Friday, November 29, 2013

Year End Holly Jolly Holiday

Harini Jumaat kan????? esok Sabtu kan????? lusa Ahad kan?????? next week Monday kann?????? Yahoo!!! next week tu aku cuti woiiiiii.. *shuffle* hahahahahahhaa tiba2 nak menggelabah tak tentu pasal pulak kau kan Jah ;P suka lah wehhh sebab next week aku cuti seminggu lahhhh.. direct seminggu tau. Ini semua gara2 nak habiskan cuti yang ada.. next year tak boleh nak carry forward.. huhu dekut!

Next week kan aku nak gi bercuti-cuti Malaysia. Alang2 dah nak end year ni elok lah aku perabiskan cuti aku apa yang ada.. tak habiskan nanti burn plak cuti tu.. sayang. Dalam pada hari bercuti seminggu tu nanti tak tahu lah aku nak update ke tidak blog ni. Kalau update pun cerita2 pendek je lah yang boleh aku buat. Itu pun update dari handphone. Tak kan bercuti2 pun sibuk nak hangkut segala laptop.. malas aku. 

Mungkin juga aku akan buat entry auto publish kot.. itu pun entry throwback je lah yang Kak Jah mampu dik.. hahahahhaa. Kalau rindu sangat tak menahan, boleh lah roger2 Kak Jah yer.. hahahhaha ;P

Yang penting aku nak jugak jejak ke tempat ni..

To my beloved husband.. Bie, better you find out where is this place yer.. kalau tak dapat nanti I akan sentap patplohlapanhari hehehe.. macam lah laki kau nak layan kau sangat Jah! ;P

Korang dah plan ke nak pergi bercuti bawa anak2?? aku nak ke Sabah 3D2N je kali ni. Flight hari Khamis, timing aku tak tahu pukul berapa sebab hidup aku ni selalu bergantung harap dengan laki je yang menguruskan semua benda2 macam ni.. hahahah. 

Bukan malas nak ambil tahu, cumanya kadang tu tau2 je dia dah booking dan uruskan semua dari flight ticket, booking hotel, transport dan segala2nya. Bila dia bagitahu aku semua detail, aku yang lupa. Bila tiba hari nak dekat pergi tu baru realize.. hahaha ngok sangat aku kann???!!

Tapi bab2 packing baju dan segala khazanah apa yang nak di packing tu aku memang expert ar. Mau tak nya.. kalau boleh lemari baju, lemari kasut semua aku nak hangkut sekali.. hahaha. Tu yang masa pergi bandung haritu aku backpack je... dilarang keras bawak bag besau2 ;P

Tak apa lah janji laki nak bawa pergi berjalan pun aku dah bersyukur seribu rahmat dah. Patut berterima kasih lagi kat dia. Terima kasih Bie.. lain kali booking pergi jauh2 sikit tau.. London ke Paris ke Korea ke Australia ke.. lalalalalalala ;D
Read More

Thursday, November 28, 2013

Kalau Dah Jodoh

Aku macam tertarik pulak nak kaitkan entry aku semalam pasal Dapat Offer Jadi Menantu Pakcik dengan cerita yang menggegarkan Malaysia tahun lepas pasal Budak 12 tahun berkahwin dengan remaja berusia 20 tahun. 

Semalam ada yang bagi komen tentang anak pakcik tu. Ada yang kata  anak pakcik tu baru 23 tahun muda lagi apa nak dirisaukan.. masih jauh perjalanan lagi.. bla bla bla.  Yer aku setuju juga dengan pendapat korang yang berpendapat gitu. Even aku dulu berkahwin pun diusia yang muda.. Umur aku 22 tahun jodoh aku dah sampai. Dapat anak umur 24 tahun. Bagi aku itu semua not a big deal kot.. janji aku memenuhi syarat2 agama. 

Sampai seru, kawin lah dia.. kalau ditakdirkan mereka tak panjang jodoh, bercerai lah dia.. Ini semuakan rahsia Allah.. Dah tertulis sejak azali lagi. Tapikan.. bagi aku lah kalau umur 12 tahun tu macam melampau sangat nak kawin.. hahahaha ;D

Issokay lah.. itu dah jodoh dia. Cerita ni aku C&P je dari blog Phat

***********************************

Pengantin Umur 12 Tahun Bercerai Talak 3



KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.


Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.


SUMBER
Read More

Wednesday, November 27, 2013

Baby Boy My Baby Boo


Ini bukan Wordless Wednesday yer Cik Joyah.. ini semua sebab pengaruh media sosial yang dah banyak sangat kewujudannya.

Atas sikap keTAMAKan dan keHALOBAan aku, cerita ni aku dah up kat DAYRE. Jalan mudah, aku screen shot cerita ni terus tampal kat blog.. mudah bukan??!!! hahahahaha 

Kalau korang rasa korang tamak dan haloba, sila lah ikut caraku :-P



Sent from Samsung Galaxy Note II
Read More

Dapat Offer Jadi Menantu Pakcik

Kejadian berlaku diawal pagi dimana masing2 sedang sibuk berlumba2 untuk ketempat kerja. Sejurus meletakkan kereta ditempat parking....

Izzah (bukan nama sebenar) : Assalamualaikum Pakcik
Pakcik : Wa'laikumsalam...Eh Pakcik nak tanya kamu ni.. Kamu dah ada boyfriend???
Izzah (bukan nama sebenar) : !@#$%^&%$ menjawab dengan penuh sopan..  saya dah kawin Pakcik dah ada dua orang anak pun..
Pakcik : Oooo yer ke kalau macam tu tak apa lah.. Pakcik ingat kamu belum kawin.. maaf pakcik yer..
Izzah (bukan nama sebenar) : Tak apa pakcik.. lalu tersenyum malu..

Lepas tu pakcik tu terus sambung lagi berborak dengan si Izzah (bukan nama sebenar)...

Sebenarnya pakcik ni tengah mencarikan jodoh buat anak lelaki pakcik. Umur dia 23 tahun. Risau lah Pakcik dia tak ada girlfriend lagi (gf). Haritu bertunang, lepas tu putus.. sebabnya haritu anak pakcik ada ternampak tunang dia tu bergambar dengan lelaki berpeluk2 masuk dalam facebook.. dah dua kali katanya dia buat macam tu. 

Akhirnya putus tunang. Anak pakcik ni suka main lumba2 kereta yang kat sepang tu.. yang bekas tunang dia tu pulak kerja make-up make-up artis ni (style orang tua bercakap) 

Lalu si Izzah (bukan nama sebenar) pun sambung....

Kesiannya.. itu lah kan pakcik.. tak ada jodoh lah namanya tu.. InshaAllah pakcik, saya doakan semoga cepat lah pakcik dapat menantu yer hehe. Kalau kenduri nanti pakcik jangan lupa jemput saya tau..

Pakcik tu mencelah....

InshaAllah, pakcik mesti jemput kamu, pakcik tak akan lupa.. 
Pakcik ingat kamu belum kawin.. itu yang pakcik berani bertanya tu.. Orang perempuan ni kena jaga keterampilan, kena bergaya.. bila keluar orang masih nak mengurat, tu maknanya perempuan tu masih steady, bergetah lagi.. bagus macam tu.. bla bla bla bla

Izzah (bukan nama sebenar) pun tersenyum sinis mendengar kata2 pakcik tu.. dan meminta diri untuk beredar...

*******************************

Nampak tak???? bagi aku, ini semua anugerah Allah.. Allah yang memberi kita kelebihan dan kekurangan. Maka kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hambaNya tak kira samada yang baik atau yang buruk.
Jangan pulak kau nak meriak2 diri.. Bila2 je Allah boleh tarik balik kenikmatan yang dah diberi.

InshaAllah.. semoga kita semua dijauhkan dengan semua sifat2 dengki dan yang tak baik yer :))

Sebenarnya kejadian ni memang benar2 berlaku pagi tadi.. dialog diatas adalah dialong antara aku dan seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang penyapu (under DBKL) ditempat yang selalu aku parking kereta area Menara KL. Lupa pulak aku nak tanya apa pekerjaan anak dia. hahaha

Conclusion, pakcik ni tengah mencari jodoh untuk anak dia.. siapa yang masih available, silalah isi borang dan boleh submit kat aku via email.. muahahahahahahaha

Ingat!!!!!!!! cerita ni aku blog kan cuma untuk berkongsi cerita je.. tak ada langsung niat -ve.. Please be +ve yer dengan cerita ni.. Chillax ok ;D

Jom mulakan hari kita dengan membaca doa ni.. 

Read More

Tuesday, November 26, 2013

Sembang Hujan

Alhamdulillah.. pagi ni kemain lebat hujan kat Kolumpor. masa aku keluar rumah tadi hujan gerimis je. Drive dah setengah jalan nak pergi kerja tadi.. phewwww tiba2 lebat sangat.

Bila tengok dari jauh area KLCC.. wowww gelapnya cuaca.. samar2 je nampak bangunan KLCC tadi..  terfikir juga kesiannya lah orang2 yang naik motor.. mesti ada yang redah je dengan pakai rain coat.. mungkin ada yang berteduh bawah jembatan. Lain pulak halnya dengan orang2 yang naik bas atau LRT. Dikala hujan ni mula lah segala jenis payung yang keluar dari bag yang dibawa spare hehe. 

Aku dulu masa rajin naik LRT (sekarang dah malas) segala macam benda aku bawa spare dalam bag sandang belakang (dah macam bag Doraemon) itu belum lagi handbag yang nak kena kendong.. hahaha. Dalam bag sandang tu aku selalu bawa selipar spare, kasut, payung, mini first aid kit dan segala macam jenis pin. Kot2 lah tiba2 tengah berjalan2 skirt ko tercabut butang ke, tertanggal zip ke kannn so elok lah sediakan payung sebelum hujan (ehhh betul ke pepatah tu??) hahahaha.

Hurmm tapi itu dulu. Sekarang aku dah malas nak naik LRT lagi sebab satu.. office aku dah pindah kat tempat lain.. walaupun still dalam golden triangle area lagi, tapi masa opis lama dulu turun je opis, terus naik monorail sebab station monorail kat bawah opis je. 

Sebab dua.. opis sekarang ni pulak station moroil yang nearest dengan opis aku ialah station Bukit Nanas.. station tu betul2 depan Hard Rock. So malas aku nak kena berjalan sampai ke station depan Hard Rock tu.. sebenarnya station tu tak jauh mana pun.. tak sampai sepuluh minit jalan kaki dah sampai.. plus aku tak suka nak berimpit2 macam sardin dalam train. Drive sendiri je senang pegi kerja.

Nahhh ini view dari opis aku. Fresh yang aku snap tadi masa half way taip entry ni. Cuaca dah clear time ni (9am) yang tak clear2 lagi ialah traffic je.. kalau dah hujan2 kat Kolumpor ni memang sokmo jammed. Mengada2 sangat hujan sikit nak jammed, keluar opis lambat sikit nak jammed. Benci aku.. kalau dok kat kampung kan best.. tak payah hadap jammed menggiler hari2.. LoL!!

Bercerita pasal breakfast pulak. Tadi aku sampai opis pukul 8am, parking kat basement pun clear je orang tak ramai lagi sampai opis. Settled parking aku naik opis tengok sekor umat pun tak sampai lagi. Nasib baik aku ada kunci opis. 

Bila dah masuk opis aku pun turun ke cafe nak beli breakfast. Dah tapau makanan, aku beratur pulak untuk order teh tarik.. biasanya aku tak pernah beli pun teh tarik, aku cuma akan minum hazel nut coffee je yang aku bawa dari rumah. Harini tiba2 teringin pulak nak minum teh tarik bungkus. 

Sebelum turn aku order tu, ada lah tigapat orang perempuan dan lelaki yang beratur, bila aku tengok masing2 punya order... yang sorang tu order teh o ais, yang sorang tu teh ais, yang sorang tu lagi nescafe ais.. semua ais ais ais.. tanjat aku.

Engkauorang tak reti sejuk ke pagi2 buta dah minum ais??????? lagi kan tak elok pagi2 minum ais??!!! especially orang perempuan. Kau orang tak takut keputihan ke banyak minum ais? hurmm apa2 pun itu semua hak masing2 diorang suka ais, diorang minum lah.. aku yang kureng minum ais ni especially waktu pagi, memang aku tak nak minum ais pagi2.. not good.

Ok lah dalam pada nak sembang hujan, tiba2 terpanjang pulak entry spontan yang aku carutkan pagi ni. Kau orang kalau ada cerita pasal hujan ke, banjir ke, pokok tombang ke atau apa yang berkaitan pasal hujan, cerita lah sikit kat aku.

Aku ada cerita pasal tragedi hujan juga sebelum ni, kalau nak tahu boleh baca kat [SINI]

Dah nak stop dulu. Lagi panjang nanti orang tak suka nak baca.. bila orang malas nak baca panjang2 karang ada pulak aku dapat komen2 yang tak kena dengan tajuk.. better stop disini ajos ;P

Happy working folks!! =))
Read More

Monday, November 25, 2013

Mee Goreng Basah Udang Bersepah

Tak tahu lah Kak Jah nak ketegorikan menu ni sebagai 'Mee Goreng Basah' ke atau 'Mee Hailam' sebabnya mee yang aku masak ni HITAM okeh!! hahaha ko jangan nak gelak2 sangat eh.. nanti tengok je lah rupa mee aku tu kat hujung entry ni nanti.

Macam biasa tak ada nak bagi recipe step by step.. aku taram je sukati aku apa aku nak tulis. Tak kuasa nak share2 recipe.. Lagi pun goreng2 mee ni senang je.. mengada-ngada sangat lah kalau korang kata korang tak tau macam mana nak goreng mee ;P

Actually masa aku nak masak mee ni pun aku jadi blank sekejap.. hahaha. Masa aku dah panaskan minyak dan campak bawang putih, lepas tu aku terus jadi lupa tahap memang tak boleh nak ingat langsung.. sampai bercakap kat diri sendiri lepas ni nak letak apa eh?? haha keliru mokcik dibueknyo.. LoL!!

Tak apa, masak memasak ni kan subjective.. so pandai2 lah korang adjust.. try and error kata orang ;))

Kicap pekat, oyster sauce, tomato sauce, chili sauce dan kiub ayam knorr

Ini semua bahan2 yang akan dicampak kedalam mee tu nanti. Tauhu, carrot, capsicum hijau dan merah, cili padi sikit dan bawang.. sebenarnya bawang tu lebihan aku goreng telur dadar.. alang2 dah berlebih marilah kita masukkan sekali hehe.

Air stock udang

Isi ayam.. masa aku campak bawang putih, aku gorengkan isi ayam ni sekejap untuk dapatkan jus ayam sebelum masukkan stock udang dan bahan2 lain seperti kicap dan sos2 lain dan juga capsicum semua tu. 

Dah siap!!! 

Kenapa aku panggil nama masakan ni Mee Goreng Basah Udang Bersepah?? BUKAN sebab udang yang aku letak tu banyak ok!!! ini sebab susunan udang tu bersepah2 tak tersusun.. maka terciptalah satu masakan yang diberi nama 'Mee Goreng Basah Udang Bersepah' muahahahahhahahahahahahaha.. boleh je kennnn ;D

 Ini lah rupanya yang tak seberapa.. 

Senang dan cepat dimasak. Kalau rasa teringin, sila lah masak sendiri.. selamat mencuba :))
Read More

Friday, November 22, 2013

Jumaat Hari Ini


Harini aku malas nak menaip panjang2 kat blog.. So aku attach gambar je yang aku screen shot dari DAYRE..



Sent from Samsung Galaxy Note
Read More

Thursday, November 21, 2013

Dapur Meletop Kak Jah Kembali Berasap!!

Bila idea dah kontang, tak tahu dah apa yang nak dicarutkan kat blog.. lepas tu buat2 sibuk tunjuk kehandalan memasak pulak.. hahaha dasar dah tak ada cerita sangat2 dah ni.

Abessssss, asek nak bercerita pasal anak laki je pun bosan jugak kennn.. sesekali kita mesti tunjuk kepakaran memasak.. betul ke tidok Cik Joyah???!! ;P yer betul.. at least Kak Jah boleh lah share2 recipe yang tak seberapa ni.. plus boleh juga Kak Jah memorial kan percobaan pertama recipe Kak Jah kat sini.. ngehehehehe

Semalam aku saja lah try masak ikan siakap sweet sour. Ini first attempt aku yer.. nasib lah jadi ke tak menjadi.. janji aku nak try juga.

Cik Joyah semua dah bersiap sedia nak tengok gambar?? Ok mari kita saksikan :))

first sekali mesti ada ini.. ini penting untuk buat sambel belach (sambal belacan) slurrppp

Semalam stock benda ni habis kat rumah, pergi supermarket nasib baik lah jumpa.. itu pun dah tinggal lima pack je.. cepat2 aku grab tiga pack.. yang lagi dua tu aku tinggalkan untuk orang lain lah kenn.. takkan nak bersikap tamak pulak nak borong semua.. gilo apor?! 

karang makan belacan dah macam makan nasi pulak romannya.. hahaha.

Semalam aku post gambar ni kat fb, cousin aku Martika Diyana [LINK] kata aku emosional giler bila jumpa belacan.. hahaha. Well you know me kan KakNa ;P

Ini antara bahan2 untuk buat sambel belach. Sedap nama.. dah macam nama omputeh pulak haih.. cara membuatnya pandai2 lah buat sendiri yer ;P

Untuk masakan ni aku tak letak gambar step by step cara masakan. Alahai benda senang je kot.. takkan nak harap kan gambar step by step dari Kak Jah.. engkorang semua dah besar.. mesti tau punya lah.. amboiii belagaknya kau Jah!! hahaha.

Lagi pun masak memasak ni sangat subjective. Kalau rasa kurang garam.. boh lah garam, kurang gula.. boh gula, kurang masam.. letak lah apa yang ko rasa boleh buat benda tu masam. Yang lain2 tu macam presentation ke deco ke sukati ko lah nak buat macam mana pun. Jangan sampai orang yang makan tu tercirit sudah.. hahaha

Panjang nau mencarut dah ni.. jom kita sambung cerita balik...

Ini lah arwah ikan siakap sebelum dikelar kelar dan digorengkan ;)

 Di antara bahan2 untuk dicampur aduk kan kedalam kuah sweet sour. Jangan pulak kau letak sebijik2 macam ni ye..

potong sikit lebih kurang macam ni baru lah nice to see. Ada sikit bahan dari recipe asli yang aku tak masukkan.. iaitu nanas cube.. malas lah aku nak letak nanas tu.. bagi aku rasa masam pada buah tomato & tomato sos tu pun dah cukup masam2 sedap. 

Ohh lupa, ingat nak gantikan nanas dengan apple.. masa kat supermarket semalam tengok apple tak ada jual yang sebiji2.. arrghhh langsung tak payah letak.. ;D

 Tadaaaa.. ini lah rupa paras ikan sweet sour Kak Jah yang meletop tu.. phewiitttt nampak ekor je.. seluruh badan dah disaluti sos dan segala macam bahan ;P

Hahahahaha menggelabah betul statement kau Jah!!

Nah kasi tunjuk sikit muncung dia ala2 duck face gittue. hehehe

Semalam cakap kat Nizam.. Bie kalau kat kedai ni I rasa mau duatigaplohhengget ni.. ahahahaha. Sebenarnya bajet suruh laki puji masakan sendiri.. LoL!

Eh betul babe, sebenarnya berbaloi kalau kau masak sendiri kat rumah daripada makan kat kedai.. aku beli ikan ni sekor baru tujuh hengget.. bahan2 lain untuk buat sos tu aku rasa tak sampai lima hengget kot. 

Ok tak dinafikan, kalau kau nak senang & mudah memang lah kedai menjadi pilihan, tapi kalau anak kau ramai berderet macam ketapi senandung malam, sekor macam ni memang tak cukup.. ko beli dua ekor ikan besar2 ini, masak je lah sendiri kat rumah.. lagi jimat.

Ikan sweet sour aku ditemani oleh sambel belach + timun ;) aku tumbuk cili tu kasi lumat2 sikit.. karang makan cili yang tak lumat berselirat pulak cili dalam usus perut aku nanti.. not good.

Lepas tu aku ada gorengkan ayam untuk budak2.. gambar ayam goreng tak ada lah kat sini.. ayam goreng je kot takkan tak kenal.. hahaha.

Rasa2 korang, Kak Jah boleh terbitkan buku masakan tak??? pfffftttt ;P
Read More

Wednesday, November 20, 2013

Dari SA Bukan GA

Aku ni bukan lah bangsa yang suka participate mana2 GA kat mana2 blog. Nak menang GA lagi lah memang tidok.. hahahaha.. Bukan tak nak, tapi macam malu je nak join.. nanti lah kalau dah sampai seru sok aku join lah yer :))

Ini nak cerita pasal aku dapat keychain gambar seekor kocheng dari Kuching.. gittue!! Paham? tak paham baca cerita ni sampai habis yer.

Actually tadi Ah Soh kat opis aku ni baru je pergi collect surat kat letter box opis kat bawah. Skali dia kata, Ah Moi, ini ada surat untuk you... Dalam hati memang dah jangka dah ini mesti dari Kakak Divas va va vasss yang aku kenal di alam maya ni.

Haritu SA baru balik dari Kuching.. meraikan Majlis Convo adik dia kat sana. So sebagai tanda ingatan tulus ikhlas SA post kan cenderahati kat aku.. siap surat lagi kau.. nasib baik tak ada kad raya skali hehehe *ehhhh kau Jah!! dah macam Selamat Hari Raya Aidilfitri pulek*.. hahahaha.

To SA a.k.a Suriaamanda a.k.a Akak Diva, big thanks for the souvenir yang comel ni yer.. Bila baca surat karangan pendek SA tu rasa terharu sangat.. hehe shomelll jew ;P

Yess!! InshaAllah semoga kita dapat mengekalkan ikatan persahabatan kita di alam maya dan alam realiti juga..  

Love you too & moreeee :)

Ini lah dia Kucing Sarawak yang dimaksudkan tu.. Kemain lentik bontot kucing Sarawak ni hehehehe

Those yang tertanya2 siapakah Akak Divas ni, boleh lah follow blog SA yer.. she's always updated.. blog dia memang sentiasa to todate & sangat2 friendly =)

Read More

WW November #1

TOSHIBA BOY :))
Read More

Monday, November 18, 2013

1st Week Cuti Sekolah KhaNish di Wet World

Selamat cuti sekolah adik2.. wahhh kau dah macam pengacara program tibi kanak2 pulak!! hahaha. Yer lah aku kan ada anak.. bila anak2 aku cuti sekolah, teringat pulak kat anak2 korang yang bersekolah jugak.. apa salahnya kalau Kak Jah nak say happy holiday kat adik2 semua kannnn :))

Si KhaNish pun ada kat rumah time2 cuti sekolah ni. Aku dah siap pesan awal2 kat KhaNish, duduk rumah korang jangan nak bergaduh sesama sendiri yer.. duduk rumah diam2 main lah play station ke, PSP ke, play-doh ke, Barbie ke, main pondok2 ke, main mak2 ke, main tengteng ke sukati kau lah.


Semalam bawa diorang berkubang kat Wet World Shah Alam sebagai permualaan cuti sekolah, yang dekat2 sajo sudehh.. next month boleh berjoli jauh sikit. 

Nak berterima kasih banyak2 kat Nizam.. dia lah laki yang sangat memahami (macamkausorangjeadalaki). Asal cuti je mesti nak berjalan.. aku kadang naik penat juga.. lagi2 kalau dia plan yang boleh membuatkan aku tanjat berok.. tau2 je dia dah booking.. tau2 je dah terus ajak pergi.. huhu.

Sementara tunggu Babah dia beli ticket, moh bergambar dulu


Kepada yang belum pernah masuk Wet World Shah Alam, boleh tengok kat sini berapa harga entrance fees & operating hours dia


Harga untuk sewa cabana lapanplohhengget deposit limaplohhengget


Macam ni lah rupa Cabana kat dalam Wet World tu yer..


Siap berlangsir kau!!! haha dah macam duduk dalam katil orang kawin yer jugak siap berkelambu pulek :D


 Rambut masing2 memang tak bleh bla.. mau tak nya.. pagi2 buta bangun tido.. mandi sikit lebih kurang terus keluar rumah..  hahahaha

Time ni dorang dah menggeletis tak sabar nak berkubang dah.. susah nau nak suruh bergambar kalau dah nampak air.. Gggrrr. 

Lepas je ambil gambar ni masing2 terus hilang.. aku pun tak koser nak mencari nak suruh bergambar.. lantak korang lah eh pandai2 lah jaga diri sendiri.. jangan sampai lemas sudah.. hahaha *kejampunyaemak*


 Masa kat sini kan, ada kejadian lucu sikit ar.. masa aku keluar dari toilet lepas tukar seluar, Khairine berlari2 kat aku.. 

Mummy mummy, swimsuit Khairine koyak.. (sambil tunjuk kat aku)
a'ah kau!! koyak tang bontot.. muahahaha. Ngam2 tang tengah2 bontot plak tu koyaknya.. 

No choice aku pergi kat shop Wet World tu, beli lah seluar tight untuk dia. tu yang dia pakai yang colour chocolate tu.. hahahaha. Pakai lah kau berdouble dengan swimsuit hitam kau tu yer nak!!

Tengah beratur naik thunderbolt ride.. kat sini jangan kuatir, sebab kat sini tak se-adventure macam kat Desa Water Park [LINK] yang aku naik haritu dan jangan kuatir hilang dara disini.. miahahaha


 Bergambar dengan family Eibo & Dell.. 


Lagi sekali Nizam buat aku tanjat.. Actually dia ada ajak Eibo & Family join kitorang (Eibo ni kawan baik Nizam). Aku ni haram lah tak tahu diorang nak datang haritu. Masa aku tengah lepak2 dengan Nizam kat Cabana, tiba2 ada orang datang sergah!!! kusssssemangat.

Aku time tu mula lah nak marah.. ingatkan sakai mana lah tiba2 datang nak hogah pintu cabana.. sekali aku tengok Dell dengan anak2 dia ada sekali.. Dah lah lama aku tak jumpa pompuan tu.. Dah macam pompuan2 giler dah aku berpeluk menjerit2 sakan dengan Dell.. nasib baik tak runtuh Cabana tu.. hahaha.. buruk betul perangai mak2 budak macam tu ;P



As usual, kalau dah ke mana2 Wet World tak sah kalau masuk pagi keluar lewat petang.. Lantak lah KhaNish, janji korang enjoy.
Read More

Sunday, November 17, 2013

Happy Sunday Peeps!!


Hi korang.. Apa aktiviti harini? Membuta lagi lettew kennn..mentang2 hari minggu kemain sedap tido sampai ke tengahari.. Hehehe.

Aku pukul 10am dah terpacak kat Wet World Shah Alam.. Bawa KhaNish berkubang kat sini.. Kan dah cuti sekolah ni.. Biarlah diorang happy2 kat sini dulu sementara nak tunggu next month punya holly jolly holiday ke Sabah.

Oklah nanti cerita lagi eh.. Nak gi mandi jap.. Xoxoxo ;-)


Sent from Samsung Galaxy Note II
Read More

Friday, November 15, 2013

Picture No Caption






More stories... boleh baca kat DAYRE aku :))
Read More

Seribu kenangan

Aku kan suka sangat kalau benda2 yang boleh meninggalkan kenangan dalam hidup.. salah satunya blog aku ni lah. Blog ni aku banyak mencatatkan cerita2 kisah hidup aku. Semua tu akan jadi kenangan satu hari nanti. Sama jugak macam korang kannn =)

Untuk cerita di entry ni, aku saja lah nak catatkan satu lagi cerita yang bakal meninggalkan kenangan dalam hidup Khairine.. kenangan ni boleh dikenang2 sampai bila2. Cewahhh macam hebat sangat jew ;P

Sebagai ada tanda kenangan, aku ada order handmade keychain untuk dijadikan kenangan buat kawan2 sekelas Khairine sebelum cuti sekolah untuk tahun ni. Sebagai tanda ingatan je sebelum naik darjah empat tahun depan.

Aku tempah simple2 je.. as long as ada nama kelas dia dan nama dia. Nah tengok..


Simple je kann.. dari depan ada tulisan '3 Amanah'


Belakang pulak ada tulisan from Khairine

Simple dan boleh lah dijadikan kenangan untuk kawan2 dia ingat kat dia nanti ;)

Dan tak lupa juga untuk Cikgu kelas 3 Amanah.. Puan Zailelawati. Cikgu Lela ni cikgu kelas Khairine dua tahun berturut2 (since Khairine darjah dua) Cikgu yang baik, sporting dan sangat supportive. kitorang dah macam kawan pun.. kalau ada apa2 hal berwhatsapp2 je =)

Sebijik bantal yang comel ni untuk Cikgu Lela. Kenangan dari Khairine :))

From Khairine

Cikgu Lela kata tahun depan dia dah tak jadi cikgu kelas Khairine lagi dah. Dia cuma mengajar untuk murid tahap satu je. Even Cikgu Lela still  lagi mengajar di sekolah SKTHO, aku nak jugak meninggalkan satu kenangan tanda ingatan dari Khairine untuk Cikgu kesayangan dia =)

Start cuti sekolah ni Nizam akan uruskan hal ehwal tukar sekolah Danish. Senang dua2 beradik ni kat sekolah yang sama. Tak lah kalut sorang sekolah sana, sorang sekolah sini.

Adik, nanti tahun depan Mummy tempahkan untuk kawan2 kelas adik pulak ok.
Read More

Thursday, November 14, 2013

Jamuan Akhir Tahun Kelas

Ini semua gambar2 yang disnap Khairine.. masa jamuan kelas dia sebelum cuti sekolah untuk tahun 2013. Tak silap aku hari Khamis lepas.. 7 November.

 Aku bagi dia bawak camera ke sekolah haritu.. so that dia boleh lah ambik gambar dengan kawan2 dia. Sok sok ko dah bosar boleh lah korang tengok gambar2 gonjeng korang kat blog makcik yer anak2.. muahahaha.

Dia balik dari sekolah aku tengok gambar2 yang di snap.. ewah ewah ewahhh kemain retis korang yer. Aku dulu pun macam ni jugak wehhh.. zaman sekolah2 dulu kalau member ada bawa camera, sibuk nau tompang sekaki nak bergambar.. bila dah tua ganyut macam ni,  tengok balik gambar2 tu terus malu sendiri. kahkahkah.

Tak tau apa aku nak letak caption untuk gambar2 ni kat bawah tu.. so aku lambak kan je gambar yang ado nanti korang buat lah sendiri karangan berdasarkan gambar yeh hehe.

Apa yang aku tahu, diorang makan McD haritu. Cikgu kelas diorang ada mintak seplohhengget setiap sorang untuk majlis makan2 ni. Ok lah tu janji diorang enjoy kannn.

Yang aku pelik, asek Khairine je yang ada aktiviti kat sekolah, si Danish payah aku nak tengok dia participate dengan mana2 aktiviti kat sekolah dia.. tu pasal cerita2 Danish tak banyak dalam entry2 kat blog ni.

Tunggu tahun depan bila korang dah sekolah sama sok korang pandai2 lah join apa2 aktiviti kat sekolah nanti. Aku memang pentingkan benda2 macam tu.. supaya diorang boleh explore dan belajar independent sikit bila kat sekolah. Lagi pun zaman sekarang apa2 aktiviti kat sekolah semua diambil kira kot.. markah semua tu.

Aku tak nak lah anak2 aku nanti tak bercampur orang.. macam anti social pulak.

















Aku cuba bayangkan.. katalah lagi doploh ke tigaploh tahun akan datang.. aku tak aktif lagi dalam dunia blog ni, aku rasa biarlah aku buat acara turun temurun. Biar Khairine atau Danish je yang sambung berblogging dan pakai blog aku ni juga untuk diorang berblogging.. itu pun kalau network ni masih wujudlah.. 

gittuee ;P
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah