Friday, May 31, 2019

Iftar #RamadanDay24 - Craving Bubur Nasi

Mak craving teroq nok! Last week lagi I dah pesan kat NJ suruh tapaukan bubur nasi dekat Kampung Baru tu.

Tidak kesampaian sebab NJ jatuh motor pulak pada hari yang sama... terus rasa macam nak cari batu belah batu bertangkup 😂

Noticed, dalam banyak-banyak bubur nasi yang ada kat area Kampung Baru tu, kat kedai ni je yang tekak I boleh telan.

Kedai nasi bubur ni depan je dengan UniKL. Betul-betul tepi jalan kat traffic light.

Sebelum sampai kedai tu I dah berdoa panjang supaya ada seat untuk I berbuka nanti. Ternyata Allah itu mendengar rintihan doa seorang hambanya yang berpuasa 😅😅 maka ada seat untuk I berbuka haritu 🙊

6.15pm ⏰ dah sampai. Terus pilih lauk nak makan dengan nasi bubur. sedapnyaaaaa telan-telan ailio masa pilih lauk 🍛


Time lapar kan, tengok semua lauk-lauk tu macam nak terkam. Dalam hati “bawak bertenang Noriza.. jangan ada sikap tamak menyelubungi ke dalam hati tu.. kalau tak habis nanti, kau lah syaiton itu” 😆


Ni la antara lauk-lauk yang I pilih untuk I makan dengan nasi bubur yang I idamkan sangat sepanjang bulan puasa ni.. Alhamdulillah.


Nampak macam sikit, bila dah ngap ngap ngap semua, penuh perut.. hai la nafsu #GaruKepala







Teringat masa demam dah lama haritu.. bila datang sini makan nasi bubur dia lepas tu tergigit pulak halia muda dalam bubur tu, lauk yang ada ikan masin, sotong masin, udang masin, tofu, sayur kalian and bebagai rasa mix ada.. terus boleh baik demam.

Dah, tu je nak update.

Nak try? tengok address kat bawah ni 🠟

Kak Mah Tomyam Seafood
Address:
39, Jalan Sultan Ismail,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur
Read More

Thursday, May 30, 2019

Collection Garfield Zaza

Remember? Korang yang bersekolah sezaman dengan I tahun 1990s mesti peminat tegar barangan Garfield kan??? Ke tak? Ke ye? 

kalau tanya I, I memang batak Garfield hahaha. Zaman sekolah dulu kalau boleh semua benda nak brand Garfield kecuali  kasut sekolah and baju sekolah.. sebab tak ada brand Garfield yang keluarkan gambar Garfield kat baju & kasut sekolah 😁


Tapi! bag, stationeries, sticker, beg duit, tshirt and etc semua I ada beli untuk my own collection. Bangga giler weh time tu.. siapa pakai Garfield memang dah up to date sangat la hidup tu 😅

Entry ni I nak lambakkan my first and ever collection of Garfield items yang I dah kumpul setakat ni. Baru je start tahun ni. After this I’ll try to find more lagi barangan Garfield.. #BatakGarfield 😊

Tudung Bawal Garfield #FancyBawal

This year punya collection, I found this tudung bawal dekat IG. Punyalah melonjak kegembiraan bila Nampak ada tudung bawal gambar Garfield (walaupun bukan dari brand Garfield) janji ada gambar si kucing gemok tu.. itu pun I dah terlalu love 😊

Tudung bawal ni I jumpa dekat IG. Selidik punya selidik, I terus order. Harga RM23 + RM8 postage total RM31

Korang nak tengok design lain cari je kat hashtag #FancyBawal mesti jumpa macam-masam pesen.

Sling Bag Garfield
 Yang ni pun terlalu love juga. Walaupun bag ni kecik tapi I suka.

Harga RM10 je wak… dat day jalan-jalan dekat Vintage Night Market Temerloh, jumpa bag ni.. terus tak citer banyak, I beli je.

Tote Bag Garfield Pink

Ni pulak I beli dekat Pekan Sehari Temerloh RM15.


Eh kenapa I tak jumpa ek bag-bag macam ni dekat Kolumpor?????

T-shirt Garfield

Kisahnya tshirt ni. Masa I scroll shopee.com.my I ternampak ada jual t-shirt Garfield. Tengok harga Ya Allah murah namatey. RM12+ je sehelai. Saja roger kengkawan kat opis ada sapa-sapa tak nak selit sekali t-shirt ni.

Ya! Memang ada ya.. I order 5 helai untuk 5 orang yang order.


Tadaaaaa.. mak-mak orang model tshirt Garfield hehehehe.



Berposing-posing kitorang kat lobby opis last Friday 🙈🙉🙊

Ok soon kalau ada collection Garfield lagi, I update lag ikat sini.

Kbai.🙋
Read More

Thursday, May 9, 2019

Happy Hour with Office Clan

Gichu omputih sikit tajuk kita kali ni 😛
dah tu kot melayu macam awkward nau bunyiknya.

Actually, few weeks dah plan dengan kawan2 kat opis I nak pergi makan Mykori. On 19 April baru dapat matching date. Itu pun sorang dari 6 clan tak dapat join.

Once awhile bonding day dengan kakak-kakak & adik-adik officemate. Lagi pun dah lama tak keluar sama-sama lepas kerja. Last time kitorang buat rombongan pergi makan satay Kajang. Naik MRT ramai-ramai dari Taman Pertama sampai Kajang. Enjoy sangat 😊

Ok this time kita pergi makan Mykori pulak. Kali ni tak naik MRT. Kitorang drive je. Lepas kerja terus gerak ke EcoCheras Mall. Ni la first time I masuk mall tu. Not bad. Besar & banyak jugak up todate outlet dalam tu. Tapi macam suram. Mungkin timing yang i pergi tu orang tak ramai kot. Tak tau la kalau hari lain ramai orang.


*Panjang nau bebel*

Sampai je sana dalam pukul 7pm macam tu. Masing-masing park kereta dah bersepah tah mana-mana.. dah la I first time pergi sana. 

Akhirnya bertemu jua 😅

Us

Seronok lepak dengan kakak-kakak & adik-adik opismate ni sebab semua satu kepala. yang kakak-kakak tu pun perangai boleh tahan masuk air jugak 😅 So sambil borak-borak tu kitorang makan-makan.. jom tengok apa yang kitorang order.











Oh sebelum I end cerita ni, I nak cerita sikit tentang kebodohan I haritu.. rasa nak tunjal-tunjal je kapala sendiri.

I kan first time masuk EcoCheras Mall.. Masa sampai tu, terus ke parking bay.. Selalunya tempat ambik ticket tu ada 2 lorong kan.. I pun masuk la 1 of 2 lorong nak ambik ticket. Lepas tu nak dekat 3 minit jugak I stay kat situ sebab mencari button & lubang keluar ticket (dah tau tak ada boleh.. ko buat blur kat situ lama-lama dah kenapa?). Almost 3 minit stuck mencari button.. ehhh apa ni? #GaruKepala 😊 adoiiii lepas tu tak puas hati, I reverse masuk pulak lorong sebelah. Pun sama gak.. Dah kenapa tak ada button & lubang keluar ticket ni weh?? Hahahaha.

Mula la nak berangin dah time tu.

Dalam 10 second cari punat nak keluarkan ticket tu, baru I tau rupanya pesen dia nak masuk parking kena pakai Touch & Go card. Hahahaha Nasib tak ada kereta lain kat belakang. Jahanam sangat! Mana la I tau.. tempat ambik ticket pun lain pulak rupa dia daripada biasa. Apa yang I tau kalau dekat shopping mall lain kalau nak masuk parking kena ada credit limit dalam card at least RM20+ Touch & Go card I pulak time tu ada RM3+ je. Tu yang tak pasal-pasal cuak sorang-sorang kat situ hahahaha. Venci betul!

Ok la itu je nak cerita. Kbai.

Read More

Wednesday, May 8, 2019

Menu #RamadanDay2

Salam Ramadan!!

Dah masuk Ramadan ketiga dah.. kaum mak-mak mesti busy &pecah paler apa menu nak masak selama 30 harini kannn. Haha. Sama la kita nok. Itu belum cerita pasal ko terlajak sahur LOL. Tapi bila Nampak orang masak itu ini, terus berazam balik tu nak masak. Tak pun plan.. ok esok atau lusa aku nak masak jugak la macam si Gayah masak tu.. hujung-hujung… hanya tinggal kenangan je.. hahahhaa itu lagi sedihhhh!

Tapi I tak cakap semua mak-mak la yang perangai macam tu. I cakap untuk diri I niha. Cuba nak motivate tapi tu la.. kadang terlajak jugak. Senang citer.. we go with the flow je lah hahahaha.

Tapi kan harini nak citer pasal semalam punya menu. Semalam gigih masak lauk simple, cepat & mudah

Chee Cheong Fun Soup

Ni portion utk 2 orang

- Bawang putih chop
- Rice noodle roll (chee cheong fun)
- Separuh pati cube ayam
- Udang
- Fishball
- Akar ketumbar
- Daun ketumbar
- Bawang goreng
- Air secukupnya
- Garam (jika perlu)

- Tumis bawang putih
- Masukkan air, akar Ketumbar. Bila dah mendidih masukkan cube pati ayam (nak tambah garam pun boleh tp agak2 je sbb cube ayam dah masin)
- Masukkan fishball
- Bila fishball dah masak, masukkan udang & rice Noodle tu. Didihkan dalam 3 min
- Taburkan daun Ketumbar & bawang goreng masa nak serve tu
- It's done 😁

Siakap Stim Limau

Recipe ada dekat LINK ni. I malas nak taip balik dah kat sini 😜

Ok itu je update menu #RamadanDay2 tahun ni. Menu Ramadan Day 1 tak ada. Sebab kalut pagi sahur tu timing wake up tak reti budget lagi. Berbuka pun sama juga 😅
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah