Wednesday, November 25, 2015

Last Day Sekolah 2015

Jumaat haritu last day budak-budak bersekolah. Sekolah Khairine ada buat Hari Anugerah Cemerlang. Aku pergi. Tapi bukan nak tengok Khairine dapat anugerah. Dia paksa aku datang sebab suruh tengok dia nyanyi koir. Over sangat budak ni. Koir je pun. Mula-mula aku cakap kat Khairine.. Mummy tak payah pergi lah.. kalau Khairine dapat anugerah semangat sikit Mummy nak datang tengok. Terus dia buat mulut muncung. Nak jaga hati anak punya pasal, turutkan juga kehendak anak. Siap dengan baju kurung lagi i datang tau! ayu sangat Mak Khairine.. auuww (senyum gatal).

Macam biasa pagi hantar dia ke sekolah. Alang-alang dah hantar pagi tu, aku terus dok kat kantin sekolah lepak minum jap. Pastu masa aku nak gerak pergi dewan, kawan Khairine datang tegur aku.'Hi auntie' bila aku berdiri tengok dia.. dalam hati terus cakap apasal tinggi nau budak ni.. bak kata pepatah.. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.. muahahaha. Ai is tergugat!

Oh lupa.. si Danish tak sekolah. Awal-awal dah bagitau aku dia tak nak datang sekolah hari Jumaat tu sebab tak belajar katanya. Memang tak belajar pun. Dah kata pun last day sekolah.. tambah pulak haritu ada penyampaian anugerah.. sapa nak mengajar?!


 Ini dia kumpulan koir Sekolah SKTHO
Bila nampak anak sendiri atas stage terus tercekik ailiyur aku. Tiba-tiba rasa sebak.. mula dah bertakung air mata, mula rasa nak menitis air mata. Padahal anak kau koir je atas stage tu Jah oi. Dah kenapa semua perasaan tu nak timbul? hahahahaha. Aku bukan boleh. Nampak anak masuk pagar sekolah pagi-pagi pun perasaan tersentuh. Nampak anak lari atas padang masa sukan sekolah pun rasa excited melambong-lambong. Anak pergi camping dua hari satu malam lagi lah mencurah-curah air mata mengalir.. perasaan rindu kat anak jangan kata lah.. menggunung tinggi gamaknya. Perasaan seorang mader ni memang amazing.. siapa tak ada anak lagi memang tak akan ada feeling ni. Eh ke aku sorang je yang terlebih perasaan? pffffttt :p

Khairine yang berdiri kat tengah. Row depan yang keempat dari kiri.. yang tengah nganga mulut tu.. hihihi. Spot budak tembam belakang tu., kemain lentok kepala nyanyi lagu koir ya! hahaha.


Habis koir ada persembahan lain pulak. Lepas tu diselangselikan dengan penyampaian anugerah. Yang geram tu bila nampak budak-budak pra sekolah beratur siap pakai jubah konvo. comey sangat :)


Khairine & friends



Ini babak sedih. Aku pun terjebak sama. One of bff Khairine nak pindah ke Manjung, Perak. So diorang buat drama air mata hari last day sekolah. Aku ni bukan boleh. Nampak orang menangis, mula lah aku nak syahdu syahdan juga. Walaupun budak-budak ni diketegorikan budak-budak, bila bab-bab nangis ni hati i cepat tersentuh tau!


Berpelukan :'(

All the best Phoebe. Auntie doakan kamu berjaya dalam pelajaran. Hope dapat kawan baru nanti kat sana. Jangan lupa kawan-kawan kat sini pula.. ewah pesan macam budak tu kawan aku pulak.. hehehe.

 Bergambar kenangan sesudah drama air mata. Tinggi betul budak-budak ni. Khairine juga kemetot. Bila berdiri sebelah aku, aku rasa dia dah tinggi.. padahal aku yang tak berapa nak tinggi. Bila berdiri sebelah kengkawan Khairine terus nampak sama tinggi. Kau rasa????? aku pun tak paham apa cakap.. hahaha.


Sekian.

I am loving Mader.

Kbai!
Read More

Wednesday, November 11, 2015

Sekiranya Anak Anda... Itu Kerana Anda...

Hello.. Assalamualaikum, selamat pagi, good morning, vannakem ;) Selamat menyambut Deepavali kepada kaum hindu yang meraikannya semalam. Cewah dah macam personaliti tv je kan.. hihihi.

Untuk meneruskan cerita kita pagi ini, aku nak share sesuatu dengan korang. Share pasal motivasi kita as a mader untuk anak-anak. Sepanjang berblog ni, ada juga beberapa entry yang aku pernah share pasal anak-anak. Tidak lah nak kata aku ni hebat dan bagus sangat dalam hal penjagaan anak.. tapi as a woman yang dah mempunyai anak, sifat keibuan kita automatic akan ada dalam diri.. gittue lah celotoh i yang ala mader-mader ni hahahaha. 

Kepada para mader mahupun fader, sila bawa dan jadikan motivasi untuk diri anda.











Source : terjumpa kat fb Adam Hawa

Simple quotes tapi maknanya yang mendalam. Lepas baca satu persatu quotes dalam gambar tu korang ada rasa insaf tak?? hahaha. So kalau rasa-rasa korang salah satu darinya, mungkin korang boleh berubah atau mengubah ke arah yang betul. Reminder untuk i juga.

Fikir-fikirkan.. dan selamat beramal :)

Sekian.

Motivate diri.

kbai!
Read More

Tuesday, November 3, 2015

Harga Barang Naik!

Bulan ni baru noticed harga barang semua dah naik kaw-kaw. Ahad minggu lepas pergi beli barang dapur kat Giant. Bukan "to buy things kitchen" ya! hahahahaha.. ada si bodoh mana tah dengan confident up status kat fb tulis macam tu.. ah lantak lah! Memang selalu port shopping groceries kat Giant je. Aku tak pilih supermarket lain sebab dah compare harga diorang agak mahal sikit (tak nak sebut nama supermarket tu nanti diorang sentap) LOL!

Kini, Giant pun dah pandai naikkan harga sampai melambong-lambong tinggi. Nizam yang selalu alert bab-bab compare harga & brand. Dia memang terlalu ambil kira hal-hal comparison. Harap aku? aku kaut je masuk trolley apa barang yang aku suka.. lagi-lagi kalau bawak budak dua orang tu (Khairine & Danish) memang seram dibuatnya.. hahaha.

Kenapa aku kata harga barang naik? kita akan noticed if kita beli barang yang sama setiap bulan.. automatically kita akan teranjat berok sampai terbuntang bijik mata kat situ. Contoh macam softener. Setiap bulan kalau kau beli dengan harga RM6+ tiba-tiba minggu lepas bila nak beli je tengok harga dah naik sampai RM7+ tak teranjat kau dibuatnya??

Contoh kedua : Fresh milk.. Setiap bulan aku akan beli fresh milk brand Marigold. Dari harga RM6+ sekarang dah jadi nak dekat RM8.. wah betul punya kaut keuntungan nampaknya!

Mungkin dengan kenaikan harga tu dia include sekali dengan GST kot? entahlah.. karang salah tulis ada yang kecam pulak. Tu tak termasuk GST masa kat kaunter bila time nak bayar. Phewww donia donia.. Donia dah nak terbalik agaknya!
Kalau label kuning-kuning macam ni kononnya harga promotion. Promotion pun macam tak promotion.. harga sengat juga aku tengok. Tak jauh beza pun.. kalau setakat less singgit duainggit tak payah beli lah Bedah!

Masa aku balik Melaka haritu aku ada pergi supermarket kat sana nama supermarket tu Family Store. Teranjat tengok harga kat Family Store jauh lebih murah dari harga kat KL. Aku memang pakai Shampoo Dove. Kat KL kalau tak ada promo, harga boleh pergi sampai RM15+, compare kat Melaka semurah RM10+. Kau rasa? jauh lagi murah kan? kenapa harga di supermarket luar bandar lagi murah dari KL? *aku bingung*

Bercerita tentang bab makan pulak. Dah lama aku craving nak makan pulut mangga kat kedai Thai. Asek tak kesempatan je, asal nak order je habis, asal nak order je kedai tu tak jual pulut mangga. The same day after we shop groceries haritu, aku ajak Nizam makan kat luar je. Bila sampai kedai tu Nizam tunjuk menu kat aku he said here got Pulut Mangga. Terus meloncat kegembiraan.

Maka terlaksana sudah apa yang ku idamkan.

Nampak ketam tu? sampai terkeluar dari mangkuk. Over sangat presentation tomyam ni kann.. hihihi. Isi kandungan not bad.. macam-macam ada. Sedap & puas hati. Tapi bila tengok cendawan dalam tu.. adoi dia carik sampai halus nak mati.. sehalus taugeh jadinya. Apa salahnya kalau belah dua je.. huhu.

Selain dari dua gambar menu kat atas tu, kitorang order nasi putih 2 pinggan, daging masak merah, kuetiaw kungfu (tapau untuk emak), air fresh orange & teh o panas. Total damage untuk semua tu RM37. Mahal ke murah? ke standard je harga tu sebab ketam terkeluar dari mangkok?

Serik rasanya nak beli sembarangan kat luar. Selagi boleh save, kita save. Bukan nak kedekut. Faham-faham je lah.. mata wang Malaysia ni dah macam tak ada apa yang nak dibanggakan. Nilai limaploh hengget sekarang macam limosen je :(

Sekian.

Aku yang insaf. 

Kbai!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah