Monday, December 30, 2013

Kayuhan Di Bukit Cerakah

Lama giler kot aku tak beraktiviti lasak.. seingat aku last masa aku buat Rock Climbing [LINK] lepas tu ada lah juga hiking naik ke Gunung Nuang [LINK]Berkayuh di Putrajaya  [LINK]berkayak di Putrajaya [LINK], futsal pun aku ada main juga dulu. Kau!!! semua sejarah yang ada aku letak link tuha.. hahaha. Kalau kau baca pun ko pitam nyah.. macam tak sangka aku gigih berhiking, climbing, berbasikal and berkayak.. muahahahaha.. Nak harapkan sekarang ni memang jarang2 lah nak seaktif macam dulu lately ni lagi lah langsung non hado.. hahaha. Berat giler dah bontot aku ni nak bersukan. Mungkin faktor umur kot????? pfffftttt.

Sabtu lepas aku pergi cycling.. Eh choppp!!! nama tempat ni ada tiga, tapi tempat yang sama.. setahu aku ada yang panggil Bukit Cerakah atau Bukit Cahaya atau Taman Botai Negara Shah Alam. So mari lah kita memandai2 panggil Bukit Cerakah ajos.. tak payah aku nak taip panjang2 lagi pun tempat ni dah sinonim dengan nama Bukit Cerakah dari dulu kala lagi kannn.

Masa aku sampai gate pun tak bukak lagi.. semangat nak berbeskal katanyerrr.. hahaha. Memang kena datang awal kat sana yer untuk mengelakkan daripada kehabisan beskal and to avoid crowded.. nanti aku lemas kalau berasak-asak dengan orang ramai. 

Ini entrance fees. Murah dan berbaloi.. kenapa aku kata murah?? sebab dengan bayaran tigahengget, kau dapat masuk ke kawasan yang besar dia sekampung. Tapi sewa beskal harga lain ar.. tapiiiiiiii (tapi lagi) sewa beskal pun murah oiiiiii.

Info : Kedai makan ada disediakan kat area pintu masuk, so kalau datang pagi, makanan breakfast ada disediakan, lunch pun ada. kalau kau lapar ke haus ke, nak berak ke, nak kencing ke semua kemudahan ada disediakan kat situ.

Ini lah pondok beskal tu. Lepas dah bayar untuk masuk dikaunter depan tadi, ko terus lah berlari ke pondok ni cepat supaya dapat beskal sebelum kehabisan stock.

Info : Sewa basikal RM5 untuk satu jam yang pertama, jam seterusnya akan dikenakan RM1. Means kalau kau ambil basikal pukul 9am, kau pulangkan pukul 12am, so sewa dah jadi RM7. Ada dua jenis basikal.. basikal biasa yang macam mountain bike dan satu lagi jenis basikal yang ada bakul kat depan. Itu cantik, colour pink lagi.. hahaha.

Info lagi untuk korang yang teringin nak ke sini. Actually basikal yang diorang sediakan tu bukan lah basikal yang baek baek.. basikal biasa je sebenarnya. Tapi bagi aku, aku prefer bawa basikal sendiri je dari sewa kat situ. Sebab basikal kat situ aku rasa macam tak confident condition dia. Kalau basikal sendiri at least kita tahu condition dalam keadaan baik atau tidak contohnya macam brake dan bunga tayar basikal kita.

Ok panjang sangat info2 tu hehe. Moh tengok gambar and baca cerita aku pulak ;P

Dah agak2 lama berkayuh kat area hutan, ini lah first gambar pokok yang aku snap. Bagi aku pokok ni cantik, selain langit pun membiru je ;) 

Dusun durian tinggalan toknenek aku.. pfffffttt hahaha. 

Adoiii tengok dah lupa pulak aku nak mensi aku kesini dengan siapa.. Aku pergi dengan kawan baik aku.. Nurul nama dia. Kitorang pergi berdua je. So bila ambil gambar guna konsep 'lepas aku ambil gambar kau, kau ambil gambar aku' muahahahahaha.

Hasil tanaman dari dusun belakang tu.. rambutan, manggis, durian dan kelapa. Tapi semua hasil tu tak boleh dimakan.. hehe.

Kenapa ada pokok cactus kat situ?? nanti aku tunjuk gambar lain yer.

Nampak tak cactus kat belakang aku tu?? ini lah dia Cactus Garden. Cool giler tempat ni.. kawasan tu dipenuhi dengan pokok cactus plus batu bata yang diorang buat kat situ memang menarik perhatian mata aku.. maklumlah first time datang kesini memang jakun sikit.. hehe.

Gambar ni tak ada motip ;P


Kenapa aku letak dua gambar yang sama?? sebab moment ni agak bahalol sikit.. hahaha. Bila snap gambar kiri tu, si Nurul suruh aku snap sekali lagi sebab dalam gambar kiri tu ada sampah. hahaha. So tengok gambar kanan tu sampah dah tak ada. Nampak ke tidok beza dua2 gambar tu???? ok aku tau ini tak kelakar.. buelkkkkk ;P

Ini lah kawan aku Nurul..Alhamdulillah dia baru je berhijab start bulan puasa haritu. Oiiiii kau tak payah nak feeling yoga ditaman cactus sangat bolehh?? hahaha.

Aku pulak feeling entah apa2 hahaha.

Kau rasa gambar ni boleh tak masuk majalah nangka??? pffftttt.

Ini pulak boleh tak jadi model majalah cempedak busuk?? sebab majalah mangga dah penuh space tak boleh letak dah gambar2 yang tak ada curlass begini.. muahahahahaha.

Dah bergedik santai kat sini, kitorang turun ke bawah sikit untuk ke main entrance Cactus Garden.

Welcome to Cactus Garden =)

Aku suka gambar ni.. gambar ni menampakkan macam aku berada dialam fantasi gittue.. hahaha. Siyesss cantik tempat ni.. lagi2 kalau time matahari tengah terpacak atas kepala.. perrghhh.


Cantik oiii tempat ni.. tapi aku tak naik sampai ke atas sangat.. sebab takut kot2 ada harimau ke singa ke keluar dari hutan kat belakang tu.. ai kan perempuan yang lemah.. takut okeh!!! hahahaha.

So ushar dari jauh je ;P

 Kau mampu pijak pokok berduri?? ok ini adegan propa je yer.. hehehe

Berdiri sebelah kaluuuu ok =)

Ini pulak view dari bawah.. cantik kannnn?? aku suka dengan batu2 buatan manusia kat kawasan ni.. memang kena dengan konsep. Me is like it so much ;P


Dua jenis cactus.. Kiri yang real, kanan yang fake =)

Nahhh baca sikit sejarah pasal Taman Kaktus ni.


Time ni nak gerak dari Cactus Garden.. nak patah balik ke jalan keluar. Penat oiiiii berkayuh.. rasa nak tercabut tulang bontot aku.. segala peluh jantan betina semua keluar.. hahaha.

Kayuh punya kayuh, singgah sini kejap. 

Actually masa otw nak ke Taman Kaktus, memang melalui Skytrex Adventure ni, tapi disebab kan mencungap2 berkayuh, aku & Nurul decided bergambar masa otw balik. So ini lah hasilnya.. bergambar je kat depan ni tapi tak join pun aktiviti kat dalam tu. Aku tak boleh naik semua tu.. sebab aku gayat.. hehehe *alasanbodohsangat*

Info : kalau korang nak tahu apa ada kat Skytrex Adventure ni, boleh CLICK SINI

Map apa tah ni aku tak paham. Janji dapat propa depan map.. muahahahaha.

 Habis cycling kitorang pun pulangkan semula beskal di Pondok beskal masa mula2 ambil beskal tadi. Lepas tu menggelupur cari air. So lepak kat kedai kat area situ kejap lepas tu kitorang nak naik tram nak pusing2 kat area satu lagi sebab nak berkayuh dah tak larat.. sikit lagi bakal nak tercabut tempurung lutut ni.

Tengah tunggu tram. Kena beratur yer Bedah.

 Walaupun kena beratur panjang, tapi tram cepat sampai. So tak lah berjinggut menunggu.

 Dalam tram. Ini je lah satu2nya gambar yang ada.. itu pun bergegar seribu.. hahahaha. Dah letih nak bergambar lagi.. badan dah gigil kepenatan.

Tapi aku tak puas hati betul lah dengan tram tu, sebab dia bawa kitorang round selengkok je. Nurul kata kalau naik tram dia akan bawa jalan sampai setiap ceruk yang ada kat Bukit Cerakah tu. Mungkin tak ada rejeki aku kot untuk tengok keseluruhan tempat tu. huhu cedeyyyy =(

Agak2 dah pukul 12pm, kitorang pun gerak dari tempat tu. Singgah ke PKNS Shah Alam kejap sebab Nurul nak cari barang kat sana.

Dari PKNS Shah Alam, terus ke PJ.. lunch di Strawberry Field Cafe.. Seafood Carbonara Marinara.. Yummehhhh ;P
Read More

Tuesday, December 24, 2013

Spectacles At A Young Age & Frozen

Amboihhhh kemain nak omputih sangat tajuk kau tu Jah.. hahaha. Sesekali apa salahnya kannn.. 

Sebenarnya benda ni happened dah lama. Khairine selalu mengadu kat aku yang dia selalu sakit mata + gatal2 mata. Dia selalu gosok2 mata dia sampai meroh. One day aku bawa dia pergi klinik.. check mata. Doktor kata ini cuma alahan je.. mungkin sebab selalu terdedah pada habuk.. ehhh doktor ni nak kata anak aku selalu main dengan habuk ke apa?? hahaha. Tapi aku percaya dust and germs ada dimana2.. tak terkecuali boleh terkena pada kita yang orang tua ni. Kalau terkena dekat budak2 haruslah effect dia lagi menonjol.. budak2 lah katakannn.


Opsss sorry muka Khairine baru bangun tido dengan baju tido sekali aku snap.. hahaha.

Dengan bekalan ubat dari doktor, dalam masa dua minggu aku selalu juga tanya Khairine samada berkesan ke tidak ubat yang doktor bagi tu.. dia kata OK.. so aku lega sikit lah. Assumption doktor kata  dust and germs tu betul lah kot.

After a few weeks Khairine mengadu kat aku lagi.. dia kata mata dia sakit balik. Duhhhh pekena dengan anak aku ni.. haritu kata dah ok.. now jadi balik. 

Ohh lupa, at the same time Khairine kerap sakit kepala. Aku ni biasalah sikap cuak tak habis2. Tak nak lah bad things happen.. dan tak nak lah aku pikir yang bukan2.. Bab2 sakit kepala ni memang aku takut sket. Sebab member aku sorang tu memang kerap sakit kepala, end up bila check kat sepital.. ada tumor. 

Dah!! stop lah cerita benda2 tak elok macam tu. Aku tak nak buat assumption yang terlalu jauh sampai macam tu sekali. Apa yang penting aku nak anak2 aku sihat walafiat dan hidup gembira.. InshaAllah =)

Back to the story.. haritu EmakNenek buat spect kat Focus Point. Bila dah siap EmakNenek ajak aku teman dia pergi collect spect dia kat Focus Point. Dan2 je EmakNenek kata.. check sekali mata Khairine tu selalu na gatal2 & sakit kepala.. kot2 lah kena pakai spect ke.. 

Gluppp!!! aku ni dah lah tak suka budak yang kecil2 lagi dah kena pakai spect.. last2 kena kat anak sendiri pulak.. huhu. Bukan tak suka apa, cuma bagi aku budak2 kan fresh lagi, deria melihat diorang ni pun masih elok.. kenapa mesti nak kena pakai spect. Sebagai parents, aku tak boleh mengelak dari kenyataan ni.. huhu


Check kat alat ni tak tepat sangat.. 

Masuk sini untuk check dengan lebih tepat lagi.


She's ready now



Pffffftttt gelap!! harus lah gelap.. mana boleh check mata time2 cerah. 
Aku ni kan sakai gambar, dalam gelap pun aku snap juga gambar anak aku tengah check mata dalam gelap ni.. muahahahaha. Pedulik ;P


Mulut kaber sket Khairine.. hahahaha. Dah check dalam bilik gelap tu, dia ajak keluar pulak check dalam keadaan terang.


nak jugakkkkkkk ambil gambar dalam cermin ;P


Everything kawtim.. esoknya spect boleh siap. Power untuk spect Khairine ni tak lah tinggi mana pun.. orang tu kata mata dia more to silau je. 


Harga RM200 juga lah buat spect untuk dia. Tak apa.. untuk kebaikan anak aku sanggup je.


Tadaaaa... dah macam mokcik2 pulak budak ni kecik lagi dah kena pakai spect.. hahaha. Nampak Danish kat belakang tu?? notti kan??!! ;P


*****************************************************

Boleh tak aku sentil satu lagi cerita kat sini?? Tak boleh pun aku bolehkan juga.. malas aku nak bukak entry baru untuk cerita ni ;P

Haritu aku pergi tengok wayang dengan Khairine cerita Frozen.. sibuk na nak tengok cerita Frozen.. haritu kitorang pergi berdua je. Kalau bawa Danish tentu2 lah dia tak minat cerita pompuan macam Frozen tu.


Excited!


Dah nak start..


Gambar ni bukan cubaan nak buat cetak rompak yer.. saja je snap dari dalam cinema.. boleh gittue???? ;P

Habis je tengok wayang minah tu sibuk ajak karaoke pulak.. ek ehhh budak ni kemain lagi ajak mak kau berkaraoke pulak!! hahaha kau rasa????? 


Siap bervideo sekali Bedah!! lepastu main pass2 hp lagi dengan Khairine hahaha.. tapi gelap sket ar.

Jangan gelak kan tau!! video dibuat hanya untuk syok sendiri ajosss... hahahahaha
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah