Thursday, October 31, 2013

Kutu Laki Bini

Aku sendiri yang tulis tajuk tu pun aku boleh gelak. Kau mesti tertanya-tanya kannn apa itu kutu laki bini.. hahahaha. Ini bukan kutu beras atau kutu rambut atau kutu babi yer Bedah.. Ini kutu duit atau dipanggil duit kutu. hahahahhaa adoiii susah aku nak cari tajuk untuk entry ni.. phuiii.

Kauorang semua mesti tahu apa itu main kutu kan?? pada yang tak pernah main kutu pun mesti tau apa itu main kutu... ke tak tau jugak?? kalau tak tau lantak kau lah eh.. haha. 

Ingat tak mak2 kita dulu selalu main kutu. Emak Nenek pun pernah main kutu.. seingat aku masa aku kecik2 dulu aku pernah tengok Emak Nenek main kutu dengan geng2 dia.. tapi tak tahu lah berapa amount dia. 

Even aku sendiri pun pernah main kutu masa zaman sekolah rendah dulu.. alaaaaaa main bodo-bodo je dengan kengkawan. Main minggu2 cepat sket dapat duit.. satu hari seposen .. sangat2 bingai time tu hahahaha.. 

Sekarang ni aku pasti ramai lagi yang masih mengamalkan permainan kutu ni kannn.. even now aku pun masih main lagi hehe.. nak tau main dengan siapa???? 

psstttt psstttt *cakap.bisik.bisik* dengan Nizam je muahahahahhaha.

Kitorang berdua main kutu kau!!! haaa kau jangan nak gelak kan aku pulak eh.. aku rotan nanti!! Actually main kutu laki bini ni senang.. tak siapa pun boleh mengelat.. kalau laki aku tak bayar untuk bulan ni, aku boleh jerit je kat dia suruh bayar. Kalau aku buat2 lupa bayar, dia pulak akan jerit kat muka aku.. Jerit anjer-anjer lah.. bukan jerit kuat2 ponn.. hahahaha poyo!

Actually kutu ni adalah tabung percutian keluarga kami.. Hasil duit tu boleh lah digunakan untuk pergi bercuti kemana2. Aku kasi contoh terdekat lah ek. Untuk tahun ni aku ngan Nizam main kutu untuk percutian keluarga yang dah dirancang dari awal tahun lagi untuk ke Sabah bulan December nanti.

Flight tiket tak masuk dalam duit kutu ni sebab Nizam beli pakai duit dia. So part of duit kutu tu nanti ambil sikit untuk bayar duit hotel. Balance dari duit kutu boleh buat tambah2 berbelanja bila kat sana nanti.. atau boleh gunakan untuk bayar makan, bayar sewa kereta and etc. Untuk beli bekalan lain kesana nanti boleh beli ansur2 setiap bulan sebelum hari percutian tiba.. bijak tak??!! hehe

Kalau nak keluarkan duit selepuk memang tidak lah.. Dah nama pun percutian keluarga yang dah dirancang.. mesti lah kita kena bijak mengatur perbelanjaan.. yer tidok?? Dan tak kan semata-mata nak pergi bercuti sanggup nak keluarkan duit dari ASB.. ohh itu memang lagi lah tidak. Duit simpanan dalam bank jangan dikacau.. biar dia dok dalam tu diam2.

Ini kutu ala2 saving juga lah.. macam main pondok2 laki bini pun yer jugak..  haha. Senang macam tu.. tak lah percutian yang dah dirancang tu nanti kau baru teraba-raba nak cari duit. At least dengan main kutu lakibini, aku dah save disitu. Tak payah gaduh pasal duit tak cukup ke apa.. hidup lagi bertambah bahagia bersama keluarga terchenta... muahhhhhh kasi cium sikit sama ai punya husband.. hohoho
Read More

Wednesday, October 30, 2013

WW in October #3

The Pinky Taxi
Read More

Tuesday, October 29, 2013

Nyet Hilang Tiga Hari



Cuba kau tengok muka dia... biasa je kannn?? senyum jer doplohpatjam... Kau tahu tak tiga hari aku susah hati sebab dia??!! sikit je lagi aku boleh bertukar jadi singa.

Cerita dia macam ni... hari Jumaat lepas, macam biasa petang aku balik kerja aku akan jemput Khairine kat Sekolah Agama dia. Fine.. after fetching her, we go back home.. cehhhh cakap orang putih pulak nih ;P lex ar jangan stress dengan cerita aku ni eh.. kita chill chill je ;)

Dah siap parking kereta.. sebelum sampai muka pintu rumah.. aku terlupa nak angkut sekali laptop aku yang yang aku letak dalam bonet kereta.. On that day aku bawak laptop pergi kerja.. biasa lah orang tamak.. kat opis buat kerja pakai laptop company pun masih lagi tamak haloba nak bawak lappy sendiri pergi kerja.. phuiiii.

Ok sambung cerita.. sebenarnya point cerita ni aku nak bagi tahu yang Nyet aku hilang.. sobssss (nyet yang dimaksudkan dalam gambar tu). Nyet tu keychain untuk kunci kereta aku.. Maknanya kunci kereta aku hilang Jumaat lepas.. huwaaaaa =(

Macam mana boleh hilang??? masa aku teringat bag lappy aku dalam bonet kereta.. aku suruh Khairine tolong ambik kan dari bonet kereta.. sambil menghulurkan kunci kereta kat dia.. dia pun lenggang2 menuju ke kereta ambil bag lappy aku.. k habis cerita ambik lappy dalam kereta.. full stop. 

Malamnya pulak aku nak keluar dengan member aku.. tapi dia datang kutip aku kat rumah.. so aku tak drive lah. Nak dijadikan cerita, aku nak ambik kasut dalam kereta aku, of coz lah aku perlukan kunci kereta.. yer tak??!! maka bermulalah titik2 cerita yang kunci kereta aku hilang!! Gggrrrr.. 

Bila aku tanya Khairine dia kata Khairine dah sangkut kat tempat biasa yang Mummy  selalu sangkut tu.. nampak tak??? kalau dah sangkut means kunci tu mesti ada kat situ je.. Aku mula syak yang kunci tu cicir kat mana2.

Tiga hari tiga malam aku menangis dalam hati mengenangkan mana lah kunci kereta aku menghilang.. bukannya ada kaki pun nak merayap.. *lap.hingus*

End up kau tahu macam mana boleh jumpa balik??? jiran sebelah rumah jumpa okeh!!! Ya ampunnnnnn cuba lah ko bayangkannn.. buatnya orang lain yang jumpa.. dengan kereta kereta aku sekali orang angkut..

Rupanya2 Khairine kata dia takut nak cakap dengan aku yang kunci tu tercicir.. nak selamatkan bontot dia.. dia cakap kat aku yang kunci tu memang dia dah sangkut kat tempat biasa. 

Ini nak di kategorikan sebagai BERBOHONG ke atau JAWAPAN NAK SELAMATKAN BONTOT????

Apa2 pun bersyukurlah dah jumpa semula si nyet aku tu.. Alhamdullah =)

Cakkkkkk ;D
Read More

Friday, October 25, 2013

Pengawas Sekolah Sesi 2014



Awal tahun haritu Khairine dapat tawaran perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (Pengawas PSS) sessi 2013.. cerita tu kat [LINK] ni.

Baru2 ni dapat satu lagi tawaran dari sekolah. Amboiiiii macam dapat tawaran belakon pulak minah ni.. hahaha. Tawaran kali untuk perlantikan sebagai Pengawas Sekolah sesi 2014 pulak. hurmmm aku bangga anak aku dihargai. Alhamdulillah =) 

Lepas dah discuss dengan bapaknya. Nizam pun kata ok, kalau dah bapaknya ok, maknya pun ok ajosss.. Nizam fill up form tu, dah sign surat tawaran.. esoknya Khairine terus submit dekat cikgu yang berkenaan. Hope Khairine dapat carry tanggungjawab ni dengan penuh yakin & baik.. pergghhh ayat mak kau!! hahaha.

Esoknya dapat whatsapp dari Cikgu Lela....

Thx for the recommendation kak Lela =)

Back to school masa darjah dua.. sebelum dapat tawaran jadi Pengawas PSS 2013.. 

Transform.. back to school 2013 lepas dapat tawaran Pengawas PSS.

Tahun depan pakai uniform macam ni juga cuma kemeja je tukar kaler biru sebab Pengawas Sekolah pakai kemeja biru tudung biru.. kasut maintain warna hitam. Vest dengan tie beli dari sekolah je sebab sekolah nak standardise kan pakaian seragam Pengawas Sekolah & Pengawas PSS.

Start last week dia dah kena datang awal ke sekolah. Dah start duty sebagai Pengawas Sekolah.. pagi2 dia kena jaga budak2 darjah satu beratur sebelum masuk kelas.

Selalu kalau aku hantar timing sampai sekolah mesti lagi beberapa minit  je loceng  nak bunyi. Sekarang akak kena struggle bangun lebih awal lagi dari sebelum ni..

Beza sangat gambar dua tu.. masa umur lapan tahun muka childish je.. dah masuk umur sembilan tahun dengan uniform kemas macam tu dah nampak macam anak dara sangat.

Tak lama lagi period, lepas tu remaja, dewasa, kawin, ada laki, ada anak.. aku pulak dah ada menantu, dah tua ganyut, jadi nenek last skali goal.. hahaha lumrah hidup.

Apa2 pun aku memang mengharapkan KhaNish belajar sampai ke menara gading, nak diorang hidup senang bila dah besar nanti tak menyusahkan orang lain, hidup berguna untuk bangsa & agama. Itu lah sikit sebanyak doa & harapan aku sebagai emak.. InshaAllah =)

Aku tak nak nanti anak2 aku dah besar sok 'tak jadi orang' tahu je lah zaman sekarang ni kan zaman hitech, lagi canggih teknologi, makin macam2 kepandaian manusia. Nak2 pulak lately ni cerita asek membunuh orang je.. ngeri aku.
Read More

Thursday, October 24, 2013

Nasihat Keknis Kepada Blogger Semua

Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.. skali aku terjumpa lah info ni dari belog Keknis.. terus macam.. eh bagus juga info ni

Memang ko nampak panjang giler karangan kat bawah tu.. tapi bila kau hayati satu persatu, ko rasa seronok je nak baca lagi lagi lagi dan lagi.

Lagi2 aku ni baru dalam dunia blogging. Motivasi untuk diri sendiri jugak. Tiba2 tersampuk pulak nak baca dari satu tajuk kecik ke satu tajuk kecik sampai lah habis semua tajuk aku baca.. Lepas tu terus rasa nak share info ni untuk tatapan sendiri. 

Kalau rajin baca lah sampai habis.. kalau pemalas ko tekan je button X kat hujung sebelah kanan screen ko tu.

TIPS NAK JADI BLOGGER YANG BERJAYA


1. Perihal alamat surat-menyurat. 

Alamat blog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut untuk promote blog anda. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BLOG. Contoh:


www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com


OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.



2. Tajuk blog hebat. 
Tajuk blog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan blog anda ketika berada selari dengan blog-blog lain di dalam senarai blog seseorang. Seperti tajuk blog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click blog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH. 

3. Tajuk entri 
Tajuk entri mengancam ni seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%? 



4. Isi entri setimpal. 
ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani.


5. Perkara yang harus dielakkan. 
Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".



6.Lirik lagu. 
Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.



7. Kosa kata yang luas. 
Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.



8. Perihal gambar. 
Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap blog ini.



9. Perihal gambar 2. 
Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.



10. Tema.
Tema blog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.


11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.
Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!



12. Carutan dan kutukan.
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan blog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.



13. Psikologi minda.
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)



14. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :) 

Source C&P from Blog Keknis
Read More

Wednesday, October 23, 2013

KhaNish

Hi Cik Tom.. aku peratikan ada diantara Cik Tom di alam maya ni keliru dengan nama KhaNish.. Sorry yer.. untuk perbetulkan keadaan, aku kena buat press conference kat sini.. pergghhh kau ingat kau artis kew??? kakakaka ;P

Tak lah... bukan press conference, aku cuma nak declare dan bagi korang clear je nama KhaNish yang selalu aku dok sebut2 dalam blog aku ni. 

Jom aku perkenalkan siapakah KhaNish yer =)


 Ini Khairine Adrina.. anak perempuan den yang berusia sembilan tahun. So singkatan dari KhaNish ialah 'Kha'


Zoom sikit muka budak ni..


Ini Danish Izdiyad.. anak lelaki den yang berusia lapan tahun. So singkatan dari KhaNish ialah 'Nish'

Zoom sikit muka budak ni.

So nama 'KhaNish' tu datang dari.............

Khairine & Danish = KhaNish

Diulangi sekali lagi.........

Khairine & Danish = KhaNish


KhaNish

So clear yer harap anda tak keliru lagi  ;)

Ohh ada satu lagi yang buat kawan2 ku di alam maya ni keliru dengan gelaran 'Emak Nenek'. Panggilan Emak Nenek tu ada lah untuk emak aku.. nenek kepada KhaNish..

Kalau korang ada baca review aku kat [LINK] ni, korang akan tahu kenapa dan dari mana datangnya panggilan Emak nenek tu.


Ini Emak Nenek.. Emak aku!!! 

Itu je yang aku nak sampaikan dalam entry ni yer.. Haram maklum =)
Read More

Dari Dapur Meletop Kak Jah

Meletop ke tidok??? Hahaha. Actually aku nak buat entry cerita pasal masak memasak aku di hari Ahad. Kalau aku letak tajuk entry ‘mari belajar memasak bersama Kak Jah’ sure orang tak hingin nak belajar masak dengan aku.. kejam korang kenn!! Mentang2 akak tak pandai masak.. sentap dengan korang.. hihihi

Merepek lah.. meh nak cerita pasal main masak-masak dihujung minggu. Cik Bedah semua tak payah bersusah payah nak salin recipe yer.. ini masakan yang paling senang didalam dunia masakan. Semua orang pun tahu buat. Kalau nak juga recipe nanti kat bawah tu akak bagi lah.. cewahhh macam lah pandai sangat.. LoL!

Hamboiii tak sabar2 ;P

Asam pedas ikan pari je pun hehe.

Ini recipe asam pedas cara Kak Jah ye ;)
Bahan A
*Cili mesin/ cili boh 3 sudu besar
*Kunyit hidup dan bawang yang ditumbuk

Aku tak blend yer.. konon nak masak cara orang dolu2 lah.. mana ada mesin2 ni.. main tumbok je semua benda pun haha. Kecuali cili.. ko giler??!! tak kan aku nak tumbuk atau giling pulak cili tu.. lenguh lah tangan Kak Jah nanti *mulutmuncung*

Tumis dulu bahan A sampai pecah minyak. Aku tumiskan sekali serai bagi naik bau.


Bahan B
*Bunga kantan, daun kesum, daun limau purut
*Bendi, tomato, sedikit ketumbar & jintan yang ditumbuk.


Agak2 dah pecah minyak, tambah kan air sikit dan air asam jawa. Kalau tak cukup masam, Cik Bedah boleh letak sekeping atau lebih asam keping. Terpulang pada tekak masing2.
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan pari. Biar lama sikit ikan pari tu berenang kat dalam asam pedas yang sedang mendidih.. bagi isi dia lembut. Kalau sekejap je nanti isi ikan pari tu akan keras dan tak masak.

Tambahkan dengan serbuk perasa, garam atau apa yang patut.. then boleh rasa sama ada cukup rasa atau tidak. Kalau kurang masam, korang tambah je lah air asam jawa/ asam keping.. kalau tak cukup garam, letak lah selori.. hahaha.

Last sekali lebur kan bendi, tomato, daun kesum dan bunga kantan.. agak2 dah mendidih tutup api dan hidangkan lah dalam pinggan mangkuk jenama mahal korang yer ;) 


  Kalau nak lagi kik, ko buat sambal belacan.. baru lah meletop-letop =)

Semangat nak memasak dihari minggu.. ini lah jadinya. Suami Kak Jah pulak kojer.. bila suami ada kat rumah, menggeletis ajak makan kat luar pulak. suka nau membazir duit makan kat luar *sekehkepalasendiri* sesekali makan kat rumah kan elok.

Dah boleh harap dah mak inang ni.. dia yang volunteer nak potong sayur.. Yer lah nak.. belajar lah masak dari mummy ni.. sok-sok dah besar senang kasi laki makan.. haha.

Khairine pun dah boleh harap suruh masak nasi.. Kalau suruh masak nasi kemain ayat dia tanya aku nak masak berapa pot mummy.. amboii pandai sangat nih ;)

Sayur aku tak goreng lagi, tunggu Nizam balik baru aku goreng. Aku suka kalau benda goreng2 makan time panas2. Lepas goreng je terus makan. Especially ayam, ikan, telur atau sayur. Lauk yang berkuah2 tu ok lah sebab boleh reheat sebelum hidang.

Sambil Kak Jah bersilat masak asam pedas didapur, si mak inang kak Jah sorang tu sibuk nak buat cookies pulak.. nak bawa pergi school katanyer.

Layan kan yor lah.

Ko jangan nak mintak2 recipe plak eh.. nak senang pi supermarket yang terdekat dengan rumah korang, korang beli je tepung cookies instant Nona tu.. lepas tu beli chocolate m&m, pacak je atas cookies tu lepas tu bakor. 

beli yang instant je sudehh.. koser aku nak bancuh2 sukat2 bagai. Beli yang instant ni cuma tambah butter seketul dan telur sebiji je.

 Kerja aku cuma leburkan butter, telur dan tepung instant je.. lepas tu aku suruh Khairine uli sendiri. Gasak lah dia nak uli macam mana pun.. asalkan ko jangan uli pakai kaki sudeh.. muahahahaha.

haloh haloh haloh dah macam mokcik-mokcik dah dia ni.. haha.

 Ini lah ropernya cookies mak inang aku tu.. before & after bake.. Ko tengok lah colour chocolate m&m tu.. dia susun ikut warna okeh.. kreatif anak mak ;)

Dah siap tapau nak bawa pegi sekolah pun.. ini mesti nak kasi kawan2 dia.. lepas tu bangga ar bercerita kat kawan2 yang dia buat cookies ni.. macam lah mummy tak tau ;P

Senang dah mudah je zaman sekarang ni kannn. Nak apa2 semua dah ada yang instant.. sambal belacan pun dah ada yang instant. Nak recipe pun dah boleh cari dalam internet.

 kdah.. itu je cerita masak-masak. See ya!! =) 
Read More

Monday, October 21, 2013

Love You Encik Sombong

Siapa layan cerita Love You Mr. Arrogant?? aku baru je layan cerita tu wehhh.. mula2 aku tak berapa nak kisah sangat.. siapa pelakon dalam cerita tu pun aku tak kenal.. lagi pun cerita tu kan start pukul 7pm, nak dekat2 maghrib, so aku malas nak layan sangat. Karang leka je tengok cerita tu.

Selama ni selalu dengar orang sibuk dok bercakap pasal Mr. Arrogant, tapi aku tak pulak merasa nak ambil tahu apa itu Mr. Arrogant ni.. orang Perak kata 'perghaq' haha memang perghaq kan aku??!! Bila dah lama2 baru tahu rupa2nya Mr. Arrogant tu slot akasia kat TV3.. pffttt.


Tahu macam mana aku boleh terjebak tengok cerita tu?? ini semua gara2 Khairine lah ni. Last week tak silap aku, dia panggil aku.. Mummy meh lah sini tengok cerita Love You Mr. Arrogant. 

Aku pun dengan confidentnya jawab Apa?? Mr. Arromugam?? hahaha bodo tak?? Aku pun tengok lah sekejap.. dalam setengah jam je kot. Dah lah tak tahu kepala ekor cerita, start pulak tengok dah episode ke patblas lagi lah aku blur.. blur sebab terkejut kenapa Mr. Arrogant tu layan bini dia macam tu???!! konghajar sangat.

End up, weekend lepas aku pun login tonton.my tengok dari episode satu sampai episode patblas. Habis kau!! aku tengok secara marathon lagi haha. So hari ni boleh lah aku sambung tengok episode limablas. Kalau tertinggal episode harini pun aku tak kisah.. esok boleh tengok kat tonton ajossss. 
Read More

Hadiah Baby Fayyadh

Balik dari Ikea haritu terus aku ke rumah Shida. Hantar hadiah yang aku beli kat Ikea haritu. Call Shida kata nak datang rumah dia. Opkoz lah dia ada kat rumah.. dia tengah berpantang kot.. 

Sampai rumah Shida dalam pukul dua lebih.. Tu pasal aku suka keluar awal2 kalau nak kemana2. Senang bajet time, keluar awal2 rasa lama sikit timing nak kemana2 yang penting tak rushing.. boleh plan journey kemana arah tuju lepas2 tu.

 Tadaaaaa ini lah hadiah yang aku belikan untuk baby Fayyadh haritu.. swimming pool untuk Baby Fayyadh mandi hehe.. boleh berenang2 dalam tu. Bagus jugak beli benda macam ni kan.. selalu kalau orang bagi hadiah baby born mesti nak kasi baju baju baju.. tak abes2 baju je..common sangat kot.

 Aku sepasangkan sekali bangku ni untuk mak dia duduk masa nak mandi kan Fayyadh.. Kalau mencangkong payah pulak nanti si Shida nak mandikan hero dia.. silap2 terbukak pulak jahitan bawah tu karang.. hehe

 Cakkkkk!! dah nampak cerdik dah dia.. umur baru sebulan dah pandai buka mata nih.. gerrwwwaaam sangat.. Kak Zaza rasa nak gigit2 je dia. hehe 

Nampak macam masih tak kekok lagi pegang baby.. rasa2 boleh ke nak tambah sorang lagi???? pfffffftt. 

Related post :
New Born Baby Boy [LINK]
Read More

Friday, October 18, 2013

Bini Nizam dan Pak Guard di IKEA

Memandangkan Nizam kena pergi office hari Ahad lepas, aku pun bawa KhaNish merayap di IKEA. Untuk tak peningkan kepala, pukul 11pagi dah terpacak kat IKEA kau!! haha kau mampoo???!! Aku malas nak berjammed sebenarnya.. kat sana kalau datang lambat memang susah nak dapat parking. Tau je lah kat IKEA tu mana pernah surut orang datang bertandang.

Kalau datang awal parking pun senang dapat.. tapi itu pun dah berduyun orang datang nak masuk ke parking.. bila dah dapat parking, merayap lah aku tiga beranak ke sana. Sebenarnya datang pun bertujuan. Nak cari hadiah untuk baby Fayyadh.. tak kenal siapa baby Fayyadh??? alahai anak kawan aku tu lah si Shida yang aku ada buat entry hari tu pasal aku pergi melawat dia kat sepital haritu.. cer tengok kat [LINK] ni kalau lupa.

Nak cari barang tak seberapa, merayap je lebih.. lepas tu ada je benda nak di kaut bawak balik.. kaut berbayar lah Bedah.. takkan kaut tak bayar.. karang kena tangkap sia2 je.. Ohh cerita pasal barang tak berbayar tu nanti aku cerita eh.. ini ala2 cerita macam kes Bini Mat Yo & Pak Guard ar.. tak sabar aku nak cerita kat kauorang.. tunggu eh kasi aku tunjuk gambar KhaNish dulu kat IKEA tau =) 


Pukul 11am dah sampai IKEA

Ajak makan dulu tak nak.. nak round2 dulu katanyer.. Ok, baiklah mari lah kita round2 dulu.. 


 Kat jamban pun bolehhhhh ;P

Hallllloooow kakak, awak dah besar dah tak sesueiii lagi nak main dengan kitchen cabinet tu okeh.. berangan kaluuuu boleh. hehe


Keterujaan apakah ini???!! pfffftt

Berangan2 je lah dulu yer... nanti kita ajak Babah datang sekali lagi borong katil dengan tilam sekali kat sini ;P



Banyak sangat ke shopping tu???! Bila ambil barang mula lah dua beradik ni berebut.. to be fair, kalau ada empat barang aku suruh diorang pegang sorang dua. bawak lah korang bag sorang satu.




 Tak berebut.. sorang satu pegang bag & trolley.. Mak kau boleh berlenggang macam mak inang je.. hehe. Nasib baik lah korang dah besar.. kalau korang masih kecik lagi mahu aku jadi orang giler kena kejar berlari dalam IKEA macam perempuan tak benar.. hahaha.


Apahal plak posing maut kat sini ni??!! hahaha. Danish pulak dah nampak macam abang besar sangat dah bila dia posing macam tu. Dah bosar dah anak2 omak ni ;)

Tak pasti kenapa kena buat muka macam tu. hahah.. time nak bayar pun berebut juga.. berebut nak letak barang kat kaunter.. hurmm tak paham mak.. lantok lah korang nak bergasak kat situ. koser mak nak layan.


Lepas dah bayar, naik atas balik nak pegi makan meatball pulak.. pun berebut jugak.. sama2 nak ikut aku Q nak ambil makanan.. end up aku cakap.. Khairine ikut Mummy ambil foods, lepas tu tukar giliran Danish ikut Mummy bayar foods ok.. hurmm macam tu je cara nak selesaikan masalah diorang ni. 

Hasil tangkapan. Sorang nak meatball, sorang nak fish & chips, sorang nak cake, sorang nak chicken wing. Akhirnya mak kau turutkan je lah apa yang korang nak.. nah makan lah kau sampai kenyang.. hahaha

Habis pulak tu semua ni.. hahaha. Lapar rupanya anak2 aku ni.. 

Lepas makan terus turun nak gerak. Masa turun, terjadinya drama ala2 Bini Mat Yo & Pak Guard di Skypark. muahahaha

Ini DRAMA BINI NIZAM dan PAK GUARD di Ikea.

Lepas makan di cafe Ikea aku pun turun lah nak menuju ke parking. Elok je aku turun dari tangga kat tengah2 tu, ada guard bangla tahan aku. jeng jeng jeng.. 

Mula2 dia kata dia nak tengok receipt, aku kata apahal pulak kau nak tengok receipt aku? dia kata sepatutnya barang yang aku beli tu tak boleh bawa naik ke cafe. Aku dah mula hangin.. mulalah belang singa aku nak keluar time tu.

Wehhh kalau korang kena tahan macam tu mesti kau malu kan?? nak2 pulak kena tahan macam dituduh kau mencuri.. bila aku kena macam tu dah tentu lah aku hangen!! babi betul. buat malu je dowh.

Aku tunjuk receipt, sambil aku bebel kat dia.. weiii kau ingat aku datang sini nak mencuri ke??!! kau ingat aku tak ada duit nak beli??!! Apasal masa aku kat cafe tadi tak ada staff atau guard yang larang aku masuk cafe dengan bawa plastic bag biru tu?? lain lah aku bawa keluar plastic kuning tu!! kau ingat aku kokak sangat ke tak ada duit nak beli!!!

Dia kata ini procedure, saya kena tengok itu receipt.. procedure kepala hotak kau!! kalau aku mencuri, sah2 lah awal2 lagi aku dah kena tangkap bodoh!!! Cinabeng.

Last sekali aku jerit kat dia SEE MY LEG LAH!!! 

Semua yang dekat2 situ ushar je aku dok jerit macam perempuan giler. Pedulik haper aku.. aku tak salah kot.. sapa suruh kau tahan aku macam aku buat salah.. biadap!! haktuihhh.

SAYA BUKAN BODOH!! SAYA BUKAN BODOH!! SAYA BUKAN BODOH!! 

hahahaha saiko.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah