Friday, October 23, 2015

Selamat Pulang

Alhamdulillah.. FIL dah selamat pulang ke tanah air dan dah pun bergelar HAJI ;) dah nak dekat seminggu pun.. menantu hantu dia baru nak tebar cerita kat blog.. hihihi.

Sebenarnya nak start cerita dari kenduri sebelum berangkat & hari yang hantar FIL ke Kelana Jaya.. well si menantu hantu ni sokmo update cerita lambat.. jadi, mari kita longgokkan semua cerita sekali dalam satu entry tapi yang hado hanya satu gambar je yang aku letak kat entry ni.. hihihi.

Dua minggu ke lagi seminggu sebelum FIL bertolak (lupa dah) ada buat kenduri sikit kat rumah FIL. Panggil sedara mara & kawan2 terdekat je.

Then masa hari nak bertolak, dalam pukul 10pagi (kalau tak silap) rombongan Cik Kiah bergerak ke Kelana Jaya. Sampai sana tengok tak ramai lagi jemaah yang sampai. Kami pun setia menunggu dalam kepanasan kat bawah Khemah.


Sempat bergambar dengan FIL sebelum berangkat ;)
Rasa sayu sangat. Sedih bila tengok FIL berjalan. Maklumlah pergi tanpa isteri.. MIL dah meninggal 5 tahun lepas.. kalau MIL masih ada, mesti FIL happy dapat pergi sama-sama :'( 

Tanpa ku sedari mengalir juga air mata ni bila tengok FIL masuk ke dalam Kompleks Tabung Haji. Lepas tu cepat-cepat akak kesat air mata & maintain vogue. hahaha. Kongajar punya hantu!

44 hari pun berlalu..17 October FIL selamat balik KL. Sepanjang FIL kat sana risau gak hati ni.. tahun ni macam-macam benda jemaah Haji hadapi dugaan. Yang paling berdebar tu masa kes crane tumbang.. kitorang ni tak berenti berdoa untuk FIL. Sentiasa keep update berita FIL sepanjang kat sana.
Read More

Friday, October 16, 2015

Happy Birthday!

16 October datang lagiiiiii!!! koyak lagi poket i beli hadiah birthday.. hahaha.

HAPPY BIRTHDAY Ahmad Nizam aka suami ku yang tersayang.. amboi overnya nak panggil sayang kat laman social.. hihihi.  Macam biasalah amanat yang i nak sampai kan you.. dah meningkat usia ni harap kita sama-sama dapat meneraju ke arah kebaikan & keutamaan untuk masa depan keluarga kita. Terima kasih coz selama ni menjadi suami & babah yang baik & sporting. 


Tak tau apa lagi i nak wish kat you.. bila refer balik entry yang pernah i wish you on your birthday rasanya semua benda i dah sebut & luahkan.. cewahhh tu belum cakap depan-depan.. lagi macam-macam i dah wish kat you. Actually kat sini tak boleh lebih-lebih sangat.. ada yang muntoh pulak i bagi kata-kata jiwang. Nanti kat rumah malam-malam sikit kita beromantik atas katil ya.. auuwww so gatal! hahaha.

Kalau tahun lepas [LINK] aku macam orang giler nak cari hadiah sampai terpaksa menipu, tahun ni aku dah tak payah pening2 kepala lagi nak cari hadiah. Recycle je hadiah yang pernah aku bagi tahun2 sebelum ni kat dia. Tapi bukan hadiah dulu yang pernah aku bagi & recycle balik ya.. bila sebelum kawin bertahun2 berkawan dan dah bertahun2 kawin, otak pun dah buntu nak bagi hadiah apa lagi.. so apa yang kita pernah bagi masa zaman-zaman dulu, kita bagi lagi untuk tahun ni. Malas nak pikir panjang lagi.

Malam ni i belanja you makan ya.. to celebrate your sweet 17th birthday (buelkk). Ni kalau ada orang tanya birthday yang keberapa, sure dia akan jawab umur dia 25 tahun.. omaigod! pitam berdiri i dibuatnya.
Read More

Saturday, October 3, 2015

Aktiviti Sabtu Minggu Lepas

Sabtu minggu lepas keluar pergi breakfast. Tak pagi sangat pun.. dalam pukul 9 lebih macam tu baru keluar nak cari breakfast. Matahari dah terpacak atas kepala kau kata breakfast Jah?? hahaha.. kalau orang kampung dengar harus gelak guling2. Ya lah orang2 kat kampung time breakfast diorang pukul 7.00 ke 7.30 macam tu dah kenyang perut.. lepas suboh je dah kira breakfast.. siap dengan kopi panas secawan. Orang Kolumpur breakfast dah lah nak masuk tengahari.. minum pulak air berais.. milo ais lah teh o ais lah.. hahaha. Well itu lah bezanya kehidupan dikampung & dibandar ;)

My favourite kuih. Mula2 tak tau apa nama kuih ni.. bila tanya kat orang kedai yang jual tu dia kata nama kuih ni kuih "Beko" betul ke ejaan macam tu? entahlah.. hanya orang Kelantan je yang tau.
Habis je breakfast ala2 dah nak masuk tengahari haritu Nizam bawa jalan2 kat area KL.. saja nak tengok keadaan kat KL. Bukan main berjerebu sangat.. sosak napas Achik tengok jerebu yang menebal. Bila singgah kat Lake Garden kononnya Nizam nak suruh anak2 dia main kat playground kat situ, budak2 tu pun tak nak keluar kereta.. jerebu katanya.. tak nak keluar main kat playground. Then terus mati kutu tak tau nak bawa budak2 gi jalan kemana. Last-last bawa diorang gi Giant je.. pergi beli barang dapur.. hahahaha. Giant pon boleh!

Trolley belum penuh. Kitorang kalau shopping groceries memang agak seram kalau bawak KhaNish. Kalau diorang ada dikhuatiri akan melebihi bajet.
Motif letak gambar susu tetek lembu kat sini?? sebab gambar ni aku tengok macam comel je.. tempek je lah.. hahaha
Selesai beli barang dapur, terus ke Papa John's Ampang Point.. order 2 pan Pizza yang large untuk lunch. Selamat I dari tugasan memasak haritu.. hehehe.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah