Semua orang sayangkan anak2 kan?? aku juga macam tu. Di zaman hitech ni, most of the parents memanjakan anak memang ke tahap to the max.. contoh terbaru ni Umi QI lah.. sepenuh hati menyambut hari jadi putera dia nan sorang tu, siap berDIY lagi.. Syabas uolls =)
Meanwhile, kita as parents ni memang mengharapkan anak2 kita jadi orang yang berguna kelak. Depends jugak cara kita mencorakkan anak2 kita untuk ke arah kebaikan.. kalau salah dari ajaran, alamatnya memang kelaut lah budak tu.. itu mintak dijauhkan lah dari keturunan kita ye Bedah.. bagi ajaran secukupnya & sayangi lah anak2 kita. Jangan jadi seorang emak/bapak 'atas nama' saja..
Tahu apa maksud emak/ bapak atas nama?? maksudnya.. jangan hanya pandai beranak je, tapi tak pandai jaga anak.. lagi teruk peragai emak/bapak atas nama ni, ko hanya pandai beranak je tapi anak tu ditinggalkan tanpa sebarang rasa tanggungjawab, kau langsung tak tahu perkembangan budak tu dikala dia kecil.. bila budak tu dah besar baru sibuk2 nak cari & jaga.. padahal????????? keji betul orang macam tu.. haktuihh!!
Aku kalau dengan KhaNish memang tegas.. cayer?? hahaha.. bukan nak tunjuk bagus yer.. ini aku cerita atas dasar pengalaman aku membesarkan anak2 aku tau!!.. Ada masa kita boleh bawa bergurau, ada masa aku kena strict dengan budak2 ni. bergurau tanpa batas pun tak boleh juga.. nanti naik lemak dengan kita.. perangai macam tu lah aku tak berapa gemar.
Setengah parents tu aku tengok, bila nak melarang anak dari membuat sesuatu kesalahan... amboiiii kemain lemah gemalai kau.. aku pun jadi confused dibuatnya.. kau tengah marah ke tengah menyanyi ni oiii???!! hahaha. Itu lah yang aku katakan tadi... lain orang lain cara ajarannya. caranya pulak biarlah kena dengan situation... kennn.
KhaNish panggil aku apa nak tahu???............ cer teka??!!
yerrrr SINGA okeh!!
Bukanlah singa yang macam dalam gambar tu.. hahaha. Cuma agak garang sikit lah dengan anak2. Sebagai emak, sifat keperempuanan kita ni melebihi sikit dari si bapak2.. emak2 ni kan suka membebel berbanding dengan sifat orang lelaki yang kebanyakannya yang suka menjadikan sesuatu perkara tu 'let it be, tak kisah, tak apalah budak2 memang macam tu'.. itu tidak bagi aku okeh. segarang2 ai, tapi tidak lah kejam dengan anak2 hehe.. adalah batasannya.
Aku tak boleh lah.. sifat kesingaan aku ni sangat menebal dalam diri.. *pinjam ayat* OKje, aku ni kurang penyabar orangnya.. perangai susah nak menyabar, asek nak hangennnn je maunya tak digelar 'Singa"??! kikiki. memang berkesanlah dengan sifat 'singa' aku ni, kalau tidak diorang tak takut dengan kita.. Salah sorang dari kita samada ibu/ bapa mesti kena bersikap tegas dengan anak2. barulah tak jadi macam dalam cerita Anakku Sazali.. Bapak membesarkan Sazali dengan mengkhinzir buta saja.. bhahahaha
Contoh ayat Danish Khairine Mummy panggil, pergi lah cepat karang singa mengamok..
Hamboiiiiii kemain panggil mak ko singa yer!! ingat Mummy tak dengar ke??!! hahaha.. kalau aku dengar pun kadang2 aku pun bodo je.. kalau aku layan, diorang ingat dengan perkataan 'singa' tu, diorang boleh buat main2.. ecececehh garang sangat nih.. phuii.. hahaha
Kalau dengan si bapak diorang, KhaNish memang boleh senang hati.. sebab Babah diorang sangatlah berlemah lembut.. aku yang naik hangin kadang2 tengok perangai lembut hati dia dengan anak2.. ikuttttttt je apa kata anak2. Turuttttttt kehendak anak2, sesekali aku protest juga..
Dalam pada aku memprotest tu kadang tak jalan jugak.. phuii. Contohnya kalau anak2 dia nak beli something yang tak worth it, katalah mainan.. kalau ikutkan aku, memang aku tak nak belikan dah sebab mainan dah banyak kat rumah, lagi2 lepas diorang dah main, campak je suka2 tah ke mana2... bawah kerusi ada, bawah meja ada, atas tilam, celah2 katil pun ada.
Latest haritu beli goggle kat Lost World of Tambun.. kalau tak pergi mandi2 pun nak jugak beli goggle, apatah lagi kalau pergi mandi, haruslah kena beli.. seratus kali membeli, dan2 tu lah seratus kali hilang lepas tu nak kena beli lagi lagi lagi sampai seratus kali... ggggrr.
Tidak buat Babah diorang. Senang keluar duit untuk anak2.. tak sampai hati katanya.. hurmmm. Aku selalu perati je perangai bapak diorang tu. Kalau budak2 tak mintak, dia sendiri yang willing nak membeli.. apakah???!! tekanan aku dibuatnya.
Oh ada lagi yang paling latest.. baru2 ni ada beli Play Station, sebelum ni ada Play station kat rumah, tapi dah jahanam (hah elok sangatlah dah jahanam) tau2 je ek elehhhh dia beli lagi yang baru pulek!!! lepas dah ada play station, PSP pulak sudah dicampak tah kemana.. mengeluh kesah aku dibuatnya. bukan jeles tak dapat main play station yer Bedah.. aku keluh sebab perangai bapak dia yang selalu berlebih-lebihan dari perangai anak2.. hahaha. matilah aku kalau Nizam baca ni.. cabottt!!! hahahahahaha.
Itu je sikit sebanyak cerita perihal anak2 zaman sekarang. Kepada parents diluar sana, korang mesti faham apa yang cuba yang aku nak sampaikan. Pada yang tak faham tu.. korang buat2 faham je lah yer.. hehe. Conclusion, sayangi lah anak2 anda, memanjakan tu tak salah.. tapi biarlah bertempat =)
Anjer angat tauuu.. siap berdukung lagi.. lama sikit lagi boleh patah pinggang.. hahahaha