Tuesday, April 14, 2020

Semakan Status 💰 Mohon i-Lestari KWSP

Korang dah check ke status permohonan korang? i baru je check harini. Lajuuuuuuuuuuuu je kenn?! 😁 👍

Saja lah check walaupun tau duit tu masuk by early next month. Jangan pulak ada yang kata "alaaa RM500 sebulan pun kecoh nak check" bukan begitu dong.. i pun tidak lah kemaruk sangat tunggu duit RM500 tu masuk dalam account. Cuma, peluang yang ada ni, kalau kita dapat duit tu.. terpulang kat diri sendiri samada nak pakai untuk joli ke atau kau ketepikan duit tu untuk waktu emergency. 

For me, setakat ni Alhamdulillah masih mencukupi. Duit yang dapat untuk 12 bulan tu nanti, boleh buat duit selit.. selit lah bawah karpet ke, bawah tilam ke.. celah2 pinggan mangkuk kat dalam kabinet dapur ke macam arwah mak i pernah buat dulu.. kalau korang nak tau rantai & gelang emas pun arwah selit dalam kabinet dapur tau!.. itu dulu masa zaman arwah mak i ada.. jangan pulak korang datang rumah aku pergi geledah kabinet dapur rumah i pulak.. barang dah tak ada lagi dah dalam tu... muahahaha.

I nak share info check status permohoanan i-Lestari kat sini untuk reference.

i-lestari kwsp

Perhatian, berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pengeluaran Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan daripada KWSP.
Untuk makluman, program di bawah i-Lestari KWSP ini boleh dibuat secara online, emel atau pos bermula 1 April 2020.
KWSP baru sahaja melancarkan portal rasmi iLestari bagi memudahkan urusan permohonan baru/ semakan status permohonan.
Info lanjut sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my
semakan ilestari kwsp
👉 Click SEMAK PERMOHONAN
👉 Masukkan nombor KP & nombor HP
Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat rasmi dari portal KWSP (rujukan).
Semakan Online tiada kena mengena dengan mana-mana agensi Kerajaan di Malaysia.
Kami hanyalah blog informasi yang menyediakan maklumat lengkap berdasarkan fakta yang diperoleh dari portal rasmi Kerajaan.
SIAPA YANG LAYAK MOHON?
Permohonan pengeluaran i-Lestari hanya untuk golongan berikut:
👉 Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
👉 Berumur bawah 55 tahun
👉 Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2
Bukan warganegara akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
Read More

Monday, April 13, 2020

Craving Cake 🎂 Erni & Tina

10 hari sebelum MCO haritu tak silap i on weekend masa tu.. tiba2 NJ cakap "jom pergi makan dessert" i be like... dah kenapa tengah tengok tv tiba2 ajak pergi berdessert pulak orang tua ni??? 😅 rupanya dia terpengaruh dengan tv.. dia tengok channel AFC orang tu buat kek, terus dia ajak i keluar pergi makan dessert. Well.. dia tau bini dia ni kerastangan kalau suruh baking 😜 

I was suggested to NJ nak pergi Kenny Hills Bakers, Ampang. Kat situ dessert dia mariah uolls! When we were there, tengok2 pastry, dessert semua dh tinggal hujung2 #Sad dat time pun kitorang sampai dah petang sangat.. mana tak tinggal hujung2nya kann.

I cakap kat NJ, jom pergi Tim's Teapot Terrace, Melawati. Berdezup dari Jalan Ampang ke Melawati dengan harapan nak makan dessert best2. Sekali sampai Tim's Teapot Terrace pun sama jugak. Dah lah pack dalam kedai tu.. dessert pun dah banyak habis.

Again... we out from the shop. Terfikir nak ke Erni & Tina, Maxim Cheras. Dari Melawati berdezup ke Maxim Cheras pulak LOL.

And yes.. malas nak pi mai pi mai tang tu lagi buat kali ke empat, kita makan je lah apa cake yang ada kat kedai tu.. 😜




 Tenung apa kek tu Jah???? 😂


Mac & Cheese (with beef) RM16.. additional menu yang Khairine order. I rasa sikit je haritu.. taste? hmm biasa2 je.

 Belgian Choc cake

 Onde-Onde cake

Tak silap nama cake ni Signature Erni & Tina..

Dah habis makan, hilang segala craving.. mari kita ber OOTD depan kedai pulak 😍


Anak dara 👧 dah pandai ikut trend.. RiFanny bag mak dia yang belum pakai pun dia dah rasmikan dulu 💆
Read More

Wednesday, April 8, 2020

Dim Sum 🥘 Dengan Kak Long

Dalam tempoh MCO ni banyak sikit masa nak gali cerita2 lama. Tengok dalam memory hp ada je gambar2 yang tak pernah masuk dalam blog ni, i terus buat cerita tempek sini walaupun cerita dah lama 💁

Ni kisah January lepas.. about 3 months ago LOL terpaksa datang balik repeat makan dim sum sebab haritu masa NJ bawak i makan dim sum kat sini (kes craving haritu) dalam ENTRY NI i tunjuk gambar ni kat Kak Long.. terus dia ajak i pergi. Kita kasi repeat 😋


Pernampakan masing2 angkat tangan baca doa makan😁




Read More

VC 📹 Dengan Siblings

Minggu lepas. Masa rancak berborak dalam group WA dengan adik beradik, tiba2 abang i VC semua adik beradik dalam WA group tu. Agaknya dia tengok masing2 macam tak cukup jari je nak menaip kat keyboard hp tu😆 puas dapat cakap depan2 😅 kemain happy. Borak, gelak sampai nampak gigi. Tu pun masing2 berebut2 nak bercakap. 

Lagi pun dalam tempoh MCO ni kan susah nak jumpa.. VC je pun dah rasa macam berkumpul sesama sendiri 😍 i'm sure ramai je antara korang yang VC dengan adik beradik sendiri, BFF, makayah kat kampung, dengan boyfriend, dengan scandal.. opsss! 🙊😅






Tu lah dia muka sememeh masing2 😂 mana tak sememeh.. duduk rumah walaupun dah mandi, tapi tetapppppp muka macam Hantu Kak Limah hahaha. Nasib sempat tarik selendang.. sebab tau masa VC tu nak screenshot muka huduh masing2 mcm dalam gambar tu 😁🙆🙅
Read More

Monday, April 6, 2020

Year End Lunch 🥘 Atmosphere 360° Menara Kuala Lumpur

Masuk ni dah dekat patratus kali my Ketua Darjah (NJ) tanya.. "cerita lunch dekat KL Tower you tak masuk dalam blog lagi ke?" OMG! Sis rasa tertekan sikit kehidupan sis selagi cerita ni tak keluar kat blog 😩 Demi memenuhi kehendak sang somi, i gagahkan jugak up cerita ni cepat2.. Eh! tak lah cepat pun.. kejadian cerita ni tahun lepas, December 2019.. dikala MCO ni, no excuse lagi dah nak bagi kat my Ketua Darjah tu 😏 ada banyak masa untuk i teruskan cerita ni dalam blog 😆

Kenapa lambat?? hmmm malas nak cakap kenapa.. jawapan yang sama jugak nok! ai is busy. Sebenarnya makna busy is MALAS 🙈 Malas nak reverse memory boh dalam ni😜 lagi pun orang dah tanam memory dalam YouTube. Kat Blog orang dah malas nak baca.. netizen suka menonton dari membaca zaman sekarang ni.


Untuk memulakan cerita, actually NJ dah booking seat kat Atmosphere 360 KL Tower haritu tanpa pengetahuan bini & anak2 dia.. lagi few days nak pergi tu baru dia bagitau.


Masa sampai haritu OMG ramai giler orang.. tourist jangan cakap lah.. dah memang ini tempat dia kalau datang ke Malaysia. Yang local pun sama.. berduyun duyun queue. Panjang kemain sampai ke belakang sana.

Untuk naik ke atas, NJ ambik pass dulu siap2 sebelum kitorang beratur panjang berkilometer.

Actually pass ni NJ dah beli siap2. Datang terus tanya kat kaunter tu, bagi nama & dapat pass untuk empat orang. Walaupun beli pass siap2, beratur tetap kena beratur ya Bedah! Kau bukan VIP nak suka2 terus cilok queue 😅

#KhanishAhadNizam

Lepas dah lelah beratur panjang, ingat dah boleh urut dada dah boleh naik dengan aman..rupanya mimpi di tengahari.. stuck dari sini nak tunggu lift je dah dekat 45 minit. Perut dah lapar hoii!

Setengah jam beratur kat sini, mari kita selpiak anak beranak dulu 😜

Sampai je atas sementara nak tunggu table, here is our view

Inside view

KL overview from Atmosphere 360°

Once waiter dah assign table untuk kitorang, tak citer banyak.. kitorang terus pergi ke buffet station. Lapor nyah! memang dah tau nak naik tempat tinggi simpan perut dari rumah 😂😂









#NJ2424Family


Dah kenyang mulalah nak menyondol 😅 menyondol dengan somi sendiri tak apa ok! 😍

Tengah makan, suruh budak2 ni berdiri kat tepi tingkap kejap bergambar dengan view KLCC belakang tu. As what u know, restaurant ni jenis berputar.. tengah makan dia pusing 360° so, gambar ni i capture time it turns to our table.

Lepas tu bergilir2 pulak bergambar dengan KLCC kat atas tu 😂 why not kannn.. memory is always unforgettable 

I end my lunch with cuppa of black coffee & choc tart 😋

About an hour makan2 kat situ, kitorang decided turun ke bawah (ikut staircase je) ke Observation Deck.


KL Overview from Observation Deck

#NJ2424Family



Candid. Borak apa tu????? 😜

 Danish

Khairine

Ok last sekali jom lah kita turun. Perut pun dah kenyang. Mata pun dah mengantuk.

It's took about half an hour juga nak turun sebab orang ramai. Jammed nak turun tunggu lift.

 Elok sampai je bawah jockey valet parking kat situ buat magic!

Tengok dalam video ni 😤

Nasib baik Allah lindungi kami dari kejadian agak nak mengerikan haritu.. #KurusSemangat #UrutDaraAkakDik


Ok dats all for cerita Year End Lunch kami sekeluarga.. harap my Ketua Darjah berpuas hati dengan coretan bini dia ni.. akhirnya keluar juga kat blog 😄 lepas ni lega dah dia tak tanya2 lagi.. hahahaha.

Thanks Bie.. selalu buat wife & anak2 you happy. Semoga you sentiasa dimurahkan rezeki.. and i believe dengan rezeki yang you ada ni sebab you selalu tak berkira walaupun seposen dengan anak isteri you. Aaminn 📿
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah