Thursday, December 31, 2015

ZazaJ Nikah

Tanggal 26 December 2015, tarikh ZazaJ nikah.. at once dah bertukar title jadi 'Puan Zaza'. Lepas ni pergerakan ZTZ agak terbatas sikit kalau nak ajak keluar. Bukan kata lepas kahwin dah terkongkong.. cuma tanggungjawab tu lebih pada rumahtangga yang baru dibina.. sama juga aku.. walaupun dah bertahun kawin, tanggungjawab tu tetap diutamakan.

Perjanjian pagi tu nak ada kat rumah Tante pukul 9.45.. aku & family terpacak depan rumah Tante dalam pukul 9.30 macam tu.. time tu juga tunggu Shawal & Zul datang rumah Tante.. so dat kitorang boleh pergi satu kereta je. Well, janji melayu tak pernah capati janji.. nak dekat pukul 10.30 baru dua ekor tu timbul.. sakit je hati aku rasa nak tinggalkan dua ekor tu suruh pergi sendiri.. gggrrr.

 Tepak sirih
Lambakan Choclate Dairy Milk

Dua hantaran tu aku dengan Tante yang bawa.. kitorang dua dari sembilan orang yang jadi bridesmaid.. tu yang kena bawa sorang satu dulang.

 Me & Zul.. abaikan hamlau kat belakang yang tengah buat2 tidur tu
 Zul, Shawal, Me & Tante
 Cantiknya ZazaJ.. masa ni lagi beberapa minit nak bertukar title jadi Puan Zaza :)
Us.. nampak tak Kak Zaza & Tante bertudung litup? sebab kitorang bridesmaid yang bawa dulang hantaran ke masjid masa tu. Beli tudung pun last minit.. bagai nak giler cari kat Jalan TAR dengan Tante.. nasib dapat tudung yang sama & sama kaler. Ingat senang nak cari.. rupanya kat Jalan TAR tu pun susah nak cari yang sama.. tak biasa beli tudung kata ko.. hihihi.

Lepas kitorang bergambar, terus masuk kereta menuju ke masjid Taman Mulia Jaya, Ampang yang berdekatan dengan rumah ZazaJ.

 Baju & kain bridesmaid disponsor penuh oleh pegantin.. thanks Adik Zaza :)
Diperkarangan masjid bridesmaid bergambar kenangan sebelum Cik Zaza bertukar jadi Puan Zaza

Dup dap dup dap.. dengan sekali lafaz, Puan Zaza sah menjadi hakmilik Hilmi.. Congrats korang ;)



Happy friends. kat dalam masjid pun buat perangai menggila.. selfie sokmo.. nasib tok imam dah blah.. hihi





 The bridemaid


Khairine, Sabrina & Auntie ZazaJ


Lynn & Zul
Si gilo ni tak abes-abes buat perangai.. pegi mana-mana mesti buat lawak.. dengan anak buah aku pun jadi gak.. hahaha
Shawal, Zul & Bang Nizam.. tiga jejaka perasan ;P
Zul ni giler selfie.. hari yang ZazaJ nikah tu aku memang saja pass handphone aku kat dia.. dalam pada giler selfie tu dia pandai ambik gambar.. so kau jadi cameraman ya Zul ;) Lepas tu bila aku buka gallery tengok asek muka dia je.. phuii.

Settled nikah kat Masjid terus kitorang meluru tuju ke rumah ZazaJ.. dah lah tengah panas terik, tengahari pulak tu.. tak zabar2 kitorang nak sampai ke rumah ZazaJ sebab kebuluran.. haha. Buruk sangat perangai kakak2 & abang2 kau ZazaJ oi. Lepas makan masing2 terus terdampar dah tak larat nak angkat bontot berambos balik rumah.. hahaha.

Congrats ZazaJ & Amy.. Selamat pengantin baru. Kak Zaza harap mahligai yang korang baru bina ni berkekalan hingga hujung nyawa. Sentiasa berpakat dalam segala hal ya.. jangan gaduh2, jangan sentap2 tau =) kita tunggu majlis resepsi hujung bulan January nanti ya.. Kakak2 & Abang2 ko akan datang lagi.. akan memeriahkan majlis sanding ko ya.. memeriahkan majlis ke menghebohkan majlis tu nanti ko saksikan je.. hihihi.

Read More

Monday, December 21, 2015

Tak Tau Nak Borak Apa

Hi.. makin nak hujung tahun makin tak ada idea nak borak apa kat sini.. ada dua tiga keping gambar dalam galeri, meh lah aku share sikit cerita yang telah berlaku semalam. 

Hari Sabtu mereput duduk rumah. Eh tah lah reput mana pun.. aku layan tengok tv.. marathon tengok cerita cerita yang direcord kat astro. Sampai nipis sofa kat rumah tu aku duduk tak bangun-bangun.. hahaha tipu sangat!

Petang dalam pukul 4 macam tu Nizam keluar pergi main bola. Sebelum dia ngajak aku ikut, dia sound 'you tulis kat blog boring ikut i pergi main bola kat UM ya?' hahaha.. bila dia dah sound macam tu terus tak bernapsu nak ikut lagi. I tau lah u silent reader blog i.. jangan lah sound i macam tu.. malu i tau ;P

So semalam baru jejak tanah. Keluar jenjalan ngan Bang Nizam.. cakap kat Nizam aku tiba-tiba rasa macam dah lama tak pergi The Mines.. jadi semalam dia bawa aku gi The Mines.. kitorang gi makan-makan, minum-minum, jalan-jalan, gurau-gurau dalam kereta, romen-romen.. opppss! hihihi.

Masa jalan2 tu ternampak Christmas tree ni pusing2.. cam comel plak

Pastu masa jalan2 juga aku nampak ramai betul budak2 remaja lalu lalang dengan costume. Terpikir juga apa benda diorang ni jalan dalam mall dengan berkostium bagai.. rupanya ada komik fiesta 2015 kat tingkat atas mall tu.. tau pun sebab terbaca kat blog Lieya Latif tadi. Kalau ada KhaNish semalam mau juga aku paksa diorang bergambar dengan diorang tu.

 Last-last aku je yang bergambar.. tapi bergambar dengan Santa Claus.. hihi

Lepas habis satu mall kitorang ronda, terus keluar dari sana.  Sementara nak tunggu malam nak ambik KhaNish, masa otw nak balik tu singgah jap rumah abang Nizam kat Cheras. Lepak dekat sejam macam tu terus gerak.

Terus menuju ke Starbucks GE Mall

Sambil mengopi kitorang borak pasal anak-anak. Lepak2 macam ni kitorang dapatlah berborak pasal anak-anak. Sambil tu borak pasal beli barang-barang skolah, pasal dia main bola (cerita bola agak boring sket.. hihi), dan macam2 cerita kitorang borak.

Next week nak beli barang sekolah plus baru nak bawa budak-budak tu gi jalan.. belum decide lagi mana arah tuju. Sekarang ni nak bercuti pun tak boleh jauh-jauh &  tak boleh lama-lama.. kesian kat otai (mak aku) lately ni dia kurang sihat.. bila ajak dia tak nak ikut pulak. Tengok lah macam mana nanti.

Read More

Friday, December 4, 2015

Tips Menjaga Buah Pinggang

Rahsia Hawa adalah fb page yang sangat-sangat membantu. Banyak share tips yang berguna. At the same time bila kita baca tips/ petua kita terus rasa insaf dan berhati-hati. Selain tu aku banyak dapat info yang boleh diguna pakai. Korang yang ada account fb tu pergi like cepat fb page Rahsia Hawa. 

Dengan info yang bagus dari fb tu, aku dapat gak share petua/ tips kat blog aku ni. Ini untuk info aku juga selain tu korang pun dapat baca info yang macam ni.



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba ELAKKAN dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Source : FB Rahsia Hawa

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah