Tuesday, December 19, 2023

ANJUNG SPOTTER | WEEKEND HEALING SEBELUM TOUCHED DOWN 🛫

Zaman now kan budak2 suka guna perkataan "healing". Sebagai seorang yang dah berusia ni, kita cuba ikut peredaran masa 😅 #tryhard 😜

Last September, NJ ke Jakarta & Bandung dengan kawan2 dia berbelas orang. Itu lah yearly activity dia dengan kengkawan dia.  Tiap tahun mesti ada destination yang diorang akan pergi "berjoli" dengan geng2 jantan dia.

Hari dia balik tu i supposedly kutip dia kat KL Sentral je. Tapi sebab i terlajak rajin pulak haritu nak merayap sampai ke Sepang.. alang2 jom lah kita ukur jalan.

Before ke Sepang i pergi lunch dulu dengan SIL & dua ketul anak fruits in Ampang area je.



Habis je lunch, terus ajak diorang teman sekali kutip NJ dekat airport. Ikut schedule, NJ akan touched down jam 7pm. Tersampai awal pulak kat Sepang.. masa tu around 5pm+

So, decided to pergi tempat yang orang tengok katerbang dekat2 tu.. Anjung Spotter nama tempat tu.


Waze nama tempat tu and jumpa lah Anjung Spotter. Rupanya dekat je dengan LCCT. Masa zaman naik Air Asia kat LCCT dulu rasa jauh giler nak ke sana 😂 eh! sekarang pun sama juga.. bercinta rasa nak sampai.. kemain jauh nak mati.

Berbalik pada cerita Anjung Spotter, the time i sampai tak ramai lagi mungkin terlalu awal. Nak dekat sejam lebih duduk situ baru nampak berbiliun biliun (read ala2 Azwan Ali) orang sampai.


Read More

Friday, July 21, 2023

1 NIGHT STAY @ MERANG HOMESTAY YANG DEKAT DENGAN JETI PULAU REDANG 2023

Plan nak bercuti to Pulau Redang i think almost a year juga. As usual, setiap tahun my husband and his friends akan meeting and plan mana next destination untuk bercuti. So all plan, itinerary, budget and whatnot diorang 4 orang yang akan duduk meeting and manage the trip.

As a wife, and 3 lagi wives kawan2 lain tu cuma prepare apa yang patut je untuk packing. Toksah pening2 fikir apa yang bapak2 tu plan 😂 know know je semua diorang dah siapkan.

1 July 2023 - Bergerak dari KL. Stay 1 night di Merang Homestay
Normally setiap kali family trip macam ni we all 4 families akan bergerak skali jalan. Around 3pm+ meeting point kitorang dekat Shell Gombak. Janji melayu memang tak akan tepat pada waktu ya.. gedebuk gedebak dekat pukul 4pm juga baru gerak masuk hiway. Dua tiga kali berenti R&R ada yang nak solat, kencing, berak semua.

Oh kalau sapa ingat kejadian kepala air dekat Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman tu we all tengah atas jalan dat time.. tapi kejadian tu keesokkan harinya.. means hujan lebat hari petang Sabtu, 1 July. Kejadian tu Ahad. 2 July pagi. Innalillahiwainnailaihirojiun buat 10 mangsa sekeluarga. Memang masa tu langit gelap segelapnya dengan angin kuatnya, hujan turun lebat macam ribut, kitorang sempat berenti kejap sebab takut nak drive.

10pm+ macam tu kami selamat sampai Merang. Memandangkan gerak dari KL dah lewat tengahari sebab ada yang bekerja hari Sabtu tu, so plan diorang stay 1 malam kat Merang lepas tu esoknya pagi2 baru naik boat gerak masuk Pulau.


I sempat snap gambar contact number dia je kat luar homestay ni. More info tengok sendiri dekat FACEBOOK dia. Selesa juga. Rumah besar. ada 3 bilik yang lengkap dengan wardrobe, extra bantal, comforter, iron, katil + tilam, 2 bilik air (towel tak disediakan), hall besar, dapur bersih siap disediakan beberapa jenis 3in1 drinks tapi tak banyaklah plus yang penting skali juga ada water dispenser panas sejuk.. itu i suka #libastudung dining area siap ada meja makan yang elok. Untuk parking, memang boleh muat 4 - 5 buah kereta dalam kawasan rumah. Overall i boleh rate rumah ni 8.9/10 ⭐ Thank you tuan rumah.


As teaser, i letak sini gambar lorong masuk ke parking dan jeti Merang untuk ke Pulau Redang. Jeti ni untuk ke Redang Mutiara Beach Resort tempat yang i stay dekat Pulau. I kira-kira dari Merang Homestay tu ke jeti ni tak sampai 5 minit pun.. agak2 dalam 2-3 minit je. Tak panas bontot lagi know know dah sampai.

Ok, lets to next entry i nak cerita pasal perjalanan ke Redang Mutiara Beach Resort. Kbai.
Read More

Monday, February 27, 2023

MAHAL 🍛

Memang mahal yang melampau ke zaman sekarang ni? Ya seantero dunia dah tahu harga barangan kat Malaysia ni naik melambung setinggi langit.

Tapi tak kan lah................................ 😢

Takkan lah makan nasi campur zaman 2023 ni boleh cecah harga sama dengan cafe2 hipster nok?! #SambilJegirBijiMata

Untuk cerita yang i nak bagitau kat sini, please ya!! you don't talk about "memang lah zaman sekarang harga semua dah naik" ya ya ya.. macam yang i mentioned kat atas tadi SEANTERO DUNIA DAH TAHU!

Tapi takkan sampai cekik darah Nosiah!!! terkejut bila pergi makan kat gerai tepi jalan sepinggan nasi + lauk boleh cecah RM19.. Cobaan apakah? ini bukan kata i tak mampu bayar ke atau i berkira dengan makanan.. NO! ✋

Sebelum i cerita dua kali experience terkejut beruk i kat kedai makan yang berbeza last December and beberapa minggu yang lepas, mesti uoll pernah tengok posting Rizal Hakim kat fb dia yang viral pasal kedai makan charge sotong kecik RM2 sekor. 

Tak tau? meh sini tengok....



Ni cerita dan gambar yang Rizal Hakim spill kat fb haritu. Patut ke tak patut? (credit: fb Rizal_Hakimm)

I did commented to Rizal_Hakimm punya FB posting haritu.

APA YANG I MAKAN HARITU?
I pergi makan kat kedai ni December 2022. Posting RH atas ni on January 2023

RM29 untuk dua pinggan macam ni. Mungkin ada yang akan kata "kalau tengok mcm ni standard harga lah Nosiah" ehh tidak ya! apa yang buatkan i terberuk kat situ bila i tengok harga dan foods yang dalam pinggan i tu.. sangat tak tally. Refer pada screenshot yang i comment kat Rizal_Hakimm punya facebook post tu, itulah dia summary pemakanan untuk gambar atas ni 😄

Apa yang customer viralkan dari posting Rizal_Hakimm tu ialah pasal harga lauk sotong tu.. dan kebetulan lauk sotong juga yang i ambik! lauk yang masa masa tu! the same issue disitu.

APA JADI LEPAS DAH VIRAL KAT SOCMED HARITU?

KPDN WPKL dah datang kedai tu. More info boleh baca kat SINI  

NEXT... CERITA MAKAN MAHAL KEDUA PULAK.

Nampak tak secebis kertas yang ada tulis RM29 sebelah ikan pari bakar tu? Ya! itu bukan harga ikan sahaja Nosiah.. itu total harga sepingan nasi + kuah rendang + sayur + ikan masin + ikan pari bakar.

TAK TERKEJUT KE LUNCH HARGA MACAM TU? 😮
Ok, sebelum i cerita pasal apa jadi dekat counter bayaran lepas i dah mencekik haritu, i tekezut tengok "nombor 29" tu terus macam 😰😱😲😳😵😶 faham tak perasaan tu? hahaha.

Usai je makan, i bawak kad tu pergi counter nak bayar. Sambil tu i tanya dekat cashier..

Me: "Dik sebenarnya berapa harga ikan bakar tu?" refer to photo yang i snap kat atas tu takkan nak bawak piring ikan bakar tu ke counter pulak. Adik counter tu macam blur2 tak tau berapa actual harga ikan tu. She asked mamat yang duduk sebelah dia pulak. Terus i ckp "next time kena letak specific harga dekat setiap pinggan ikan bakar so that people tahu berapa budget yang orang nak bayar".

Cashier: "Harga dah ada dekat sana tu" at the same time dia tunjuk dekat banner area meja ikan bakar.

Me:"Itu range harga je.. u letak harga kat banner tu RM20 - RM25.. kalau i punya budget nak makan ikan bakar yang harga RM20 je macam mana? kalau saya tak ada duit nak bayar macam mana? Saya tegur bukan sebab saya tak boleh bayar.. saya bayar apa yang saya makan..  tapi saya terkejut dengan harga sepotong ikan bakar mcm ni RM25.. harga maximum dari range harga you letak dekat banner tu tau."

Cashier: Ok, nanti kami akan letak harga. Maaf ya..

I be like 🙄 memang tak akan jejak lagi dah kedai kau sampai bila!

I ni bukan bangsa yang kedekut untuk makan atau bab2 makanan.. tapi kalau harga & benda yang kita beli tu tak worth dengan harga & barang kita beli tu.. of course lah kita bertanya kan?!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah