Bulan ni je tenggelam timbul aku kat blog. Kak Jah busy dik.. tak sempat nak update blog. Kat opis memang tak sempat lah.. semenjak tukar department ni Kak Jah banyak buat kerja luar. Kadang ke Melaka, Putrajaya.. merata kadang tu. Bila kat rumah pulak bila tengok laptop rasa macam tak bernafsu nak on.. hurmm.
Minggu lepas hari Khamis seharian kat Melaka.. aleh-aleh hari Jumaat kena pergi lagi sekali ke Melaka atas arahan Datuk. Tu pun dah pukul 12 tengahari baru dia bagitau suruh pergi. Terkangkang-kangkang aku.. nasib baik dia suruh aku pergi dengan driver.. selamat aku tak payah drive.. driver bawak BMW X5 kau!! mau tak bersezuppp sampai Melaka??!! hehehe.
Ni nak cerita.. ingat tak haritu aku ada buat entry Homemade Sardin Puff baru-baru ni aku repeat buat lagi.. ni pun sebab Khairine nak bawak ke sekolah.. Ada jamuan akhir tahun kelas katanya. Mak pun bersengkang mata lah tepi oven membakor doploh bijik puff untuk dia bawak ke sekolah. Ceh bunyik macam professional sangat kann?? ekekekek.
Letak dalam paper cup lepas tu letak dalam box lagi okeh.. dah macam nak buat jual pulak nih.. hebatttttt mak kau Khairine!! hahaha.
Danish pulak bila aku tanya bila jamuan kelas?? dengan slamber je dia jawab "Jamuan kelas Anish dah lepas" pffffttt.. kau ghase?? pening aku dengan budak sorang ni.. aku rasa mana-mana budak lelaki memang diorang ni bangsa tak ambik kisah kot kann??.. sapa ada anak lelaki tau lah kot.. cikgu nak buat jamuan ke, persembahan ke apa ke dia ilex je.. bila aku tanya dia boleh pulak bagi jawapan sempoi macam tu.. hahahaha.. lantak kau lah dik.. janji kau belajar pandai-pandai.
Tapi rupa paras puff tu tak semenggah.. boleh lah tu kannn.. bukan nak buat jual pon ;D
Ini lah rupa susunan chocolate puff ai haritu.. lupa pulak nak ambik gambar dalam puff ni.. so kau tak nampak lah filling chocolate kat dalam.. ko imagine je lah filling chocolate dalam puff tu yer Joyah.. hehehe.
Zoom in sikit =)
Doploh biji puff tu boleh muat untuk dua tingkek dalam box.. so kita humban semua sekali dalam tu.. tapi susun elok2 lah.. karang terburai pulak puff tu.
Cara nak buat puff ni aku dah bagi haritu kat link lepas.. pandai-pandai lah buat sendiri yer :)