesekali anak perempuan keluar dengan emak.. anak lelaki keluar dengan bapak. Time macam ni lah kita boleh bual hal-hal antara kami. Danish boleh borak pasal bola ke, hal ehwal pasal lelaki ke and so on. Aku dengan Khairine pulak boleh bual pasal bra ke atau hal ehwal perempuan.. hehehe.. sweet bukan?! ;P


Khairine

Sampai KLCC pukul 12.30pm. Senang dapat parking coz aku park dekat ladies parking. Beli tiket wayang siap-siap untuk show pukul 1.30pm. 


Khairine




Mummy & Khairine


Sementara menunggu pukul 1.30pm menjelang tiba, Khairine ajak aku naik atas kat kedai Stadium.. nak beli kasut katanya. What?? kasut lagi?? kasut yang dia pakai dalam gambar atas tu bulan lepas je baru beli.. bulan ni beli lagi.. ikut perangai siapa ni suka beli kasut berdozen-dozen?? pffffttt ;P

 Kasut Barbie ni yang dia berkenan. 

Bulan lepas masa beli kasut kat dia [Entry ni] dah ushar kasut Barbie ni.. tu yang bulan ni dia tuntut balik. Aduih sabar je lah budak ni.. ikut perangai siapa lagi ni.. ish ish ish ;P selagi tak dapat selagi tu dia memekak kat aku.. berbulu je telinga nih.


Pilih kaler pink

Tahu kenapa Khairine nak sangat beli kasut Barbie tu?


Dapat free gift handbag yang comel ni sebenarnya.. hurmmm

Lepas beli kasut, turun balik ke TGV. Not bad juga cerita Cinderella tu.. macam yang kita dah sedia maklum.. memang dah tau jalan cerita sebenar.. masa kecik-kecik dulu kita dah pernah baca buku cerita Cinderella.. bila dah tua bangka macam ni baru di buat Film yang di adaptasi dari buku cerita. Korang kalau tak sempat tengok kat wayang pun tak apa.. tak lama sok mesti keluar kat Astro.. percaya lah kataku ini.. hahaha.

Chop! Cicakman pun kitorang dah tengok.. Ada yang kata tak best cerita tu.. bagi aku best je.

Hey, Bedah! hahaha.. ni je sempat aku snap dalam panggung wayang cerita cicakman.

Lepas habis tengok Cinderella, elok je kawan aku pulak roger.. dia ada kat Dome ajak lepak sekali. Aku pun lekas-lekas turun. Mana taknya.. kebuluran kau!! lapar bagai nak giler.. lepak Dome order Carbonara.

Me & Tante

Masa lepak makan kat Dome Nizam whatsapp aku..

Overnya dapat makan aiskrim yer!

Nizam send gambar Danish.. rupanya diorang lepak kat Baskin Robins dua beranak. Aku tanya diorang beli apa.. Nizam kata dia beli baju kerja, kasut kerja, seluar Danish, kasut sport, bola futsal.. bla bla bla. Amboi bukan main shopping dua beranak tu mengalahkan orang pompuan nih.

Kalau Nizam hantar gambar Danish, aku pulak hantar gambar Khairine kat Candylicious.. hehehe. 

Lepas order makanan kat Dome Khairine ajak turun beli gula-gula kat Candylicious. Habis makan kat Dome, balik rumah. Kitorang berjumpa kat rumah coz Danish & Khairine ajak pergi Times Square sekali lagi.. nak beli Photo Case katanya..

 Hurmm itu nanti aku cerita kat entry lain pulak k ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah