Monday, October 31, 2016

GENG MAKAN DI JIBBY EAST, TAMAN MELATI

‘Geng Makan’ ni ada group whatsapp. Yang kebanyakannya kengkawan aku ni surirumah yang berjaya macam aku jugak.. hehehehe. Biasalah kawan-kawan I ni semua kelas atasan sangat ;) Kitorang berkawan since dari sekolah lagi. Ada yang tertanya-tanya ke akak sekolah mana dulu? Akak sekolah kat Sekolah Mengenah (P) Jalan Ampang a.k.a Ampang Road Girl School (ARGS) a.k.a Ampang Girl .. itu nama glamour sekolah tu.

Ni plan mengejut je.. sebab nak surprisekan member kitorang yang tengah sarat pregnant. Aku dapat berita pun dari Jaja. Tiba-tiba Jaja whatsapp aku tanya nak join tak. Karang kalau tanya dalam group whatsapp kantoi pulak.. sebab member yang preggy tu ada dalam group whatsapp. Tak cerita banyak, lepas mintak ijin dari Bang Nizam, plan pun ON.

Surprise ni kitorang buat hari Ahad.. tak silap aku date yang kitorang pergi tu 9 October. Organizer kata surprise ni lunch baby shower. Ok.. apa2 je lah.. pastu ada tema pulak dah. Tema kaler putih pulak. Aduhh.. pening kepala mana nak cari baju kaler putih. Nasib baik ada selai baju putih aku dalam wardrobe. Semenjak dah montel ni aku jarang dah beli baju kaler putih. Takut lagi nampak montel.. hahahaha. Kesian nasib si pisang montel ni.. hahahaha.

Tengahari sebelum ke Jibby East aku deal dengan Jaja. Kutip dia kat rumah dia kat Melawati. Lepas tu kitorang pegi cari barang sikit kat area Melawati, then terus gerak ke Jibby East. Perjanjian pukul 12 mesti nak ada kat sana.. well biasalah janji-janji melayu yang selalu menanam gula ditebing bibir.. lambat jugak masing-masing sampai tengahari tu.

Masa sampai tu ada tigapat orang member yang dah sampai. So kita tunggu ‘pengantin’ yang nak dibaby showerkan sampai pulak. Dah lah perut lapau.. tengok gambar dalam menu rasa nak terkam je. Tak lama lepas tu ‘pengantin baby shower’ pun datang.


Bila ‘pengantin baby shower’ masuk je kitorang terus jerit ramai-ramai SURPRISEEEEEEEEE.. tetanjat ‘pengantin baby shower’.. hehehe. So cute :)

Table set up. Table cloth, labuci-labuci, bunga-bunga & cookies yang ada atas mejak tu organizer yang siapkan. Jibby East tak supply semua tu ya.

Tak sempat nak snap gambar masa muka 'pengantin baby shower' kena prank.. sebab masing-masing so excited.


Maka mula lah sesi bergambar. Actually sebelum ‘pengantin baby shower’ sampai lagi masing2 dah giler bergambar. Kalau korang nak tau, Geng Makan a.k.a kawan2 aku ni termasuklah tuan empunya blog ni memang sakai gambar. Asal nampak lensa je melulu masing2 tadah muka.. hahaha. Geng ni jugak memang payah kalau nak selfie sorang-sorang.. ada je yang datang sabotaj.. hahahaha.


Ok sekarang mari tengok apa yang berlaku.

Seeloknya letak gambar akak dulu.. hehehe.

 Me & Jaja


Sebelum meja dicemar dengan pinggan makanan, kita wefie dulu.

Us. Left : Ryta, Salmie, Ijan, Shida, Jaja, Me, June & Kay. Yang duduk tu lah pengantin baby shower.. Anne. Dah selamat bersalin oun baby boy.. congrats babe! :)


Diorang ni (termasuk aku) kalau bergambar boleh terdiam semua macam ada malaikat lalu.. lepas tu.. kau tau apa jadi? Keadaan kembali menjadi kecoh!!! Hahahaha. Geng ni sangat kecoh okeh.. kalau pergi mana-mana bising sokmo. Dats why haritu organizer book Private Room.. hahaha. Selain dari malu sebab kecoh, organizer nakkan party ni ala-ala private party lah.. gituueeee .. memang kelas atasan sangat kawan-kawan ahkak ni dik ;)

Nak tau apa kitorang order? Tapi tak semua gambar lah aku sempat snap.. kalau ajak aku bergambar ya memang banyak muka aku kat setiap gambar.. hehehe.






Foods kat sini not bad. Sedap & mahal. Haritu kitorang ada 9 orang adults and 2 kids total dekat namratus gak. Tak caya? Tengok ni.

Lagi tujuhposen nak RM600 hengget 

Sambil makan, sambil menjoyah sambil bergambar sokmo. Itu je lah kerja kitorang setiap kali berjumpa. Oh ada 1 entry yang aku tak sempat siapkan. Kitorang buat small gathering & potluck masa raya haritu kat rumah Ryta. Tah bila kurun lah agaknya entry tu nak siap. Gambar pun belum transfer lagi. Ingat raya tahun depan baru siap kot entry tu.. hahahaha. 

 Kusyuk makan nampakkkkk


Wow! Kak Zaza acah-acah kandid selfie masa tengah makan lah ;D


 Amboi akak.. anti social sangat.. orang ambik gambar pun tak perasan.. konon-konon macam kandid lah tu.. hahaha


 Tengok tu.. acah-acah kandid lagi.. Lepas Ryta snap gambar ni aku kena marah.. 'kau ni cuba jangan sibuk kalau aku ambik gambar.. nampak aje aku nak snap tau!' pffftttt ;P


June, Anne & Kay

Dah habis makan sambung joyah-joyah semua sambung borak lagi. Tapi tetap bergambar.. hahaha. Around 2ish pm kitorang nak gerak dah dari situ. Tak cukup kat dalam ya.. kat luar pulak sambung sesi photoshoot beramai-ramai.. hahahaha. Tak tau lah apa penyakit masing-masing ni suka nau bergambar. Memang dari dulu lagi perangai mcm ni.. tak pernah berubah tau.. tak habis-habis buat perangai.. hahahaha.

 Datin Ijan & Datin Jaja :)




 Baru je nak selfie.. dah kena hijack dengan ahkak.. hahahahaha.








Pastu tak habis lagi kat depan pintu Jibby East. Kita akhiri sesi penggambaran kat luar area parking pulak.. hahahaha. Sakainess dot com betul masing-masing..padahal semua dah jadi mak mak orang dah.. malu je.. eh tapi hati kami kami semua tetap muda okeh..walaupun ada diantara kitorang anak dah besar gajah dah masuk UITM pun. Emak tetap berperangai seperti kanak-kanak ribena lagi.. hehehe.



 Opsss sorry Salmie.. I terrrrrrr hijack you.. hehehe


Perangai sebenar masing-masing ;P

Itu lah kami. Berkawan dari zaman sekolah sampai dah jadi mader. Setiap kali berjumpa mesti ada je benda nak borak.. bergambar pulak must be number 1. Hishhh kalau lah aku ada masa banyak sangat, nak je aku buat throwback gambar-gambar & cerita kitorang sebelum ni yang selalu buat small gathering especially makan-makan. Tengok lah. Nanti aku korek gambar-gambar lama yang mana boleh aku buat entry. Itu pun kalau aku rajin.. sebab gambar-gambar tu semua dah aku humban dalam fb.

Ok sekian saja Geng Makan di Jibby East. Jumpa di lain entry pulak ya ;)

Read More

Thursday, October 27, 2016

BARANG BLENDED

Apa baranggggg??? Ya ni barang baek akak nak war-warkan.. kepada surirumah yang cukup pemalas macam akak, korang boleh baca cerita akak kat bawah ni. Cerita ni mengisahkan hal dapur rumahtangga.

Siapa antara korang yang selalu blend cili kering sendiri kat rumah? Sila angkat tangan sekarang. Ohhh ramai rupanya ya.. gimme five! Hehehe.

Harini aku nak sembang pasal barang-barang dapur. Contohnya bahan-bahan masak yang korang selalu guna kat dapur.. macam cili kering, cili merah/ cili masak, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, halia dan sewaktu dengannya. Kalau dah hari-hari kena hadap dapur, maknanya hari-harilah kita memasak ya dak? Korang memang mak yang tabah. Tapi korang mesti malas nak buat bahan-bahan untuk blended kan? Sebelum ni aku buat jugak.. tapi kerja-kerja blended kat rumah ni aku dah pencen. Kali ni first time aku cuba kaedah lain pulak. Aku beli kat kedai yang dah siap. Sebenarnya aku ni ada masalah membeli cili kering. Setiap kali nak beli cili kering mesti terbeli yang pedas lah, pahit lah. Bukan tak pernah tanya kat si penjual tu cili tu pedas ke atau kurang pedas. Kalau kau tanya si peniaga tu pun, dia bukan tau.. kalau dia tipu kau pun lagi kau tak tau.. Hahaha. So jalan selamat, aku beli je semua bahan-bahan tu. Kalau kena tipu gak nasib lah.. hahahaha. Siapkan duit, pergi pasar terus boleh bawak balik. Bila nak masak, campak je dalam kuali/ periuk. Senang kerja.

Semalam Bang Nizam arahkan aku pergi service kereta kat Kelana Jaya. Wow arahan macam boss sangat nih.. hehehe. Ya lah aku kan dah jadi staff Bang Nizam sekarang. Duduk rumah, buat kerja rumah, masak, basuh baju.. laki suruh pergi service kereta pun buat jugak.. hahahaha.. So staff ni pun pergi lah ke Kelana Jaya. Settled je service kereta aku terus lajak ke Pasar Besar TTDI. Terus meluru ke kedai yang jual bahan-bahan blended. Kat sana segala mak nenek bahan blended ada. Kau tunjuk ke apa kau nak kat situ. Nanti dia pack kan dalam bekas.


Nak tau apa yang aku beli semalam? 

Bahan blended: (1) Cili merah/ cili masak (2) cili kering (3) Halia campur bawang putih. Actually dua bahan tu dia jual berasingan. Tapi aku mintak dia campurkan sekali (4) cili padi yang dah siap tumis (5) bawang merah (6) kunyit hidup (7) bawang putih yang dah dicincang.. senang untuk masak sayur goreng.

Harga tak mahal. Cili kering blended tu aku beli RM5 yang lain-lain tu range harga dari RM2 hingga RM5 je.. total semua tu aku beli dengan harga RM14 je.. murah giler ok. Kalau beli barang & buat sendiri belum tentu rajin boleh dapat banyak macam tu.

Amacam? Teruja tak? Mula-mula mesti korang ingat aku hebat kan?? Tabah sangat lah aku nak blend semua tu sendiri.. memang tak lah. Sebelum ni aku suruh bibik yang buat semua tu. Lepas dia dah blend semua bahan-bahan tu nanti dia store kan kat dalam freezer. Tinggalkan yang mana nak pakai je dia tak letak kat freezer.. dia letak kat bahagian bawah fridge. Tapi disebabkan aku kurang puas hati dengan hasil kerja dia, adalah lebih baik aku beli je.. settled masalah dalam kepala otak aku.. hahaha. Lepas ni bertambah sayanglah Bang Nizam kat Kak Zaza yang montel ni.. hahahahaha.

Korang mesti nak tau kualiti semua bahan blended tu ok ke tak kan? Ya memang helok. Cili kering dan bahan-bahan lain yang aku beli tu semua elok.. elok nau halusnya dia blend. Itu aku memang puas hati. Jauh beza elok dari hasil kerja Bibik. Aku cukup sakit hati kalau Bibik aku yang blend cili.. Dah lah tak lumat, kasau bergegau cili tu.. berkali-kali cakap pun tetap buat benda yang sama.. itu kalau lepas berak mesti keluar cili seketul-seketul. Tak hadam.. hahahaha. Haritu aku suruh dia blend cili, bawang, halia semua tu blend tigapat bekas. Tak lama lepas tu bila nak pakai aku tengok cili tu dah masam.. eh masam ke? bukan masam.. cili tu dah macam rosak siap ada macam kulat-kulat putih atas permukaan cili tu. Terus buang.

Balik dari pasar semalam, teruja sangat aku nak masak kat rumah. Terus keluarkan kuali masak macaroni goreng.


Western & Eastern Fried Macaroni. Wah kemain gah lagi tajuk menu kau Jah! Hahahaha. Ala.. dah nama pun masakan sendiri.. tajuk resepi pun aku taram je lah.. hehehe.

Korang nak ke resepi macaroni termasyur akak tu ke? Nah sila copy ;)

**Sukatan bahan ikut suka korang lah ya.. sebab aku masak tak pernah nak timbang-timbang atau sukat. Ikut suka tekak je. Dan bahan-bahan semua ikut suka aku jugak. Kalau korang rasa nak tambah atau tukar bahan contohnya kalau tak suka ayam nak tukar ke daging pun boleh.. ikut suka kau lah Bedah.. akak tak marah pun.

Bahan-bahan:
Macaroni
Minyak untuk menumis
Cili kering yang dah diblend.
(cili yang aku beli tu la.. tazabar nak try.. hahahaha.. Sangat teruja kan?!)
Isi ayam & Fishball
Sos cili & sos tiram,
Serbuk lada putih & Cili flecks (Ni optional. Kalau tak nak letak pun tak apa)
Dried Origano
Telur
Daun sup/ daun ketumbar. Actually aku keliru antara daun sup dan daun ketumbar. Tapi aku guna yang bau wangi tu.
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Macaroni tu ofcoz lah kena rebus dulu ya.. kalau tak rebus macam mana kau nak makan keras-keras tu. Then panaskan minyak secukupnya untuk menumis.

Tumis cili kering blended, bawang putih+halia. Tumis sampai garing semua bahan tu. Lepas dah garing bahan-bahan blended tu, kau masukkan isi ayam & fishball. Agak-agak isi ayam & fishball tu dah separuh masak, kau pecahkan telur kat tengah-tengah sambal tu. Biarkan tiga suku masak, terus masukkan macaroni. Lepas tu kacau sebati bagi nampak telur tu tak macam hancur lebur sangat. Last sekali taburkan daun sup/ daun ketumbar.. kemain wangi nanti masakan kau.. fuhhhh. Then agak-agak dah sebati semua tu, kau perasakan dengan garam. Dan siap ;)

Kenapa aku letak menu tu ada nama ‘Western’? sebab resepi ni menggabungkan western & eastern. Western nya kat situ sebab aku guna pasta, cili flaks & dried oregano.. kalau betul-betul resepi aglio olio mesti ada tiga bahan tu kan? Ha tu lah datangnya nama western kat situ. Yang Eastern nya pulak datang dari bahan-bahan lain. Bila tengok rupa macaroni aku tu macam masak mee goreng bodo je.. hahahaha. So disebabkan gabungan bahan yang aku gunakan tu ada western & eastern, maka terjadilah rekaan nama Western & Eastern Fried Macaroni yang memandai-mandai je aku boh nama dia.. hahahaha.. gittue lah kaedahnya Bedah! Hashtag SilaJanganKecam muahahahahahahahaha ;P

Ok selamat mencuba. Kalau dah try resepi ni sila war-warkan..

Kbai ;)
Read More

Wednesday, October 26, 2016

Cara Membuat Nestum Ball

Aku tak reti nak kategorikan sebagai apa. Nak kata resepi, dah macam kaedah masak memasak je.. sedangkan nestum ball ni tak perlu dimasak atau digoreng.. malah tak menggunakan gas atau elektrik pun.. so aku letak je tajuk cara membuat je.. senang orang nak paham nanti.
Ni pun senang je nak buat. Macam buat Almond Cluster juga. Cara buat almond cluster ko boleh stalk kat link ni Cara Membuat Almond Cluster [LINK]

Ni kerja aku dua beranak dengan Khairine.


CAPTION : Korang ada nama lain ke untuk benda ni? Nama ni aku main boh je ;)

Cara nak buat nestum ball ni pun senang. Cuma bahan-bahan nak buat ni lebih dari dua barang. Tak macam almond cluster yang hanya gunakan 2 barang je. Tapi cara nak menyediakan nestum ball ni teramatlah senangnya.

Bahan-bahan:
Nestum (untuk dicamprkan dalam semua bahan)
Nestum (untuk digolekkan atas permukaan yang dah dibulatkan nanti)
Susu pekat
Almond cincang
Peanut butter (spread)
Milo
Paper cup (optional)

Semua sukatan jangan ditanya. Aku buat ikut suka je sukatan yang aku suka. Janji tak lembik & tak keras atau tak melekat pada tangan korang. Janji boleh gentel bulat-bulat macam bola. Pandai-pandailah ko menghagak sukatan tu ye Bedah.. hehehe.

Cara-cara:

- Campurkan kesemua bahan di atas kecuali paper cup.
- Lepas dah bulat-bulatkan, ko golek-golek kan pula bahan tu dalam nestum yang dah diasingkan
- Lepas tu bulat-bulat kan bahan tu letak dalam paper cup. Kalau rasa leceh nak masuk dalam paper cup, ko telanjangkan je nestum ball tu dalam balang atau Tupperware atau ikut suka ko nak letak dalam apa.
- Chill kan sekejap dalam fridge dan siap untuk dimakan.

Tak payah nak bakar dalam oven ke atau nak goreng. Tutup mata je boleh gentel nestum ball ni. Senang bah itu ;)
  
Read More

Tuesday, October 25, 2016

Minuman Kesihatan Sarang Burung Kolagen dari Ecolite

Hi korang.. akak bukan nak jual barang ya.. harini akak nak cerita pasal new product.. Wah dah macam promoter jual produk je bunyiknya kannn.. hehehe. Sebenarnya aku nak bagitau pasal minuman kesihatan yang baru dipasaran. Kalau nak tau best ke tak, moh duduk rapat-rapat depan pc baca cerita & tengok gambar-gambar kat bawah ni. 

Korang pernah dengar tak minuman Kolagen & Sarang Surung yang digabungkan sekali?

20 Oktober lepas aku dijemput untuk Pelancaran Minuman Kesihatan Kolagen Sarang Burung yang terbaru dari Ecolite yang bertempat di Glasshouse at Seputeh. Terima kasih Bro Framestone bagi peluang untuk Zaza sama-sama join event ni :) 

Seperti yang korang tau, Sarang Burung hanya practice pada kaum cina untuk perubatan tradisional je kan? seperti yang diketahui umum, minuman sarang burung dapat membantu membaiki sel, meningkatkan pretasi organ manusia dan menguatkan sistem imunisasi juga sistem pernafasan. Tapi sekarang ni semua kaum pun boleh minum sarang burung dengan cara yang sangat mudah. Ia bukan semata-mata sarang burung saja ya.. minuman kesihatan ni juga dicampur dengan kolagen. Korang pun tau fungsi kolagen juga mampu mengekalkan kesihatan tulang & membantu keanjalan kulit. Korang yang minum kolagen mesti tau apa kebaikan kolagen kan? kalau tak tau, sila google ;P

Syarikat Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolite) adalah merupakan syarikat yang telah mengeluarkan/ menghasilkan produk minuman kesihatan yang menggabungkan kedua-dua bahan tadi iaitu Sarang Burung & Kolagen yang digabungkan didalam botol yang sangat stylish mudah untuk didapati dipasaran.. Setiap botol mengandungi 2500mg kolagen. Isi pada minumum ialah sebanyak 250ml.






 Terdapat 5 perisa yang berbeza. Iaitu Perisa Asli, Aloe Vera, Laici, Longan dan Kurma merah bersama Buah Goji  (red dates & Wolfberry). 

Tentang rasa, memang sedap. Kalau korang minum air ni, terasa macam minum air kelapa pandan.. pastu ada jelly-jelly dalam air tu.. sedap kalau diminum sejuk.. lagi-lagi kalau yang baru keluar dari fridge.. kalau rasa yang keluar dari fridge tak cukup sejuk, korang boleh letak ais banyak-banyak.. lepas tu minum.. terus rasa segar je badan. Dah nama pun minuman kesihatan.. haruslah rasa badan tu ala-ala refreshing je ;)

Jangan risau tentang status HALAL minuman ni.. sebelum produk ni keluarkan, status HALAL awal-awal lagi telah disahkan dan boleh minum tanpa was-was :)

Kandungan lain yang aku nak bagitau tentang produk ni, ia mengandungi kandungan makanan semula jadi, termasuk sarang burung yang boleh dimakan, kolagen ikan laut, gula batu dan RO water. Tiada perisa tambahan, pewarna atau bahan pengawet digunakan. Semuanya natural. Maka ia bukan sahaja berkhasiat tetapi selamat untuk digunakan.


Sebelum majlis pelancaran.



Majlis pelancaran Collagen Bird's Nest Beverages, 'The Joy of Life'




Joy of Kak Zaza.. hehehe.


2 botol ni yang aku dapat free masa hari pelancaran haritu.

Harga pasaran hanya RM6.80 sebotol. Boleh didapati di mana-mana store 7 Eleven (7E). Pasaran akan datang Ecolite akan meluaskan lagi ke farmasi-farmasi utama dan juga di pasaraya-pasaraya besar yang terdapat diseluruh Malaysia.



Untuk maklumat lanjut mengenai 'The Joy of Life' boleh didapati di
www.thejoyoflife.my



Read More

Thursday, October 20, 2016

Cara Membuat Almond Cluster

Ni projek Kak Zaza dengan Bang Nizam masa bulan Ramadhan haritu. Bang Nizam ni cukup suka dengan sejenis makanan ni. Nak panggil apa ek? something like chocolate nuts lah gitu. Tak kisah lah apa pun. Kaedah nak membuat Almond Cluster ni aku cilok dalam fb. Eh! bukan aku.. tapi Bang Nizam yang cilok.. hahaha macam jahat sangat pulak cilok resepi orang kannn.. mintak halal ya tuan empunya resepi ;)


Masa bulan puasa haritu nampak apa je orang post kat fb/ IG memang sangat bernapsu. Sekali Bang Nizam whatsapp aku satu gambar ni sekali dengan cara membuatnya. Dia kata macam senang je nak buat ni. Ha ya lah bang.. karang kau campak resepi kat aku, aku yang kena buat semua kannnn???!!! Ternyata tanggapan aku tu salah. Bang Nizam turut sama membantu buat almond cluster haritu.. hehehe. Semangat dia nak buat almond cluster.. sanggup redah bakery beli nuts.. i bangga dengan u darling.. hehehe. Balik dari dia beli barang, aku terus masuk ceruk dapur menggoreng/ sangai almond yang dia beli tu. Lepas tu cairkan cooking chocolate dengan kaedah double boil. Wow pandai sangat nih!

Nah aku share kat korang cara-cara nak buat almond cluster.

Bahan-bahan
- Almond
- Beryls’ dark compound (Coklat masakan atau nama omputeh nya cooking chocolate)

Dah. Dua tu je bahan-bahan yang diperlukan. Ada setengah orang letak corn flakes. Tapi aku tak letak sebab Bang Nizam tak suka. Dia suka kunyah almond & coklat je semata. Lantak situ.. ikut je lah selera dia.

Cara-cara
- Sangai/ goreng almond tanpa minyak.
Jaga-jaga ya..jangan sampai almond kau tu rentung pulak. Nak beli sekilo almond tu kemain mahal nak mati harga kat kedai.

- Cairkan coklat. (double method). Kalau tak tau macam mana, ko tengok youtube.

- Bila dah elok cair coklat tu, cepat-cepat campurkan atas almond yang dah digoreng tanpa minyak tadi dalam satu bekas.

- Gaul rata, lepas tu terus boleh masuk dalam paper cup. Ikut sukalah banyak mana ko nak sumbat dalam paper cup tu. kalau ikutkan petua (petua sangat) Bang Nizam, jangan letak banyak2 sangat dalam tu sebab nanti dapat sikit lepas dah masuk dalam cup. And plus dia sebenarnya memang kedekut… hahahaha. Eh bukan dia kedekut pun.. hujung-hujung dia yang bedal semua almond cluster tu sorang-sorang. Tau2 je dah habis.

Lepas tu chill kan dalam 10 ke 15 minit dalam fridge (jangan masuk freezer nanti keras kentung almond cluster ko).

- Agak-agak coklat dah keras sikit coklat tu, boleh susun dalam baling/ bekas kedap udara.

Simple je nak buat almond cluster ni. Haritu kerja-kerja masukkan almond cluster dalam cup, Bang Nizam buat dua beranak dengan Danish. Ada satu lagi cookies yang aku nak tunjuk kat korang yang aku buat dengan Khairine je. Nanti aku publish kat entry lain ya.

Selamat mencuba ;)
Read More

Wednesday, October 19, 2016

Terima Kasih Mak Mak Semua

Masa idea tengah melambak lambak nak up entry ni tiba-tiba aku teringat sesuatu. Sebelum aku nak ucapkan terima kasih kat mak mak diluar sana, bagi aku tulis seperenggan cerita dulu kat sini yang tak ada kena mengena dengan tajuk di atas. Aku rasa lah kannn.. makin dah tua ni semakin pupus agaknya daya ingatan aku ni. Selain dari daya ingatan, aku syak macam-macam daya lagi dalam badan ni yang semakin hari semakin dimamah usia.. hahaha. 

Cerita dia macam ni.. tadi aku gi toilet.. gi sheshe lahhh bukan berak.. pastu bila keluar toilet, aku dengar bunyi aku berderu.. hmmm buat perangai lagi.. eh ni mesti korang ingat aku terberak dalam seluar kan?? Hahaha jahat lah korang ni..pikir yang bukan-bukan je. Sebenarnya aku cuma terlupa nak tutup paip air je la. Lately ni kan.. aku rasa aku ada masalah apa tah.. asal keluar bilik air je mesti lupa nak tutup paip.  Ada sekali tu, setengah hari air mecurah curah kat bilik air dari pagi sampai tengahari. Bila Danish balik sekolah, terus dia report kat fader dia.. nak tuduh aku dia takut.. karang salah tuduh sure mummy bertukar jadi singa jadian.. hahaha. Pastu Bang Nizam tanya kat aku “u tak tutup paip air ke pagi tadi? Danish balik sekolah tengok mencurah-curah air.. nasib baik rumah tak banjir” pffffftttttttt. Malas nak melawan. Mengaku je lah. Dah banyak kali berlaku dah ni. Mungkin sel-sel penuaan sedang berhubung agaknya.. hmmmm *iconmatakeatas*

Ok sambung cerita.

Malam yang menjelang esoknya anak aku nak ambik UPSR haritu sumpah aku tak boleh tidur nok. Gelisah rasanya. Langsung tak mengantuk. Terus aku on laptop.. macam-macam benda dalam kepala otak ni.. maka terjadilah karangan ni.. hehehe.

Menggigil badan oi (macam tipu je).. sejuk kaki tangan aku dibuatnya dok memikirkan anak nak hadap UPSR. Masa aku menulis ni (malam esoknya 1st day UPSR) Khairine dah selamat tidur. Bila tengok muka dia masa tidur, terbayang dia duduk kat dewan peperiksaan. Lagi la buat aku rasa kecut perut. Pastu bila tengok berduyun-duyun kengkawan kat fb buat ucapan good luck dan doa untuk anak-anak sendiri dan anak-anak orang lain (termasuk anak aku) dan dan rasa macam nak terberak.. hahaha.  Hoi pahal yang terok sangat kau ni Jah? Sapa yang nak ambik periksa sebenarnya?. Time tu rasa macam nak stop kan je jam dinding kat rumah.. hahaha. Well korang yang dah jadi mak mak je yang tau perasaan tu macam mana. Ada yang kata “macam tu juga perasaan mak kita dulu masa kita nak ambik UPSR”. Ya.. aku caya tu.. tak terkecuali jugak dengan mak aku dulu. Tapi mak aku kuwl jew.. sebab mak aku tau anak dia ni pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii  (pandai menipu) muahahahaha. Eh tak lah.. main-main je hehehe.

Pastu ada yang kata “alaaa ilek ar.. UPSR je kot”. Hanggok kau! walaupun UPSR je pun, tapi bagi makayah yang pentingkan pelajaran anak-anak ni harus kena risau tau! Ini lah kejayaan pertama diorang seumur hidup untuk dorang nak buktikan yang diorang juga boleh membanggakan & membalas jasa  kita yang selama ni dah bagi yang terbaik buat diorang dengan keputusan diorang yang cemerlang tu. Memang dalam satu artikel tu ada tulis dapat.. 6E pun boleh masuk sekolah menengah bunyik macam bodo je kannn? cuba kau baca helok-helok artikel tu sampai habis. Nah aku bagi lagi sekali link tu.. sila baca & hadamkan. DAPAT 6E PUN BOLEH MASUK SEKOLAH MENENGAH

Nih.. aku nak buat ucapan terima kasih kat kawan-kawan semua.. some ada yang wish kat fb, ada yang wish kat IG & Blog.




Aku yang buzz dulu dalam group ni. Hi Farah, hi Linda, hi Sally, hi Laily (sambil lambai tangan). Dalam grp ni semua kengkawan opis lama aku. Semua lagi tua dari aku.. nasib baik bila aku dok dalam grp ni aku tak terasa tua sangat.. hahaha. One of them ada anak yang dah nak ambik SPM pun tahun ni. Fuh ngerinyaaa.. bersiap sedia lah ya Linda.

Ni pulak dari Ummi. Kawan aku punya adik. Ummi, kau spell nama Khairine tu salah dik.. tapi tak apa.. ahkak mahapkan kau.. hehehe. Terima kasih Ummi sebab ingat kat Khairine J

Ni kawan sekolah aku masa kat Ampang Girl dulu. Ayat skema giler bagi ucapan hahaha. Macam tak caya je kau tulis macam tu Dot! Dia ni kalau sembang mmg petir.. suara dia dari Zoo Negara sampai KLCC boleh dengar.. pastu masuk air plak tu.. tu yang macam tak caya bila dia tulis ayat-ayat skema macam tu.. hahahaha. Anyway.. thanks Dot.. Kau lagi dulu makan garam dari aku.. sebab Nabila dah selamat masuk UiTM pun sekarang. Fuh! *lappelohkatdahi*.

Tak lupa juga aku pun ada wish kat anak-anak kengkawan aku yang sebaya dengan Khairine yang sama menduduki UPSR juga haritu. Terharu sangat. Bila baca komen-komen & status korang kat fb/ IG/ Blog. Best sebenarnya jadi mak mak ni. Kita dapat feel perasaan sebagai seorang ibu bila anak-anak kita makin hari makin membesar depan mata. Hilang rasanya sakit masa nak beranak dulu. Ok I mengaku.. ini adalah sindrom mak mak yang sedang dalam proses penuaan sedang berlaku.. muahahaha.

Terima kasih tau korang.. ai is terharu sangat.

Nampak tak?? cerita dah berbulan bulan terperuk kat draft.. sampai dah nak keluar result bulan depan baru nak say thank you.. hahahahaha.

kbai ;)



Read More

Tuesday, October 11, 2016

Tips Pemilihan Dress Yang Bersesuai Untuk Temujanji

Hi.. bila kira- kira dengan jari, minggu ni dah masuk 3 minggu akak tak update blog. Kemain menjadi-jadi perangai malas akak. Banyak cerita yang terdampar kat draft yang aku nak lambakkan kat sini.. tapi belum ada masa lagi nak edit. Itu nanti dulu. 

Harini aku nak share tips macam mana nak pilih baju yang bersesuaian untuk kita keluar dating/ bersantai bersama orang tersayang atau bersama kawan-kawan untuk jadikan penampilan kita lebih berkeyakinan dan menyerlah. 


Dalam masa terdekat ni korang ada temujanji istimewa ke dengan orang tersayang atau kawan-kawan? mesti korang pecah kepala fikir apa nak dipakai.. mesti korang kalut nak mencari baju dalam wardrobe baju apa yang bersesuaian untuk dipakai kan?? 

Ya! Jangan ribut-ribut ya Cik Bedah, nanti kat bawah ni aku akan sharekan apa pakaian yang bersesuaian untuk korang. Korang mesti nak sentiasa yang terbaik nak surprisekan pasangan korang dengan gabungan keseksian dan keanggunan bergaya bila tiba hari dating korang kannn?? Jadi, mari kita lihat jenis-jenis pakaian wanita yang pasti akan memukau bila tiba hari dating korang dengan pasangan atau kawan-kawan korang ;)


EVENING DRESS


Evening Dress gaya ni memang sesuai sangat untuk korang nak nampak glamor dimajlis makan malam yang berkonsepkan candle light dinner dalam suasana romantik. Korang boleh pilih dress yang berwarna hitam atau warna beige. Peranan dua warna ini akan lebih menonjol dan boleh menunjukkan kecantikan sebenar si pemakai dengan lebih mudah. Nak lebih vogue lagi, kau tak payah bawak handbag besar-besar.. cukup hanya bawa seketul clutch yang kau pair kan dengan sepasang stiletto.. memang kelassss.. bila masuk ke tempat majlis tu mesti ramai mata-mata yang terpukau dengan kestylo kau nyah!.. hmm terbayang pulak aku yang memakainya.. mesti akak nampak gojessss.. masa tu kalau korang nampak akak candle light dinner dengan Bang Nizam, kau jangan makan hati ya Bedah.. hehehe.


MAXI DRESS



Bagi korang yang sukakan penampilan sederhana, tapi nak nampak elegan, Maxi Dress adalah pakaian yang sesuai untuk personaliti korang. Ada beberapa jenis gaya yang membolehkan korang nampak comel tapi masih berkonsepkan trendy dan kelihatan bergaya. Maxi dress ni sesuai untuk apa-apa majlis, samada pada waktu siang atau malam. Selain tu, pemakaian maxi dress memang sangat selesa untuk bergerak & ia sangat flowy untuk tampil dengan penuh keyakinan.

MIDI DRESS


Ada juga yang suka memilih Midi Dress untuk menampakkan sedikit menarik.. boleh lah korang tayang sikit kulit tangan korang yang mulus tu. Tapi pemilihan Midi Dress tak seuai untuk mereka yang bertudung. So korang boleh pilih Maxi Dress ya. 

Ada banyak pemilihan Midi Dress dari berbagai jenama terkenal. Dari situ bila pakai pakaian yang agak berjenama sikit mesti korang akan rasa lebih confident untuk keluar. Korang boleh pilih cutting A cut line atau body cutting. Memang seksi wa cakap lu. Lepas tu korang boleh sesuaikan dengan aksesori yang merelip atau barangan kemas yang cantik dan sesuai dengan warna Midi Dress yang korang pilih.

So, Bila kita pilih pakaian yang bersesuaian, automatically kita akan rasa keyakinan diri kita lebih tinggi. 99% orang perempuan lah yang terlalu memilih bab-bab pakaian ni.. setuju ke tidak dengan apa yang aku katakan? Ok Fine kalau ada lelaki-lelaki yang tak setuju dengan pendapat aku ni, aku percaya. Sebab nowadays orang lelaki dah pandai mementingkan gaya dan keterampilan bila keluar rumah.

Untuk pilihan dress yang lebih banyak, korang boleh pilih di types of women’s dressAda banyak pilihan dress yang korang boleh dapati dari Zalora. Pilih je kat types of women’s dress 


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah