Wednesday, December 10, 2014

Hari Anugerah Cemerlang 2014

Tahun ni Khairine mahupun Danish tak dapat Anugerah Cemerlang pun. Mak tak kecewa pun.. bagi aku biarlah dia cemerlang dalam markah & peratusan pelajaran dia.. tak dapat markah & kedudukan kelas tercorot pun dah cukup Alhamdilillah.. yer dak?? tapi kalau dapat Anugerah Cemerlang tu adalah satu bonus sebenarnya untuk dia lebih bersemangat untuk belajar.

Ada haritu masa aku kat opis, Khairine call aku dari rumah.. dengan suara sedih "Mummy.. Khairine dapat masuk kelas 5 Elite (5E) tahun depan". Glupp.. berderau darah aku masa dengar. Terus rasa nak jerit kuat-kuat dari dalam talipon. Lepas tu cepat-cepat dia gelak.. "hahaha.. tak lah.. Kharine main-main je lah.. Khairine dapat masuk kelas 5 Amanah (5A) tahun depan.. Happy sangat". Aku ni bukan apa Bedah.. risau ler kalau dapat kelas corot. 

Ni bukan nak riak.. aku cuma nak bagitau.. setakat ni Khairine tak pernah lagi masuk kelas B, C, D atau E.. dari darjah 1 sampai tahun depan masuk darjah 5 dia still maintain di kelas A.. Alhamdulillah.. mak syukur ke hadrat Illahi nak.. harapan mak, kau belajar lah bersungguh.. jadi insan yang berguna satu hari nanti.. jangan jadi tak berguna sudeh.. mintak dijauhkan lah.

Eh panjang pulak membebel.. jom lah aku share gambar yang ado haritu.


Actually Khairine buat persembahan je haritu. So aku datang untuk tengok persembahan dia je. Pagi tu aku datang dulu.. sebelum show Khairine start, Nizam datang dengan Danish. Kebetulan pulak Nizam ambil cuti haritu, si Danish pulak memang cikgu dah bagi cuti.. aku pulak sebenarnya kerja haritu.. tapi aku masuk lambat. Tu yang datang pun berasingan.

Persembahan pun ciput je.. dia jadi pak pacak kat tepi.. tapi beria sangat suruh aku datang tengok dia kat stage. Iyo lah nak.. mak datang lah bagi sokongan padu yer... hahaha.


 Lima dara pingitan..

From left : Khairine, Julia, Aida, Phoebe & Saida

Diorang berlima ni memang macam belangkas.. buat bertambah rapat lagi bila diorang ni sama-sama pengawas. 

 Masing-masing tadah muka untuk di make-up. 

Si Khairine aku dah make-up kan muka dia siap-siap dari rumah. Bukan main macam-macam request dia suruh aku tenyeh make-up kat muka dia. Biasalah budak pompuan kann.. dia nampak apa mak dia pakai/ buat dia pun nak jugak ado.. habis semua nak dicarasnya.. tak boleh carik makan lah mak kau nampaknya.


 Ni budak-budak pra sekolah.. diorang beratur untuk ambil sijil.. dah graduate katanyer.. hehehe.. comel sangat budak-budak besar ini.. rasa nak gigit je.


Khairine, Aida & Phoebe bukan main berselfie.. aku perati je perangai diorang ni.. macam-macam gaya diorang buat haritu.. langsung tak segan kat makcik yang dok kat sebelah yer.. hahahaha.

Apa-apa pun Mummy doakan anak-anak Mummy berjaya dunia & akhirat. Belajar pandai-pandai macam Mummy, bijak macam Babah.. *matakeatas* hahaha.
Read More

Sunday, December 7, 2014

7KM Run & Walk

 Phewww berbulan-bulan menahan takut dalam hati menunggu event ni.. aku ni bukan ahli sukan yang sado.. setakat berjogging tu boleh lah.. itu pun semput-semput dibuatnya.

Alhamdulillah.. 7km completed harini. Semangat nak dapatkan medal, sampai berpeluh-peluh akak berlari tau. Bangga kat diri sendiri walaupun tak sesado orang lain yang dah pecut jauh kedepan. Ok what?? hehehe.

Pukul 6 pagi aku dah keluar rumah. Challenge start pukul 7 katanya.. ding dong ding dong.. pukul 7.30 jugak startnya pun. Kira-kira 500 participant dalam challenge ni. Debar-debar dibuatnya takut tertinggal jauh kebelakang.. haha.

Bermula dari Padang Merbok & finishing pun ditempat yang sama. Maka berlari dan berjalan lah aku untuk meng-complete kan 7KM.

Preparation

Ready


Pukul 6.30 dah terpacak kat sana.. ingatkan aku yang terawal sampai.. bila sampai tengok parking pun dah penuh. Terpaksa park kereta kat JKR yang dekat dengan Bank Negara.. jauh jugak lah menapak. Semangat kesukanan katanya.. hehe.

Angie & me

Angie ni office mate aku. Korang tengok muka dia macam umur 30s je kan?? jangan tak caya ya.. umur dia dah 54tahun!!.. masih bertenaga.. aku pun tak se-tough dia. 

7km run & walk dia boleh ambik masa hanya 40minit je.. kau mampu?? 

Aku??? 7km tu aku ambik masa 70minit.. hahaha.. nampak sangat teruknya aku ni.. orang tua tu boleh kalahkan aku dengan hanya 7km.. shame on you Jah *tutupmuka* hahahaha.

Masa mula-mula start tu aku memang bersemangat giler.. tapi dalam hati rasa tak confident.. takut-takut ada yang boleh beat. Sampai pertengahan berlari tiba-tiba semangat datang membara-bara.. rasa macam boleh habiskan 7km tu.. cewahhh ;P

Route for 7km

Ramai dah kedepan nampaknya.. tak nak ketinggalan punya pasal, cepat-cepat aku pecut. Boleh tahan jugak route ni.. nak pitam rasanya.. huhu.

Sweat sweat nampaknya..  hahaha. Memang yer weh.. peluh jantan betina pondan semua keluar. habis basah baju. Kalau perah baju tu mau tujuh baldi peluh boleh tadah.. hahaha.. tipu sangat :p

 Akhirnya,. dapat jugak habiskan 7km xoxo ;)

We got it!! ;)


Habis run terus ke Great Eastern Mall lepak makan kat The Loaf

Next run kitorang plan nak join untuk yang valentine punya marathon kat Taman Metropolitan Kepong untuk 3.5km. Walaupun 3.5km, kitorang tetap nak join jugak.. sebab baju & medal dia bagi bentuk love.. kaler baju pulak ada dua choice.. which is pink & blue.. wow so cute kann.. nanti aku dapat info pasal run tu aku share kat sini yer.. kot-kot lah korang nak join skali nanti.

Lets run for health bebeh ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah