Tuesday, April 29, 2014

Chihampelas & Trans Studio Bandung

Celaru dah entry blog aku ni.. tu lah padahnya kalau gambar dah banyak sangat.. bila dah edit, resize, letak watermark terus cicir letak entry sana sini. Cicir pun cicir lah.. janji kemana je kitorang pergi ada gambar, aku longgokkan je kat blog ni.. Bak kata Nizam "ini semua bahan bukti".. betul Bie.. memang bahan bukti.. bukan sekadar cerita je lebih tapi habok pun tarak (sila terasa siapa yang kuat menipu tu yer) ;P

Ni masa lepas kitorang balik dari Waterboom Kampung Gajah dan shopping di Rumah Mode. Otw gerak dari Rumah Mode memang akan melalui kawasan Chihampelas. Yang menariknya kawasan ni banyak FOs yang ada replica macam Spiderman, Superman, Mr. Bean & etc.. Haritu berenti sini pun sebab nakkan budak2 ni bergambar je lebih.. belinya tak pun kat FO situ. Korang tengok gambar je lah.

Danish the Spiderman

Khairine the SpiderGirl.. muka ketat je minah ni baru bangun tido lepas tu kena paksa bergambar.

Aku.. the SpiderMummy.

Lepastu bertukar jadi Spiderman pulak.

SuperGirl muka ketat.. hehehe.

Aku kalau nak kena ingat nama2 cartoon ni memang tak pernah ingat.. sebab masa kecik2 dulu aku tak berapa minat tengok cerita2 cartoon kat tibi.. yang aku tau Doraemon, Sin Chan and Wonderpet je.. lain2 aiy tak tau. Ni patung apa ke nama ni?? entah lah.. kemain ada six pax kat perut.. hahaha.

Mula2 cuak jugak tengok gambar ni.. confused aku mana satu patung, mana satu Danish.. Ohhh rupanya Danish tersentil dicelah2 patung tu.. hehehe. Nenek kat belakang tu dok usha2 baju untuk cucu2 yang lain (anak2 abang aku & anak kakak aku).

Ni aku tau jugak.. atoman.. Danishhh!!! tangan tu kat mana tu nak???? penumbok ko bagi kat atomen tu.. senak lah dia!!! ahahahahhaha.

Khairine

Dah bergambar kat sini baru lah kitorang gerak ke Trans Studio Bandung. Skali lagi korang sila nanges tengok gambar yang akan aku longgokkan.. cerita sikit2 je lah nanti.

Haritu kitorang tak masuk pun.. cuma bergambar je kat kawasan Trans Studio.. lepastu naik tingkat atas ambik2 gambar dari luar je. Nizam kata bukan tak kesian kat anak2 dia tak dapat masuk.. tapi bila kira2 entrance fee nak masuk sini almost RM500+ kot. macam rugi je bazir sampai limaratushengget. Lagi2 kita orang luar.. so charge pun jadi mahal.. serupalah kalau foreigner datang ke negara kita.. dia akan dia dicharge mahal jugak, Padahal tempat ni lebih kurang macam Kidzania [LINK] je. Kidzania pun kitorang dah pernah pergi last year. Tak apa.. might be next time kalau ada rejeki kita boleh masuk Trans Studio yer anak2.

Trans Studio Bandung.

Danish Izdiyad

Khairine Adrina

 Khairine & Nenek.. manjer nenek ni.. Si Danish kat belakang tu pun boleh nak menyentil dalam gambar ehhh..

Weolls


 Keluarga yang suka over2 action!!

Senget benget Pak Budi snap gambar pakai camera gabak.. pon boleh lah ni Pakkkk janji hado.. hehehe.

One of the Biggest Indoor Theme Parks in The Wold katanyer.. ha yor lah.. tapi nak masuk mahal! Gggrrr.

Sebelum kitorang naik ke tingkat atas, aku suruh Nenek lepak Coffee Bean je.. Nenek tak larat nak berjalan dalam mall tu. So Nenek boleh basuh2 mata kat sini yer sementara menunggu korang jalan2 kat atas ;)

Ni kat tingkat atas. 

Luar entrance.. best wehh tempat ni walaupun kitorang dok kat luar je. Aku bayang2kan jugak.. mesti kat dalam tu lagi best kot.

Pak Budi a.k.a Danny Alves.. Khairine & Danish panggil Pak Budi Danny Alves.. hehehe. Tak kenal siapa Danny Alves??? aku pun tak kenal!! muahahahaha.. Sebenarnya Danny Alves tu footballer.. OooooOOooOO baru tauuuuuu *muncung2kan mulut*.

Khairine & Danish a.k.a KhaNish

Tiba2 dah sampai Paris.. hahaha.. "Bie!!! anak2 you dah sampai Paris Bie.. bila you nak bawak I pergi Paris??? I teringin sangat nak panjat Eiffel Tower.. hukhukhuk".. Cukup manja tak pujuk rayu macam ni?? kau rasa Nizam akan bagi penampar kokedai tak kat aku???? muahahahaha.

Ni kedai souvenir Trans Studio.. geram je aku tengok.. rasa nak beli semua. Karang aku meminta2 nak membeli nampak sangat aku seorang emak yang over dari anak2.. padahal anak2 tak mintak beli apa2 pun.. pffftttt ;P

Posing propa.. idea Nizam lah ni suruh posing tegak.. Nasib baik aku nampak kurus dalam gambar tu.. hehehe.

Next time ada rejeki lebih kita datang Bandung kita masuk Trans Studio yer anak2.. Ini Babah yang janji tau.. bukan Mummy.. Mummy ikut je.. pfffttt.. sekali lagi kena penampar kokedai dari Nizam.. hahaha.



Ok cukup lah sampai sini kisah kami di Bandung.. tapi aku tak pasti ada sambungan lagi ke tidak lepas ni.. nanti aku ushar2 lagi gambar dalam folder kot2 ada yang tertinggal lagi.. boleh aku buat sambungan seterusnya nanti.. hahaha.. jangan bohsan dengan cerita2 Kak Jah yer Cik Tom semua.. 

Byeeeeee ;)
Read More

Saturday, April 26, 2014

It's Daughter Week

Lets share if you have a beautiful daughter. . I have shared this with my Lil' girl Khairine Adrina.. ♥♥♥ Mummy love you until the last breath =)


Sent from Samsung Galaxy Note
Read More

Friday, April 25, 2014

Lepak Dataran Merdeka

Semalam macam biasalah pagi2 aku akan bangun seawal 5.30 readykan breakfast untuk Khairine & Danish sebelum pergi sekolah. Kalau mood pemalas aku datang, aku sogok roti gardinea + kaya + planta.. spread kan untuk diorang sebelum diorang bangun mandi.. Kalau mood rajin sikit lentang lentung kuali kat dapur aku kerjakan buat breakfast yang heavy sikit untuk diorang. Ni tengah tak kerja ni lagi bertambah rajin aku bangun siapkan apa yang patut.. lately ni pulak mood jadi malas.. sebab koko crunch + fresh milk ada.. bagi diorang makan itu je lah. 

Macam biasa routine aku lepas diorang dah siap2 pakai baju and breakfast, aku keluar hantar diorang pergi sekolah. Sampai depan muka pintu sekolah salam, cium2, flying kiss terus aku gerak balik rumah.. Hajat besau nak balik rumah sebab sambung tido hehehe.. dapat lurus2 pinggang agak2 setengah jam, siapkan suami pulak.. Oppsss bukan aku mandikan dia yer.. siap2kan lah apa yang patut.. iron baju, buat air sebelum Nizam pergi kerja.. teman dia breakfast kat meja.. lepas tu salam2 comolot then Nizam terus pergi kerja.

Ni cerita semalam. Bila Nizam dah rempit pergi kerja, aku pun apa lagi... terus terjun atas katil membongkang. Skali tengok handphone Nizam tertinggal.. setengah jam lepas tu Nizam call aku dari opis. 

Nizam : "Handphone I tertinggal" 
Aku : "Yer I tau.. so nak I hantar kat opis you ke??" 
Nizam : "boleh ke?" 
Aku : boleh.. tunggu lah kejap lagi I sampai.. 
Nizam : Nanti I keep calling you.. once you dah dekat2 sampai nanti I turun 

Letak je phone terus aku lompat kegembiraan.. Yessss!!!! bestnya dapat keluar rumah.. hahaha.. Ko tau kenapa aku suka?? sebab aku bosan giler dok rumah semenjak tak kerja ni.. mati kutu babi dah aku dok rumah tak tau nak buat apa.

Mandi2 jap bersiap terus keluar rumah. Dah nak sampai area KL Sentral Nizam call. Tak sampai 5 minit pun pass handphone kat dia terus aku gerak. Otw masa nak pergi KL Sentral aku dah nampak kat Jalan Istana (Istana Negara) dah jammed. So pikir2 takkan balik tu aku nak redah jammed. Dah lah pass handphone kat laki pun tak sampai 5minit.. karang lagi lama hadap jammed dari pass handphone.

Terus decide tak nak hadap jammed.. aku pun apa lagi... 


Lepak Dataran arrrr.. muahahahhaha

Ilex je aku lepak tepi jalan depan Dataran sorang2.. kau boleh??? hahahaha. Saja je ambik2 angin sebenarnya.. lagi pun kan aku nak avoid jammed pagi2.. time tu kan orang tengah berasak-asak nak pergi kerja.. So aku lepak je lah sini kejap.

 Kalau dah sorang2 tu apa lagiiiii.. berselfie lah kita.. hahahaha. Mula2 malu jugak aku nak selfie.. takut2 orang dalam kereta yang lalu lalang perasan aku syok sendiri berselfie. Cepat2 ambik handphone, toleh kiri kanan tengok line clear je terus snap.. Aiy is pemalu orangnya okeh!!! ngeeee ;P

Lepas tu aku ternampak dua orang tourist ni.. kemain macam tak pernah jumpa kucing ditengah2 town.. Ehhh mana ada kucing lepak tengah town kann?? ini lah sekor-sekornya kucing yang lepak santai kat Dataran... hahaha

 Lepas tu aku nampak dia snap gambar kucing ni.. hahahha cute je aku tengok.. kemain sangat perangai dia!! 

Agak2 dah dekat sejam aku lepak, hari pun nak hujan terus aku gerak balik rumah. 

Tengahari pulak member ajak lunch kat Flora Kafe.. Ok jom lah kita berlunch together2..

Aku makan Ubi Goreng je.. time tu plak hujan.. memang helok lah makan Ubi Goreng je.

Ok sekian saja cerita semalam hakak untuk tatapan uolls. Nanti kita sambung menjoyah lagi yer ;)
Read More

Thursday, April 24, 2014

Dilema

Amboi macam rancangan tibi pulak tajuk besau Kak Jah tu. Tak apa.. janji tajuk tak over sudeh.

Sebenarnya aku dalam dilema ni.. nak harap korang tolong aku memang tidok lah kannnnn.. karang merapu je komen kat  bawah tu.. but issokey Timah, Kak Jah try to solve it slowly dengan bantuan suami lah yer.. dalam entry ni aku just nak share je Dilemma aku tu. Kalau korang rasa boleh bagi pendapat, aku ok je.. tapi at the same time aku macam dah decide je keputusan tu.

Ok macam ni lah.. meh baca kusyuk2 apa yang aku nak ceritakan ni.

Korang ingat tak entry aku yang aku kata aku nak jadi "HOUSEWIFE/ HOUSEMANAGER/ HOUSEDIRECTOR haritu?? tak ingat?? hishh banyak makan semut lah korang ni.. kalau nak refresh balik paler otak korang boleh PICIT PUNAT ni untuk baca. Kalau tak nak baca issokey.. Kak Jah tak kecik ati pun ;P


Cerita sebenarnya macam ni.. setakat harini aku dah dekat sebulan dah berenti kerja.. dalam pada niat nak jadi housewife/ housemanager/ housedirector tiba2 termakbul sekejap cita2 aku tu. Tapi cita2 aku tu bakal terkubur minggu depan =( sebab aku dah dapat kerja kat tempat lain.

Actually Nizam tak pernah memaksa untuk aku kerja. Aku pun sebenarnya memang pemalas nak kerja jugak bila dah usia2 ganyut macam ni. Tapi bila pikir balik dah berbelas tahun kerja, sedap pegang duit tiap2 bulan sekali bila tak kerja rasa lain macam pulak kehidupan ni. So better aku pergi kerja... ye dok??? karang dok rumah perabih kan boreh je buat apa.. haha.. boreh tak apa Timah!! kalau makan boleh kenyang.. ni kalau perabeh duit laki je caner??? lama2 sok laki pun nyampah.. hahahaha. Ehh tak lah.. tak kan laki kita nak nyampah plak kannn.. dah itu tanggungjawab suami kot.. takkan dia tak bagi. Tapi jangan lah melampau2 sangat pulak.. kesian jugak kat laki tu.. kan Bie (Nizam mesti tengah baca ni.. mesti kembang kuncup hidung dia) hahahaha.

TAPI!!!!

Ada lagi tapinya.. sekarang ni aku dah dapat dua offer lah pulak.. kedua2nya offer best. Nature of business company A ni Oil & Gas di Bangsar Utama.. actually background kerja aku memang dari Oil&Gas pun sebelum aku berenti haritu. Nature of business company B ni pulak Construction di Jalan Ampang.. tapi company besau.. dekat gilos dengan rumah aku.. ala2 macam kalau emergency kereta rosak pun aku ada alternative lain untuk jalan kaki pergi kerja.. gittue.. ini yang buat aku jadi serba salah. At the same time dua2 ni nak aku start kerja immediately. So this coming Monday, 28 April diorang nak aku masuk kerja. Waduhhhh guano ambo nok pilih???? ambo kompius skarey nih.

Bila discuss dengan Nizam, dia kata kalau dialah.. dia akan pilih Company B yang kat Ampang tu.. 1stly dekat dengan rumah, save petrol, save bayar parking mahal nak arwah macam sebelum ni dan save time. Orait.. macam mana pulak yang kat Bangsar tu?? sebab aku dah accept offer jugak.. pffffttt. Tu lah memandai2 main accept je. 

Actually bukan aku memandai2.. time tu sebab aku desperate sangat kot nak apply kerja.. walaupun ada job lain yang menanti aku untuk attend interview. Bila datang yang lagi best pun aku accept jugak (Company B). Adoiiii celaru hidup Kak Jah.

Tak apa lah. Aku cuba accept yang kat Ampang ni dulu. Kalau ok means situ lah rejeki aku. Yang Bangsar tu aku rasa aku kena pergi mintak hampon banyak2 dengan orang tu.. sebab last minute tolak pinangan dia.. hahahaha.

Korang nak tau ke kenapa aku berenti kerja haritu?? Ok nanti kita cerita kat entry lain eh. Aku tau korang mesti malas nak baca kalau entry berkilometer macam ni lagi2 kalau entry yang tak ada gambar.. kannnn??? tak nak ngaku jugak??? suuuudah lah korang bukan aku tak tau perangai korang tu.. phuiiiiii *BuangSireh* ;P

Kak Jah will be right back soon dengan sambungan cerita ni.. 

Daaaa =)
Read More

Wednesday, April 23, 2014

WW : Collection

Khairine &  Mummy

Coach Coach Hotta Hei ;P
Read More

Tuesday, April 22, 2014

Pemenang Kuiz Gempak Bersama Kak Jah

Tibalah masanya untuk aku mengumumkan nama2 pemenang Kuiz Gempak Bersama Kak Jah. Gempak ke kau Jah?????? Muahahahaha.

Tak gempak pun tak apa nyah.. ini kuiz suka2 je.. bukan dapat hadiah tibi lapanploh inchi phonnn. At least dapat jugak aku beramas mesra ngan korang. Sambil aku buat entry sambil korang boleh jawab soklan tah apa2 aku kat entry2 tu kannn.. walaupun hadiah yang korang dapat nanti tak berapa nak gempak, tapi cukup lah sekadar aku dapat berinteraksi secara alam maya dengan korang2 yang baca blog aku.. betul ke tidokkkkkk?? ;)

Kepada pemenang yang tersenarai tu nanti emailkan address korang kat aku yer.. email to zazaabdullatif@yahoo.com

Nah tanpa buang masa aku list kan nama korang ikut tajuk entry yang aku up haritu.

*************************************************************************************

PEMENANG PERTAMA:


Farah dari Blog farahwahyda.blogspot.com Congrats Farah. Suka dengan komen Farah ni. Mula2 dia bagi komen dulu untuk keseluruhan entry & lepas tu menjawab soalan *HugYouFarah* =)

Farah nanti email or pm I address you okeh ;)


PEMENANG KEDUA :


Aeen dari blog aeenfadzilah.blogspot.com walaupun Aeen jarang2 datang singgah Blog aku, sekali dia datang, komen & jawab soalan.. terus jadi pemenang.. hehehe. Ini namanya rejeki kan Aeen ;) Style komen Aeen berlainan sikit dari Farah. Dia bagi jawapan dulu (kemain tak menyabar Aeen nak jawab soklan.. hehehe) lepas tu baru dia komen untuk entry aku.. Congrats Aeen..  *HugYouDeepDeep* =)

Aeen, nanti email or pm hakak address awak yer yunk ;)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


PEMENANG PERTAMA:


Umi QI.. haa baru je lepas aku dapat gift dari Umi QI.. kali ni turn Umi QI pulak aku nak bagi gift.. Korang jangan salah anggap yer.. bukan sebab Umi QI dah kasi aku gift lepas tu aku nak balas jaga hati pulak tau!!.. dan bukan pilih kasih sayang yer.. sebenarnya aku suka sangat2 bila Umi QI datang komen kat blog aku. Semua komen2 dia tu sangat2 bernafsu.. hahaha bukan "bernafsu" yang lucah2 lah oiiiiii.. suka sangat nak pikir blue2 korang ni kannnn.. Maksud aku setiap komen2 yang Umi QI tinggalkan kat blog aku ni kemain panjang berkilometer.. semua ayat2 dia sangat2 ohsem!! kan Umi QI??? :)

Umi QI tak payah bagi address.. haritu I dah mintak ;)


PEMENANG KEDUA :


Tadaaaaa... sorang kumbang terselit jadi pemenang kedua.. Sobri Yaacob dari blog akusobriyaacob.blogspot.com still nak mencuba nasib walaupun lambat respon katanyer.. hehehe. Nahhhh hakak pilih dik Sobri jadi pemenang kedua.. 

Nanti email address awak kat hakak yer dik ;)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


PEMENANG PERTAMA:


Kuciwa ditinggalkan???? pfffttt hahahahaha.. Yer lah BM Cik Jah nak kasi hadiah kat awak ni sebab kena tinggal haritu.. hehehe BM dari blog relakssminda.blogspot.com


Nanti emailkan address tau.. ;)

PEMENANG KEDUA :


Mami Lizz dari blog haslizalizz.com lain macam betul perangai Mami Lizz ni.. dia tengok gambo dulu sampai habis bari dia baca katanyer.. hahahhaa. Ok jadi pemenang kedua Kak Jah yer.. 

Nanti Lizz emailkan address kat Zaza yer :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Untuk entry Waterboom Kg. Gajah Wonderland, Bandung [Day 3] aku tak buat kuiz.. so aku randomly aku pick je siapa punya komen yang bernafsu.

Blogger yang bernafsu tu adalah.. 


Idzwa.. si jelly jelly bunny ni.. hahaha jelly tu jeles eh??? ekekeke.. Wa, nanti kau pm aku address kau.. aku nak hantar bom kat kau.. kikikiki ;P

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Hi Kak Nora.. awak tau tak yang komen awak ni bernafsu???? pfffftt hahaha. Maksud kita komen akak terpilih untuk terima gift dari kita.. hehehe.. Kak Nora dari blog dialoguda.blogspot.com Nanti emailkan address yer :)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Last kopek.. untuk entry Bye2 Bandung [Day 5]

Antara pemenang bernafsu itu adalahhhhhhhhhhhhhhhh... 


Cik Puan Suria Amanda.. dari blog suriaamanda.blogspot.com
Kak Long Divas ni tak payah bagi address iolss dah ada address uolls dah.. Aku kan tiap2 bulan menang top commentator dari blog SuriaAmanda. Memang akan jadi pemenang sepanjang zaman lah aku gamaknya.. hehehehe 

Congrats uolls.. kalau korang tak baca entry ni nanti aku pergi gegar kat blog korang.. kalau tiga kali gegar tak response means tak dapek lah hakak nak nolong. Yang tak terpilih tu jangan sentap yer.. nanti aku kira2 balik.. kalau ada lebihan gift nanti aku roger korang.. 

Terima kasih korang pengomen2 bernafsu.. love you strong!!! ;D
Read More

Saturday, April 19, 2014

Pemenang Birthday Wish Umi QI

Yipppieeee!!! Big thanks to Umi QI.. sebab pilih Zaza sebagai salah sorang Pemenang Wish Birthday Umi QI baru2 ni.. auuuwww nampak tak Kak Jah sebenarnya memang pompuan hebat??!! Tak lah hebat mana pun.. hebat kepochi adalah.. hahaha Boooo!! ;P

Aku tertunggu2 jugak kata Umi QI nak post hadiah.. tengok ramai yang dah dapat bungkusan coklat dari Umi QI.. kali ni turn hakak pulak.. xoxo manyak happy.. 

Khairine : Mummy.. ada surat untuk Mummy.. Khairine bukak eh (sambil tunjuk envelope chocolate)
dalam hati dah agak dah mesti dari Umi QI sebab itu yang aku tunggu2 pun.
Aku : Bukak lah.. Mummy dah tau dari siapa dah tu.. 
Khairine : Eeeee fridge magnet dengan note book lah.. comelnyaaaaaaa.. siapa bagi ni Mummy?
Aku : Alaaaa auntie yang kita pergi celebrate birthday anak dia kat McD haritu.. 
Khairine : Oooo auntie tu.. (sambil senyum2 macam kerang busuk)

Tadaaaa ini lah dia FM & note book comel dari Umi QI.. 1st page note book ni siap ada saen (sign) & nombor hp Umi QI lagi tau. Auuwww retissss sangatttt.. aiy is like ;)

Terima kasih banyak2 Umi QI sayang. Appreciate sangat gift Umi QI ni tau.. nanti Zaza lekat FM tu kat fridge rumah Zaza yer.. note book tu Zaza letak dalam handbag Zaza.. Umi QI sentiasa dalam handbag hati Zaza ;)

Meh sini pipi gemu awak tu kita nak cium sikit.. hehehe. Love you Umi QI :)
Read More

Thursday, April 17, 2014

PEPLUM YANG STYLISH & BERGAYA

*sponsored post*
*scroll down for new entry*

Korang suka pakai peplum tak? Kat Malaysia ni macam2 fenomena style baju yang kita boleh dapat. Asal keluar je fesyen baru sure kita pun nak juga ikut serta. Aku pun suka pakai peplum. Simple & look nice.. bila pakai rasa sweet sangat diri sendiri.. hahaha. Kalau dulu2 gaya peplum kat Malaysia memang sinonim dengan style baju kurung peplum yang dipopularkan oleh Allahyarhammah Seniwati Puan Sri Saloma. Namun kini peplum kurung moden pun dah menerima rekaan yang lebih stylish lantas mencipta fenomena yang cukup hebat dalam kalangan penggemar fesyen Muslimah terkini di Malaysia.


Kelihatannya trend peplum kini kembali digayakan oleh fashionista di seluruh dunia. Terdapat banyak rekaan baju peplum terbaru yang dihasilkan oleh para pereka fesyen. Antaranya ialah peplum dress dan peplum top. Kedua-dua fashion item ni begitu popular dalam kalangan wanita sekarang dan dah menjadi pilihan utama buat para selebriti Hollywood untuk bergaya di laluan-laluan karpet merah ketika menghadiri majlis-majlis anugerah dan hiburan yang berprestij.. curlassss kan penangan peplum =)

Dari zaman mak2 kita dulu sangat2 fofuler dengan fesyen peplum ni. Korang tengok je lah cerita2 P.Ramlee kat tv.. mostly pelakon2 wanita dalam film tu semua pakai peplum. Aiy is suka sangat. Lagi2 bila ikut cutting body diorang.. fulamakkk macam kerengga nyah!! hahaha.


Peplum jugak mudah untuk digayakan dan sesuai untuk dipakai ke apa jua majlis istimewa. Ia amat cantik kalau korang dipadankan dengan mermaid skirt atau skirt labuh, palazzo atau pants biasa. Kebanyakkan wanita akan memakai baju peplum ke tempat kerja, majlis-majis keramaian dan sebagainya. Dah jarang sangat aku tengok orang2 sekarang kalau ke Majlis2 orang kawin atau majlis2 keramaian pakai baju tradisional.. which is baju kurung or kebaya. Selain daripada itu apa yang lebih menarik ialah peplum turut menjadi pilihan buat wanita yang berhijab atau hijabista.. itu memang aku tak nafikan. Kebanyakkannya diorang pakai ala2 baju Muslimah yang lain dan dipakai bersama Muslimah bottoms yang sesuai.

Nak tengok aku pakai peplum tak??? karang kata aku cerita poyo je pasal peplum tapi sebenarnya tak pernah pakai ponn.. Ehhh kau silap yer Senah.. aku memang ada koleksi peplum sendiri tau. Nak tengok???

 Gaya 1

Gaya 2

 Gaya 3

 Gaya 4

Keempat2 gaya diatas adalah dari koleksi dari wardrobe aku. Material jenis wool cotton. Dan berselfie dalam toilet.. wakakaka.

Dan gaya bebas.. pfffftttt.. Ini pun antara koleksi peribadi aku dari wardrobe aku. Material jenis lycra.

Dapatkan peplum top ketika ianya masih popular. Terdapat banyak website online shopping Malaysia atau blogshop di luarsana yang menawarkan koleksi peplum untuk wanita dengan pelbagai rekaan, corak dan warna daripada jenama-jenama terkenal. 

Jika anda tidak tahu sebenarnya online shopping lebih menjimatkan masa dan wang anda. Anda tidak lagi perlu keluar untuk membeli-belah sebaliknya boleh membuat pembelian dengan cukup selesa dari rumah sahaja!

Nikmati potongan diskaun istimewa untuk dapatkan baju peplum dengan harga yang murah dan berpatutan ketika musim sale Malaysia atau warehouse sale. Jom alami pengalaman retail therapy terbaik!

Kalau korang masih tercari2 peplum yang bersesuaian & yang cantik2 boleh cari di http://www.zalora.com.my/women/clothing/peplum-tops/

Happy shopping with Zalora uollsssss =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah