Monday, March 31, 2014

Satay Station

Malam bila tah haritu tekak ni tiba2 gatal nak makan satay. Cakap kat Nizam aku nak makan satay tapi nak makan kat Satay Station.. tak nak satay kat tempat lain.. kemain demand tekak Kak Jah.. hehe. Mengikut je kehendak tekak bini dia, Nizam pun bawak lah aku pegi makan satay station kat Ampang Waterfront.

Inilah paras rupa satay station yang diperkhabarkan.. cewahhh skema giler ayat kau Jah!!

Haritu aku ada up gambar ni kat IG aku.. bertubi2 pulak soklan dari Nanie bertanya kat mana location satay station ni.. Sedap ke satay ni? harga berapa? last2 Nanie request aku buat review kat blog. Ok Nanie, ini entry khas buat NANIE yer =)

Harga sekarang dah naik dari tahun lepas.. tak silap aku tahun lepas aku makan satay ayam baru singgitseposen kot.. ehhhh tak ingat lah berapa.. tapi rasanya belum lagi harga sebatang singgitnam macam sekarang.

Sekarang dah banyak branch Satay Station ni.. kalau korang nak pergi the nearest Satay Station, korang boleh refer kat BLOG Satay Station tak payah lah korang susah payah masuk kat "kawasan" aku nak pegi makan satay.. kecuali rumah korang kat area ampang.. hehehe.

Info : Satay ni sedap.. gemok2.. kalau korang makan 5cucuk pun aku rasa dah senak perut. Kalau perut korang bangsa tank besau, makan 10 cucuk pun slamber lagi kot.

Sila lah ke Satay Station berhampiran anda yer ;) Ewahhhh Kak Jah dah macam ambassador Satay Station pulak.. pfffftttt.. alahhh review free2 je ni.. takut jugak kalau2 kena warning lagi.. takottttt ;P
Read More

Friday, March 28, 2014

Buat Pesepot

Apa itu pesepot?? passport lah Joyah!! hahahaha style orang dulu2 kan panggil passport tu kan as "pesepot".. kita kurangkan bahasa2 urban disini yer.. mari kita gunakan bahasa orang dolu2.. LoL!

Semalam aku bawak Khairine & Danish gi buat pesepot. Ohh tak lupa bawak Nenek sekali nak renew pesepot dia jugak. InshaAllah minggu depan nak gi jalan2. Nampak tak bila minggu cuti sekolah Kak Jah tak bawak anak2 Kak Jah pergi berjalan?? saja je nak bagi anak2 tu ponteng sekolah kannn??? hehehe. Bukan sengaja pun.. masa Nizam book ticket flight tak tau pun date tu lepas seminggu cuti sekolah.*AlasanSangat* ;P Tak apa lah anak2.. Mummy & Babah "luluskan" je lah cuti skolah korang.. hehe. 



Nak dijadikan cerita pagi sebelum siap nak keluar tu rumah tak ada air pulak.. setetek air pun tak ada.. phuiii nak mandi macam mana dah air tak ada kannn??? call SIL cakap nak tumpang mandi kat rumah dia.. haha tak habis2 lagi bermusafir kat rumah orang je keluarga Kak Jah ni. Sedeyhhh!!

Selesai mandi manda kat rumah SIL, kitorang terus gerak ke UTC Pudu. Lama giler weii aku tak pergi sana (formally known as Pudu Raya). Setiba je kat sana tengok kemain berduyun2 orang menunggu. Tabah!! ambik jugak nombor giliran sebelum orang lagi berduyun datang. Dalam pada menunggu pagi tu tengok2 jam dah nak dekat pukul 12tengahari. Ohoiiii perut dah gendang gendut kelaparan. Nak bla kejap pergi makan takut nanti turn aku pulak kena panggil. Lepak jap buat2 gi toilet, luruskan lutut.. sekali memang tak boleh tahan dah. Naik tingkat 4 cari food court ingat nak beli roti2 je buat alas perut. Kesian pulak kat Nenek duduk je dari pagi sampai nak masuk ke tengahari mesti dia lapau. Nasib baik pesepot Nenek boleh siap awal sebab ikut lane warga emas. Tapi Nenek tetap kena menunggu sebab pesepot aku nak renew dan nak buat pesepot baru untuk Khairine & Danish.



Naik je tingkat 4 tengok2 semua jual nasik campur sokmo. Tak ada pulak aku tengok kedai runcit ke apa. Hurmmm terjebak lah aku temankan Danish makan nasik. Rugi Khairine tak ikut naik sekali sebab dia dah mengantuk.. aku pun melayan lah Danish makan nasik sambil kuis2 sikit nasik dia masuk ke mulut aku.. hahaha. Ko nak tau berapa dia charge harga nasik Danish? 



RM12.50 Senah!!! mahal nak mati.. padahal lauk yang Danish ambil seketul ayam goreng upin ipin, sotong sekor, paru sejemput, kuah asam pedas sikit.. hurmmm bayar jer lah.. rejeki Allah.

Turun balik tengok tengok2 nombor aku belum turn lagi.. huarrgghh tabah lagi menunggu. Tup2 pukul 2.40pm nombor aku baru dipanggil. Bayangkan dari pukul 9.30pagi aku sampai ambik nombor, sampai turn aku pukul 2.40pm. Berkampung nak dekat seharian aku kat sana.


 Excited!

Asal nampak je kosi urut ni sibuk nak bermassage.

Kenapa aku tak pergi UTC Sentul? memang saja tak pergi sana sebab takut apa2 hal nak kena ada signature Nizam nanti senang dia datang dekat sikit dari opis Nizam dari KL Sentral ke UTC Pudu cepat sikit dia boleh sampai. Memang yer sungguh Nizam kena datang tengahari tu untuk sign form untuk anak dia untuk apply pesepot baru.

 Khairine 

Danish


Tadaaa.. Nizam dah sampai kena sign form untuk buat pesepot budak2 ni.

Pesepot aku dengan Nenek dah siap renew, Nizam punya pesepot blom expired so dia tak payah renew.. budak2 punya pesepot pun dah siap.. Minggu depan dah boleh siap sedia lah nak menuju ke destinasi percutian.. Yippiiieee!!! =)
Read More

Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul di Putrajaya

Cerita dah nak dekat seminggu baru nak up kat blog ;P

Jumaat lepas siapa pergi Selawat Perdana, Malam Cinta Allah & Rasul kat Putrajaya??? Ke korang tak sempat nak pergi?? Yer lah Jumaat malam kannn.. biasanya Jumaat memang bapak jammed sana sini.

Alhamdulillah.. aku berkesempatan pergi haritu. Itu pun aku gerak dari opis agak awal jugak ar.. kalau tak memang tak sempat aku nak nak drive ke Putrajaya. Dalam pada balik awal pun aku sangkut kat jammed jugak.

Balik rumah mandi2 tukar baju dulu baru keluar balik. Petang dalam pukul 5.30 aku pegi kutip kawan aku kat LRT Ampang Park lepas tu kitorang terus rempitsss ke Putrajaya. Tu pun bagai nak giler hadap jammed. Dari pukul 6petang sampai Putrajaya pukul 9malam. Tabah kann???? becak tiak Kak Jah dalam kereta harung jammed.. itu pun naik Mex Hiway.. kalau ikut tol Sungai Besi aku rasa mau hari Sabtu baru aku sampai Putrajaya kot.. ku sangkakan hiway tak jammed, skali tengokkkkk.. kaw2 punya jammed.. nasib baik kereta aku auto.. manual kaluuuu memang nanah! Lagi2 kalau bawak kereta Nizam.. kereta dia pulak bangsa tank besau.. kuat mentedarah minyak.. kalau kereta aku kurang sikit telan minyak sebab tank kecik macam perut aku.. hahaha.


Kalau korang terlepas tengok kat tibi aritu atau tak sempat datang malam tu, tengok kat video ni.

Macam mana korang tengok haritu live kat tv Al-Hijrah macam tu jugak lah keadaan kat sana. Tapi biasalah kann kalau tengok live lagi best berbanding dengan tengok kat tibi.. kureng sikit tengok kat tibi.. kalau tengok live syiokkk sikit. Berdentam dentum hati aku hari tu bila alunan music qasidah bergema.. sayu je hati aku.. lagi2 time Habib Syech Assegaf baca doa untuk MH370.. sampai menagis lah orang tua tu.. tanpa sedar menitik jugak air mata aku haritu =(

Cuba cari dimanakah aku??? hahaha poyo je nak main teka teki konon.. booo!!

Ini je lah gambar yang aku dapat share ngan korang. Next time kalau ada lagi Selawat Perdana macam ni kat area KL aku nak join lagi. Syahdu ko!
Read More

Thursday, March 27, 2014

Blogger Award 2014 - Dibawah Oleh EH!

Calling sangattttt.. padahal calling aku kat pesbuk je tadi.. hahaha. Thx Izwa coz calling2 aku untuk join contest ni.. nasib baik ko bagitau.. kalau tidak memang haram aku tak tau pasal contest ni. 

Ada chance menang hadiah menarik.. Aku memang gemar pakai jeans.. tak kira short pant, hot pant, long pant, overall ke apa saja yang melibatkan jeans.. Sebagai bahan bukti yang aku suka pakai jeans, kat bawah nanti aku maklampirkan gambar2 aku & denim yer.. tapi gambar aku pakai hot pants aku tak nak lah lampirkan kat sini.. karang ada yang ngutok aku pulak. Not gud begitu. Tapi kalau ada yang pernah ternampak gambar aku pakai hot pants dalam entry2 lepas, itu kira rejeki korang lah.

Sila join cepat sebelum korang menyesal dikemudian hari.. 
Nak join?? picit SINI

So far ini fav jeans aku.. brand jeans aku ni sama macam apa yang EH! anjurkan.. which is Guess

Seluar pendek ni antara collection jeans yang menjadi fav aku juga.

 Short skirt pun fav aku juga.. bila aku pakai denim skirt macam ni aku feel aku sangat feminin.. haha.. padahal perangai sangat childish lagi.. phuii ;P

Jeans ni tak fav sangat sebab masa aku beli last year pinggang aku agak besau.. sekarang pinggang aku dah mengecut sikit. Bila nak pakai jeans ni aku kena pakai belt.. Pakai pun dah macam aku lilit tali kat perut je.. hahaha.. 

Note : Pertandingan ini terbuka kepada semua penulis blog perempuan berumur 16 tahun & ke atas yang tinggal di Malaysia, yang telah secara aktif menulis blog sekurang-kurangnya sejak enam bulan lalu. Keputusan hakim adalah muktamad dan EH! berhak untuk menolak atau membatalkan penyertaan yang tidak lengkap. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Kakitangan Blu Inc Media Sdn Bhd dan semua penaja, dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak untuk menyertai pertandingan ini. Saya juga sudah membaca dan bersetuju dengan Terma Servis kami.
Read More

Wednesday, March 26, 2014

Condolences

Terpaksa terima hakikat tapi itulah kenyataannya.

Hanya ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka yang dapat aku sampaikan. Sedih, pilu lepas dapat perkhabaran yang mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Sampai ke harini pun aku rasa masih tak percaya dengan apa yang telah berlaku.. mahupun kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada ketika itu. Kalau itu yang telah ditakdirkan, aku mohon kepada semua kita sama2 lah redho dengan apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Walaupun setakat harini kita tak lagi mendapat apa2 bahan bukti, aku tetap menantikan suatu keajaiban. Bukan kerana aku tak terima ketentuan Illahi, tapi sekurang2nya biarlah ada sesuatu yang membuktikan bahawa pesawat itu benar ditenggelami laut di Lautan Hindi.. sekurang-kurangnya juga kita dapat melihat jasat mangsa.

Read More

Friday, March 21, 2014

Permata Yang Ku Sayang

Sekali imbas macam nak terbaca Permata Yang Hilang.. kann??.. korang suka nak blue blue tau!! hahaha. Saja je harini nak share gambar Khairine kat sini.. sebab gambar2 yang aku nak share ni semua gambar2 favourite.. masa umur dia 3tahun lebih.. tengah bijak nak bercakap.. memang best melayan budak2 umur gini =) Nanti2 aku nak cari gambar Danish pulak.. nak lambakkan kat satu entry lain.

Aku kan emak yang over ;P










Khairine Adrina 

Sampai sekarang perangai dia kuat berangan. Kadang naik lemas aku tengok dia.. ada je benda yang dia berangan sorang2. 

Bila dah besar kurus kering.. kulit pun dah tak secerah dulu.. sekarang budak ni dah bizi pagi petang pergi sekolah.. dah terdedah dengan dunia luar.. dulu dok rumah je makan tido makan tido. tu yang nampak bulat sikit muka dia.. kulit pun cerah sebab duduk dalam rumah je.

Sekarang dah tak hisap jari lagi.. dia dah takut sebab haritu pegi Tesco Ampang, sekali dia nampak akak cashier tu gigi jonggang yang memang tak boleh kaber punya. Balik tu aku dengan Nizam bahan dia kata nanti gigi Khairine "jo" macam akak tu.. hahahaha terus takut. Tapi sesekali dia terlajak jugak aku tengok hisap jari.. hahaha

Banyaklah lagi ciri2 perangai dia.. nanti lah kalau ada gambar2 lain lagi aku buat entry pasal anak2 aku je kat entry lain eh. Karang tulis cerita anak je tak habis2 orang meluat pulak.. so bila ada masa dan ketika nanti aku up gambar & cerita lain pulak pasal anak2 aku ye.


Ohhh ada satu entry yang aku tak up lagi. haritu dia ada pergi rombongan Cik Kiah Sekolah pergi Karangkraf.. nanti aku up cerita tu eh.. lupa plak nak transfer gambar dari camera ke lappy. 
Read More

Thursday, March 20, 2014

Salah Ke?

Salah lah kot.. kalau tak salah takkan sampai dia hantar reminder suruh aku turunkan review tu dari blog aku.

Korang lepas aku up entry pasal monopod haritu kemain bizibodi tanya aku apa kes pasal warning tu kannn?? padahal entry tu pasal monopod kot.. kat komen galak suruh aku cerita apa kes pasal warning tu.. bukan nak komen pasal monopod yang hakak baru beli tu =( kecik hati hakak tau!! dasar bizibodi korang ni kannn??? ngaku jelah wehhh.. kalau korang ngaku nanti aku belanja korang goreng pisang empat ringgit.. nak???? tak nak sudahh.. hahaha.

Ok ini tak kelakar.. Boooo sama Kak Jah!!! Boooo!!! ;P

Ada jugak yang kata pasal aku meroyan up cerita aku jadi penunggu haritu.. bukan bukan bukannnn.. korang ni suka buat spekulasi tau.. bukan pasal tu lah.. itu aku tak heran sangat.. sebab aku tau lawyer tu tak akan saman aku punya.. sebab lawyer yang korang kutuk2 kat komen entry aku haritu adalah ADIK MAK AKU.. muahahaha.. ayokkk korang dah kutuk adik mak aku.. dosa tau!!! hahaha. 

Ini kisah sebenarnya kalau korang nak tau.

Actually aku dah lama kot up entry tu.. tapi biasalah blog ni kat open.. ko google je keyword semua keluar.. hujung2 keluar pulak entry aku.. bila orang baca ada yang tak puas hati kot. Bila tak puas hati.. belakang, dia kasi satu email kat aku suruh aku remove entry tu. Ok lah aku terima je.. dah remove pun.. Tapi tak delete.. aku simpan buat batu bersurat je kat dalam draft.. sayang ar nak delete.. idea nak perah buat entry tu tak kan nak buang gittue je.. 

Aku nak tanya korang eh.. kalau korang beli sesuatu benda tu.. contohnya buku pelajaran untuk anak2.. korang rasa korang akan buat review tak pasal buku tu?? maksud aku bukan review yang mengarut2 yer.. apatah lagi menukar info atau isi kandungan buku tu.

Aku tak tau lah kalau ini melibatkan etika percetakan/ akta dan yang sewaktu dengannya.. mungkin pantang larang publisher ke untuk tidak dedahkan info2 yang ada dalam kandungan buku tu untuk direview selepas pelanggan dah beli.

Bila dia email aku kata yang aku "dah melanggar hakcipta, iaitu memuatnaik foto kandungan buku tu tanpa kebenaran" aku jadi pelik. Aku pun reply email tu.. nak jugak tau betul ke dalam kes macam ni aku sebagai pembeli, lepas beli buku tu aku tak boleh buat review.. dan aku nak tau lebih lanjut penjelasan kenapa aku dikatakan melanggar hakcipta yang dimaksudkan tu.

Sampai harini aku tak dapat reply email tu lagi. 

Korang tau ke kenapa? ke aku je yang kuno tak tau pasal hakcipta2 ni?? 

Kalau betul aku dah melanggar etika/ hakcipta company tu, aku mintak mahap.. sebab aku tak tahu pulak selama ni ada akta untuk itu. Jangan pulak lepas ni dapat lagi satu email kata aku dah langgar hakcipta tanya suara orang ramai pasal hal ni pulak yer.. hahaha

Seriau jugak nak tanya pendapat korang ni.. buatnya jap lagi entry yang aku up ni jugak dah melanggar hakcipta dorang, mampossss aku. See you in court katanyer nanti.. hahaha.
Read More

Wednesday, March 19, 2014

Mencuci

Kannnnnn. mentang2 musim tak ada air kat rumah, ke kedai dobi lah kita. Tapi membasuh bukan lah banyak mana pun.. setakat blankets & bed sheet je.. tu pun nak kecoh kan Kak Jah kau ni.. boooo!!

Tak lah sebenarnya aku nak kata yang aku pergi mendobi kat kedai.. kan sekarang ni banyak nau Laundry DIY.. basuh lah kau sendiri kat situ sorang2.. masuk duit, jalan lah mesin tu setengah jam. Ehhh macam main game kat Jaya Jusco pulak  bunyiknya.. hahaha. 

Aku rasa ramai dah tau kot pasal Laundry DIY ni.. senang & mudah je ko nak ngelolakan mesin tu.. jangan ko jahanamkan mesin tu sudehhhh.. karang tak pasal harga nak mendobi semurah RM4.50 silap2 ko kena bayar harga mesin tu sebijik sampai RM ribu2 pulak. 

Senang je.. ko ikut instruction, tekan punat sana, punat sini, jalan lah mesin tu nanti. Yang penting kau kena ada duit syiling limaposen. Itu syarat penting dia.

Price list.. murah je. Siapa tahap malas tak dapat dibendung, ko datang je sini basuh.. campak ke kain baju, spender ko semua dalam ni.. letak duit jalan lah dia nanti.

Last week kot.. malam minggu.. aku anak beranak keluar rumah dalam pukul 9.30malam.. ohh lupa nak bagitau.. DIY laundry tu bukak doplohpatjam.. ko nak tido situ pun boleh.. nak bawak kain baju segunung untuk basuh pun boleh.. janji ko ada duit syiling.. itu penting!. 

Ok sambung cerita.. mula2 pergi Laundry DIY yang dekat2 ngan rumah aku.. datang2 je tengok orang tak ramai.. dalam hati ni kemain melonjak2 lagi.. syok ar aku boleh menguasai mesin tu dengan rakusnya.. hahaha.

Aku tunjuk sikit gambar2 yang aku snap kat kedai ni yer.. Apa ke nama kedai ni.. Ohhh Laundy DIY.. 


Mesin2 yang ada.. start dari 9kg, 14 & 25kg.. Kau sendiri nak try masuk dalam mesen ni pun boleh.. hahaha.

Tak silap aku ini dryer. Lepas dah basuh kain baju, ko humban masuk sini keringkan.. lepas tu boleh lipat. Kalau tahap malas kau melampau2 sangat, tak payah lipat.

Kenapa ayat aku kat atas tu "tak silap" nanti aku cerita..

Ini mesin untuk beli sabun.. sabun pun dia ada jual okeh.. singgit je sepeket.

 Just for you yang kat rumah tak ada air.. sila datang sini basuh baju.. hehe

How to use washer.. ini instruction yang dia bagitau.. ko ikut je step 1 to step 5.. jangan ko memandai2 picit punat lain.. karang jahanam pulak harta benda orang. 

Begini lah rupanya 3 beranak yang tabah menunggu depan mesen.

Siannn kat rumah tak ada mesen banyak2 and besau2 macam ni.. bila datang sini kau hadap lah depan mesen tu yer.. hehehe.

Kenapa aku kata "tak silap" tadi?? 

Ceritanya begini.. gambar yang kat atas2 sana tu semua kat Laundry DIY yang aku snap. Cuma gambar yang last 3 beranak tu je kat laundry tempat lain. Nama kedai tu Clean Pro tak silap aku. 

Kenapa aku ambik gambar kat tempat lain2? sebab masa aku snap gambar kat Laundry DIY tu, aku cuti haritu.. baru lepas kutip budak2 kat sekolah. Balik tu aku singgah kedai kejap.. skali ternampak Laundy DIY. Aku pun jakun ambik gambar kedai tu.. dengan harapan malam tu nak pergi kedai tu ajak Nizam skali.. bila pergi malam tu skali duit syiling pulak tak ada..Laundry DIY tu pulak tak ada sediakan mesen tukar syiling.. phuiii.. lupa nak tukar siap2. 

Hujung2 Nizam ajak pergi ke kedai yang satu lagi.. konsep kedai dia sama je.. cuma nama kedai & location je lain2. Plus kedai Clean Pro tu ada mesen tukau duit syiling. Bagus!

Korang kalau nak pergi membasuh baju kat kedai2 macam ni, sediakan syiling "limaposen baru" diulangi "limaposen baru" limaposen lama seketui besar tu tidak diterima.

Sekian harap maklum!!

Habis je mendobi malam tu kitorang melepak kat Mc Cafe Jalan Pahang. Lepak malam minggu kat Mc Cafe je sekarang. Dulu2 malam minggu lepak club.. Zaman dah berubah.. takkan nak hangkut budak2 masuk club plak.. hahaha.

Coffee2 di malam minggu.

Dah tu je nak cerita =)
Read More

Monday, March 17, 2014

Monopod

Kuat betul pengaruh zaman hitech ni kan. Sekarang ni trend orang suka selfie plak. Aku rasa kalau aku tak ikut peredaran zaman, maunya aku tak tau apa itu selfie & benda2 lain yang lebih urban kot. Aku tak nak hidup aku setarap dengan katak.. karang tak pasal2 duduk bawah tempurung.. hahahaha.

Ini pasal pengaruh lah jugak ni. Aku dah terbeli monopod.. pffftttt. Terbeli yer.. terbeli disebabkan terpengaruh.. nampak tak ayat aku semua TER TER TER.. hahaha.

Monopod ni si Rara yang jual.. aku tengok kemain galak dia mempromote monopod kat IG & fb. Macam best je.. aku pun terbelilah satu. Bukan apa, senang nanti nak ambik gambar anak beranak. Senang nak guna kalau pergi jalan2.. korang pun tau kann hakak ni memang suka main ambik2 gambar.. so mesti mau ada monopod.. hehe.. alasan TER Kak Jah sangat kuat disini.. bukan apa.. takut2 kalau laki bertanya karang boleh bagi jawapan selamat.. hehehe.

 Gini lah rupa Monopos Monopod.. kalau tak tau apa kegunaan monopod ni sila google yer. 

Actually batang dia ni (bunyik macam lucah je kann) boleh dipanjangkan lagi. Kalau korang nak tau panjang mana, pergi beli sendiri. Nanti tau lah panjang mana flexible nya batang monopod ni.

Takut nak promote lebih2.. sebab ada satu kes last week aku kena warning sebab up review pasal xxxxx siap nak ambik tindakan mahkamah kot.. nanti lah aku cerita.. nak pergi karang ayat dulu.

Bye2.. see you =)
Read More

Friday, March 14, 2014

Top Commentator Blog SuriaAmanda

Muka kau lagi Jah????? Jangan sampai kau di chop bizibodi yer.. asek kau je yang menang top commenter.. kat blog yang sama pulak tu.. hahahhahahahhaa *address to myself* ;P

Dah nak buek cano.. dah nama hakak je yang tergantung yang paling atas kot.. so dapat lah gelaran top commenter sepanjang zaman.. hahahahaha.. kau mampu?

Ok lah cerita banyak tak guna.. aku dapat token dari Kak Long Divas kita SuriaAmanda 


Curlasss atasan sangat kannn.. biz card colour printed depan belakang, siap ada gambar jeliter lagi disitu =)

Pouch polka dot yang pinky tu token top commenter dari SA untuk aku bulan ni. Ingat tak bulan lepas aku dapat top commenter jugak dari SA kat ENTRY NI

Btw, thanks so much SA, bulan ni kalau hakak membizibodi lagi sure hakak dapat token lagi bulan depan pfffttt.
Read More

Thursday, March 13, 2014

Instagram New Look

Aku ternampak si Rara buat entry pasal Instagram (IG) berwajah baru.. Aauuwww wajah baru.. ayat kemelayuan sangat hahahaha.

Tinggggggg keluar mentol kat atas kepala.. timbul idea.. terus nak tiru jugak up entry sama. Kalau korang nak follow, follow lah nanti aku accept. Aku memang private kan IG aku supaya tak ada stalker yang boleh stalk IG aku all the time. Bukan bajet diva yer.. ini privacy aku.. 

Kalau nak berkawan dengan aku, kau boleh follow aku.. nak jadi stalker kaluuuu i'm not welcome you. Pada siapa2 yang ada IG tu, jangan senyap sedu je dalam tu. Ada tu aku tengok up gambar patlima lepas tu senyap.. bila tengok last post " 12 weeks ago" pffffttt. Kalau tak aktif tak payah lah ada account IG.. buat semak je.

Ada lagi pulak, request follow kita, kita pun assumed dia nak berkawan lah dengan kita, lepas dah follow terus senyap sedu, tak pernah tegur pun. tapi selalu je post gambar kat IG aku tengok.. Ehhh kau dah kenapa macam tu Timah?? baik tak payah follow kalau dah bersikap macam tu.

Ehhhhh lantak korang lah nak aktif ke tidak.. bukan aku punya pasal pun.. hahahahhaha. 

IG @zazanizam
Read More

Penunggu

Semalam aku cuti. Macam biasa keluar pagi hantar Khairine & Danish pergi sekolah dulu.. lepas tu aku terus keluar ada hal sikit dengan Bank kat Jalan Raja Chulan coz nak settle kan hal rumah yang aku beli beberapa tahun lepas. Bawak sekali mak aku untuk teman. Sampai area KL dalam pukul 7.30pagi.. awal giler kannn. Appointment dengan Lawyer X (bukan nama sebenar) pukul 10pagi. Nak elak jammed dan nak dapatkan parking punya pasal memang kena keluar sesuboh sapi'e. 

Fine!

Sampai je dah parking kereta bagai, aku ajak mak aku pegi breakfast dulu kat area bank. Settled breakfast, aku ajak mak aku ke bank dalam pukul 9.30pagi. Tengokkk betapa lamanyanya aku dok melangut kat tempat makan tu semata2 nak tunggu pukul 10pagi. 

Fine!

Dari pukul 9.30pagi aku tunggu dengan mak aku kat lobby bank, sampai lah pukul 11pagi dia tak muncul. Satu haper pun tak jadi. Ini semua sebab si Lawyer X tu.. Sakit je hati aku jadi penunggu pagi2. Dah buang masa aku satu hal, bazir cuti aku yang aku apply semata2 appointment bangang ni, buang duit aku bayar parking sampai tigablasringgit, buang tenaga aku lagi. 

Tunggu punya tunggu tak muncul2. Puas aku call, message pun tak berjawab (hp off). Padahal malam sebelum tu (selasa malam) dah remind dah. kau rasa??????? Gggrrrrr aku rasa nak tumbok je muka Lawyer tu kuat2!!!! Aku call opis, staff dia kata dia tak masuk opis lagi.. Ke kau nak buat aksi misteri hilang dari radar macam MH370???? Biar satu Malaya tau yang kau hilang.. gittue??? phuiiii. Dah habis cara dah aku nak dapatkan dia. Kalau tak jadi bagitau lah awal2.. tak lah aku menunggu macam orang bodoh kat sana berjam2. 

YOU MAKE MY BLOOD GO UPSTAIRS YOU KNOW!!!! 

End up jam dah pukul 11.15pagi aku cakap kat mak aku.. jom lah blah dari sini mak, tunggu macam baruwa kat sini pun tak guna kalau dah dia pun tak muncul2.

Dah bla dari situ aku ajak mak aku pegi lunch terus kat luar, lepas tu terus ambik Khairine & Danish kat sekolah. Mak aku pun menurut je.. tak koser nak cakap apa2 sebab dia tau aku tengah hangen.

Helok je lepas lunch and dah ambik Khairine & Danish kat sekolah, Lawyer tu call aku. Berapiiiiii je bijik mata aku tengok nombor dia keluar kat hp aku. Nak di maki karang dosa, tak dimaki karang hati aku ni terbakor. Kalau tak jawab karang sampai bila2 pun hal aku tak selesai pulak nanti. Dalam tengah hati panas makan dalam, aku jawab jugak phone call dia.

Ko tau apa alasan dia?????

"Sorrylah.. pagi2 tadi Hakim Mahkamah call.. kena jumpa Hakim Mahkamah pagi tadi. Suddenly hp pulak tak boleh on.. bla bla bla"

WTF!!!!

Alasan bodoh!! I don't care whatever or thousand and one reason sekali pun keluar dari mulut kau.. tapi kenapa kau tak bagitau aku malam sebelum hari nak pergi tu??? Kau dah buang masa & tenaga aku tahu tidak??? dengan mak aku yang tak berapa nak sihat tu aku angkut sekali tu ko tak pikir???

Last sekali memang tak jadi apa lah semalam. Segala bapak appointment ke apa semua cancelled. Menanah je hati aku.

Dah lah.. buat sakit hati je ingat balik apa yang jadi semalam. Lantak lah korang nak kata aku meroyan ke apa kat sini. Sekurang2nya aku dapat luahkan amarah aku dalam blog ni pun aku puas.. walaupun tak hundred percent!

Lebih baik doakan tragedi of the year MH370.. lagi bagus.

Ni replica katerbang MAS yang aku jumpa kat rumah.

#PrayForMH370
Read More

Tuesday, March 11, 2014

Hari Minggu Hari Orang Kawin

Last week aku attend wedding lagi.. dalam pada orang kecoh dok perkatakan MH370 hilang, Kak Jah tetap berposing jelita lagi di majlis orang kawin. Dasarrrr kannn.. hahaha.

Asal ada orang kawin je sibuk nak posing jelita. Sesekali apa salahnya.. kalau selalu2 mesti korang meluat juling2 mata tengok asek2 gambar aku je kat blog ni kannn.. ngaku lah korangggg.. hakak tak kesah..hakak tak marah.. paling tidak pun hakak blacklist je korang.. hahahahaha.

Eeee apasal muka aku nampak tua giler ni??? scary ok!!
Memang Kak Jah dah tua pun dik.. hehehe.

Haritu Nizam tak ikut.. dia ada kat Jakarta since Khamis lepas. dia ke CIMB Niaga Jakarta.. pergi pun atas dasar kerja. Buat apa aku nak nyebok plak nak ikut.. janji dia bawak balik hadiah untuk bini dia pun ok.. hakak is suka =)


Auuww munga2 hati aku hari tu bila dapat morning wish dari suami terchenta nun jahuh disana *gedik tak??* hahaha. Kau hindarkan je typo yang bersepah2 dari message laki aku tu yer.. 

Yang kawin ni cousin mak aku punya anak. Sedara mara punya wedding kena lah tampil jelita.. yer dak???

Macam biasa di ENTRY YANG LEPAS Kak Jah fifiling jelita, minggu ni masih lagi difeeling yang sama. Gambar dengan pengantin & pelamin atau makanan tidak perlu ditonjolkan.. yang penting gambar hakak mesti mau berlambak2.. hahaha.. nampak sangat cari publisiti murahan kannn.

Dah bersedia nak pengsan patplohlapanjam?????? ok jom tengok gambar2 hakak ;P



 Sikit lagi dah boleh posing kat tepi kolam macam dalam majalah mangga.. lepas tu merebak masuk majalah URTV pulak.. hahahhaha. Tak kisah lah nyah.. janji bukan ambik gambar aksi porno.. Pfffttttt.



The cousins 


Disuruhnya snap skali lagi.. nak berdiri belakang aku katanya supaya dia nampak kurus.. Ehhh abes kalau aku depan means nampak aku lagi gemok dari ko lah yer Shikin.. macam tak adil je.. sobs =(


 Pelamin nampak dari jauh je.. ok lah tu kann... :p 

 Dengan anak dara ai. Dah akil baligh sok mesti Khairine lagi tinggi dari mummy ni.



Gaya  mesti mau ada.. hehehe.. phuii lah perasan tak habis2 pompuan ni. Kena kecam nanti baru tahu ;P







Nah tengok gambar last skali



































MOMOKKKKKKkkkkk
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah