Thursday, November 5, 2026

OCTOBER BIRTHDAY

Well, October is here again...

Alhamdulillah (Praise be to Allah). Allah SWT has once again blessed me with the gift of life and the opportunity to witness another year on this beautiful earth.

MasyaAllah TabarakAllah #AngkatTanganBerdoa πŸ€² 

16th October, birthday NJ. Setiap tahun kami memang akan celebrate birthday. Bukan yang party2 tu. Just a simple lunch or dinner je. Ini wajib. Setiap tahun mesti celebrate.. NJ ke, I ke, Khairine ke, Danish ke. Kena pergi sambut makan2.

SAMBUTAN BIRTHDAY... dalam pada nak sambut ulangtahun, saat-saat ni juga lah teringat kat mak ayah 😭😭😭😭 patutnya yang diraikan on birth day adalah mak ayah kita.. sebab tanpa ayah, tak ada lah kita, tak ada mak, macam mana keluar tengok dunia.. kennn?? Kita ni keluar2 je mana reti apa pun.. kau tau nak menetek je..

Dah tua2 ni barulah terfikir semua tu.. 

But it's ok, walaupun my parents dah tak ada (Al-fatihah buat makayah πŸ’—) on birth day itself kita tetap juga meraikan bersama orang tersayang... Alhamdulillah masih ada yang sayang 😁😍

Untuk birthday je lah hari yang boleh kita memperingati. Kalau macam hari-hari celebration lain.. NO.

Valentine ke, hari apak kau ke, hari mak kau ke, hari nenek kau ke atau hari apa2 je lah. Sorry, laki i memang tak akan ajak celebrate. Sambut birthday je dia allowed.


Simple je tanda ada kenangan setiap tahun.. memory tu yang penting untuk NJ2424 Family

Tahun ni birthday kitorang jatuh pada hari weekdays.. so, jawapannya birthday dinner je kita.

Happy Birthday Hubby  πŸŽ‰πŸ­πŸ₯³ May Ψ§Ω„Ω„Ω‡ continue to bless you with all the wonderful things in life!! ILU tauuuuuuuuuu 😍

Uishhh nampak berumur dah dua orang acik ni πŸ˜…

ADVANCE BIRTHDAY PRESENT dah dapat dah. Tahun punya present, boot bola. A week before birthday dia, i dah belikan. Boleh lah pakai untuk tournament kat Jakarta tahun depan. Not surprise present.. kitorang pergi kedai sama2 suruh dia pilih mana satu dia nak and i pay for it.

Masuk cerita birthday si bini pulak.. hahaha. Lepas 12 hari birthday NJ, birthday i.. kitorang beza 12 hari je.

HB Zaza.. dah berumur tahap gini, harijadi pun rasa biasa2 je.. Kalau dulu2 tak sabar tunggu birthday.. happy sangat bila dapat macam2 wish & doa dari family, kawan2 and kawan2 alamaya. Sekarang bukan kata tak excited. Tapi lebih kepada cool.. perasaan tu dah jadi cool. Tak ada rasa macam dulu.. ternanti nanti hari jadi.. muahahaha gedik!

Tak tahu pun diorang choose Two Sons, KLCC. As usual juga.. kalau birthday je memang tak akan bagitahu kemana tempat yang nak di bawa makan. Coz most of the time kalau booking  tempat makan, mesti nak rahsia hahaha. gelabah betul!!

Actually tak lah.. it is something surprise lah namanya.. ye dak????

KEKWAT EH KAU! dah sampai KLCC, NJ cakap makan kat Two Sons, I said "Two Sons dah pernah makan.. Why not Chili's?" demand pulak kau! πŸ˜‚ bukan demand, sebab kitorang dah pernah makan kat situ.. Lagi pun i dah lama giler tak makan kat Chili's semenjak ada cafe2 hipster merata sekarang ni. Terus lupa kat Chili's πŸ’†

End up tak nak nampak kekwat.. i cakap "issokay, Two Sons pun i ok je" risau lah diorang dah put effort memikior mana lagi tempat makan nak celebrate.. tu lah padahnya.

Foodies

DAPAT PRESENT APA TAHUN NI? Walaupun tahun ni tak ada nyanyi2 birthday lepas dinner.. I'm ok. Sebab lepas tu NJ ajak pergi beli hadiah.. auuwww acik happy lah ini macam! πŸ’ƒ

Yes, lepas habis je makan.. NJ ajak pergi beli present. Mula tu dia nak belikan iPhone 18.. i cakap i tak nak.. sebab fifteen yang i pakai skrg ni masih elok.

Nampak???? mana kau nak cari bini yang tak meminta2 macam ni bang??? nak belikan 18 pun, bini kau tak nak.. hahahahahaha.

Change of his mind, dia cakap "dah jom.. lepas makan naik atas.. i ada nak beli barang" aikkk.. barang apa yang dia nak beli??? i pun buat B je ikut naik. Sebab i don't expect pun dia nak belikan benda lain selain "ipon 18" tu.

Win win situation. Kasut dibalas kasut hahaha. I belikan dia boot bola, i dapat kasut jalan jalan.

POYO JE KAU NI and yesssss.. dia ajak i masuk Onitsuka Tiger. Lagi sekali i menolak.. cehhhh poyo lah Noriza!! hahahahahaha. Yea weh... actually dia baru juga belikan i kasut New Balance masa kat Jakarta September haritu. Ni Onitsuka pulak.. how can i accept this?? kasut lagi nak dibelikannya hahahaha.

I cakap kat NJ, kasut New Balance u belikan haritu pun tak jejak tanah lagi, u nak belikan yang ini pulak.. terus dia cakap pilih jelah mana yang berkenaan.. muahahahaha. Ok jangan banyak cakap.. mari pilih hihihi.

Sebagai isteri yang bukan sejenis "meminta-minta & menekan-nekan"... i accept je 😘 apa dia nak beli untuk i. Alhamdulillah. Thank you Bie.. ILU lagi tau πŸ’– hehehe.

Lain2 ada juga dapat present dari kawan & family members.


The tiny rice cooker tu from my officemate.. dia macam tahu je i tengah mencari small rice cooker 😁 currently yang pakai kat rumah is yang 1.8 liter punya.. bapok besor.. tak sesuai untuk nak masak 2 orang je kat rumah.

Flower box with perfume as present from my dearest sister Aisyah.. Every year, without fail, mesti hantar surprise present kat office i ❤️ aceh kakakku πŸ€—

A little surprise delivery from my lovely officemates, Shannon, Shirley & Misz. Salted Caramel Frappe & Chocolate Cake from Coffee Bean!.. Little but meaningful. Thank you, triplets! πŸ₯° every year mesti akan ada je yang diorang nak bagi hehehe.

And also i got Montigo water bottle from my beloved daughter, Khairine. Siap engrave nama mak kau kat situ πŸ₯³ loveeeeee.

Heartfelt handwritten birthday card filled with the sweetest wishes for Maksu & Busu. Thank you niece & nephew, YanaπŸ’—Faiz 😘😘

Left: They got us Venchi chocolates and
Right: Chewbacca from All About Chew

Gift ni pun one of the best juga.. the cutest Garfield cup sleeve.. because they know how maksu memang peminat tegar Garfield! hehehe. Even though it is cup sleeve, Yana always remember the little things i love. Sometimes, it’s not just about the gifts, but the thought and love behind them.. sweet kannn.

Rasanya tu je lah cerita pasal birthday.. Ohh tak lupa juga yang wish & mendoakan..

kbye πŸ’•

Read More

Thursday, October 29, 2026

CUACA DAH CLEAR

Sambung kisah tajuk entry lepas JEREBU ← read here

Pagi semalam, sebelum pergi kerja saja jengah kat balcony kejap. Nak tengok cuaca.. sebab day before tu ramai kata KL dah clear. Jerebu dah tak ada. Tengok-tengok kat luar, memang betul clearrrrrrr! what an amazing. So Miracle. Alhamdulillah πŸ’—πŸ€—


Belah petang pula, dah keluar sunset.. sekian lama tak nampak sunset petang-petang kat kawasan rumah.

View dari level 3 parking rumah i

Nampak takkkkk... MasyaAllah, TabarakaAllah. Lama tak nampak cuaca macam ni. 

Dah naik atas, ni pula view petang.. memang clear.

Lihatlahhhhhh betapa clear-nya cuaca selepas jerebu dah hilang. 

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya membawakan kembali udara yang bersih dan melenyapkan jerebu.
Read More

Thursday, October 22, 2026

SATURDAY - FULL DAY

Boleh ke tajuk macam tu? Tak tahu macam mana nak letak tajuk. Bantai je lah..

Sabtu lepas 17/10.. Dalam satu hari, 3 tempat i kena fulfill my schedule. 

First, appointment at KPJ Ampang Puteri.
Second, to kedai motor, and 
Last to Melaka.

FOLLOW UP... as usual, before 8am dah kena terpacak kat depan clinic Doc Sakinah. Kalau tidak nanti kena rebut dengan patient lain πŸ˜† dah lah acik acik tu suka potong barisan! dah kena rebut queue depan pintu.. Clinic pulak masih mengekalkan rebut queue instead of ambil giliran pakai number #TepukDahi

But it's ok, rebut ke tak rebut ke, tetap gak kena tunggu . Sebab doc akan masuk after 10.30am. Pagi sebelum masuk clinic, doc akan pergi round ward dulu. Kena pantau patients and settle patient yang nak discharged. Lepas tu baru Doc akan turun ke clinic melayan walk-in patients pulak. Gitulah kekdahnya. Dah paham sangat.

Pajang lak bebel.

Masa ni baru lepas keluar lab untuk ambil darah and urine. Minggu tu kena buat full report sebab nak tahu thyroid i ni masih active ke tidak. Paling nyampah bila dia bagi botol tutup kuning.. kena ambil urine. Pagi pagi mana ada orang kencing banyak.. dah tentu air kencing kuning.. hahaha. Nasib lah siapa yang buat test air kencing i tu πŸ™ˆ

Ikutkan, appointment i tiap-tiap bulan since July lepas. Tiap-tiap bulan juga kena ambil darah.. 

Keluar result, Alhamdulillah Doc kata Thyroid i dah back to normal. I pun tak reti macam mana nak baca result darah tu. Doc kata ok, means ok lah tu.

Cuma!!! ada berita not happy sikit..

Masa Doc kata dah ok, and she wanna stop me from medicine. . i pun yeayyy lah depan Doc. Yang tak bestnya bila dia cakap.. next appointment kalau result darah tak cantik, i kena consume ubat thyroid seumur hidup... aaaaa 😩 so sad 😭

Tapi!! tapi tapi ✋ Doc cakap, Thyroid i ni tak macam orang lain yang too serious. Doc cakap tak ada pantang larang dari segi macam macam especially makanan. hmm ok lah.. bersyukur sangat.

I dapat thyroid ni awal July lepas. I demam tak kebah for 5 days. Gila lah.. masa tu rasa macam.. hmmm. Memang sakit! sakit yang tak boleh describe. Drip air pun tak kebah, ambil darah pun Doc tak boleh trace. Masa tu i pergi clinic je.. kalau tahu macam ni, baik lah i lari terus ke KPJ Ampang Puteri.. warded pun i tak kisah kalau i dapat treatment yang bagus.. tapi semua tu dah terlambat. Nak cerita kat sini pun, cerita tu panjang sangat.. malas lah.


Doc cakap "I'll see u back another 6 weeks ya". So next appointment i next month.

Settled follow-up appointment i dengan Doc Sakinah almost noon juga.. 12+pm macam tu.

BUAT APA PERGI KEDAI MOTOR?  teman somi i beli motor. Dia lah... nambulan lepas pergi beli nombor plate. Dah lah sekarang ni kalau beli no. plate, dia valid 6 bulan je.

Time goes by, dia hampir lupa no. plate yang dia beli. i dah banyak kali tekan dia.. bila dia nak beli motor untuk dia park no. plate tu.. dia kata nanti nanti nanti.. aku pun peratiiiiiii je lah. Lagi seminggu nak expired, barulah dia decide motor apa dia nak beli and park the number.

Dari KPJ Ampang Puteri, i balik pick up husband. Then terus ke kedai motor. 

Sebelum sampai, dia dah memang aim nak ambil yang ini. Belek punya belek. Pusing punya pusing. Bersoal jawab dengan adik sales advisor tu, end up dia decide ambil yang ini juga. 

Ok, boleh tarik nafas lega. Kalau tidak tah berapa jam lagi dia ambil masa kat situ πŸ˜… Terus suruh adik tu bungkus ikat tepi....

Another NJ2424 in the houseeeee πŸ‘

Tadaaaa.. dah ciap bungkus.. tapi bungkus ikat mati hahaha. Terus tampal no. plate.

Zaman now process jual beli (by cash) senang dan mudah ek... ada duit, jalan. Tak ada duit, hutang. For NJ, dia beli cash. Malas nak hutang-hutang katanya. Processing pun cepat sebab no. plate memang dah ada. Kedai tu cuma register JPJ online, insurance, roadtax semua pun online. Dalam 2 jam lebih je siap.. dah boleh bawak balik motor.

Kenapa no. plate tu important sangat? sebab tu family nombor. Semua kenderaan kami bernombor 2424. Kenapa NJ? NJ tu somi i Nizam Jali. Kenapa 2424? sebab 2424 tu Zaza. Faham? tak Faham tak apa.. lantak kau lah situ 😁

Habis dua babak... 

BALIK MELAKA KEJAP... dah petang macam tu lepas kitorang late lunch, lepas ambil Along kat rumah dia, baru bertolak balik Melaka visit pakcik NJ yang sakit. Curtesy visit kata orang.. Tak kira lah jauh ke dekat. Sampai pun dah malam. Pergi rumah dia kejap bual bual apa semua, terus kitorang balik rumah Along kat kampung. Tidur sana. Malas nak balik KL malam tu. Esoknya pagi dalam 10+ macam tu baru gerak balik KL.

Sebelum balik, visit MIL dulu.. Al-Fatihah buat MIL Fatimah binti Hassan 


Sebelum keluar tol Simpang Ampat, singgah brunch dulu kat Sultan Salai. Kedai viral kan? ramai orang kedai dia. Katanya salai salai dia sedap & verity.

Concept kedai dia... kau beratur, ambil nasi, choose lauk, bayar. Untuk lauk tu ada yang dia dah siap2 senduk masuk mangkuk.. kau tinggal ambil je. Lauk lain ada yang kau kena cedok sendiri. Belah sana sikit ada ulam2an, counter air & counter bayar.


Dah masuk, queue nak pilih lauk.. tengok tengok, lauk dia tak verity mana pun. Tapi boleh lah untuk perut kau yang tengah lapar kalau nak makan.

Dah ambil nasi, cedok lauk , bayar semua.. start makan.. hmmm rasa dia bias bias je nyah!! tak wow mana pun. I ada ambil daging salai masak lomak cili api. Not bad. Sedap.. tapi ada lagi sedap yang i pernah makan. Lauk2 lain dalam mangkuk ada kubis masak lemak putih, telur kicap, paru balado. 

My verdict:
Daging salai masak lomak cili api + rebung: 4.5/10
Kubis masak lemak putih: 4.5/10 
Telur masak kicap: 1.5/10
Paru balado: negative 0/10 hambik.. negative terus aku bagi.. sebab lauk paru balado tu BASI!!!

Overal, dah try sekali.. that's it. untuk datang repeat, mahap syakap.. i would say NO!

Dah tu je. Kbye πŸ’•


Read More

Friday, October 16, 2026

Jerebu

Makin teruk lah cuaca kat luar sekarang. Sangat beza dengan cuaca sebelum ni. Cerah, elok je. Nak keluar santai santai pun tak takut. Sekarang ni makin risau. Kadar IPU pun kejap naik kejap turun tapi masih dalam tahap yang membimbangkan.

Macam macam news kat media pasal kebakaran kat Kalimantan. Ada yang pro, ada yang cont. Bila dengar video-video yang rakyat diorang buat kat media, rasa nak hempok pun ada. Salah satunya pasal kenyataan yang dia cakap "bukan sahaja menghantar jerebu tetapi turut membekalkan oksigen kepada Malaysia dan Singapura" (source: Sinar Harian) heyyyyy!!! siapa ajar kau cakap macam tu???????

No filter. Ini original photo. MasyaAllah TabarakAllah. Cantik betul cuaca time ni.. bila lah nak dapat balik cuaca macam ni.. hmmm sad 😞


Berbeza dengan keadaan cuaca sekarang. Ni pun original photo. It's filter.. but filtered with haze 😩 sangat tak sihat.

Kebanyakan economy, activity luar dan sekolah semua terjejas.. tu belum yang dah kena demam, batuk, sakit tekak, hidung berair/ sumbat, sakit badan and sesak nafas akibat jerebu lagi.


Video ni bulan lepas on September
 
Ni malam ambang 69th Merdeka Day. Masih dalam keadaan berjerebu juga.. tapi fireworks tetap diteruskan. Nampaklah samar samar.. kalau tidak lagi clear ni.

Freshly taken. Ni gambar pagi tadi tengah drive 

Read More

Wednesday, October 14, 2026

RUMAH PUTIH MAKAN BERJAMBAR

Ni cuti Awal Muharram bulan June lepas. Disebabkan date tu jatuh pada hari Rabu, ditengah-tengah minggu, tak tahu nak menyongket kemana. Terus teringat satu tempat makan ni kat Seremban. Memang dah lama try. Cakap kat NJ, jom lah kita brunch kat RUMAH PUTIH MAKAN BERJAMBAR.

Yes, memang itu nama kedai dia. Tertanya juga.. apa maksud "berjambar" bila google, ohhh rupanya dalam bahasa nismilan, berjambar tu makan berhidang atau makan bersama-sama secara berhidang Ok, well noted.

Best juga.. sebab kedai makan ni dalam rumah. Rumah tu warna putih.. bersempena dengan warna rumah tu putih, i syak nama kedai pun dia terus letak "rumah putih" 😁


Rumah ni tepi jalan je.. tak susah cari. Ambil gambar pun sipi sipi je tepi jalan takut ada kereta lalu πŸ˜…

Yang penting parking dia senang. Tepi rumah ni ada tanah luas, u boleh park kat sana dengan punuh aman.

Makan dalam rumah dengan vibe kampung. Boleh feeling macam orang kampung. Actually luar laman rumah ni pun ada tempat duduk untuk makan.

Kitorang sampai agak awal pagi tu. Masih belum ramai datang makan. I choose untuk duduk dalam rumah. Yihhhh syok bethollll dapat rasa vibe vibe kekampungan.

Set untuk dua orang makan..
2 nasi & 2 air sirap
masak lomak daging salai
ikan siakap berlado
kangkung belacan
telur dadar

Nak tahu tak.. sementara tunggu makanan sampai, i dengan NJ puas dok mikir apa nama bendalah ni.. hahaha. Dia macam dah nak teringat kat otak and dah kat hujung lidah nak sebut nama natang ni.. tapi jammed hahaha. Ambil gambar, google, terus keluar nama dia KENDI πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜†

Duduk bersimpuh.. Tercekik perut acik dibuatnya πŸ˜†

Ok, dah konyang.. moh lah balik.

Ohh lupa nak bagitahu.. kat bawah kawasan rumah ni ada jual dessert juga.. nanti kau tengok jelah dalam video bawah ni.

Kbye πŸ’—

Read More

DunΓ©a Cafe

Empat bulan lepas.. i pergi makan kat Kampung Baru dengan kakak i. Masa tu spontan je. Jumpa dia pergi makan-makan lepas tu ajak sambung men-dessert pulak. Biasa macam tu. Tak boleh duduk setempat.. asal keluar je mesti nak menyinggah satu tempat ke satu tempat πŸ˜‚ lehhh!! sama je macam kakak aku pun #CakapDiriSendiri dia tu kalau kau ajak dia merayap, laju je onz.. pun sama macam adik dia hahaha.

QUICK DESSERT DATE habis je makan, i cakap dengan my sister, jom lah kita pergi makan mango cheesecake kat DunΓ©a Cafe. Kemain suka dia.. sebab dia pun sejenis macam adik dia juga.. kalau bab bab ajak mencekik dessert and pastry, memang hantu betul!

Small and minimalize cafe.. sangat cool

Sliced Mango Cheesecake DunΓ©a

Sedap. Dia lebih kurang macam Kula Cakes. Ehhh! bila tengok balik bukan lebih kurang.. memang macam sama.. cuma i can't comment their taste. Masing masing ada recipe sendiri. For me as long as mango cheesecake, im fine with it. Sedap je.


Whole cake pun ada.. yang whole mango cheesecake tu ada dua size and different price. Boleh preorder kalau nak secure your cake. Adik waiter tu cakap 😁

Pastry, coffee, pasta pun ada.. tak sempat try. Kenyang lagi baru lepas makan. Soon kalau datang lagi boleh try.

Read More

Tuesday, October 13, 2026

Pick the Card: 22nd 🎈 Birthday

Born in June 2004.. Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkahmu, murahkan rezekimu, permudahkan segala urusan dan kurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.


I've made advance online reservation haritu. On that day itself, i baru teringat nak buat "pick the card" trend yang macam netizen Malaysia dok buat sekarang ni.

TULIS TANGAN.. very last minute punya idea.. lagi beberapa minit nak keluar lunch appointment baru teringat.. idea pun ikutan orang hahahaha. Pakai je kertas koyak dari note book kecik kat dapur, pastu tulis pakai pen biru... pun bahan apa yang ada je kat dapur πŸ˜† tak adanya nak print laminate bagai. Tulis tangan lagi afdol. Nama pun last minit.

Diam-diam pergi dapur, ambil kertas, pen and gunting, tulis je choices apa yang terlintas kat otak ni.. aduhh bingung! πŸ˜‚ Tengah dok fikir the choices, Khairine datang kat dapur.. "mummy buat apa tu?" cepat-cepat i sorok semua bendalahtu.. ehhh rasa nak siku je πŸ˜… nasib hari special kau! πŸ˜‚ hashtag: mak kau baran.

Ok siap!

Ada tiga slot. First sekali, pilih tempat makan. Padahal i memang dah booking in advance tempat makan tu. Tapi sebab nak main game kennnn..

Bagi dia 2 pieces kertas dulu untuk first slot.

KERTAS 1: LUNCH AT SAMA SAMA CUISINE
KERTAS 2: MUMMY MASAK AT HOME

TIME TO PLAY THE GAME.. of course record. 1st take, dia pilih KERTAS 2: MUMMY MASAK AT HOME memang tak lah mak kau nak masak haritu!!! hahaha. Terus kena buat 2nd take.. aci kannn?? hahaha.


BIRTHDAY CELEBRATION and surely pergi makan di tempat yang i dah booking hehehe. Just a simple & quick one tanda ingatan hari kelahiran.

Dah habis makan, panggil waiter & waitress request untuk nyanyikan happy birthday.. diorang pun keluar nyanyi lagu birthday sambil bawa sepanduk πŸ˜„




Settled lunch. Let's move to 2nd slot.

KERTAS 1: MANI PEDI 
KERTAS 2: PANDORA

Pun sama juga. Kena dua kali take. Dah dua kali slot asek pilih yang tak best je πŸ˜‚ lantaklah. 1st take, dia pilih Mani Pedi, nampak happy dah muka tu. Sebab Mani Pedi pun one of her favorite juga. Kadang ada time, kitorang pergi buat kuku sama-sama.


Bila dah dapat kertas 1, dia tak ada pula kata nak tengok kertas kedua. Bila i cakap betul yea.. tak nak yang ni??

Bagi je tengok kertas 2, terus dia nak tukar hahaha. ofchoz lah nyah!! kalau aku pun nak kertas 2 tu instead of kertas 1 😁😁😁


PANDORA I memang nak dah niat nak belikan dia charm untuk birthday tahun ni. Nak tambah lagi collection charm dia. I nak cari yang ada tulis "birthday" atau "daughter". 

Gambaran dekat charm yang i belikan untuk dia. Check dekat website Pandora, yang i nak tu ada. I called outlet Ampang Point. . diorang cakap ada. Ok, cun. Lagi senang nak tuju ke satu tempat je.

the charm

Ok settled. Thanks adik adik Pandora.. you so helping 😍

Settled hadiah.. move ke slot ketiga.

KERTAS 1: ZUS COFFEE
KERTAS 2: SOGNO COFFEE

COFFEE SESSION pun sama. Kena dua kali take. Tangan busuk ke apa budak ni.. asal pick je tak menjadi. 1st pick dapat Zus. I pulak cakap kat Khairine.. tak nak lah.. mummy nak Sogno. Dah kena buat lakonan semula. . take two terus pick Sogno πŸ˜… lagi tak aci hahaha.

Lakonan depan Pandora.. ok let's goooooo




Lepak minum je.. pastry pulak kitorang tapao sebab kenyang lagi.

Ok, habis 3 slot pick the card. Walaupun pick tipu tipu.. hahaha. It's ok, just for fun. Memang mummy niat nak bagi Pandora charm pun kat Khairine tahun ni as a birthday gift. Alang-alang ada trend ni, mummy ikut ke.. Kadang mummy kau ni pun FOMO gak πŸ™ˆπŸ˜‚


No matter how old you become, you’ll always be my little girl. Thank you for bringing so much love and joy into our lives.

Love you more than words can ever say. Happy Birthday, Khairine 🀍
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah