Jumaat lepas, 19 April bermulanya perjalanan aku & Nizam ke Bandung.. cewahhh kau ingat kau pergi mengembara di Padang Pasir ke apa??? hahaha. Anak-anak tinggal dengan nenek diorang. Barang semua dah packing, duit dah tukar juta2 *takut dengar juta* juta2 Rp ajos. kalau RM memang makcik kayo nakkk oiii!
Kali ni ke Bandung tak rasa bersalah sangat.. sebab dua minggu lepas kan baru je balik dari Langkawi bawak Khairine, Danish & Emak Nenek.. Kali ni kasi chance lah aku laki bini je pergi berdua2an sambil berpegang-pegangan.. muahahaha gedixsangat!! phuiiihh.
Aku dilarang keras bawa sekali segala almari baju, extra kasut/ selipar, hair dryer dan lain2 barang keperluan, so bungkus pakaian pakai bag ni je bawak sorang satu.. backpack je senang ala2 pergi sehelai sepinggang... amboiii feeling tourist hangatttt ;P
Bak kata Nizam, you ni bawa baju macam nak pegi setahun, bawa apa yang patut je lah.. hawau kan dah kena sound.. >_<
Hok aloh!! standard lah bini you ni Bie, macam lah tak kenal.. kalau boleh semua harta benda nak dihangkutnya sekali.. kalau boleh bilik air pun nak dihangkotnya skali.. hahaha.
Buku merah & Rp dah ready.
Dari rumah, Kakak Nizam hantar kitorang sampai ke KL Sentral je dari KL Sentral, naik bas sampai LCCT. Dalam bas sempat aku membuta kejap..hujan kot time tu.. sedang elok lah melelapkan mata sambil feeling macam orang lari rumah sandar2 kepala kat bahu laki dalam bas.. hahaha.. Sampai LCCT, merayap-rayap tak tentu hala kejap.
Merayap2 terus terasa lapar..
Sebelum fly, kasi isi perut dulu kat Marrybrown. Aku makan yang Kiddy Meals tu je dapat free spek bintang yang shomel tu =) lagi pun perut tak berapa nak lapar sangat. Nasi lemak yang tak sedap tu Nizam punya.
Lepak2 jap, tiba2 ada announcement kata flight delay.
Nah hambik gambar kaki aku.
Bosan menunggu.. Actually aku tak pernah fly waktu malam.. ni 1st time. Sepatutnya flight haritu pukul 6.45pm. Helok je dah check-in, duduk kat hall menunggu, announcer bagitahu yang flight kitorang delay dari 6.45pm ke 7.10pm.. errrgghhh nasib baik lah tak lama.. tapi nyampah lah jugak jadi penunggu.
Bosan menunggu.. Actually aku tak pernah fly waktu malam.. ni 1st time. Sepatutnya flight haritu pukul 6.45pm. Helok je dah check-in, duduk kat hall menunggu, announcer bagitahu yang flight kitorang delay dari 6.45pm ke 7.10pm.. errrgghhh nasib baik lah tak lama.. tapi nyampah lah jugak jadi penunggu.
Cukup time, 7.10pm terus gerak dari KUL - BDO. Sampai je Airport Husein Sastranegara, Bandung jam 9.30 (lebih kurang) hujan kuat pulak dengan angin sekuatnya.. turun je flight capai payung, laju2 aku berlari masuk ke dalam airport. Sojukkkkkkkk gilos wehh. Cepat-cepat beratur untuk custom check, terus cari Pak Budi.. Pak Budi sedia dah menanti kitorang dari jam 7malam waktu Indon okeh.. kemain setia menunggu sebab dia tahu Pak Nijam nak datang Bandung =))
Dah jumpa dengan Pak Budi, terus Pak Budi bawak kitorang pegi makan. Pak Budi bawak kitorang pegi makan kat Paskal Food Market.
Landmark Paskal Food Market. Aku pun tak tahu mana arah jalan ke tempat ni haritu.. sebab dah malam, hujan pulak tu.. apa yang aku tahu sampai je sini terus nak mentedarah.. laporrrrrr katanyer.
Es Oyen, Sate Ayu, Tempe apa tah.. macam2 choice ada kat sini.. tapi tekak ni semacam tak boleh nak telan je bila tengok tajuk2 makanan kat situ.. hahahhahaha maklumlah aku ni kan tekak penoreh getah.. mesti nak makan nasi & lauk2 melayu jugak hahaha.
Tempat ni ala-ala macam kat Rasta TTDI, tapi ni lagi banyak hawkers dia untuk ko pilih apa nak makan. Happening kalau malam minggu, ada live band. Tapi malam tu tak ada sebab hujan, tempat dorang perform tu open air so tak ada show.
Aku jadi blur tak tau apa nak makan.. ko bayangkanlah kalau dah nama makanan pun aku tak paham apa makna nama makanan tu.. abes macamana lah aku nak pilih apa aku nak makan.. kennn?????!!!! yang aku sentiasa boleh terima cuma pisang goreng keju je.. itu memang mabeles ar wa cakap lu ;P
End up, lepak Kopitiam je.. tu je yang mampu untuk aku pilih apa yang aku boleh makan.. Pak Budi ada lah explain apa nama2 makanan yang ada kat situ, tapi aku takut nanti karang tak boleh diterima tekak pulak kalau order.. better DON'T.. abes cerita.
Pak Budi & Pak Nijam. Dorang ni dah jadi bff, last year masa ke Bandung ambil Pak Budi juga as our tour guide a.k.a Pak Supir. Nice man, baik giler.. semenjak dari tahun lepas sampai sekarang ni jadi kawan. Actually Nizam selalu berkomunikasi antara dua benua dengan Pak Budi via BBM, Whatsapp & FB .. tu yang terus jadi sherashi bershama.. hahahahahaha kau!! dah macam pasangan bercinta pulak ;p
Secara ringkas, aku tepek je gambar ni satu.. gambar gelap sikit, sila buntang kan mata anda untuk tengok lebih jelas.. LoL!! Order dari kopitiam tu roti bakar peanut butter, roti bakar coklat, hot milo & teh tarik untuk Nizam & Pak Budi.
Nampak Sate tu??? haaaaa ko jangan nak tanjat beruk macam Kak Ton yer nakkkk.. sebenarnya sate tu makan ngan nasi... mampooo??? selalu kita makan ngan nasi impit/ ketupat je kat Malaysia.. OK layan je lah makan sate ngan nasi... lapo katanyerr.
Total semua Rp77k plus 10% service tax
Habis makan dah pukul 11pm tapi waktu sini pukul 12am, Pak Budi terus bawa kitorang ke Rumahtawa Guest House untuk bermalam kat situ.
Kat sini kitorang dapat tido free.. sebab recommended by Pak Budi.
Lagi pun sampai dah tengah malam, so memang rugi lah kalau check-in hotel lain.
Info:
Rumah Tawa Hotel
Jalan Taman Cibunut Selatan
No.6, Bandung
40112
Phone : +6-22-4264244
Email : reservation@rumahtawa.co.id
website : http://rumahtawa.co.id/
Type yang aku duduk hari tu, berkonsepkan guest house (klik untuk tengok gambar). Agak kecil bilik dia.. tapi ok lah untuk aku berdua je dengan Nizam. Sesuai untuk backpacker macam kitorang ni.
Time ni baru lepas breakfast, walaupun duduk free kat sini, breakfast tetap disediakan untuk kitorang. Bukan lah breakfast macam kat hotel2.. dia sediakan setakat nasi goreng dengan teh o je.. itu pun jadi lah.. daripada non hado.
Lepas breakfast, check out dari guest house then jalan2 kejap sementara belum boleh check in kat Hotel Progo untuk check-in 3D2N pulak.
Itu next entry =)