Tuesday, January 26, 2016

Gajah Kuala Gandah, Pahang

Macam mana boleh terlajak sampai ke Kuala Gandah pun tak tau. Hari yang sebelum pergi Mitsui tu kan aku kata nak pergi beli barang dapur (tak abes2 cerita pasal barang dapur haha) tak jadi jugak sebab terlajak ke sana. Ni esoknya pulak memang betul2 berazam nak gi beli barang dapur. Tiba2 masa dalam kereta Bang Nizam tanya kat budak2 nak gi tengok gajah tak? eh kau dah kenapa bang tiba2 tanya soklan macam tu? hahaha. Budak2 ni pun nak je bila fader diorang tanya. Tengahari tu terus lajak ke sana.

Masa lepas tol Gombak Nizam call kawan dia yang kebetulan hari tu kawan dia balik kampung. Rumah kampung dia memang dekat sangat ngan tempat gajah ni. Masa call tu kawan dia cakap kalau nak tengok show gajah start pukul 2.30pm. Tengok jam masa tu dah pukul 1.40pm time tu kitorang baru melepasi tol Gombak.. kau rasa dalam masa 1 jam boleh sampai? ye memang boleh.. Bang Nizam pecut macam nak terbang kereta dibuatnya.. nak kencing rasa takut. Bila sampai sana dalam pukul 2.30, kawan Nizam cakap show dah habis.. hahaha. Kau rasa?

Selamat datang :)

Masuk sini free je.. rasanya kena register lepas tu dapat sticker macam ni & lekat kat baju. Yang banyak2 ni orang stick lepas dah keluar tengok gajah. Masa aku masuk haritu tak register pun. Bila orang pekerja sana tanya, kawan Nizam yang teman kitorang pegi aritu cakap 'koi orang Pahang' terus orang tu diam.. tak koser nak marah agaknya.. masuk lah kau situ.. hahaha.


 All the way jalan nak masuk ke tempat gajah. Redup je dengan rimbunan pokok


Sepanjang jalan tu boleh nampak sungai ni.. ingat boleh mandi.. memang boleh mandi.. tapi kau selera ke nak mandi air yang dah dicemar dengan mandian si gajah tu?? hahaha.



Walaupun show gajah dah habis, kitorang dapat tengok gajah mandi. Jadilah kann dari non hado ;)


Lepas habis tengok gajah mandi, pergi kat belah sana sikit boleh bagi gajah makan. Jangan kau bagi makan nasik plak. Gajah kan sinonim dengan tebu.. tebu memang ada jual kat sana.. selonggok RM3 sajo.



 Bang Nizam bagi gajah makan sambil diperati oleh anak2 dia. Mula2 budak2 ni takut. Bila tengok fader dia slamber je bagi gajah tu makan tebu, diorang pun nak try.. eleh sebenarnya Bang Nizam pun takut gak tu.. hahaha




Kak Zaza berani bagi makan gajah.. hebat kan???



Lepas makan berak pulak! Pernah tak dengar orang selalu sebut 'taik besar macam gajah' ha ni lah dia.. memang besau besau taik dia.. TAIK GAJAH! hahahaha.


Ini Kak Zaza.. apa motif seketul je gambar selfie Kak Zaza kat sini?


My family. Ada pulak terselit Sabrina kat situ

Masa pergi haritu kemain panas terik.. nasib baik kat dalam tu banyak pokok.. kalau tidak becak tiak akak dik. Ok gak tempat ni.. walaupun tak sebesar macam kat zoo at least ada gak aktiviti2 yang diorang buat haritu.. ada show gajah (yang tak sempat nak tengok haritu sebab lambat), aktiviti mandikan gajah, boleh bagi gajah makan. Masuk pun free je. Tapi tempat ni agak jauh sikit dipendalaman. Masuk kot kampung2 jalan pun dua lane je.. kalau selisih ngan lori ko terpaksa hensot ketepi sikit.

Lepas dah keluar tu ada satu lagi tempat yang boleh kita pergi bukan semata2 datang Kuala Gandah sebab gajah je ya.. ada Deerland kat sana. Nanti akak buat kat entry sebelah ok ;)

Read More

Friday, January 22, 2016

Majlis Diskusi Ibu Bapa Murid Murid Tahun 6 2016

Tahun ni Khairine dah nak ambik UPSR. Debar2nya rasa dada ni rasa macam nak pecah. Minggu lepas pihak sekolah ada jemput ibu bapa ke sekolah untuk discuss pasal format baru UPSR 2016. Lagi aku nervous sebab cikgu cakap ada perubahan sikit pada format paper.. itu pun dia kata tak confirm lagi sebab masa cikgu tu meeting ngan kementerian benda tu masih dalam draft lagi. Buatnya perubahan tu lagi susah dari format sebelum ni, lagi boleh buat aku jadi pitam.

Hari Sabtu pagi aku ngan Nizam sama2 attend discussion ni. Mula2 start tu ada motivational sessions untuk ibubapa & anak2. Kemain siap menagis nangis kami anak beranak bila dengar motivator tu bagi talk. Memang menusuk qolbu betul masa tu.


Tajuk diskusi

Penerangan format UPSR 2015 dari cikgu English tak silap aku

Hari2 aku akan monitor & akan tanya pasal pelajaran Khairine. Spend time dengan dia supaya dia rasa aku serious dalam hal ni. Bukan kata selama ni tak ambik berat atau tak spend time hal pelajaran ya. 

Mummy & Babah sentiasa bagi sokongan padu untuk Khairine hadapi UPSR tahun ni.

Tak dinafikan start tahun ni aku dah start berdebar. Macam mana nanti anak aku nak menjawab kertas2 periksa dia. Bukan tak percaya dengan kebolehan anak sendiri. Korang tau kan perasaan seorang mader macam mana?! Khairine memang anak harapan aku. Kalau sebelum2 ni tengok anak orang lain ambik UPSR, makbapak skali risau dengan exam yang anak2 diorang kena hadap, kali ni aku pulak yang merasa hangat debaran tu.. hahaha. Tahun depan turn Danish pulak. Tak dapat bayangkan kalau diorang dapat result yang bagus nanti. InshaAllah ;)

Start sekarang aku dah mula survey sekolah yang bagus untuk tahun depan. Kalau boleh biar dapat sekolah berasrama. Displin terjaga, boleh fokus dan macam2 lagi yang boleh diorang explore kalau duduk asrama kelak. Itu pun kalau dapatlah. Tak nak berharap sangat.. karang aku letak harapan tinggi2, kalau tak dapat sok boleh jadi giler aku dibuatnya nanti.. haha.

Read More

Thursday, January 21, 2016

Kenduri Kawin di Seremban Bersama MB N.Sembilan

Hi.. Masih ditahap malas nak sambung entry panjang. Bila sebak gallery tengok ada gambar yang boleh aku buat entry pendek.

Haritu Nizam ajak pegi wedding kat Seremban. Katanya kawan dia punya adik ipar. Amboi kemain jauh perhubungan nih 'kawan Nizam punya adik ipar'. Ya bukan adik kawan Nizam yang kawin.. adik ipar kawan dia.. hahaha pusing2 dah ayat aku.

Buatnya kat Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Nasiblah kat tetengah bandar Somban tu ha.. tidak ler melilau nak mencari.

Masa sampai pengantin atas pelamin.

Masa aku ngan Nizam dah duduk nak makan baru tau yang pengantin lelaki tu anak bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek tu pun sebab dengar emcee majlis cakap. Pastu nak mensohehkan, Nizam tanya kawan dia.. ye memang soheh jawapan tu. Kawan Nizam cakap minggu depan lepas majlis yang kitorang attend ni nanti Abang Jib (DS Najib Razak) akan datang as tetamu VVVVVVIP. Hurmm tak apa lah.. itu semua tak penting.. janji akak dapat makan masak lomak daging salai ;)


Wedding ni masih mengekalkan kaedah makan hidang. No buffet ok. Walaupun anak VIP yang kawin, majlis dia sempoi giler. Kita duduk je terus dia hidangkan makanan kat meja. Sistem pun bagus.. masa masuk kat pintu besar nanti ada sorang assistant chef ke apa tah (sebab dia pakai baju chef) dia bagi sign kat master chef (pakai baju chef dengan topi tinggi) suruh cari tempat duduk untuk tetamu. Macam aku ngan Nizam aritu tak payah.. kawan dia terus bawak kitorang ke meja je.

Kan den dah koba.. den mesti dapek makan masak lomak daging salai.. hihi. Lauk2 memang meletop aritu.. memang kena dengan tekak buroh kasar macam aku ni.. yang tak kenanya dia serve lauk tu dengan nasik minyak ar pulak. Adoi potong betul. Kalau ada nasik putih time tu mau aku bertambah tigapat kali. Tapi disebabkan lapar dan all the way datang ke Seremban dari KL, akak makan jugak.. janji konyang. Alhamdulillah.


Saja aku ambik gambar ni sebab sekarang dah jarang orang buat majlis kawin konsep meja panjang pastu makan beradap macam dulu2. Pastu bila tengok balik baru perasan.. Eh kenapa orang baju biru (satu table ngan aku) muka dia sama macam dalam gambar kat atas tu (refer arrow merah) bila perati balik.. ohhhh Datuk Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan rupanya kat depan tu.. hahaha. Kawan Nizam cakap dia yang tak nak duduk kat meja VIP.. dia kata dia nak duduk kat meja biasa je. Wow humble boto waghrih den ni. Kalau den tau  ajak selpie sesamo. 

Pastu dah kenyang masa on the way balik dalam kereta Kak Zaza tidur sepanjang jalan.. biar Bang Nizam drive sorang2.. tau2 je dah sampai depan rumah. hahahaha.
Read More

Wednesday, January 20, 2016

Nasi Lemak Tetttt..

Hi.

Harini tak sempat nak buat entry panjang. Macam tak ada mood lagi nak keluarkan beberapa entry yang ada dalam draft tu. Saja buat entry pendek supaya tak nampak macam blog ni terbengkalai hihihi.

Ni nak cerita pasal nasik lemak kat area rumah aku. Kedai nasik lemak ni memang top ar. Sentiasa ramai orang tak kira siang malam. Siap dah keluar tv lagi dalam rancangan JJCM plus kalau korang nak tau, walaupun kedai ni tak se-gah cafe2 hipster yang tengah meletop letop sekarang, kedai ni tetap ada dikenakan GST.. wow sangat! Kalau ada diantara korang yang baca ni tau kedai ni kat mana & macam mana, taulah kenapa aku 'wow' kan dia.. hahaha.


Selalu gak aku beli. Kalau terdesak boring tak boleh fikir nak makan apa, beli je nasi lemak ni.. senang.. kunyah patblas kali terus kenyang. Tapi kan yang tak puas hatinya, kalau beli bungkus ikan bilis & kacang non hado. Dua benda tu kau kena request dan kena bayar extra limaposen. Aku noticed kalau dine in kat sana (wah dine in.. cakap omputeh sangat haha) ada plak dia letak ikan bilis & kacang.. rasa macam tak adil je kan? dah nama pun nasi lemak.. mestilah nasi lemak tu package sekali ngan ikan bilis & kacang. Tak pernah pulak aku tanya apa beza makan kat sana ada kacang & ikan bilis dengan yang tapau. Ke aku je yang keliru ni? Tak kisahlah.. apa yang penting nasi lemak ni sedap ;)

Takmo complain lelebih, sebab owner kedai ni (Si Saleha tu ler) kenal mak ayah aku..hahaha. 

Kbai!

Read More

Tuesday, January 19, 2016

Bil Astro

Bukan nak meroyan. Aku tulis ni cuma nak luahkan perasaan sedih aku terhadap Astro yang dah bertahun2 subscribe kat rumah tu. Sorry lah orang Astro, kalau apa yang aku tulis ni sebenarnya aku tak paham apa bijik butir dalam message tu. Rasanya faham kot.

Masa Nizam forward message kat aku.. teperanjat jugak.. terfikir fikir juga betul ke aku tak bayar bill untuk bulan November? rasanya dah bayar. Takut Bang Nizam marah, dan dan tu juga terus aku reply 'i bayar jap' walaupun tau sebenarnya tak ada missed out payment.

Ceritanya macam ni, lepas Nizam dapat message dari astro mengatakan ada tunggakan 2 bulan. Terus dia forward kat aku. Nizam cakap dua bulan tu including bulan November & December 2015. In my record, bulan November 2015 memang aku dah buat payment.

Payment evidence untuk bulan Nov pun ada aku simpan niha. Unless payment untuk bulan December yang sepatutnya aku dah bayar. Cuma bulan ni bayar lambat sikit sebab tah kat mana aku letak bill tu.. that's my mistake sebab lambat buat payment. Kalau ikutkan sebenarnya aku nak bayar ikut actual amount dalam bill tu sebab masa cuti sekolah aritu Khairine ada mintak aku beli channel.. so bill yang perlu aku bayar mesti lebih dari fix monthly amount (RM146.30 sebulan)

Aku suruh Nizam check dulu dengan Astro. Nizam terus called astro. Kalau call astro for sure call yang hunting number kan? bila check, he said confirm i owe them 2 months billing. Ok fine tak cerita banyak aku pun bayar yang dia kata aku HUTANG dia sampai RM304.80 untuk 2 bulan tu.

Ni nak start marah nih!!


Bila dah buat payment through maybank2u, aku terus call agent. Aku bagitau yang aku dah bayar bill astro untuk 2 bulan which is bulan November & December 2015 amounting to RM304.80.

Apa yang agent tu cakap:

Aku : i dah bayar full amount.. bila uoll boleh sambung?
Astro : penyambungan dah dibuat pada 4.11pm (immediately after payment made)

Aku : wah efficient betul Astro, i made payment pukul 4.10pm uolls dah sambung 4.11pm. 
(Nampak tak situ? dats good lah kalau bersikap efficient macam tu. Semua customer pun suka)
Astro : Kita dapat je online payment terus sambung Puan.

Aku : tadi husband i ada call bercakap dengan agent uoll.. diorang cakap i ada missed 2 month payment. Betul ke? tu yang i buat full payment tadi.
Astro : Saya tak pasti dengan agent mana suami Puan bercakap sebab dalam sistem tak ada record

PANG!! muka aku dah mula panas.. geram menahan marah.

Aku : Cuba you check berapa bulan i missed payment.. sebab in my record, my last payment was 3rd December 2015 dat was payment for November.. macam mana you boleh kata i missed bayar lagi 1 bulan?
Astro : Yang Puan bayar tadi tu termasuk bill semasa. So for next payment tunggu bulan Feb nanti.

Aku : memang tak ada missed payment lah kan? except for December? November dah bayar kan?
Astro : Ya, November dah bayar. Bulan depan Puan tak perlu bayar sebab amount ni dah termasuk bill semasa

KAU RASA NAK MARAH TAK? PERMAINAN APAKAH YANG CUBA ASTRO TUNJUKKAN?

SIAPA YANG MISUNDERSTAND KAT SINI? BILA LAKI AKU CEK DIA KATA AKU HUTANG 2 BULAN. DAPAT MESSAGE AMOUNT PERLU DIBAYAR RM304.80 UNTUK BILL BULAN NOVEMBER & DECEMBER. BILA AKU SENDIRI YANG CEK DIA KATA AKU DAH BAYAR SEKALI DENGAN BILL SEMASA. KENAPA 1 BILL JE YANG TAK BAYAR DIA KATA AKU TAK BAYAR 2 BULAN? PLUS SIAP DISCON SERVICE LAGI TU. BIADAP SANGAT!

Confused kan?

Yang tak puas hatinya aku ni.. asal bayar lambat sikit dia potong. Asal bayar terlebih tak pulak kau nak ucap terima kasih ke apa kat aku. Bila mintak refund memang boleh tapi take time.. berapa lama tu tak tau lah.. so kimsalam maut je.
Nak potong macam tiada hari esok bagi mu.

MARAH sangat!

Read More

Friday, January 15, 2016

Perigi Hang Tuah Melaka

Tak sempat nak buat entry pasal gajah. Tulis tajuk je.. cerita satu hapa pun tak tulis lagi.. ada terdampar kat draft tu. Sementara ada gambar ni mari buat cerita sikit.

Panel informasi perkampungan Hang Tuah. Gambar tersenget sket sebab masa ni panas terik.. silau.. tah mana mana aku tuju lensa kamera.. tu yang senget benget gambar ni.. lantak situ!

Haritu lah masa balik dari beli barang sekolah KhaNish, ingat nak pergi MITC, sekali masa dari Banda Hilir terlalu depan simpang nak masuk Perigi Hang Tuah. Masa kat traffic light Nizam berenti kat lane kiri.. simpang nak ke perigi tu ke kanan.. tiba2 sang bini dia cakap jom lah kita pergi perigi tu kejap.. dah lama i tak pergi.. rasa masa kecik2 dulu pernah pergi sekali. Sang laki cakap kalau lampu traffic light tu hijau dari lane kiri ni boleh ke kanan, i belok.. if not lain kali je kita pergi. Terus rasa nak sentap. Sekali bila lampu hijau, boleh pulak ke kanan.. tak jadi nak sentap. Terus Bang Nizam belok ke sana.. haha.

Perigi Hang Tuah peninggalan zaman berzaman
 Bang Nizam sapu air perigi kat muka Danish.. ambil berkat.. berkat apa? berkat mudah2an pandai belajar macam Mom ;P

Budak pompuan sorang ni bila fader dia nak sapukan air kat muka x nak.. Konon takut kena make up.. Kau baru besar ini dah pandai melaram ya.. Habis barang2 make up, bag aku dia sebat! sikit hari lagi baju aku pulak
Pastu sekarang ni suka nau ambik gambar buat mulut kemut2 macam tu.. Tah apa pesen tak tau lah budak sekarang ni
Ini lah jejaka idaman ai.. ILU Bie.. muahh ;P hahahaha (gaya Datuk Vida)
Pasangan gagak dua sejoli
Us.. ambik gambar kat cermin tugu pon bolehhhh.. Nak baca apa yang ditulis kat situ pun tak boleh, cahaya memanchor manchor, dengan panasnya.. lepas tu ada tigapat orang menunggu nak ambik gambar kat situ gak. Terpaksa akak & keluarga akak blah dari situ.
Bangunan depan pergi hang tuah.. tak sempat explore sebab panas terik sangat2 nak bukak mata pun tak boleh.. terpaksa kecik2 kan mata tengok keliling.

Itu saja kisah TERpergi perigi hang tuah.. asal ada gambar, jadi satu entry. At least teradabi juga cerita & gambar ni kat dalam blog aku ;)

kbai!

Read More

Thursday, January 14, 2016

Kisah Benar Doktor Pakar Didatangi Ibu dan Anak Gadis Yang Hamil

Semalam ada terbaca kat fb kisah benar ni. Tak tau bilanya terjadi. Mungkin dah lama atau baru aku pun tak tau.. Yang pastinya aku baru je tau & baru terbaca semalam. Apa yang penting kita kena sentiasa berhati-hati. Tarikan pada cerita tu adalah gambar dari link tu sendiri.. iaitu Hospital Ampang Puteri, haruslah nak baca.. dah area2 aku juga ni. Terus rasa nak share kat blog untuk peringatan diri aku sendiri supaya tak lalai.

Semoga cerita ni dijadikan tauladan.. mohon dijauhkan pada kita semua.  Apatah lagi kena pada ahli keluarga kita sendiri. Ya Allah.. baca cerita pun dah meremang bulu roma aku. Aku risau sebab aku ada sorang anak perempuan yang baru nak membesar.

cerita & gambar dari tengoktvonline.blogspot.my

Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis

Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau. Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur.

Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?

Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.

Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata. Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.

Lalu saya menerjah - mengandung ke anak Puan?

Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah - tak dapat dibendung lagi.

Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3.
Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja. 
Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ. 

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina. Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina. 
‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai. Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya. Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki. Berbagai bangsa. Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.

Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video Iucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini. 

Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.

Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat. 

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…

Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…

Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.

Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.

Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.

  1. Bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya. 
  2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti
  3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
  4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
  5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
  6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.
  7. Perbetulkan pakaiannya.
  8. Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!


Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

Read More

Wednesday, January 13, 2016

Mitsui Outlet Park KLIA

Dah berduyun-duyun orang pegi Mitsui. Dua minggu sebelum sekolah bukak akak baru kesampaian pergi.. tu pun sebenarnya plan nak beli barang dapur.. apa orang putih kata groceries shopping gitulah.. bukan to buy things kitchen ya! hahaha.

Settled beli barang sekolah kat AEON Equine dan niat nak beli barang dapur dah terkubur, terus Bang Nizam set waze dari Equine ke Mitsui Sepang. Kak Zaza diam je.. dalam hati kemain suka nih.. mana tau Bang Nizam nak belikan apa2 untuk Kak Zaza kat sana nanti.. hahaha.. bukan main berharap sangat!


Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Masa sampai awan dah berarak mendung kelabu.. nasib sempat dapat parking. Walaupun weekend, ada gak terselit satu dua parking kosong

Masa masuk terus teruja.. wow wow wow (eh itu tipu sangat.. haha) Not bad, banyak outlet. Ada outlet yang akak tak pernah tau/ tak pernah dengar, ada outlet yang very very akak familiar yang boleh buat duit akak terbang kat situ ;P
Beryl's chocolate & Cafe
Siap ada cafe lagi. Kalau nak dine in feeling orang 'ado ado' makan chocolate & coffee, boleh lepak sini

Depan kedai Beryl's ada Chocolate Street.. situ aku tengok macam2 coklat ada. Dah macam kedai kat langkawi je.. tapi harga sengat sket ar

Nampak? macam kat Haji Ismail Group Langkawi kan? haha jauh betul imaginasi Kak Zaza ;p

Pepero

Ferrero Rocher

Nampak kan? gambar2 dalam kedai semua kabut2.. sebab Kak Zaza degil.. orang tu tak bagi snap gambar dalam kedai.. Kak Zaza tetap curi2 snap jugak.. hihihi.

Danish & Sabrina.. eh dah kenapa muka Khairine kau kata Danish (malas nak retype) hihi


Ni baru betul Danish dengan Sabrina =D

Buat2 ambik gambar depan kedai ni konon2 tak bersalah dah curi2 ambik gambar dalam kedai.. haha.

Pastu jalan lagi aim mana2 outlet yang rasa boleh keluarkan duit.

i is suka skirt itu. Bang Nizam kata masuklah.. (bunyik macam nak bayarkan) pastu aku cakap tak apa lah.. nanti nak tengok kat outlet lain dulu.. sopan je jawapan aku kann.. hihi.




Tengok tangan Bang Nizam dalam gambar tu macam halilintar.. hahaha. 

Last2 Bang Nizam belanja Kak Zaza perfume yang super duper murah kat sini.. guess which one? Aku cakap tak nak lah sebab masa birthday haritu dia dah bagi present perfume juga.. dia cakap tak apa.. sementara murah ni ambik je.. apa lagi.. Kak Zaza sebat je lah.


Ini lah perfume yang Bang Nizam belikan haritu.. thank you Bie.. ILU tau muahh ;P

Pastu jalan2 naik atas pula.. Masa nak naik escalator tengok ramai nau orang nak masuk outlet Polo ke apa tah.. siap sanggup beratur panjang tu.. kalau aku memang tak sabau dah.. kbai je.





Banyak juga outlet yang ada dalam Mitsui ni. Tak terlist satu persatu. Semua favourite outlet aku semua ada under one roof.. seronot tangat. Tapi tu lah.. dah nama pun outlet, harga tak sama ngan butik ar. Barang2 & stok lama masih ada terjual lagi masa aku pergi tu kebetulan YES (Year End Sale) tshirt2 kat Mango diorang jual RM17 je. Tu belum kat outlet2 lain.. memang termurah dimuka bumi.



Dua gambar kat atas ni kalau korang perasan banyak outlet BVO (Best Value Outlet). Tak sempat nak selidik apa kena banyak sangat outlet BVO ni kat tingkat atas. Yang aku perasan, yang BVO sini jual barangan rumah saja, yang BVO sana jual pakaian saja, BVO belah sinun jual perkakas rumah saja. Macam tu lah konsep BVO yang aku nampak. Kalau aku tersalah tulis sorry ya ;)

Habis duatiga jam meronda & bershopping sikit2 kat sana, Nizam cakap jom jalan2 tengok lampu kat Putrajaya.. wah dah macam pemandu pelancong nih.. hihi. Malam minggu katako.


Lepak kat jembatan kaler2 sambil tengok view yang ada belon besau.. manyak cantik.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah