Cerita makan lagi.. tak ada modal lain ke nak cerita Jah? ini je cerita yang ada setakat ni nyah. Ada gambar, boleh lah jadi cerita dalam blog hehe.
Ok what, at least i dapat memorykan cerita makan & tempat makan yang i pernah pergi.
Masa ni masih bercuti CNY lagi. NJ pulak still MC baru nak recover dari Influenza A dia tu.. budak2 sekolah. Jadi mari dating dengan bapaknya 😄😄😄
Sebelum masuk kerja 1st day after CNY, i was planned.. I cakap kat NJ sila bawak i makan kari kepala ikan kat Taman Wahyu.. i is teringin. Dengan tak endahkan yang laki baru nak baik dari Influenza, i paksa dia bawak i jugak pergi makan kari.. LOL! tak ada lah kejam nau nak paksa laki tu.. Cuma i cakap i craving.. so dia pun layan je la.
Oh! i love kari so much!
NJ tu kalau bini dia cakap nak makan apa je mesti dia akan tunaikan. Dia tak nak bini dia kempunan.. nanti dia akan rasa bersalah. Mana bini dia tak gemuk.. Nyampah! But, Alhamdulillah dapat somi yang tak kedekut.. dapat laki yang bangsa kedekut lagi susah.. nak beli milo ais pun tak dapek! semua benda nak berkira.. semua benda nak catu.. mampos lah kau situ tak merasa selama2nya.
Oppss!! bukan issue kedekut yang i nak cerita.. mari tengok apa yang i makan.
Our table
Bahrin (kawan NJ), NJ & Me
Fish Head Curry (Size S) RM60
Ayam Goreng RM20
Cabbage Sos Tiram RM12
Sotong goreng tepung RM20
Actually ni bukan set. Kita just mention kita mai berapa orang.. nanti dia akan hidangkan ikut kepala. So tak ada lah datang 3 orang tapi hidangan macam 100 orang dia bagi 🤞 Macam i haritu dia hidangkan ikut 2 orang.. walaupun datang bertiga.. hidangan untuk 2 orang pun dah macam 10 orang boleh makan.. well.. besar mana pulak "tank" i, Bahrin & NJ kennnn 😆
Total semua skali RM114.90 termasuk drinks & SST 😀
Alhamdulillah tercapai jugak nak makan kat E&O Fish Head Curry.
Update je lah apa gambar yang ada. Entry pendek asalkan berupdate blog ni #Fuhhhhh #TiupHabuk
Semalam kitorang adik beradik attend wedding my second cousin (my mom & mak pengantin, sepupu) di DTunjong Banquets Hall, Kota Damansara. Maklong lah mak ayah dah tak ada kennn.. attend kenduri sedara mara dengan adik beradik & family je lah. First time sampai tempat tu. Cantik. Besar. Nampak mewah sangat tempat tu. Dia di area kawasan perindustrian.. tapi ok lah.. tak ada lah nampak tempat tu macam kilang sangat. Kalau korang nak imagine macam mana, boleh google nama DTunjong Banquets Hall, Kota Damansara.
As usual, datang wedding memang tengahari lah.. lapor kennn. Dah jumpa mak pengantin, sedara mara yang ramai & lama tak jumpa.. i pun duduk makan sambil tengok pengantin berarak masuk ke dewan. Cantik sangat.
Bergambar dengan mak pengantin.. Acik.
Ehemmm Mak datang dengan berkebaya nyonya nampaknya 🙊 dan tak lupa.. pernampakkan Rifanny by Rizalman ditangan mak 🙈 #DoneMention
Gambar kenangan dengan Nenek.. (Me, Nenek, Kak Long & Andak)
Semoga nenek
diberi kesihatan berpanjangan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Tiap kali
jumpa nenek mesti dia peluk I erat2.. lepas tu nanti dia cakap.. nenek sayang kau..
kenapa tak datang rumah nenek. Tak ingat kat nenek ke? Dan bermacam-macam
soklan lagi hahaha. sayang sangat nih kat cucu dia hahaha.
Kalau ikut tajuk, i rasa macam nak lambakkan je gambar gambar makanan kat entry ni 😅 sebab ada kerajinan sikit, biar lah i bercerita sikit apa yang terjadi 😬
Tahun 2020 ni office closure for CNY dari 24 January - 29 January. After a week office tutup due to CNY PH, hari pertama masuk office balik on 30 January 2020. 30th tu kitorang masuk office macam biasa tapi mostly yg chinese main kopek (gamble/main kad). Yang tak main kopok semua pergi tengok diorang main kopek. So first day masuk kerja lps cuti CNY ni macam santai2 je lah. termasuk bosses. Mood raya lagi maaaa 😄 Part gambar yang diorang main kopek tu i tak letak kat sini lah ya. Tak nak expose muka2 orang opis ni.. especially ada muka bosses.. no need lah. Privacy.
Jom tengok gambar2 makanan lagi bagus 😋
Mieng Kam
Tom Yum Fried Beehoon
Seafood Thai Fried Rice
Red Curry Chicken with Potato
Deep Fried Chicken Wing with Fish Sauce
Three Taste Fish Fillet
Deep Fried Ahroy Tofu with Cucumber Topping
Stir Fried Broccoli with Capsicum & Shimeji
Fruits
Mango Fruit Pudding
Ice Lemon Tea & Cendol
Buffet Station
Sampai dah malas nak watermark gambar2 makanan ni.. lantak dia situ. Tapi Satu je nak cakap.. makanan ni semua sedap2. Catering kat area Cheras tak silap.
Geram betul!! Tiap kali call Customer Service (CS) nak tanya apa2 informations, ada je macam-macam version jawapan diorang bagi. Tak kira lah mana-mana CS pun.. Karang kalau i tuduh kata diorang ni tak bijak, ada pulak yang marah! Tapi memang betul pun. Cubalah jawab soklan tu ikut SOP dik oiii.
I tak tau lah.. i ni sejenis bermasalah ke atau diorang tu yang bermasalah.
Ni dah beberapa kali dah kena dalam sepanjang hidup. All in different companies.
Dat day i call CS Company XYZ (bukan nama sebenar).. nak tanya pasal cara untuk pengeluaran expenditures. Sekarang ni pulak pesen tiap kali call, first thing yang diorang (CS) mintak, mesti NAMA & CONTACT NUMBER or IC NUMBER. Kekonon untuk database diorang lah tu 😏itu tak kisah lah.. kot apa2 hal jadi ke at least diorang ada record kita. So, bila dah bagi tu, dah explain dari Perlis sampai ke Johor (panjangnya).. baru dia cakap yang system down.. so kenot check anything. Fine! dan dia kata dia akan call i balik. Tak Return Call Lamanya system down? System down ke? computer pecah ke, opis terbakar ke? kucing nak beranak ke? Perjanjiannya kata lepas system dah ok nak call balik..tunggu2 tak return call jugak! berapa tahun system kau down tu sampai tak call call balik?! Sampailah i sendiri yang kena call dia.
Bila call, tentu2 kita tak dapat bercakap dengan the same CSR yang first called tu. So, kita kena bercakap dengan CSR lain untuk membantu jawab call kita tu. Tak ke kita kena bagitau semula bijik butir kita sekali lagi pada CSR ni???? ya kan? sebab? sebab nak kumpul database. Adoiiii letih lah macam ni. Kalau 100 kali call, 100 kali bercakap dengan lain2 CS.. 100 kali jugak ke i kena bagi personal data i????? hish! Kenapa Nak Call Diorang? Actually i make a call tu sebab nak suruh diorang emailkan kat i borang permohonan je. Nak dijadikan cerita, masa i call mintak borang tu.. katanya system diorang down. Dan berjanji nak call i balik once the system dah ok. So they can email to me the form yang i mintak. Sebelum tu, i tanya CSR tu.. kat mana i boleh dapatkan borang permohonan yang i nak tu? kalau dekat website ada, u tak perlu email kat i.. i just can download je dari website. Dia kata borang tu tak ada dalam website. Ok noted! tunggu apa jawapan sebenar kat bawah nanti 🠋 Two Days Later....
Tunggu punya tunggu pun tak receive any calls from them. I geram, i call balik. Like what i said kat atas tadi.. i kena jawab soklan2 command diorang lagi... NAMA PENUH, CONTACT NUMBER & IC NUMBER for their database 😠 leceh tau tak?? i dah make a call for twice, lepas tu i kena jawab dulu soklan TOL dia sebelum dia layan i. So, untuk tidak menjawab soklan dia.. i said i need to talk to the CSR yang i called two days back.. sebab dia je tau apa yang i nak. In that way i dah tak payah nak explain balik apa tujuan i call. Not my luck nak dapat cakap dengan CSR yang in-charge tu sebab dia keluar break. So i pesan kat CSR yang jawab call tu suruh CSR in-charge tu call i balik. Lagi..... panggilan yang ditunggu tak kunjung tiba ya! Third Time Calls!!!
3rd time call ni i rasa dah tazabar! rasa nak bertukar jadi beruang je time tu.. and masa call balik i dapat cakap dengan CS yang lain. As usual, soalan TOL lagi.. dat 3 question.. NAMA, CONTACT NUMBER & IC NUMBER. Kau lara ke nak jawab lagi soklan2 dia tu nyah??? terus i bagitau dia i nak cakap dengan CSR yang mula2 i deal 3 hari lepas. I dapat cakap dengan the first CSR tu. I bagi dia soklan TOL i pulak.. 1) kenapa tak return call i? 2) kenapa borang permohonan yang i suruh email tu tak email lagi? Dan ada beberapa kata makian sinis jugak i bagi! Lepas dia dah explain bebagai.. terus i letak phone. Elok je letak phone... borang permohonan yang i nak tu dan dan masuk kat email i... WTFish?! bila i buka attachment kat email tu.. the same/exact borang yang dok ada dalam website dia!!! WTFish lagi sekali.. kau rasa????????????????
Bertalu talu received DM, PM, call, WhatsApp & komen kat FB yang bertanya tentang kesihatan NJ lepas viral kat FB. Viral lah sangat 🤭 🤪
On behalf of NJ, i nak say thanks to our dear friends & family yang mendoakan 🤲🏻kesihatan NJ back to normal. Alhamdulillah NJ dah sihat semula tapi belum fully recovered. (setakat entry ni ditulis 3 minggu lepas) LOL.
Well, he supposed have to quarantine beberapa hari kat rumah lepas discharged Jumaat 24 January 2020. Tapi..... (to be continued).
Bermula kisah NJ dijangkiti Influenza A
Cut it short.. NJ dapat Influenza ni dari kawan dia masa diorang sama2 pergi memancing kat kelong sungai kat Pekan, Pahang few weeks back (17 - 19 January 2020).
Nak dijadikan cerita, one of his friend yang ikut tu demam. Bila dah demam, batuk, flu bagai.. Memang senang berjangkit lah gamaknya. So, suspect utama NJ dapat Influenza ni, dari kawan dia yang demam tu. According to NJ, malam masa sampai kelong mancing tu, dia tidur sebelah kawan yang demam tu. Hmmm memang mengundang sangat 🤦🏻♀️
Dah rasa macam nak demam
Habis 2 hari 1 malam kat tempat mancing tu, masa dah gerak dari tempat memancing, NJ call i.. dia bagitau yang diorang dah nak gerak tapi akan singgah Bentong makan lemang to'ki & singgah makan durian. Dat time pun dia ada bagitau rasa macam nak demam. I pun fikir alaaa demam biasa je kot. Anjer angat laki ai ni ngadu ngadu demam pulakkkkk 😂😂😂😂
After few hours dia pun sampai rumah. Masa sampai rumah tu dia ketuk pintu macam nak roboh!! Kuat giler!! 😳 ingatkan kena kejar hanjing ke apa. Buka2 je pintu, dia terus campak bag.. Terus terjelepok atas katil sambil suruh i selubungkan badan dia. Dalam hati masa tu ehhh kenapa ni? betul ke deman ni?? 😅 Rupanya betul nok!! Dia punya gigil tu memang main machiemmmm. Lepas tu dia meracau macam kena sampuk. I dah start takut time tu. Apahal meracau merengek ni.. dah lah baru balik memancing.. balik balik je meracau?? Tersampuk air sungai ke apa dia ni?! 😳 Hari yang dia balik tu (Ahad) tu berselubung dari tengahari sampai ke esoknya. Ajak pergi klinik tak nak, apatah lagi Hospital. Ketegak pulak tu!! 20 January 2020 - Check in di KPJ Ampang Puteri
Kalau tengok jam kat dinding tu, time ni tengah tunggu Doc panggil masuk bilik untuk check. Bila Doc dah check, Doc tanya nak ambil darah je ke atau nak admit terus? laju laju jawab on behalf NJ suruh masuk wad. Risau nok! sebab kat rumah dia meracau. Meracau tu sampai buat i jadi seram.. tersampuk ke laki aku ni? sakit apa sampai meraung meracau sampai macam tu sekali?! Karang kalau balik rumah buatnya demam dia makin teruk.. siapa nak check? setakat nak bagi makan panadol je boleh lah. Terus tolak masuk Emergency Room (Green Zone), nurse datang terus cucuk lengan nak drip air. Kawan ni dah menggigil gigil kesejukan kat katil. Kejap terlelap. Kejap terjaga.. bila terjaga, mesti dia pandang ke arah i. Takut i lari lettew 😜 i ada je kat sebelah dia sambil dok usap-usap kepala dia nak bagi dia tenang. holoh holoh panggg karang baru tau! 😂
By the time teman NJ kat Emergency, nurse panggil suruh register untuk admission.
Abaikan je muka orang sakit yang naik "Wilcha" tu ya 😄
I rasa dekat2 dua jam lepas tu baru dapat naik wad. Rasanya dalam pukul 11+ macam tu. Dapat masuk wad, terus rest. Masa NJ tengah rest tu i cakap i nak balik kejap tengok anak kat rumah. settle apa yang patut kat rumah then i datang sepital balik. Malam tu i tidur hospital. Pagi2 pukul 6 i gerak balik rumah.. siap2 nak hantar budak2 pergi sekolah pulak.
5 Hari di Ward Mengidam nak Minum Kopi O & Makan Churros
Sepanjang NJ admit, i pergi kerja mcm biasa je. Balik kerja baru datang hospital. Oh cuma 1 hari je masa hari kedua admit i EL sebab nak jaga dia. Hari ke tiga kat hospital, dia mula request nak minum kopi o... i be like 😲 biar betik dia ni!! sejak bila laki ai pandai minum kopi hitam???? Ok layankan je. Berlari i dengan KhaNish ke Ampang Point masuk Giant beli kopi instant & brown sugar. Sambil2 tu merayap dalam Ampang Point tu jugak hehe.
Hari ke empat, dia mintak nak makan Churros pulak. Tapi nak yang cinnamon. I kirim suruh Khairine belikan Street Shurros kat MyTown. I tanya dia kenapa tiba2 nak makan churros.. NJ cakap dia nampak kat IG si Tomok dia baru bukak franchise Street Churros.. terus telan2 ailio mintak kat bini nak Churros 😵
Bergelimpangan budak2 ni kat wad meneman apak dia. Alas diroang tu sebenarnya sleeping bag i beli kat Mr. DIY. Dah emergency.. kat rumah tak ada benda alas macam tu.. pergi DIY, beli je lah asal boleh 🙈
Gambar kenangan family portrait dalam wad hehehe
Hari ke Lima Dah Boleh Check-Out Tapi.... Kaki Pulak Terseliuh
Hari kelima. Hari Jumaat tu office i dah tutup sebab esoknya dah CNY. So advantage untuk i tak perlu nak ambik cuti untuk uruskan discharge NJ. Kebetulan pulak i need to settle my personal errence sebelah pagi. By afternoon ke petang ke macam tu ingat boleh lah keluar wad.
Settled my errence, i got call from NJ. Dia cakap anytime je dah boleh ambik dia kat hospital. So i pun kutip budak2 kat rumah bawak diorang ke hospital. Senang sikit ada dua orang tentera ni.. boleh tolong2 angkat barang 😃
Before that, sebelum bawak apak dia keluar.. i bawak Danish dulu ke Emergency as outpatient. Kaki terseliuh pulakkkkk. Adoiii macam2 hal. Rasa nak belah dua je badan ni. Nasib baik supermak!
Betapa senangggggggg hati beta.. harini beta dapat rebut yang kaler Olive tu... muahahaha. Ok, lagi cerita basi! Entry ni dah draft minggu lepas. Baru nak sambung harini. Masuk harini dah hari ke-lapan instead of patutnya publish hari kedua lepas beli kahkahkah. Mari kita teruskan...
Nak kata i ni peminat tegar Sometime by Asian Designer tu tak jugak. Everytime diorang launch new design & featuring dengan mana-mana desinger pun i tak beli semua collection diorang also i tak beli design tu sebab semata-mata i peminat designer tu. Buat apa nak beli sebab minat kat designer tu semata-mata je.. desinger tu bukan kenal kau pun.. hujung-hujung yang kaya beli barang dia tu, dia. bukan kau! (aku lah tu) 😅 so, i just bought yang mana i berkenan kat mata je.
Tapi!! ada jugak yang i berkenan tapi terlepas beli. Penat-penat rebut (beli through website) bila sampai part nak buat payment, tiba2 crash due to high traffic. Bila try balik terus out of stock #SisGibab yang macam kes bag #ribucketRizalman keluarkan haritu.. kata jual kat Zalora launch pukul 11am... tau tau je dah habis sebelum time launch.. katanya ada masalah teknikal, pukul 7am orang dah sapu habis. Nyampah! Bila dia buat open sale kat Garden Mid Valley haritu, tentu-tentunya sesak mesak. Lagi lah aku malas nak pergi berasak.
Dan disebabkan yang mata i berkenan berkenan tu lah yang buatkan collection bag Sometime by Asian Designer i dah berlambak kat rumah #TepukDahi Ada juga collection yang i tak pernah pakai lagi.. masih berbungkus helok dalam lemari. Also, ada yang i baru pakai sekali je. Lain-lain tu pakai jugak.. tapi bukan pakai hari-hari. Kalau nak keluar pun tengok lah kemana nak pergi, then baru i choose which one yang sesuai dengan ootd, keadaan & tempat. Selalunya kalau i nak beli, i tak cerita kat NJ. Barang dah sampai, dah bawak balik rumah.. dia nampak, pastu dia bagi i jelingan maut 😂 sabarlah wahai somi! hahaha. Ayat cliche dia "elok lah beli banyak-banyak lepas tu boleh letak dalam muzium" i be like 🙈 kbai.. hahaha.
Kalau korang nak tau.. untuk handbag belasahan yang hari hari pakai, i pakai handbag yang berharga RM3 je. Percaya tak? sila percaya.. i beli kat bundle 😁 i selesa pakai bag macam tu. Besar. Lagi pun kehidupan seharian i memerlukan bermacam2 yang perlu i sumbat dalam bag tu sampai bag tu berat macam batu. Segala tissue, small pouch letak pad, barang make-up, pouch letak segala charger, pen, nail clipper, sanding nail, cutlery, pad, ubat-ubatan (LOL macam klinik), dalam bag, ada bag lagi.. tapi tak tau apa yang aku isi dalam tu 😂 dan bermacam-macam lagi. Harap jangan ada yg request nak suruh i ambik gambar apa yang ada dalam handbag i ya.. Awas! 🙅😜
So yang new launch by Rizalman ni, i berkenan dengan #Rifanny memang aim kaler olive. Alhamdulillah dapat rebut haritu. Tak tau betapa rasa dah nak pegang pisau haritu. Risau sold out. Korang yang mana follow Sometime by Asian Designer, korang tau lah macam mana fanaticnya followers Rizalman. Plus, yang banyak memborong tu PS lah.
Sebelum diorang nak delivery haritu, i received email yang diorang bagi tracking number. Alangkah terperanjat beruknya i katanya diorang nak replace my order to #Ribucket'has been shipped" pulak tu. kau dah kenapa? setahu i, Ribucket tu dah lama sold out yang disebabkan website problem (yang mcm i cerita kat atas tadi).
Few minutes lepas tu dapat satu lagi email. Dia suruh ignore email sebelum tu. Tau takuttttttt. I dah nak bertukar jadi hijau haritu dia tak tau! hahahaha.
Dan dah sampai pun. Tapi belum buka lagi. Ada kat rumah tu. Tak tau bila nak bukak & pakai. NJ dah siap bagi jelingan maut kat i haritu. I buat bodo je 😂