Saturday, May 31, 2014

Kes Bunoh Membabitkan Kanak-Kanak.

Giler babi lah manusia sekarang.. bunuh orang macam bunuh binatang je.. tergamak jadi pembunuh.. tak takut dosa ke?? bagi yang bukan islam haruslah tak tau apa itu dosa pahala.. tapi sekurang2nya kau takut lah sikit dengan undang2 dunia.. 

Tak tau lah apa penyakit diorang ni.. apa perasaan diorang agaknya bila membunuh yer?? baru2 ni kes budak 2 tahun mati kena bunuh.. aku baca pun ngeri seumur hidup.. terus perasaan teringat kat anak2.. Nauzubilah.. mintak dijauhkan dari anak2 aku. 

Scary aku nak letak gambar penjenayah ni.. terpaksa jugak lah letak sebab gambar dia pun dah tersebar luas kat media.

Pada 29.5.2014 jam 9.00 malam, pihak polis telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam, memberitahu telah ternampak seorang lelaki, sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak2 di tepi Sg. Klang berhampiran dengan Station KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
Bertindak dari maklumat tersebut sepasukan polis yg tiba di tempat kejadian telah menemui seorang kanak2 berusia lebih kurang 2 tahun 6 bulan, di dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian, mengalami cedera parah dibahagian belakang kepala pecah akibat hentakkan dan kepalanya terputus dari badan. Turut ditemui ditempat kejadian pecahan ceramic bersama kesan2 darah dan sepasang selipar disyaki milik suspek.
Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya. Lebihkurang 5 minit, semasa keluar dari tandas ibu mangsa dapati anaknya telah tiada dan kemudiannya tlah pergi ke tandas dan minta kawan2nya jagakan anaknya sebentar. Sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.
Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.
Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan. Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.
Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap.
Siasatan ditempat kejadian, pihak polis berjaya mengesan pergerakan mangsa ( kanak-kanak ) sedang diekori oleh seorang lelaki berkulit gelap yg disyaki suspek yg bertanggung jawab melarikan kanak-kanak tersebut.
Kes ini dikelasifikasikan sebagai kes bunoh yang disiasat di bawah sek. 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital HKL utk dibedah siasat.
Motif mengenai kejadian masih disiasat. Gambar suspek yang sedang dikesan disertakan. Mohon hubungi Balai Polis berdekatan jika ternampak atau mengetahui dimana lokasi suspek.

Source : https://www.facebook.com/theairtimes
Read More

Monday, May 26, 2014

Rainbow Cookies

Haritu kawan aku post gambar cookies ni kat IG.. aku tanya mana nak beli.. dia kata kakak dia jual.. Ohh chantek sangat lah tu.. laju2 aku order sebekas. Memang dah lama aku mencari cookies ni.. Malas aku nak beli online.. karang bila post pecah pulak cookies ni. Rugi duit aku nanti.



Warna warni kehidupan sangat kaler cookies ni.. I loikee =)

Korang mesti pernah tengok rainbow cookies ni kan???? nama saintifik cookies ni sebenarnya orang panggil " biskut lidah kucing" kalau tak silap aku. Tak tau lah mana datangnya perkataan lidah kucing dan apa kena mengenanya lidah kucing dengan cookies ni. Adakah lidah kucing berwarna pelangi begini??? pffftttt.

Rasa cookies ni?? kalau tanya tekak aku semua aku kata sedap. Cookies ni rasa butter sokmo.. tak ada mix dengan perasa apa2 pun.. cuma yang buat menarik perhatian bijik mata aku ni sebab kaler cookies ni sangat rainbowish (ada ke perkataan rainbowish?? hahaha).
Read More

Friday, May 23, 2014

Aku Terima Hantaran Mu

Teringat kata2 Habib Ali Zaenal Abidin masa aku attend class ta'lim haritu dia kata "Jangan suka meminta2" :)

So bila orang dah bagi tu terima je lah dengan hati terbuka.. jangan merungut.. jangan ngutok2 dalam hati.. bersyukur je apa orang nak bagi.. karang kalau kekwat sangat langsung orang tak nak bagi baru padan muka.. betul tak Kiah???

Nah terimalah gambar barangan hantaran dari ku ini.. semoga bakal2 pengantin kat luar sana dapat inspirasi dari gambar2 hantaran ni yer. Tak payah pening2 pikir apa nak bagi kat pihak lelaki/ perempuan.. muahahahaha.





Simple & budget sangat kann?? Gambar ni kawan aku yang whatsapp malam tadi.. pagi tadi bangun2 tengok hp.. mak aihhh biar betik zaman sekarang orang bagi hantaran macam ni punya rupa.. hahahahaha. 

Yup! I know this is joke.. aku syak masa diorang nak siap2kan buat gubahan hantaran ni, diorang saja buat lawak bodo letak benda2 yang tak sepatutnya macam dalam gambar2 kat atas tu. Bagi aku lawak giler kot kalau betul2 lah ada lagi zaman sekarang orang bagi hantaran benda2 macam tu.. hahaha. Kalau tak ada bajet sekali pun nak bagi hantaran, jangan lah bagi selipar berok, petai, helmet bagai tu.. hahahaha. Aku percaya orang yang dok ceruk kampung pun tak hingin bagi barang2 hantaran yang gini rupa.. hahahaha.

Saja buat entry yang tak berapa nak lawak dihari Jumaat.. Selamat terhiburrrrrr ;p
Read More

Wednesday, May 21, 2014

APAM



Betul punya tak ada idea apa nak diperahkan untuk entry harini.. nah tengok je lah gambar apam beras yang aku beli pagi tadi.. hahahaha. 

Tadi aku post gambar apam ni kat fb.. ada yang kata "dah lama tak jumpa original apam beras" "susah nak cari apam beras sekarang ni". Ada ke antara korang yang tak kenal rupa paras kuih apam beras ni?

Read More

Friday, May 16, 2014

23 April 2014, Genap 2 Tahun Pemergian Yanie

Selama aku berblog ni, ini lah entry yang buatkan hati aku sangat2 tersentuh.. Pemergian anak kecil yang berusia 1 tahun 5 bulan pada ketika itu dan telah dijemput oleh Penciptanya kerana menghidap Brain Tumor yang dikesan secara kebetulan dan sudah ditahap kritikal.. Ya Allah.. sayu rasa hati aku bila baca coretan dari seorang Ibu yang tabah menghadapi dugaan Allah yang tak terhingga.. Ibu yang senang dipanggil dengan panggilan Fand dari blog ctfand.com 

Kalau korang nak tau cerita2 yang diluahkan oleh Ibu tabah ini, korang boleh baca di LINK ni.. bertambah sebak lagi bila Ibu tabah ini membuat entry khas buat anak kesayangannya di LINK ni. Korang wajib baca kedua2 link tu. Masa aku baca blog Fand haritu terus aku rasa sebak kat dada ni.. tak sanggup aku menyaksikan tribute yang ilhamkan oleh Ibu arwah Yanie.


Di sini aku sharekan tribute yang aku tengok separuh jalan je haritu sebab tak sanggup nak tengok dan menahan sebak.

Buat Fand, be strong dear.. anggap ini ujian yang paling bermakna buat Fand.. Setiap insan yang diuji pasti ada hikmah disebaliknya.. 

Dalam kenagan.. Al-Fatihah buat Arwah Sarah Izzyanie.
Read More

Wednesday, May 14, 2014

Hiburan Malam Minggu

Sabtu lepas aku kerja.. habis kerja terus berkejar2 ke sekolah Khairine. Sebab kitorang ada parents club untuk class 4 Amanah (kelas Khairine). Ada gotong royong bersihkan class. Weolls as parents lunyai lah kena kerja keras untuk bersihkan class anak2. Nasib baik class Danish tak buat gotong royong jugak.. kalau tidak pitam aku & Nizam nak kena hadap.. hahaha. Ok cerita tu tak berapa best sangat.. ni aku nak cerita pasal malam minggu kitorang haritu.

Lepas balik dari gotong royong kat sekolah petang tu aku terus balik rumah. Ingat nak membuta kejap.. end up kalau dah sampai rumah memang susah lah nak rest walaupun sekejap.. ada je benda aku nak buat.. perangai macam ada anak kecik pulak nak membizikan diri kat rumah.. hahahaha.

Malam tu Nizam dah siap2 book ticket wayang. Ajak tengok cerita Spiderman.. Fuyyoooo!! Spiderman?? korang rasa aku ni bangsa yang layan ke cerita2 macam tu??? mesti korang ingat aku ni layan cerekarama je kan??? muahahaha.. *memang pun* So malam tu terlepas lah aku dari nak nonton cerekarama kat TV3 =( but issokay.. sesekali malam minggu kita keluar menonton pon layan jugak..yer ke tidok Cik Bedah??!!

Kalau zaman dulu2 belum kawin asal malam minggu je mesti menggeletis nak keluar malam.. enjoy sana enjoy sini.. kadang sampai tak balik rumah. Oppss itu cerita dulu.. tak payah lah Kak Jah ungkit2 lagi.. paham2 sendiri sudah lah.. korang pun bukan tak pernah muda dulu kan?? 

Jadi sekarang bila dah terasa diri ni dah tua ganyut, anak pun besar panjang.. malam minggu kami hanya untuk keluarga ajossss.. tengok wayang anak beranak lagi enjoy =)

Wayang start pukul 10.10pm.. so kitorang lepak makan dulu kat Sakura Kristal, Festival City.

 Danish's

Kak Zaza's

Khairine's

Nizam's

Laju2 makan terus naik ke cinema.. Spiderman dah tunggu kitorang.

4 ticket for 4 persons =) review cerita ni tak payah lah aku cerita.. kalau nak tau kena pergi nonton sendiri.

Masa nak masuk cinema aku dah siap2 berniat.. niat nak membuta kat dalam tu sebab aku kan tak suka tengok cerita2 tahyul macam Spiderman.. Ternyata.. bila start2 je cerita tu terus aku layan sampai habis.. hahahaha.. tu lah berlagak lagi!!! 

Overall cerita ni best.. "Nora bagi empat bintanggggg!!" (tiba2 keluar dialog Nora Danish pulak.. hahaha) walaupun ada some of the part yang nampak sangat pembongaknya (tipu). Kalau ajak aku tengok skali lagi mungkin aku boleh layan lagi kot untuk kali kedua. 

Sapa nak tengok?? jom kita pergi nonton ramai2.. hehehe.. Over sangat kau Jah ;P
Read More

Monday, May 12, 2014

LIEBSTER AWARD

Aku ni jarang sekali join Segmen.. rasanya bukan jarang kot.. sebenarnya baru sekali je aku join Segmen itu pun dari blogger Fiza dari blog www.azhafizah.com sekali tu je kot.. hahaha sedeyh!!

Kali ni hakak di invite oleh Makcik OKje.. terima kasih sebab invite Cik Jah ;) siap tag nama hakak lagi kat blog dia.. Yer lah Cik Bedah.. Cik Bedah punya pasal Cik Jah join lah yer.. Ini aku kopi & pasta (copy & paste) je dari blog dia.. malas nak retype.. boleh gittue??!! ;P



Ada 8 rules yang kena ikut. Antaranya :

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korangKorang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang
Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang
Rules 3: Jawab 11 soalan yang dikemukan oleh orang yang nominated korang.

Rules 4: Senaraikan 11 fakta pasal diri korang secara rawak 
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 
1000 followers
Rules 6: Senaraikan 11 soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan
Rules 7: Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang
Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang

11 soklan cepumas yang perlu aku jawab dari soklan yang diberikan oleh OKje.. korang jangan nak gelak2 tau dengan jawapan2 aku nanti.. aku ni sebenarnya tak suka mendedahkan diri identiti sebenar aku di alam maya ni.. 

Bagi aku, biar orang kenal aku secara personal daripada orang dok ngutok/ bercakap belakang. Dalam alam maya ni orang hanya boleh tengok/ tau personality kita dengan beranggapan je. Untuk kali ni (nasib baik 11 soklan je) aku cuba bagi jawapan yang aku rasa aku boleh jawab kot. Lain2 soklan kalau korang nak tau, korang kena lah berkawan dengan aku di alam reality.. baru tau siapa Cik Jah yang sebenarnya.. hehehe =)

11 Soalan OKje untuk korang jawab :

1)  Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
    Zaza atau lebih manis lagi panggil Adik Zaza.. sebab OKje kan lagi TUA berusia dari Zaza.. hahahaha

2)  Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
     Sila baca dan komen kesemua entry Zaza yang OKje tak pernah baca lagi since blog Zaza wujud.. *pitam lah kau nyah nak baca semua* hehehe.

3)  Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
     Mummy & isteri yang boleh dibawak bincang dengan suami & anak2.. coz I nak jadi emak & isteri yang sempoi & tak complicated dengan suami & anak2.

4)  Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
     Suka cakap kuat2.. tapi bukan disengajakan.. memang stock suara Zaza ni kuat & sangat petir! 

5)  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
     Hidung kot.. OKje mesti tau kenapa Zaza pilih hidung kannn??? :)

6)  Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
     Nak jumpa Arwah Ayah =(

7) Peristiwa paling best dalam hidup korang?
     Semestinya setiap kali bercuti dengan family =)

8) Impian korang yang masih belum tercapai?
     Nak jadi Mummy & isteri Mithali.. tapi macam susah je sebab Zaza ni jenis emak yang cenggeng a.k.a Singa lapar ;P

9)  Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
     Makanan = Ikut selera tekak pada masa tu.. kalau lapar terok,  kerusi meja pun I boleh telan ;P 
     Minuman = Jarang order sebab selalu lepas makan tak minum air.. lepas setengah jam baru minum.. tak pun order chinese tea je tu pun share dengan anak.

10) Kalau korang jadi kaya?
    Ewahhh macam tajuk lagu je nih.. Kalau lah ditakdirkan Zaza kaya, Zaza tak nak kerja, nak duduk rumah goyang kaki atau lepak kat sofa hadap swimming pool sambil kilatkan kuku.. hahaha. Beli pulau2 seluruh negara, nak jelajah dunia dan yang paling penting nak beribadat ke jalan Allah sepanjang masa dan ofcoz lah nak jadi dermawan yang humble ;)

11) OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer!
      Even kita pernah jumpa sekali je, awak tu seorang  Kakak yang sangat baik.. sempoi, lurus bedul bendul.. hehehe.

Phew... terjawab sudah soklan2 cepumas dari OKje.. peluh2 I nak menjawab soklan Mak Esah kita tu.. hehehe.

11 Fakta mengenai diri sendiri secara rawak:

1) Anak bongsu dari tiga adik beradik.

2) Purely Malaysian yang berasal dari Kolumpor sejak lahir.

3) Happy go lucky.. Seorang yang sempoi tapi kadang2 sensitif.

4) Bila berlonggok dengan kawan2 memang akan jadi huru hara.. ada je benda yang nak diborakkan. Mulut tak boleh berenti bercakap.. Gelojoh macam 4500patah perkataan sekali nak keluar dari mulut. Korang pun boleh tengokkan macam mana cara aku tulis blog.. macam tu lah diri aku.

5) Tanpa disedari.. perangai aku suka bercakap kuat macam petir (kadang2 termalu sendiri).

6) Suka berjalan i.e bercuti dengan family.. kadang2 kalau sebulan lepas balik bercuti dengan family, terasa macam dah lama tak pergi bercuti.. (giler kau ni Jah!). Pergi kedai yang dekat dengan rumah pun jadi jugak.. janji dapat keluar berjalan. itu pun dah happy sangat2.. hahaha.

7) Kuat melenting lepas tu ada je jawapan yang aku nak menjawab (biasalah perangai petir memang macam tu) :P

8) Tak suka makan asam.. apa jenis asam & jeruk sekali pun memang aku pangkah!

9) Suka berpakaian yang uptodate ala2 menampakkan diri ni macam remaja gittue.. hahaha (perasan nak jadi muda & sentiasa cantik).

10) Bersyukur dapat seorang suami yang sempoi orangnya yang boleh buat bergurau secara giler2. Bersyukur ada sepasang anak yang chantek & handsome.

11) Suka cakap terus terang.. kalau tak kena gaya memang akan kena sound tepek je dengan aku. 

Hah!!! itu je lah 11 fakta diri secara rawak yang aku boleh bagitau kat korang.. rasanya ada satu dua fakta yang aku hentam je.. sebab tak nak orang tau sifat keperibadian aku dalam alam maya ni.. kalau nak tau kena lah kenal in person dengan aku. Dalam alam maya ni nanti takut ada je orang salah anggap.. ada je nanti kutukan yang dilemparkan.. lagi hampeh orang ingat apa yang kita lambakkan dalam blog ni semua poyo2 belaka. 

Kalau korang ada baca profile aku kat blog aku yang berslogan "I stay true to myself & my style and I am always pushing myself to be aware of that & be original" itu lah aku yang sebenarnya.

Kepada siapa2 yang nak join, sila pergi ke blog OKje untuk join.. aku tak nak tag korang nanti takut ada yang serba salah pulak nak join bila di tag sedangkan korang tak rela nama korang di tag. So pergi dapatkan soklan2 kat sana.. atau pun korang boleh kopi & pasta je dari 11 soklan yang aku dah jawab kat atas sana.. sama je soklannya pun.. jangan pulak korang tiru bulat2 jawapan aku tu..

Ok sekian saja liputan dari aku.. see ya =)
Read More

Saturday, May 10, 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Bukan pergi cari scandal yer Senah.. korang jangan ingat aku nak cari scandal & nak bercinta pulak. Aku nak repost entry dari blog OKje  sorry aku tak buat entry khas sebab gambar dari collection aku tak ada.. Senang2 aku repost je entry dia.. hehehe OKje.. Ok tak?? Jangan marah yer larling.. you know I laff you strong strong kannnnn?? Kihkihkih ;P

Al kisahnya hari tu (dah lama kot) aku berdating dengan Cik Bedah ni.. The week masa aku balik dari Jakarta Bandung haritu.. Dari hari ke sehari aku nak message OKje tah kenapa tangan ni payah benau nak memicit butang nak message orang tua tu.. hahaha. End up aku message dia.. tu pun dah tengahari lepas budak2 pergi sekolah agama.. deal punya deal terus menjadi.. kauuu!!! Senang je deal dengan Cik Bedah tu.. tak kekwat langsung.. bertambah sayang Cik Jah dengan Cik Bedah tau.. muahhh muahh muahhh ;D

Kalau OKje kata dia seram sejok nak jumpa aku time tu.. aku pulak ada perangai lain sikit dari dia. Hati ni dag dig dug bila dah ditempat kejadian. Bila aku dah sampai tempat dating kitorang dia boleh pulak cakap dia kata dia nak skodeng aku dari jauh… Hoiiiiii ikut perangai siapa ni main skodeng2 orang ni?? Hahahaha. Sampai je aku dah sejok kaki tangan.. gelabah giler kannn macam nak jumpa boipren plak kekdahnya. Tertonggok lah aku kat situ menunggu. Skali dari belakang ada orang bisik.. “Aummmmmmmmmm” katanya.. Tanjat Maimun!! Suka sangat main2 tau.. nasib baik aiy tak ada darah tinggi kencing manis.. kalau tidak pengsan 48jam kat situ.. *kurusssemangat*.

Borak2 sampai tak berenti tau2 je dah pukul 5.30petang. Masing2 nak gerak. Cik Bedah tu harok nak ambik anak dia balik sekolah.. yang aku pulak harok nak balik sebab takut jammed kat MRR2.

Itu je lah kisah perjumpaan kami. Tak kenal maka tak cinta.. selalu dalam blog kemain bergurau senda.. skali dah jumpa depan2 lagi becok! Muahahahahha.


Kalau nak tau cerita dari entry Cik Bedah tu boleh pergi baca kat PUNAT NI =)
Read More

Friday, May 9, 2014

6D Motion Ride Fun di Tesco Ampang

Ehh macam mana boleh terlupa nak canangkan kat orang2 kampung pulak ni??? 

Ni cerita minggu lepas masa labor day 1 May haritu.. niat dihati nak lepak ilex dan chillax je kat rumah sambil nak membongkang.. ternyata terkabur niat murni aku tu sebab kena attend kenduri rumah Pak Cik Nizam kat Kajang.. sobs =( tapi tak apa.. janji ada makan2.. so tak payah lah hakak nak kena main masak2 kat rumah.. yer dak? hehehe.

Balik dari kenduri haritu aku dah mengantuk giler menguap macam badak dekat seriburatus kali dalam kereta tanda2 nak membuta.. aleh2 Nizam ajak singgah Tesco Ampang.. dia kata kat sana ada "tong" yang dalam dia boleh tengok 6D.. hahaha kuno sangat bahasa laki Kak Jah panggil "tong".. sebenarnya itu bukan tong.. benda tu macam caravan yang diletakkan kat luar Tesco.. dalam tu boleh tengok movie 6D. Kalau rumah korang dekat dengan Tesco Ampang sila serbu beramai2 ke sana bawak jiran rumah sebelah menyebelah sekali merasa tengok 6D kat sana yer =)


Nanti sebelum masuk kena duduk luar dulu..sambil2 tu boleh saksikan orang2 kat dalam "tong" tu harok menjerit2 hehe.. kalakor!

Mula2 aku memberontak tak nak pergi.. kau giler Senah??!!! ada ke ajak gi Tesco pakai baju tradisional!!! Kak Jah kau ni bukan orang kampung dot com nak pergi hypermarket pakai baju tradisional.. tau lah baru lepas balik kenduri.. tapi orang lain bukannya tau pon Kak Jah baru balik dari kenduri time tu.. Bantahan Kak Jah gagal masa tu.. akhirnya aku akur... Nasib baik aku tak pakai baju kurung yang boleh menampakkan ketradisionalan sangat.. dan nasib baik lah masa tu aku pakai dress labuh. Sekarang ni pergi mana2 kenduri aku dah malas nak pakai baju tradisional sangat.. pakai dress je atau skirt dengan blous yang boleh mix & match.. tak koser nak pakai baju kurung songket bagai.

 Cuba tengok kat celah hujung sebelah kiri tu ada harga tiket untuk masuk.. murah & berbaloi sangat.. harga untuk 15minit tayangan.. 

Actually tempat ni tak lah sehebat kat Menara KL & Wangsa Walk yang ada 6D jugak.. cuma kat sini dia buat kat open space parking je.. Kalau nak high class sangat kau pergi kat Menara KL (harga almost RM100) kalau kat Wangsa Walk tu aku tak pasti berapa harga tiket.. mungkin almost RM70 kot.

Nizam kata tengok kat sini pun dah ok.. sebab last time kitorang pernah nak masuk yang kat Menara KL tapi disebabkan harga macam tak worth it, tak jadi lah tengok.. sian Khairine & Danish masa tu.. Bila dah ada yang dekat dengan rumah macam ni kitorang pergi je lah.. janji ado daripada kempunan.

 Pamphlet 6D Motion.. Haritu aku tanya kat cina yang jaga ticket tu.. dia kata diorang akan berada kat Tesco Ampang only limited time.. Tak silap aku dia kata sampai end of May kot.. Kalau korang nak rasa macam mana tengok 6D baik korang pergi cepat.

Nanti dah bayar dia kasi kau ticket macam ni..

View kat dalam aku tak ambik gambar.. gelap plus macam mana pulak aku nak bergambar kalau dah kerusi dalam tu bergoyang 360darjah.. hahaha.

Ok lah.. itu je info free yang aku boleh share dengan korang.. sapa rumah yang dekat2 Ampang atau dekat dengan Tesco Ampang sila pergi cepat.
Read More

Thursday, May 8, 2014

Tekanan Dengan Panggilan JAH!

Aku tak pasti peragai suami korang macam mana bila lepas baca blog korang.. Buat suami aku perangai agak lain macam sikit bila tiap kali dia baca blog aku.. kuat na terpengaruh.. 

Tah mana dia dapat gambar ni lepas tu dia edit letak dialog kat situ "JAHHHHH" kononnya dia panggil aku.. Gggrrrr.. tekanan aku dibuatnya.. itu belum kat rumah.. hari2 panggil aku Jah.. hangen betul!!!

Aku peratikan ada diantara korang2 pun panggil aku Jah kannn.. hahaha. Tak boleh nak salahkan korang jugak sebab aku yang bahasakan diri aku KAK JAH kat blog ni.. hahahahaha.

Sambungan...

Dah lah.. rentikan lah panggil aku JAH yer.. lepas ni aku nak tukar nama pena lain pulak.. nanti aku pikirkan dulu.. 

Kbai!!
Read More

Wednesday, May 7, 2014

WW : Visitor From Mountain View, United States

Ini last week punya.. lupa nak publish.. 

kbai :p
Read More

Monday, May 5, 2014

Selera Kak Jah

Lama na tak cerita pasal dapur meletop Kak Jah kan??? Korang ingat lagi tak recipe asam pedas meletop hakak haritu??? Tentu2 nya tak ingat kannnnn?? Kalau nak recipe meletop-letop tu korang boleh PICIT PUNAT ni.. aku malas nak ulang2 lagi karang entry pendek terus jadi panjang bermeter-meter pulak.. korang tu bukan suka entry panjang2.. karang tengok gambar je.. hujung2 aku dapat komen “wahhh sedapnya” “wow meletop” “sedapnya Kak Jah” “terlior tengok asam pedas tu” and so on.. masak sangat dah dengan perangai2 korang ni.

Ok.. memandangkan dah lama hakak tak share entry masak2.. harini hakak nak tunjuk gambar makanan yang hakak masak haritu. Nak recipe jugak ke?? Alahaii geds sangat lah korang ni.. Ok lah hakak bagi yer.. cewahhhh macam gud2 je Kak Jah nak meriak recipe. Alaaa kita share sesaja je Cik Tom.. bukan lah Kak Jah kata recipe Kak Jah sedap terlampau.. Ehhh kejap HAKAK kejap KAK JAH mana satu ni??? Yang penting Cik Tom tu khas nama panggilan untuk korang =)

Weekend dua minggu lepas kot hari Ahad.. bangun pagi2 Nizam ajak pergi breakfast kat Kampung Baru.. as usual mana lagi port kitorang.. pastinya Lontong kat Pasar Minggu tu. Situ kan top.. lontong dia sedap nak arwah kau!!! Itu kau blom cuba kueh lopez dia lagi.. nanges teresak-esak kau nanti kat situ.. ok itu tipu! ;P

Lontong Kampung Baru.

Balik dari breakfast, cepat2 aku mulakan tugasan mengiron baju sekolah budak2 & baju kerja Nizam. Settled dalam tengahari. Lepas tu tekak teringin nak makan cekodok.. Tinggggg!!! Terus teringat cekodok kentang.

Tajuk : Cekodok kentang + udang + bawang + ikan bilis style Kak Jah

Secret Recipe Cekodok Campur Aduk
1) Tepung sukati berapa kilo kau nak
2) Udang basah
3)Bawang dicincang dadu (kecik2)
4) Ikan bilis yang diblend
5) Ubi kentang potong dadu 
(potong kecik2 yer.. karang besar2 tercekek plak kat batang leher ko karang)
6) Air, serbuk kunyit, garam secukup rasa

Rahsia membancuh:
Semua bahan2 diatas dicampur dan digaulkan dengan air.. godak godak godak lepas tu agak2 tak cair dan tak pekat.. goreng je dalam kuali minyak panas..INGAT!! jangan goreng sampai rentung pulak.. hehehe.

Macam gempak tak recipe cekodok hakak?? semua orang pun tau buat kot!!! Aku je poy poy share recipe cekodok ni.. kekekekeke. Ehh sebelum lupa.. Korang kalau nak sedap, pergi beli sos cili chap Lingam’s cicah dengan cekodok ni mesti meletop.. sedap wa cakap lu!! Rasa macam cili cicah keropok leko ganu.. tak cayer pegi tanya Pakcik Lingam ;P

 Goreng Pisang Panas

Lepas tu aku goreng pisang yang dah lama terpendam dalam fridge.. Seriously aku memang tak pandai bancuh tepung untuk goreng pisang.. ini first time aku buat.. itu pun aku belajar dari Nizam macam mana nak bancuh tepung rangup & tepung gandum. Laki hakak memang hebat orangnya! muahahaha

Secret Recipe Goreng Pisang:
1) Pisang tanduk atau pisang apa2 ikut sukat.. aku pakai pisang tanduk
2) Tepung gandung
3) Tepung goreng pisang rangup chap Nona atau sukati nak guna chap apa pun boleh
4) Garam, air, serbuk kunyit

Rahsia membancuh:
Satukan semua bahan diatas.. potong pisang serong2. Celup pisang2 yang dah dipotong serong tadi terus celupkan dalam bancuhan tadi.. lepas tu goreng dalam minyak panas.
Ni kan first time aku buat goreng pisang.. masa menggoreng haritu terRENTUNG sikit hehehe.

Asam pedas ikan tenggiri

Minggu lepas rasanya aku masak asam pedas ikan tenggiri.. recipe tak payah bagi lagi sebab dah ada kat entry sebelum ni.

Daging masak kicap

Ni rahsia tau… exclusive aku cerita kat blog je.. actually ni 2nd attempt aku masak daging masak kicap. 1st attempt haritu sekuali aku buang. Kuah je lah aku buang.. daging aku kutip buat recycle. Hasil dari itu aku buat nasik goreng campur daging tu.. hahahahaha.. bijak kan?? Ok itu rahsia.. korang yang baca ni jangan cerita kat orang lain okeh! =) kali ni aku buat menjadi pulak.. mungkin sebab aku masak dengan penuh kasih sayang kot.. ;)

Secret Recipe Daging Masak Kicap Black Pepper:
 1)  Daging ikut suka nak pakai berapa kilo. 
(aku guna sikit je dalam RM5 masa beli tak tau berapa gram.. Jenis daging pun terpulang korang nak pakai daging batang pinang ke batang pisang ke ikut suka)
2) Kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang & (empat sekawan)
3) Pepper
4) Jintan manis & ketumbar yang dah diblend 
(jangan halus sangat nanti tak terasa bila makan)
5) Serbuk kari (satu sudu atau lebih untuk perasa & color)
6) Kicap pekat
7) Kicap manis
8) Sos tiram
9) Tomato sos (aku guna brand heinz)
10) Air asam jawa 
(letak jangan terlalu banyak nanti masam.. kalau nak guna cuka makan pon boleh je)
11)Tepung jagung yang dibancuh dengan air 
untuk memekatkan lagi kuah kicap kau tu nanti yer Salmah =)
12) 1 biji bawang besar
13) Cili capsicum merah & hijau (aku guna merah je sebab hijau dah habis stock dalam fridge)
14) Garam & air

Rahsia membancuh:
- Bersihkan daging & toskan.
- Rebus sekejap daging dengan kicap pekat sampai empok.
- Tumis herba2 empat sekawan tadi sampai naik bau. Dah sedap hidung kau berbau yang ditumis tadi, letak air sikit… jaga2 Cik Salmah.. masa letak air tu nanti dia akan meletop2 sikit.
- Campurkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, tomato sos, air asam jawa, serbuk pepper, air bancuhan petung jagung, jintan manis dan ketumbar yang diblend tadi, serbuk kari garam & serbuk perasa.
- Biarkan mendidih.. masukkan capsicum & bawang yang di belah empat & daging.. rasa2 dah sedap sangat kau tutup api..
- Siap!!!

 Sambal Kerang

Tak payah bagi recipe lah.. sambal je pun.. takkan korang tak tau masak sambal kot.. Tapi kan kalau korang nak tau.. masa aku baru2 kawin dulu aku tak pandai masak sambal.. dah lah tak pandai.. hari2 nak masak sambal.. hahaha. Setiap kali dan setiap hari masak sambal mesti akan lain2 rasa.. hahahahaha. Sampai naik give up aku buat sambal. Tapi sekarang dah pandai sangat.. pejam mata je boleh masak sambal. FYI cara aku masak sambal aku tak guna air asam jawa/ asam keping.. Aku Cuma guna cili sos & tomato sos.. Nak sedap lagi kau guna brand Heinz. Pasti sedap sambal kau nanti.

Ok sekian saja Rancangan Kuali Terbalik bersama Kak Jah.. sampai kita ketemu lagi ya ibuk2 =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah